ShareThis

Jumaat, 17 Ogos 2012

JUADAH SELINGAN - KARIPAP PUSING



ASSALAMUALAIKUM!!!

Ambo baru sudah celup coklat pada Biskut Almond London ambo. Malam ni walopun cuaca  'agak' panas,
tapi ambo rasa sangat tenang mencelup coklat tu. Mungkin jugak malam nih, ambo di temani oleh kakak yang sangat ambo kasihi - Kak Awa yang setia menabur kacang untuk hiasan biskut.

Sambil bekerja, mulut kami tak henti-henti 'bersembang' kisah lama, kenangan bersama dengan mak dan
kenangan semasa kecil! Kesian dan rindu pada abang di Ulu Tiram, Johor kerana tak dapat balik bersama
beraya di kampung. Tak apalah, ambo masih ada 2 orang lagi abang yang akan beraya bersama!

Semakin hampir dengan Hari Bahagia ini, semakin kita rasa teruja untuk menyambutnya.Kuih muih rasanya
udah siap untuk di hidangkan. Tapi bagi ambo, bukan aja kuih muih yang akan ambo hidangkan, ambo
akan sediakan jugak makanan selingan kerana ambo dok mikio (memikir) tentu orang akan 'muak' asyik dengan biskut manis aja.

Jadi kerana itule, ambo udah menyediakan 'KARIPAP PUSING' kepada tetamu. Sekali sekala bertukar
selera pulak le! Si Tecik Hajar 'komfom' nak makan Bihun Tomyam. Tak apa sikit punya hal tu, biasalah kalo di rumah ambo, bukan 'kecik anak' periuk yang ambo gunakan, maklum aja segala adik beradik, anak penakan (saudara) dan cucu-cucu ramai!  Waktu-waktu beginilah meriah rumah ambo tu!heheheheh!!!

Ambo masih tetap menggunakan 'resepi dari wanitaniaga' kerana dohnya sangat ambo suka! Mike nak bolei le semak resepi 'karipap pusing' ambo yang terdahulu! Kali ni ambo membuat inti ayam yang ambo blender
supaya intinya 'bersalut mesra' !! Udah ambo rasa, udah juga di 'hadiahkan' pada sepupu-sepupu ambo!
Ambo buat ala-ala frozen gitu. Raya nanti, kalo ada yang rasa nak makan, hah.....goreng aja..atau juga
bolei bakar kan Jah???

Udah lewat dah ni, esok nak bangun awal, sebab selepas Subuh, Insyaallah akan ke pasar dengan en. suami. "BISKUT ALMOND LONDON' belum di simpan lagi. Worait Jah...ambo mintak diri dolu,
apa-apapun, ambo nak jugak mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI' kepada semua
pengunjung dapur ambo yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana sudi bertandang dan kunjungan mike
adalah pendorong dan pemberi semangat pada ambo.

Ambo mohon maaf jika 'dapur keci'l ambo ni 'tak lengkap' di mata mike.
BUBYYEEE Jah....

Kalo ada sumur (telaga) di ladang
bolei le kita menompang mandi
kalo ada umurku yang panjang
bolei le kite bertemu lagi.

SALAM HORMAT!!


CORNFLAKES MADU



ASSALAMUALAIKUM!

Sekali lagi kita berjumpa.
Di jalan depan rumah ambo menderu deram bunyi kenderaan. Motokar.....motosikal berselang seli tak putus-putus lalunya! Meriahnya tapi sedikit  'terganggu'  kerana sebelum ni senyap sunyi aja kalo malam!
Iyalah Jah, anak-anak perantauan sudah mula pulang ke kampung halaman.....yang masih ada ibu ayah
tentu sangat seronok dan inilah saat dan waktunya melerai rindu yang sarat!

Sembang-sembang jugak....inilah Jah ambo malam semalam...badan rasa 'tak ghok', tapi semangat tetap
membara! Lepas aja Magrib, terus buka silat kembali! Tu lah dia, kerana si Tecik Hajar 'suka' sangat
ambo kuatkan diri...lagipun 'CORNFLAKES MADU' ni sangat senang dan sangat relax membikinnya!

Tambahan pulak anak dara dan anak bujang ambo membantu...senang bebeno le kerja ambo!
Sekejap aja sudah siap! Selama ni ambo membuatnya sorang-sorang. Mana nak menggentel dan menurap,
mana nak membakar, mana nak menyusun...tapi .....jadilah juga biskut ambo tu! Heheheheh!

Nak resepi? Boleh aja menyelaknya pada yang lepas-lepas, tapi kalo ' kureng rajen' bolei saja kita berkongsi sekali lagi Jah!

Bahan asas:

1 kg kornflakes (syyyyyy!..ambo guna yang timbang aja!)
1 cawan gula icing
4 camca besar madu
1 ketul butter
Cawan kertas secukupnya
Ceri  (hijo dan merah) atau juga kismis


- Masak butter, gula icing dan madu  dalam kuali
- Setelah cair masukkan kornflakes dan gaul rata
- Setelah semua sebati, tutup api
- Sediakan cawan kertas dan letak cornflakes serta taburkan sedikit campuran ceri tadi
- Bakar semula selama kurang lebih 10 minit

Sempoikan Jah! Senang membuatnya dan senang menghabiskannya.
Rangup dan budak-budak memang suka!

Worait Jah.....ambo nak pegi ke dapur kejap.....Almond London ambo sampai sekarang belum bersalut lagi!
Hadoiiiii!!

BUBYYEEEEE!!!



KUIH LOYANG ( 2 VERSI)




ASSALAMUALAIKUM!

Selamat malam semua! Pendakian kita semakin hampir ke kemuncak!
Lagi berapa hari Jah?? Ha..ah...lusa semestinya semua umat Islam menyambut Hari Kemenangan ini!
Insyaallah..semoga ibadat kita di terima oleh Yang Maha Berkuasa! Amin.

Kerana ambo 'free' malam ni, adalah juga ruang masa untuk bersembang-sembang dengan mike semua!
Udah 'ready' ke semua persiapan? Kuih raya, baju raya, kasut raya, pinggan raya.....serba serbi nak raya!
Tapi....isk...isk...isk....ambo sehelai baju raya pun takdak! Sungguh..tatak tipu punnnyyeee!!
Pakai aja yang mana ada...janji bersih dan 'muat'...no hal lah!! Hehehehehhhh!!

3-4 hari sudah, ambo buat satu lagi jenis 'kerepek' jugak lah......'KUIH LOYANG'! Ambo buat 2 versi sekali gus!Huuuuuaaaa Jah! Sakit pinggang dan rasa nak demam...sehari suntuk ambo 'kerjakan' kuih ni!
Berenti waktu syolat..sambung balik! Dapat le kurang lebih 600 keping (hampir)

Untuk kakak2 yang ambo kasihi, udah ambo sediakan setiap seorang satu tin! Selebihnya untuk makan-makan semasa raya nanti!
Rasanya ambo tak letak resepi kali ni, mike boley selak resepi sebelum ini! Tapi .....cuma ambo lebihkan bilangan telur dan letakkan sesenduk tepung gandum untuk satu kilogram tepung beras..!
Adunan seperti biasa Jah..tatak ubah!

Worait Jah...kita berkongsi mata dan 'kegembiaraan' ambo untuk kuih ini!
Ambo minta diri dolu.....BUBYEEEE!!!


Jumpa lagi!


Selasa, 14 Ogos 2012

BISKUT SEMPERIT - ABADI DALAM KENANGAN!




ASSALAMUALAIKUM!!

Sebelum bermula bicara, ambo nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung dapur ambo! Tinggal lagi 4 hari saja untuk pendakian ke kemuncak!Semoga kita semua mendapat berkat dan
sihat. Bersederhanalah kita menyambut Aidil Fitri ini ya Jah!

Ambo baru saja selesai menggoreng 'manja' karipap ambo untuk juadah di hari raya nanti.'Karipap ala-ala frozen untuk raya nanti! Iyalah Jah, asyik dok makan biskut aja, muak juga.....apa kata selangseli dengan karipap ke cokodok ke......??? Hehehehhh...ubah selera!! Pada tetamu yang rasa suka kuih muih macam tu...silakan...biskut tetap di hidangkan!

Hari ni kerana masih lagi 'menjadi' surirumah sepenuh masa, ambo rasa nak bersembang dan berkongsi
satu lagi resepi biskut dengan mike!  Haaaaa...biskut ini mengingatkan ambo pada allahyarhamah mak
ambo yang sangat ambo kasihi! Aruah sangat 'suka' biskut ni.....bukan suka 'makan' tetapi 'suka' melihatnya!
Jadi sejak dulu, sejak ambo 'reti' buat biskut, ni lah biskut yang tak pernah 'miss' membikinnya!
Walopuin mak telah tiada, bila ambo menyediakan biskut ni, terasa mak bersama sama ambo, merenung dengan penuh minat bentuk biskut yang pada mak sangat 'cantik dan berseri' tu!

Tu lah dia 'BISKUT SEMPERIT' keseukaan mak dan ambo akan terus membuatnya tanpa jemu!
Setiap tahun ambo akan mencuba resepi yang berlainan walopun bentuk bunganya tetap sama! Ambo akan
rasa  mak ada bersama menyambut raya yang indah ini! Sungguh abadi dan sentimental jadinya!

Kita tinggalkan kenangan ambo tu, moh le kita berkongsi resepinya ye Jah!
Ini resepi yang baru ambo dapat dari teman FB ambo CT Norliza anak jati Perak.
Terima kasih ye CT dan minta di halalkan perkongsian resepi ni!

Bahan asas:

1 ketul butter
1 biji kuning telur
1 cawan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 camca teh essen vanila
1 cawan gula aicing (ayak)
- Ceri merah untuk hiasan

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung
- Pukul butter dengan telur dan gula - kemudiaan masukkan esen vanila
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam butter sehingga sebati
- Kalo mike rasa adunan agak lembut, tambahkan sedikit tepung gandum
- Biarkan selama 10 minit barulah mike tekan bunganya.

Biskut semperit ambo kali ni, ambo rasa melepasi piawaian ambo, kerana selain dari rasa sedap
kelopaknya tak runtuh! Mike bolei cuba...kerana masih ada masa! heheheehheh!


Ambo pulak semakin genting (masa)  'Almond London' belum di celup coklatnya lagi, 'honey Joy' feberet
si Tecik Hajar belum nampak wajah lagi....Ayoyoyooyoo....macamana nih.....malam mengantuk....nak tido!

Apa-apapun...Insyaallah mintak-mintaklah menjadi!!!! Ngehngehngehhhh!!!

BUBYEEEEEEE! Berbuka makan apa hari ni????




Isnin, 13 Ogos 2012

BISKUT BUAH PINGGANG




ASSALAMUALAIKUM!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!  Hahahahah....bukan nak sambut merdeka lagi. tapi Jah merdeka ku
kerana hari ni ambo 'menjadi' surirumah sepenuh masa! heheheh!Siot giler Jah!

Sementara nak menunggu Zohor masuk, ambo boleh le sembang-sembang manja dengan mike ye!
Almaklum aja....dah lama bebeno dok 'bersunyi-sunyian' maksud ambo dah lama tak bersembang dengan
mike semua!

Ambo baru aja selesaikan projek ambo hari ni. Buat Ko Loyang...dapatlah 200 keping lebih..tapi versi
pedas, nanti lepas syolat Zohor..sambung balik...buat versi manis pulak...kakak2 ambo suka yang manis!
Masa yang semakin suntuk, menjadikan ambo kena 'berhabis-habisan' menggunakan waktu luang yang ada!
Lusa...udah nak tinggalkan rumah pulak sehari suntuk samapi le ke hari Jumaat.

Lemang udah ambo tempah..biasa la di rumah ambo kalo taada lemang rasa macam tak lengkap raya!
Agaknya udah 'terbiasa' dengan lemang, itu sebab ambo kurang gemo dengan ketupat!!

Hari ni, ambo nak berkongsi satu lagi resepi dengan mike! Sempat lagi kalo nak mencuba...sebab resepi yang sempao dan senang sangat! Tu lah dia 'BISKUT BUAH PINGGANG' yang rangup! Kalo biskut yang
rangup memanglah menjadi feberet ambo!

Resepi ni ambo dapat dari kawan ambo..taktau le dia dapat dari mana pulak! Apapun terima kasih dan minta di halalkan resepi ni dari pencipta asal ye! Ambo sebarkan pulak resepi ni pada kengkawan dan anak-anak yang berminat dan 'suka' memasak! Kita kongsi-kongsi resepi kan Jah???

Bahan asas:

1 cawan cornflakes hancur
1 cawan biskut merie hancur
1 cawan butter
1 biji merah telur
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula icing
1 cawan tepung kek

- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kek
- Pukul butter,telur dan gula sehingga kembang
- Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang di ayak ke dalam butter - sebatikan
-Masukkan pula cornflakes dan biskut merie
- Terap bentuk buah pinggang dan sapu kuning teur dan taburkan sedikit cornflakes hancur
- Bakar selama 10 - 15 minit dengan suhu 170 C


Itu aja Jah...senangkan? kalo beminat bolei le teruskan projek mike malam nih!
Kita kongsi sama-sama...!

BUBYE Jah...ada waktu senggang kita jumpa lagi!

Ahad, 12 Ogos 2012

BISKUT ARAB SUSU




ASSALAMUALAIKUM !!

Sekali lagi kita bertemu! Udah tak moh nyanyi lagi....sebab udah kureng sikit kerinduan pada mike semua!
heheheh! Ada luang masa, ambo rembat habis-habisan! Sebenonya Jah, esok ambo cuti,.....lusa pun ambo cuti lagi! Yabedabedu....kalo lusa ...bolei ke ambo gi ke Pasar Sari di tempat ambo nih? Orang Batu Kurau
menggelarkan pekan sari ni 'Pekan Selasa'! Huaaa...mesti 'berdoyon-doyon' manusia di minggu-minggu terakhir persiapan menjelang raya!

Nanti le ambo fikir balik, samada 'perlu' tao tak ambo ke pekan selasa tu... kalo dok di rumah, mesti bolei 'begheh' kerja2 rumah yang tak pernah habis nih! Usia yang semakin 'senja' nih, membuatkan ambo nak rehat yang secukupnya...ya lah duduk di rumah pun sekejap aja..siang banyak 'habis' di luar!Huhuhu..!!

Jah...kali ni ambo nak berkongsi satu lagi resepi dengan mike! Masih sudi ke Jah? Resepi ni ambo 'skodeng' lagi dari blog 'Yati's Memories' Nampak macam sedap aja biskut ni! Lepas berbuka, trei (try) seketul.....
fulamakkkkk...memang mengancam Jah! Sedappppp!! Aromanya semasa membakar...fuhhhhh!! tak terkata!!

Ini lah dia 'BISKUT ARAB SUSU' dari ambo untuk mike menjamu mata dan berkongsi resepi. Terima kasih pada blogger yang berkongsi resepi, dan ambo panjang2kan dan sebarkan lagi resepi ni.....bak kata orang tua-tua...ilmu tu ibarat air sungai yang mengalir! Jangan 'kudukut' ilmu, betulkan Jah? Heheheheh!!!

Biskut ni ambo buat semalam, semalam ambo cuma buat 3 jenis aja...udah jadi 'remaja purba' lagu ni le!
'Tak ghok' manjang ( tak ghok kalo mengikut Kamus Dewan berarti 'tak berdaya') Ngehngehngehhh!
Loghat kampung ambo, mesti le ambo selit sepatah dua kan??

Tok sah le melalut banyak sangat makcik ooiii....cepat le berkongsi..malam nih masih sempat 'mengadun'
nih! wokei...wokei...Jah moh le kita!!

Bahan asas:

2 cawan susu tepung (Nespray)
2 cawan minyak sapi (tak perlu mike cairkan)
7 cawan tepung gandum yang di ayak
Sedikit garam
Gula icing - untuk di gaul setelah biskut sejuk
Ceri merah dan hijo - kalo mike suka

- Campurkan susu tepung, minyak sapi dan garam - gaul sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit
- Bentukkan doh bulat-bulat dan hiaskan dengan ceri
- Bakar hingga masak antara 15 -20 minit dengan suhu 180 C
- Setelah biskut sejuk, barulah di golek-golekkan ke dalam gula icing

Catatan: Ambo menggunakan ceri merah dan hijo, tapi bila di gaul dengan gula, udah tak nampak
ceri tu! cacat sikit lah biskut ambo tu!

Cukup sampai di sini 'pertemuan' kita malam ni Jah, esok Insyaallah semoga kita dapat bersembang lagi dan
ambo akan berkongsi lagi resepi-resepi biskut raya ambo!

BUBYE Jah...jumpa lagi!!

TART NANAS BUNGA TULIP




ASSALAMUALAIKUM !!

Sudah lama tak jumpa
rindu hati pada mu
duhai kasih ku duhai sayangku.....!

Mendayu-dayu sora Allahyarham Sam D' LLoyd, haaaa... macam tu la jugak dengan ambo ni.....!!
Pekabo Yong? Sihat ke setelah tak berjumpa dengan ambo  'bertahun-tahun' nih? heh..heh..heh...!!
Ambo le rasa bertahun tak berjumpa..Ye lah Jah ambo ni ' selalu ' sibukkkkk aja..!
Tambah-tambah di bulan posa ni...aluhai...apa nak kata...udah jadi isteri. udah jadi mak,lagu (macam) ni la!!

Blog ambo pun sejak Ramadhan, sepi aja....rakan taulan dok berkunjung ke dapor ambo ni, ambo pun setiap hari dok menjenguk, tapi tak berkesempatan nak bersembang. Terima kasih kerana terus memberi sokongan pada ambo. Ambo sangat menghargainya!Tima kasih Jah!!

Malam ni kita bolei la dok sembang-sembang sikit...esok gamaknye ada lagi projek ambo...nak buat 'ko Loyang pulak! Untuk kakak2 ambo dan untuk diri sendiri! Tapi ambo nak buat ko loyang versi pedas  la!
Anak-anak ambo 'tersangat 'lah suka!

Apapun, ambo nak jugaklah berkongsi 'KO RAYA 1433 (2012) nih dengan mike! Ada masa lagi mike bolei buat kalo suka! Ambo menjamu mata mike dengan 'TART NENAS BUNGA TULIP' ambo ye!
Ni ambo skodeng dari bloger 'Dari Taiping ke Sabah' kalo tak silap ambo! Geram nengok tart tulipnye
yang tomei-tomei gitu, ambo pun apa lagi, skodeng abis le! Ini projek ambo pagi tadi!

Bila udah siap (masak) semuanya...wahhhh...ensem jugak tart ambo nih! adoiii..'.up' diri sendiri le pulak
makcik nih! Apa nak kata....kerana siot giler..lagu ni le jadinya! Kiranya tart ambo nih melepasi piawaian ambo! Nehngehngehhh!!
Wokei....jangan banyak melalut...moh le kita berkongsi resepinya!

Bahan asas:

250g butter (ambo lebih gemo 'farmcows)
70g minyak sapi
3 cam besar gula icing
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
3 caca besar tepung kastard
3 camca besar susu tepung (ambo guna nespray)
400 g tepung gandum
Jem nanas secukupnya ( gentelkan sebesar biji kurma)

- Tepung gandum, susu dan tepung kastad - mike ayak terlebih dulu
- Butter, minyak sapi, gula, telur dan esen vanila - mike pukul manja gitu
- Setelah adunan di atas sebati, mike masukkan tepung sedikit demi sedikit
- Setelah adunan sebati, ambil 150g dari adunan tersebut untuk mike kalerkan dengan kaler hijo
- Terap - ambo guna acuan' tart nyonya' untuk kelopak dan acuan' bunga tanjung' untuk tampuk hijo tu!

Selesai semua, bako dalam oven selama 10 - 15 minit dengan suhu 170 c

Worait Jah..selamat mencuba dan mesti berjaya!! heheheheh!!!
Ambo? Udah senang hati sebab dah ada biskut raya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...