ShareThis

Jumaat, 15 Jun 2012

BENGKANG TEPUNG GANDUM




ASSALAMUALAIKUM!

Selamat malam semua..semoga kita semua di dalam keberkatanNYA. Amin!

Hari ni ambo nak berkongsi dengan mike semua makanan tok nenek sekali lagi. Ndak ke mike?
Kadang-kadang makanan seperti ni (orang kampung ambo kata 'seperti ini'  ialah 'lagu ni' heheheh)
sangat sedap kalo di 'sertakan' sengan ayaq kopi panas-panas!

'BENGKANG TEPUNG GANDUM' ato jugak orang sebut 'bingka'! Tak kesah le Jah ooiii, apapun
di sebut atau di panggil.....tetap sama. Arwah mak ambo dolu kalo buat bengkang ni mesti 'original' punya
resepi....maksud ambo merah le biji mata nak menjaga api (bara) yang dok bakar bengkang tu!
Tapi ...... mak ooiiii ...baunya menggoda jiwa raga!

Tapi kalo 'loni' maksud ambo sekarang, tak ada lagi nak nampak asap 'berkelong-kelong dek bakar
bengkang tu..... diam-diam aja udah masak! maklum aja 'cik oven' mengambil alih tugasan tu!
heheheh!

Tak usah banyak cakap le makcik, moh le kita berkongsi keenakkan 'BENGKANG TEPUNG GANDUM'
ni! Sedap Jah, tak mau le cakap banyak, moh le kita berkongsi ya!!!

Bahan asas:

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula (kalo mike suka manis jadikan 2 cawan)
6 cawan santan
Garam secukup rasa
4 helai daun pandan
1 biji telur
Sedikit bijan goreng
Sedikit pewarna hijo


- Blend daun pandan dan ambil airnya
- Tepung, gula, santan, garam, air daun pandan dan telur di kisar semua.
- Sapu minyak pada loyang
- Kalo mike nak letak bijan, bakar adunak 3/4 masak kemudian tabur bijan yang
   telah di goreng (tanpa minyak) terlebih dulu.
- Bakar sehingga masak

Mike trei, baru mike tau keenakannya!

Ambo minta diri dolu....nak jenguk ke dapur kejap...ada apa yang nak jadi 'mangsa'
malam ni! kuikuikui!!!!

BUBYEEEE!!!








0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...