ShareThis

Ahad, 22 Mac 2015

KEK RED VELVET


Kek Red Velvet ku yang tak rupawan!

ASSALAMUALAIKUM!!!

Kemana perginya kasih
kemana hilangnya rasa
engkau kan menghilang diri sayang
untuk insan yang kau puja

ku takkan berkecil hati
ku takkan rasa kecewa
walaupun pedih pilu di hati
kan ku iring senyum mesra

Fuhhh....sedapnya lagu dolu-dolu...apalagi kalo lagunya dendangan Datuk Ahmad Jais...penyanyi
yang menjadi pujaan hatiku! Pekabo Jah? Malam nih cuaca di kampung ambo..Kampung Anak Kurau nih agak panas, kurang selesalah sikit! Malam kemarin hujan turun lebat, tadi ingatkan nak hujan, tapi hingga loni (sekarang) tak turu-turun lagi hujan tuh!

Besok hari Senin, tadi petang layan drama 'asam pedas untuk dia' Pada ambo, drama ni best, setiap pelakun dapat menjiwai watak, tapi yang paling bestnya pelakun-pelakun lelakinya semua ada lesung pipit! kihkihkih! Comel-comel nampaknya di mata ambo!

Malam ni ambo tak buat apa, petang tadi layan saki baki karipap frozen hari tu. Buat semasa Sitecik Hajar sambut birthday dia. Meriah, boleh kata semua kawan-kawan dia datang ke rumah!
Jadi malam nih ambo nak berkongsi resepi 'KEK RED VELVET' yang ambo buat semasa birthday Hajar yang ambo teropong dari blogger Ha Sue yang pemes tu  untuk kita kongsi bersama.Minta halal ye Ha Sue Chumah kongsikan resepi mu!

Moh le kita jenguk resepinya.

A:
300 gram tepung kek
2 camca besar sebuk koko
1 camca teh soda
1 camca teh garam

B:
125 gram mentega
280 gram gula kastor

C:
2 biji telor (gred B)

D:
1 camca teh esen vanila
1 camca teh cuka kurma
1 camca besar pewarna merah

E:
240 ml buttermilk
(campur 1 cawan susu cair dengan 1 camca besar cuka)

- Ayak A - ketepikan
- Pukul B sampai kembang - masukkan C satu persatu - pukul lagi
- Masukkan D - sebatikan
- Masukkan tepung selang seli dengan buttermilk - pukul sebati
- Alas loyang 9" - tuang adunan
- Bakar pada suhu 170 C sehingga masak
- Sejukkan dan hias dengan cream cheese icing

Bahan cream cheese:
500 gram whiping cream
250 gram cream cheese
600 gram gula icing
110 gram butter
2 titis lemon paste

- pukul whipping cream sehingga kental
- dal bekas lain, pukul semua bahan
- satukan dan bolehla di hias mengikut citarasa mike

* Ambo tak pandai nak hias bagai, jari-jariku keras kematu! wakakakakaka!
   Jadilah kek red velvet ku yang tak rupawan! sobsobsob!
   apapun sedappppp!!!



Isnin, 9 Mac 2015

KARIPAP PUSING (2)


Karipap Pusingku siap sedia untuk di nikmati!


Beginilah rupanya Karipap Pusing yang dah siap beroperasi.
Boleh di buat frozen, nak makan boleh goreng! nyum...nyummmm!


ASSALAMUALAIKUM!!!

Akanku bawa bersama
penderitaanku
akanku telan walau bagai hempedu!

Pekabo Jah? Begitu lama ambo tak hupdate N3 ambo nih, semoga kita semua dalam limpahan kasih sayang ALLAH. Aminnn!!

Malam nih ambo pekena lagu Dato' DJ Dave pulak! Sedap lagu tuh...mendayu-dayu! Dikampung ambo malam nih hujan, dari lepas Asar tadi hujan begitu lebat....hingga loni (sekarang) masih lagi hujan, walaupun tak selebat tadi! Sedaple tidur malam nih, sejuk...tarik gebar memang best lah kan Jah!!! hihihihhhh!!!

Malam nih ambo nak kongsi dengan mike satu lagi resepi KARIPAP PUSING. Dulu ambo selalu
buat KARIPAP PUSING dari 'blog wanitaniaga'. Tapi kali nih ambo guna resepi dari 'blog turun temuru' pulak, cuma ambo ubah sikit-sikit mengikut piawaian dan selera anak tekak ambo dan anak-anak ambo!

Teruja Jah kalo buat karipap nih. Rasa teruja semakin bertambah kalo dah nak ngap ke mulut.
Fffuuuhhhh...sedapnya Jah...krup...kkrreeep....kruuuppp... kkkrrreeeppp!!Rangupnya!
Tak terliurke mike Jah???

Moh Jah kita kongsi resepinya:

Bahan asas:

Doh A
2 cawan tepung gandum
2 camca besar tepung jagung
4 camca besar shortening
2 camca majerin

Doh B
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 camca tej garam halus (secukup rasa)
1 cawan ais sejuk (air dari esbok)
(kalo nampak agak keras..tambah sedikit air)

Caranya seperti di bawah:

Step 1: Uli Doh A dan Doh B - bahagikan setiap doh kepada 4 bahagian







 
Step2: Canai doh B agak nipis dan letak doh A, kemudian balut doh A




Step 3: Canai nipis doh tadi dan potong di tengah kemudian gulung
selepas tu canai memanjang dan gulung kemas.Potong anggaran 5 ke 6 potongan.
Potongan kecil tu di turap/canai dan membentuk kulit karipap 



Step 4: Setelah diturap/dicanai, isi inti karipap dan beginilah rupanya
Buat sehingga habis dan doh ni dapat lebih kurang 48 biji karipap.


Maaf Jah, ambo tak ambil gambar canai yang memanjang dan potongan kecil-kecil tu. Tak sengaja terlupa. mike bolehlah jenguk stepnya dalam blog 'wanitaniaga' Tenet ambo pun ciput nih...!
Untuk intinya, kebiasaannya ambo menggunakan inti ayam lada hitam. Mike boleh selak resepinya
yang ambo update sebelum ini.

Makan dengan kopi panas sedap nih Jah, tak sedar habis sepinggan! kuangkuangkuaaanggg!!

BUBYE Jah..Jumpa lagi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...