BISKUT SEMPERIT - ABADI DALAM KENANGAN!

  • 2:45 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM!!

Sebelum bermula bicara, ambo nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung dapur ambo! Tinggal lagi 4 hari saja untuk pendakian ke kemuncak!Semoga kita semua mendapat berkat dan
sihat. Bersederhanalah kita menyambut Aidil Fitri ini ya Jah!

Ambo baru saja selesai menggoreng 'manja' karipap ambo untuk juadah di hari raya nanti.'Karipap ala-ala frozen untuk raya nanti! Iyalah Jah, asyik dok makan biskut aja, muak juga.....apa kata selangseli dengan karipap ke cokodok ke......??? Hehehehhh...ubah selera!! Pada tetamu yang rasa suka kuih muih macam tu...silakan...biskut tetap di hidangkan!

Hari ni kerana masih lagi 'menjadi' surirumah sepenuh masa, ambo rasa nak bersembang dan berkongsi
satu lagi resepi biskut dengan mike!  Haaaaa...biskut ini mengingatkan ambo pada allahyarhamah mak
ambo yang sangat ambo kasihi! Aruah sangat 'suka' biskut ni.....bukan suka 'makan' tetapi 'suka' melihatnya!
Jadi sejak dulu, sejak ambo 'reti' buat biskut, ni lah biskut yang tak pernah 'miss' membikinnya!
Walopuin mak telah tiada, bila ambo menyediakan biskut ni, terasa mak bersama sama ambo, merenung dengan penuh minat bentuk biskut yang pada mak sangat 'cantik dan berseri' tu!

Tu lah dia 'BISKUT SEMPERIT' keseukaan mak dan ambo akan terus membuatnya tanpa jemu!
Setiap tahun ambo akan mencuba resepi yang berlainan walopun bentuk bunganya tetap sama! Ambo akan
rasa  mak ada bersama menyambut raya yang indah ini! Sungguh abadi dan sentimental jadinya!

Kita tinggalkan kenangan ambo tu, moh le kita berkongsi resepinya ye Jah!
Ini resepi yang baru ambo dapat dari teman FB ambo CT Norliza anak jati Perak.
Terima kasih ye CT dan minta di halalkan perkongsian resepi ni!

Bahan asas:

1 ketul butter
1 biji kuning telur
1 cawan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 camca teh essen vanila
1 cawan gula aicing (ayak)
- Ceri merah untuk hiasan

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung
- Pukul butter dengan telur dan gula - kemudiaan masukkan esen vanila
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam butter sehingga sebati
- Kalo mike rasa adunan agak lembut, tambahkan sedikit tepung gandum
- Biarkan selama 10 minit barulah mike tekan bunganya.

Biskut semperit ambo kali ni, ambo rasa melepasi piawaian ambo, kerana selain dari rasa sedap
kelopaknya tak runtuh! Mike bolei cuba...kerana masih ada masa! heheheehheh!


Ambo pulak semakin genting (masa)  'Almond London' belum di celup coklatnya lagi, 'honey Joy' feberet
si Tecik Hajar belum nampak wajah lagi....Ayoyoyooyoo....macamana nih.....malam mengantuk....nak tido!

Apa-apapun...Insyaallah mintak-mintaklah menjadi!!!! Ngehngehngehhhh!!!

BUBYEEEEEEE! Berbuka makan apa hari ni????




You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...