ShareThis

Sabtu, 27 Mac 2010

.....1 Malaysia




Bejupa kita di hujong mingung nih! Apa haba suma?

Terdetik di dalam ambo punya hati, nak bekosi cetusan idea PM kita... 1 Malaysia!
Huh...indah dan sangat dalam maksudnya..... apa haek muma ghasa?

Ghasa ambo benda ni dah lama dah, cuma baghu loni dema dok uar-uarkan dih?
Apa kata kalu muma mengamati gamba haek ambo boh ni........ hayati lah ia !

Menatang ni lah pengubat sunyi ambo...heh...heh...heh......
Wokeh! amati dan hayatilah, muma tetu ghasa ni pong 1 Malaysia jugak!
Bye.....

Khamis, 25 Mac 2010

Danung vs Pelangi.....





Assalamualaikum.

Dah lama dah kita tak borak-borak dih! Apa haba suma, ambo selalu mengharapkaen muma sokmo dok dalaeng sehat sejahtera.....

Museng panaeh haek dok melanda kita kho dok gi dah....Loni kho-kho dok ujan lae pulak.
Buleh kata langik dok gelaek gelemaek sokmo.Napak gayanya, pokok-pokok napak sega lae sikik, tak lae dok layu macaeng dulu-dulu, masa haek museng panaeh tuh!

Tadi, kapong ambo, kapong kita lae gak, hujan lagi..... bila panaeh teghek tiba-tiba ujan tughong, apa lagi dok di langik tu?Danung lae! heh....heh....heh.....!
Muma tahu dak natang penama tu? Setengah oghang kata pelangi, bebudak loni kata rainbow, tapi otai macaeng ambo dan oghang dulu-dulu panggei benda alah ni 'DANUNG' kuang...kuang...kuang!.

Muking oghang muda atawa jugak oghang haek lama meghato jauh tak ingat atawa juga ingat-ingat lupa pekataan tu kan? Bagi ambo ia satu sebutan yang cukok unik, cukok menawang ambo punya kelebu (kalbu).hah...nostalgia sunggoh!

Dulu kalu danung tubik (terbit) oghang tak bagi tunjok, takok jaghi tangan jadi ceding letek jey! Ambo ingat lagi kalu ada danung, mucung jey mulok dok tunjuk, nak tunjuk dengan jaghi tak buleh deh! Denga gak ceghita kata danung ni tughong minug ai di belakang bukik, danung minung ai dalam batil mas. Wah!cukok hebat ceghita ghoyat oghang tua dulu. Sapa-sapa beghani gi lae caghi batil mas tu. Gerenti jadi kaya punya, Tapi seingat ambo tak dak sokghang pong haek beghani gi caghi batil mas danung ni.....Tak kaya pong takpa lae kok dih!

Bagi ambo, ambo sangat suka tengok danung ni. Molek sunggoh pada ambo! Tu lae sebahagian daghi kenangan ambo masa kecik-kecik dulu.

Ambo begheti di sini dih, haghi laing kita borak-borak lagi........ wasalam.





Sabtu, 13 Mac 2010

Tahniah Aiman!

SPM 2009 dah keluar keputusannya.
Segala debaran dah terjawab.

Ambo pong tak kurang debarannya. Anak ambo si Aiman apatah lagi!
Tahniah Aiman! Walaupun keputusan tidak memberangsangkan, tapi ambo tak ralat sebab Aiman dah sehabis daya dan usaha. Dia seorang anak yang rajin dan sangat mendengar kata.

Alhamdulillah! Anak ambo memperoleh 1A+ dan 1 A pada subjek BM dan Math, 3B+ 1 B pada subjek BI, Sejarah, PAI, IT dan lulus pada subjek Addmath, Kimia dan Fizik. Setakat itu pencapaiannya dan ambo bersyukur. Loni dia dok hitey2 U mana haek sesuai dengan keputusannya.

Tahniah Aiman!

SELAMAT HAGHI LAHIR


Assalamualaikum.

Haghi ni 13 Mac 2010.
Eh! 13 Mac? Ni haghi istimewa nih!
Wah! anak ambo dah 13 tahong ghupanya. Dah remajalah!Heh...heh...heh....!

Dia ambo lahirkan tak cukup bulan, kandungan ambo 6 setengah bulan sahaja. Dengan berat 900g semasa di lahirkan, dia cukup derita semasa kecil. Wayar berselirat seluruh badan dan terpaksa tinggal dalam incubator selama 3 bulan. Jarum suntikan sentiasa singgah di badan setiap hari, setiap masa. Kesedihan dan debaran menyelubungi seluruh keluarga ambo. Ah! Tak sedar ambo, dia dah remaja kini.

Selamat Ulang tahun anak mak. Semoga dikau terus berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran,
juga dalam hidupmu. Harapan dari mak semoga anak mak yang comel ini akan menjaga maruah diri dan keluarga serta beroleh kesihatan yang baik.

SELAMAT ULANG TAHUN dari mak, abah dan abang Aiman. Sayang selalu!

Sabtu, 6 Mac 2010

.....Ceghita Lapok!



Assalamualaikum.

Wah...wah...wah.... lama bena kita tak bejupa. Ambo haghap muma suma dok sehaek sokmo. Ambo kae dok lagu tu lae juga. Kadang ghasa sehaek, kadang tu ghasa sue badan. Oghyang tua lae dih.Walo apa pong ambo bersyukur pada Yang maha Berkuasa paksae sapey loni ambo tetaek macam ni, hepi, banyak sehat daghi sakik, selegha makan sokmo tak beghubah.......heh...heh....heh.........

Natang pa nak begebang ngan muma hah? Dok meghipuk banyak dah, haaaa.... ambo ghoyaek lagu ni lae... jeng...jeng...jeng..... Nak denga dak?

Ambo dulu, di tahong tahong awal 80an, ambo memang suka menulih, cerpeng kae, sajak kae.
Lepaeh tu banyak lae gak haek kua dalam sughat haba (surat khabar) dan majalah. Ambo memang ghasa seghenok bila berkarya. Tu paksae ambo loni suka buka blog ' kamalia'
tuh. Susahnya dulu paksae belong banyak lagi komputer, nak tengok ghupa komputer balaeh mana pong tak tahu. Jadi ambo pong lepaeh tulis ataeh keghetaeh, taip lae pula . Kighanya banyak buang masa lae.Lengoh tangan pong ya juga.

Walo apapong ambo tetap ghasa segenok apalagi cerpeng-cerpeng dan sajak-sajak ambo tersiar didada akhbar dan majalah. Ek tak kata gena lae, tapi ek soghang-soghang lae.....heh...heh..heh.
Nak tahu nama samarang ambo masa tu? Tak lheing tak bukaeng.... Asmin haji Abdullah...kuang...kuang...kuang....!Selalu lae ambo besaing dengan cerpenis masa tu...Norlis Sanusi. Beysa gak novelis yang memberi pandangan dan komen pada tulisan2 ambo tu. Antaranya Saudara Zahari Affandi dan Saudara Yahya Samah..... hua....ghasa syok sunggoh!

Selalu nya cerpeng dan sajak ambo disiarkan dalam akhbat tabloid Mingguan Perdana, Mingguan Wanita.Selaing daghi tu dalam akbar mingguan Malaysia, URTV dan Jelita.
Ni lae majalah dan akhbar yang selalu ambo hata karya ambo.

Selaing dapat memenuhi tuntutan hati, ambo dapat gak duek pokek, tak banyak masa tu, sebuah cerpen ambo dapat lebih kughang tiga pat puluh ghinggik ringgit) jey, sajak lagi kecik bayaran dia, lebih kughang belaeh2 ghinggik jey. Mukeng begatong pada sesebuah penerbitan tu kok. Apapong ambo seghenok.

Banyak kawan yang bagi dorongan, tak kughang jugak yang mengkondem kita. Tak kisah lae. Tapi boss ambo masa tu sangat baik. Belio banyak bagi sokongan dan dorongan kat ambo. Tapi bagi ambo lae, antagha cerpeng ngan sajak, ambo lebih suka sajak, paksae susun katanya yang padat dan tepat tapi penuh puitis.

Daghi dorongan dan impian hati, ambo belaja pula wat novel. Yang sedehnya sapey loni novel ambo tak siap-siap. Bila hati ambo ghasa ghindu, ambo belek-belek lae buku draf novel ambo haek dah jadi warna kuning tuh! Idea tak dak woiii... Keghing kotang! Tapi sedihnya, bila ambo menikah ambo dah malas nak mengaghang, last masa ambo beghanak haek sulong, karya ambo tersiar dalam majalah Timang, lepaeh tu ambo dah tak menulih lagi sapey lae ke loni.

Tu lae sebahagian daghi sisipan diari hidok ambo dulu-dulu. Ambo banyak bermaing dengan perasaan. Bukan apa nak megheka cerpen deh.... kena lae gak syok sendiri....heh...heh...heh...
Insyaallah, suatu waktu nanti, kalu di izinkan Allah, ambo akan berkarya lagi........bye .....!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...