MASAK LEMAK CILI PADI - UBI KAYU

  • 6:12 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM !


Hai...hai...hai....apa kabo mike semua?
Sihat ? Alhamdulillah !!

Ambo nak tanyalah kat mike semua, pernah ke tidak mike makan MASAK LEMAK CILI PADI - UBI KAYU' ?? Tak pernah ?? Isyyy.!! Kasyiannya sebab tak pernah makan !!

Sebenonya, ambo sangat suka masakan ni! Zaman ambo kecik-kecik dulu arwah mak ambo selalu bikin ini masakan. Ini memang lauk orang kampung lah! Kalau musim hujan, arwah mak tak boleh pegi menoreh, inile yang mak masak untuk kami sekeluarga......!!
Sedap beb...sampai sekarang ambo tak jemu-jemu ...!!! Heh..heh..hehhh !!

Kita berkongsi ye..sebab bagi sesetengah orang dia suka 'mencuba' !!

Bahan asas:

Ubi kayu
Santan
Kunyit hidup
cili padi
Ikan bilis
Garam

Itu aja, tak perlu banyak modal tapi cukup menyelerakan!
Sebenonya, bukan menu mahal ke murah yang jadi persoalannya, janji 'selera' yang ALLAH
kurniakan, makan dengan kesyukuran - sudah worait le Jah oooiii!!

Catatan:

Untuk masakan ini, kita 'wajib' menyediakan kuah yang banyak
kerana masakan ni nanti akan menjadi pekat!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...