ShareThis

Isnin, 24 November 2014

PUAN MOI MENINGGAL DUNIA!

Puan Moi dan En Awang semasa kecil
Puan Moi tengah sarat mengandung
En. Awang sedang bersantai dengan gaya tersendiri!
Puan Moi selamat beranak pada 31.12.2012 . Kembar 5 seekor mati semasa kecil
Anak Puan Moi - Tomei sedang lena tidur
Anak Puan Moi - TolengToleng - yang gemuk gedempol!
Anak Puan Moi - Pokka tp ambo panggil dia pokpok
Anak Puan Moi - Toteh tp ambo panggil Chekteh walopun juling tetap ensem!

ASSALAMUALAIKUM!

Kisah paling menyayat hati minggu-minggu terakhir ni!
Puan Moi ambo udah meninggal dunia.
Kesiannya Moi.
Dia kucing ambo yang paling baik. Ramah tamah dan pembersih kucingnya!

Dialah yang tak jemu mengejutkan ambo , kalo dilihatnya ambo tak bangun-bangun kalo udah jam 6.30 pagi! itulah Puan Moi ambo.
Kerana keracunan, dalam sekelip mata dia menggelupur, melihat ambo dengan matanya  yang kosong.Ambo menangis melihat deritanya. manalah ada klinik haiwan malam-malam buta begini.

Bila ambo mengusap dan memanggil namanya, dia sedaya mungkin masih mahu terus menyahut!
Beri minum air (nyior (kelapa). Telefon Veteriner untuk menyelesai masalah, deme cuma boleh bagi nasihat suruh bagi air badak! Kelam kabut En suami pergi ke kedai membeli air badak, Puan Moi semakin tenat. 15 November 2014 jam 10.25 minit malam Puan Moi meninggalkan ambo dan keluarga ambo.

Aiman termenung panjang. Sedih!!. Si Tecik Hajar belum lagi ambo bagitahu, tak mahu terganggu SPMnya. Malam itu jugak ambo  dan Aiman kebumikan Puan  Moi berselimutkan tuala ambo!
Tak sanggup ambo melihat tubuh kaku Puan Moi!

Puan Moi meninggalkan 4 anak-anak jantan yang keletah dan nakal! Dia beranak pada 31.12.2012 berkembar 5 tapi mati seekor semasa masih kecil. Kerana kasihankan Puan Moi, ambo ambil keputusan memberi Puan Moi makan ubat perancang!
En Awang (abang kepada Puan Moi) udah 6 hari tak balik-balik . Puas dok mencari tak jugak bertemu.En Awang menghilangkan diri setelah 2 hari Puan Moi Meninggal dunia!

Inilah kisah sedih ambo sekeluarga di akhir tahun nih!
.

KEK KAROT

ambo tak pandai nak hias bagai...sekadar kadar  aja!
Ni ambo buat semasa hari lahir kakak kesayangan ambo , ambo letak parutan chjeddar di atasnya!

ASSALAMUALAIKUM.

Di masa berpisah
mengapa hatiku rasa sedih...
jumpa tak lama
bersua dikau kekasih!

Ini lagu nyanyian Datin Rafeah Buang yang ambo suka!

Soalan pertama dari ambo.....pekabo Jah? lama kita tak bersembang-sembang. Sibuknya ambo mengalahkan pak menteri! heheheh! Banyak yang ambo nak kongsi dengan mike....tapi biasalah..
tertahan-tahan oleh kesibukan ambo. Iya lah Jah....kalo sehari suntuk di tempat kerja, balik ke rumah aja letih....letih aja balik ke rumah! kuangkuangkuanggg!!

Dikampung ambo malam nih...hujan! Jangan banjir sudahlah...bukan apa kalo banjir, pergerakan ambo jadi terhad. malas sungguh nak keluar rumah! Becak (orang kampung ambo kata lecah!)

Malam nih ambo nak berkongsi resepi KEK KAROT  dengan mike. Resepi nih resepi lama, tapi saja nak kongsi dengan mike! Kot-kot mike berkenan bolehlah mencuba kan Jah!

Moh le Jah kita selak resepinya, lambat-lambat nanti ambo le pulak mengantuk. Asyik dok menguap aja walopun jam di skrin komputer baru menunjukkan angka 8.33 minit malam!

Bahan asas:

2 cawan tepung kek
4 biji telor
2 cawan karot (parut)
120 gram gula kastor
120 gram gula perang
40 gram kelapa kering
1 1/2 cawan minyak jagung
1/4 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh soda bikarbonat
Sedikit kepingan kacang badam (bakar lebih kurang 4-5 minit) untuk hiasan
Susu cair ( kalo adunan pekat)

Untuk topping;
250 gram cream cheese
120 gram gula halus
120 gram unsalted butter
(Campurkan semuanya dalam satu bekas dan putar sehingga sebati dan gebu)


- Pukul telor dengan gula hingga gebu
- Ayak tepung, soda dan serbuk kayu manis, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam
  telor yang di pukul tadi
- Masukkan minyak dan pukul lagi
- Karot di perah (buang airnya) dan masukkan kedalam adunan bersama kelapa kering
- Sebatikan
- Lenserkan loyang  dengan majerin/minyak jagung dan alas dengan kertas kek
-Bakar dengan suhu 175 C selama 45 - 50 minit ( bergantung pada oven masing-masing)
- Sejukkan kek dan potong dua
- Letakkan bahan toping dan ratakan keseluruhannya.
- Taburkan kepingan badam di sekeliling kek dan kalo suka boleh juga letakkan parutan cheddar
  di atas kek tadi.

Catatan:

Biasanya ambo menggunakan benang untuk memotong kek, kerana lebih senang daripada menggunakan pisau.

Selamat malam Jah. Mimpikan ambo ye!

BUBYE.....BUBYEEEE!!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...