ShareThis

Ahad, 4 April 2010

Kalok


Assalamualaikum.

Ghasa ghajeng lae pulak ambo haghi nih. Petang-petang lagu ni tak dak dok buat apa, ambo seghenok lae dok mengadap benda alah nih! Anak bosu ambo dah kelek ke asrama, tinggae anak teghuna ambo jey. Dia kalu dok sokghang kae, hiboran dia adalah ayam, arnab dan kucingnya.

Kali ni ambo nak ceghita paksae 'kalok' pulak. Muma ingat ke dak? Setengah oghang panggei taboh. Tapi ambo ghasa lae kok dekghah tepaek kita suma oghang thu kalu kata 'kalok'

Loni, dah jaghang dah dok denga oghang katok kalok. Ambo dok ghasa di semejik Anak Kugho, tak dak dah benda alah nih, dulu dok napak gak dema dok gatong dekat pitu utama semejek.

Ni gamba kalok ni ambo takat di surau Kampung Jabi.

Muma thu dak apa kegunaan kalok ni? Masa ambo kecik-kecik dulu, letrek tak dak lagi, jam loceng tak beysa dok tengok lae. Kalok ni lae dok geghak kami bakik sahor. Daghi puko tiga sapey habih waktu, dema setia dok katok kalok ni. Begiley lae budak-budak muda tido di semejek paksae nak katok kalok.

Daghi geghak bakik saho, bakti kalok ni sapey lae urusan oghang mati. Kita akan thu oghang lagu mana sapey hukong (mati) berpandukan bilangan kalok yang di katok. Kalu budak, dema akan katok tiga ke pat kali jey, kalu oghang pertengahan umo lagu ambo, dema katok la nam ke tujoh kali tapi kalu oghang tu tua bena dema katok lapan ke semilan kali.

Loni, ambo kadang-kadang tak thu ada oghang mati di kapong ambo, tambah-tambah pulak kalu mati mengejuk, lagi lae ambo tak thu. Dulu kalu bunyi jey kalok , kita akan gi lae tanya jiran tetangga kita, loni thu thu tengok oghang bedeghek kelek semayang dah, baghu lae tecangak-cangak tanya sapa hat mati tu. Hui......payah juga tu!

Tu lae peteng (penting) nya kalok tu! Tapi bagi setengah oghang dema tak mboh, tambah pulak kalu ghumah dekat semejek, ada pula anak kecik, dema kata hinga, anak kecik dema tekejuk tido..... wua.....macaeng2 hal lae.....!

Tak pa lae di...ambo begheti di sini, batok ambo pong kho dok kughang dah, paksae tadi langgah ubat batok dey.....jadi ambo stop di sini...ada kelapangan waktu, kita bergebang lagi....bye.......!

Keicong


Assalamualaikum.

Bejupa kita lagi di ujong mingung nih! Apa haba suma? Sehat lae dih!
Ambo kughang sehat, dok batok ngan selesema...kung kang ...kung kang kalu malam. Sejuk lae kok, paksae kan ke iklim pong dah betuka, daghi panaeh semedang loni kho dok ujan la pulak.
Buleh kata haghi-haghi lae kalu di tempat ambo di Batu Kugho nih! Kalu tak pagi, petang ujan tughong. Kalu tidak pong gelaek gelemaek jey cuaca.

Kali ni ambo nak ghoyat paksae keicong. Muma thu dak menatang penama ni. Oghang kapong ambo panggei Keicong, setengah oghang panggei cedik cenung, tapi bebudak loni panggei standek sikik....cengkadok!

Dulu, ambo ingat, Pak Teh ambo suka bela keicong nih, saiz menatang ni besar sikik. Pak penakan ambo keghat sepaghoh sayap dia, dia dah tak buleh gi kemana dah lae, maksud ambo dia dah tak leh teghebang dah lae.

Pak Teh ambo letak keicong ni di ghating kayu, maksud ambo dia akan ambik ghating kayu yang ada pucuk kayu, pacak dalam boto, letak lae keicong ni, keicong ni akan meghayap di ghating kayu tu la jey sambil dok makan pucuk kayu ni. Ghalik juga kalu kita tengok.

Dulu oghang-oghang tua kata, keicong ni pandey mengajok oghang, beto ke dak tak thu lae ambo. Ambo beysa gak tanya....keicong ooo keicong anu (sebok lae nama kengkawan kita yang mana kita nak thu) tido lagu mana? Si keicong ni pong mengelekok lae badan dia.....satgi meletik kok ni satgi mengerekot kok nung! Beto ke dak dia ajok tak thu lae pulak!

Loni, pa kita tanya lagu tu, keicong ni nya buat do no jey. Benak supa bani! Nak temberang kat anak pong tak buleh dah lae! heh....heh....heh.....!

Tu lae kesahnya si keicong ni! Loni sekali sekala tersesat masok ke ghumah ambo, Si Tam dan Yabu (kucing ambo) teghekong salah kena lae. Keicong pong jaghang-jaghang sekali kita jupa.

Ambo begheti di sini, taing (time) makan ubat batok!

Khamis, 1 April 2010

BESDAY OGHANG TUA......

1.4.2010 Rabu

1 haghibulaeng pat?
Wei.... Haghi lahey ambo wei! Dah 49 tahong dah? Isy...isy...isy...... Ghasa baghu jey ambo hidok!
Ghasa baghu semalaeng ambo dok maing aci menusuk dengaeng kawan-kawan. Sabariah, Ing, Memunah, Dek Jah, Cha. Tu lae kawan2 ambo dulu. nama pong klasik! Tak dak dok bejupa dah nama-nama peseng tu loni kan? Ghasa baghu semalaeng ambo dok betimbok di paghik depan ghumah, maing goli, maing cokak, maing getah, kadang ambo maing wau jugak. Kadang kalu petang kawan ghame maghi ke ghumah ambo, kami maing aci sey. Seghenok zaman tu!

Kesian anak-anak ambo, tak ghasa kemanisan hidok lagu tu, yang dema thu maing PS, mengadap komputer, paling jemu maing lae dengan ayam di belakang ghumah. Dema tak dan nak betimbok semedang macam mak dema ni!

Ambo tak sambok pong haghi lahey ambo, takat anak2, suami dan kawan-kawang ucap. Dulu ambo ghajeng, buat kek, buat puding buat ko (kuih) bejamung kekawan.Tahong ni keghana anak ambo demaeng (demam) ambo jadi malas sikik nak buat semua tu. Ambo ingat nati lae dulu kok!

Bila omo dok menikat ni, ambo ghasa segenok, Alhamdulillah! Allah mengurniakan pada ambo
kelapangan hidok, kesihatan yang baik. Syukur ya Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...