ShareThis

Isnin, 31 Oktober 2011

KEK PISANG VERSI AMBO!



Assalamualaikum anak-anak mak!

Sihat? Sudah semestinya kannn? Walaupun sekarang dah musim tengkujuh dan ambo baru baca surat kabo, mengatakan 6 negeri akan di landa banjir, tapi Alhamdulillah, kita tetap sihat dan di jauhi dari bahaya oleh Allah Yang Maha Berkuasa! Alhamdulillah!!!

Hari ni ambo akan penuhkan N3 ambo ngan gambar KEK PISANG pulak! Jangan gelak dik noonn! Ambo dah kata sebelum ni, blog ambo bukan blog masakan, sekadar berkongsi gambar-gambar yang telah ambo snap setelah ambo masak!

Ni ambo buat dah lama, cuma kesempatan taada untuk ambo berkongsi dengan mike! Sodap jugak kek pisang ambo nih! Saja-saja ambo tambah coklat untuk bezakan dia dengan kek pisang yang biasa dibuat orang.Ngeh..ngehhhh.ngeh...!

Sangat sonang nak buatnyer! Sonang lagi untuk memakannye! heh..heh...hehhh!
Tentu mike terlior, layarilah blog2 masakan tu...tentu akan terjumpa! Saja ambo nak dera mike!

Okey Jah...kita layannn kek pisang versi ambo nihhh! Babye....!

Ahad, 30 Oktober 2011

SSSSRRRRUUUUPPPPPSSSS!!!



Rajin pulak ambo hari nih!

Oooopppps! Assalamualaikum! Orang Islam, semestinya mengucapkan dan mengharapkan kesejahteraan pada kenalannya! Betul tak?

Hah..hah..hah...hari ni Hari Ahad..... apa nak masak yer? Dah tengahari dah ni...!
Tu la kalau tak plan awal-awal begini le jadi nye! Kerana cuti punya pasal, relax je ambo sampai tengahari.

Buka esbok...ada lah ikan patin sesat! Sedap nih kalau masak tempoyak!!! Kecor air liur akak dik nooo oooiii! tu belum masak lagi, baru dok plan! Hah..hah...hah..ni lah panahan tempoyak!
Tentu sedap apalagi bukan musim durian...! Baunyeeee .... toksah dok cakaplah Jah........ menancam jiwaraga, kalau tak masak tempoyak hari ni, mesti kacau jiwa ambo....! hehhh...heh...heh...!

Taada resepi, sobab ambo main bedal aje! okey...dik non kita layannnn! Srrrruuuppppp!
Tangkap leleh ngkoJjah, apalagi ambo snap dalam periuk! kui...kui...kuiii! kureng asam punya makcik!

Layyyyannnnnn!


.....KESAYANGAN AMBO!




Assalamualaikum!

Apa haba muma semua? ambo dok ghasa tetu muma semua sehat walafiat dih!
Ambo? heh...heh...hehhhh! macam ni lae kalu ambo kae! Sehat sokmo! Alhamdulillah keghana Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik pada ambo dan keluarga ambo nih!

Haghi ni haghi Ahad.Bakik tido pong ghasanya lewat lae sikik. Sokmo ambo dok bakik tido puko 5.oo pagi...tapi kalu hari cuti ni ambo lewatkan sikik...6.30 baghu ambo bakik tido!

Yeaaah! dok di kapong ni, kalu tak tughong ke tanah tak sah lae....lepas jey semayang suboh, loni cepat ceghah....ambo pong teghuh tughong ke tanah...mana lagi kalu tak gi ke gheban ayam ambo! Ayam-ayam ambo tu dah kok kiak-kok kiak hinga nak mapoh! Tak dan-dan dah nak kelua!

Bukak jey pitu gheban, bedesap laghi kelua, gi tungung di bawah pokok moktan, tepat ambo sokmo dok bagi makan ke dema. 'ceh!....Tak dak keghija laing dema ni, bakik tak dak apa nak loghat, tahu nak makan jey!' dalam ambo punya hati tu berkata-kata lae juga!

Dema cukok manja dengan ambo! Sebenarnya ambo sangat sayang ke dema, Amba bela dema bukan untuk nak sembelih...ambo kesian...! Kalu suami ambo semelih....dia buat sendiri lae. ambo tak gamak nak proseh, nak masak kae, apa lagi nak makan. Macam tu lae juga anak2 ambo...dema pong lagu ambo, takkan makan ayam2 tu!

Kadang2 tu bila ambo napak dema moyok (paksal kena penyakik) cepat2 ambo bagi panadol...heh...heh...heh.... kalu ayam ambo yang besa, setengah biji dah cukok...tapi kalu anak kecik bagi suku bijik jey..ghasi muma tahu? Hah..hahh...hah...!

Beysa gak Pak Tam ambo kena langgar, mujo tak mati. Heghok lae paghoh dia.....dua mingung ambo bagi nasik kanji ke dia...suap ngan straw! Tetu muma tak penyaya..tapi kenyataan!
Kalu tengok mata dema kho dok buyuk kok sakik mata..cepat2 ambo boh eye-mo...lega dan-dan! Muma toksah gelak..ni beto ni... tu sebab ayam ambo manja ngan ambo!

Oghang laing takok kat ayam ambo..dema kata lokek nak mapoh...tapi tengok dema buleh makan ditapak tangan ambo!

Tu lae kesayangan ambo..bila ambo tengok gamba-gamba dema ni, ambo gelak soghang-soghang. Suami ambo kata..' Huiii! dengan binatang pong buleh jadi! Nak buat lagu mana, kasih sayang ambo ni melimpah ruah....ayam-ayam tu lae hiburan ambo di masa ambo sunyi!
Dak gitu kawan-kawan?


Khamis, 27 Oktober 2011

BENGKANG DURIAN...DILUAR MUSIM!






Assalamualaikum!

Moga kita semua di rahmati oleh Allah swt. Insyaallah!

hari ni ambo nak kita semua layannnnzzz masakan ambo untuk golongan veteran macam ambo. Boleh kannn? Ye lah orang tua macam ambo nak juga layannn masakan2 nih! Ni makanan di luar musim le pulak. Apapun, kerana dunia yang semakin canggih ni, walaupun di luar musim ianya tetap ada bekalan. Tak gitu dik nonnnn?

Yeahhh...hari ni ambo sisipkan gambar 'BENGKANG DURIAN' . Ni asli punya buatan weii! Nak resepi? Sori le Jahh! ambo tak tau sukatan..kan ambo dah kata sebelum ni, ambo main bedal jer!
Apapun yang asasnye..isi durian, tepung gandum, santan pekat, gula dan sedikit garam...!tu jer!

Huuuuiii! semasa dalam proses 'nak masak' ni, wongiNyerrrr! Sruppppp! ayaq lioq meleleh dik nonn oooiii! Nak rase? seperti bengkang yang lain...kelebihannya isi durian yang mengancam
yang meruntun jiwa dan raga! kahh..kah...kah....! Apalagi kalau ia dibuat di luar musim!

Yeeaehhhh! kita layan gambar2 bengkang durian ambo ni....lemak berkrim disukai ramai!
Layannnnn!

Rabu, 26 Oktober 2011

PUDING......!





Haluuuuu! eeeeiii silap le pulak!

Macam omputih...tak pandai nak beri salam! yeaaaa! Assalamualaikum!

Kerana boring sesangat, ambo sambung balik sembang ambo malam ni!
Kali ni ambo nak penuhkan N3 ambo ni dengan ....masakan ambo lagi!
Jemuuuu? ooooo jangan dek nooonnn! jangan jemu...walaupun ambo tak letak resepi, tapi boleh le mike semua layari blog-blog masakan yang berlambak tuh! Tu tujuan utama ambo...nak share blog-blog masakan...semangat bebb! Kena rajin anak-anak mak!

Sebenonye ambo ni, dalam banyak-banyak masakan, ambo paling suka puding. Seingat ambo, semasa ambo di Tingkatan 2 atau 3 ambo dah cuba-cuba buat puding, memanglah budak-budak buat, tak cukup bahan pulak (maklum le duduk di kampung) serba serbi kureng!

Di kampung ambo dulu bila petang, kan ada kelas KEMAS, ambo pegi le juga (itupun kalau terluang masa) dari situ le ambo ikut-ikut. First time ambo buat puding...tu lah PUDING SUNKIST! Di rumah tak ada sunkist, jadi dengan semangat yang berkobar-kobar, ambo tukarkan sunkist dengan air oren FN! kah....kah...kah...!

Apapun mak ambo bangga wei! Tu lah hati ibu kan! mulia dan sentiasa mendorong dan memberi semangat! Sekarang banyak blog-blog yang menyediakan resepi puding, nampak semua mengancam jer! Aluhaiii! Nyantek-nyantek beb!

Okey..ambo sisipkan gambar puding ambo, ni ambo buat 2 ke 3 minggu sudah!
Kita layannnnnn!

Tak ghok dehhhhh!




Aluhaiiii! Tak ghok nye ambo haghi niiiii!

ehhh! lupa pulak nak bagi salam. Assalamualaikum!
Tak ghok sangat, tu lae sapei lupa nak bagi salam. Haghi cuti lagu ni lae ambo kena bersihkan ghumah ambo. Bukan dalam ghumah nae...lua ghumah, maklong lae dok di kapong lagu tu lae.Pokok-pokok banyak, muma tetu paham, kalu pokok banyak daung pong dok besepah lae...oghang kapong ambo kata semak bedengung! keh..keh...kehhhh!

Hamboi, dok dikapong, satu jei hat seghenok, tak payah susah2 nak exercise...muma tughong jei ke tanah, ambik cako kae, ambik penyapuh kae.... hua....start exercise muma...berpeluh weiii!
Tetu muma akan ghasa ghengan jei, maklong lae lemak-lemak yang tepu di badan cair lae jugak....! wakaka..wakakaaaa!

Tu lae dok di kapong, laman kena luas, pokok kena tanam, nak bagi teduh deyyy! Beto dak hat ambo dok ghoyat nih? Ambo ni kok kalu tanam pokok bunga, bukan tak tanam, tapi tak mboh nye gemok, kughuh keghiding...macam bomi ngan langik kalu nak banding ngan ambo! heh..hehhh...heh...! Apa pong ambo suka dok kapong... tu lae...omo dah nak masuk 51 tahong dah, tapi...ambo ghasa dok sehat lagi! hati di dalam mau hepi bebbb!

Tadi ambo menyapu keliling ghumah..huiiii..letih lae jugak. Tughong daghi puko 9.00 sapey lae ke puko 12.00...tak begheti-gheti. Habih menyapuh, ambo gi tengok pokok-pokok pisang hat soami ngan anak ambo tanam kok keliling ghumah! Beh oooo, tak payah susah-susah nak beli daung pisang kok kalu nak buat nasik lemak kae, lepat kae, tepung bukuh kae...bla...bla..bla....!

Pokok kunyik ambo pong baghu nak tumboh kelik, dok banjey jey di ghumah ambo, pokok kunyik habih mapoh! Pokok ubi kayu ambo pong napak sega-sega jey! Wei! muma nak tahu, loni di kapong, ubi kayu pong ghega tujoh kupang ooo! Dulu masa arwah mak ambo tanam dulu di tahong2 80an dan 90an, dema maghi mitak, mak ambo bagi pri jey! Loni semuanya kena duek!

Ooooo! pokok lanaeh(nanas) ambo pong dak beghemuk ada anak, huihhh! buleh lae tanam haghi ni! Bukan payah pong, kita tak ghasa penama, tahu-tahu dah berputik, tahu2 dah nak masak!

Tu lae gaya hidok di kapong, kalu tak sesuaiiii! tak leh gak dok kapong, mujo loni ada letrek dah, tu pong puko 9.00 kae puko 10.00 kae dah sunyi senyap dah! tapi di kapong ambo loni keliling kelalang dah pandei dah dema buka kedei makan sapei ke tengah malam. Senang lae juga, kok kalu adik beghadek balik, malas dah nak masak, oda jey lae! Tak gitu?

Ambo ingat lagi, masa tu ambo sekolah ghendah lae, pupu ambo..dok beisa ceghah melahang di ghumah dema, tiba2 balik bermalam di ghumah ambo, nye teghiak meghahang (menangis) sapei ke ceghah...! (sapei siang)
Huiii! payah lae jugak lagu tu dih!

Ughhh! dah puko beghapa dah nih? weiiii dah puko 9.37 malam dah! Buka TV pong tak dak ceghita apapong, dok banyak ceghita hinung jei lae...maklong lae kan haghi ni dema dok ghaya!
Takpa lae dih, ambo stop di sini... nak gi ke dapo sat, nak gi minung aie, dahaga lae pulak!

Jupa lagi!

Isnin, 24 Oktober 2011

Ambo punye 'INSTANT"





Assalamualaikum kawan-kawan adik anak bloger semua!

Tentu sihat semuanya yeaahhh!


Tugas masak memasak ni dah jadi 'kewajipan' kaum hawa. Betul tak? Tinggi mana pun mike belajo sikit sebanyak nak jugak pegang periuk kuali. kalau dah kawin, takkanlah asyik makan 'order' je! kan..kan...kannnn?

Worang kate, pikatlah hati suami dengan masakan yang enak, memanglah kalau tak mencuba, macamana nak tau 'power' kita memasak! keh..keh...kehhh! Aluhai! susahnya bila mula-mula nak mencuba! Worait...kali ni ambo letakkan gambar makanan 'instant' yang cukup cincai dan relax membuatnya! Ni....ambo penuhkan N3 ambo dengan makan petang yang sempoi, pada anak2 yang baru-baru nak bermanja ngan dapur, silalah ....... muah..muah...muah...sodap jugak wei!

Buah hati ambo yang berdua tu memang suka...ni instant 'roti gulung isi ketam' Wahhh! kalau tak ramai pun sorang dua tentu terlioq jugak kan?
Okey.....kita layaannnnn!

Khamis, 20 Oktober 2011

POPIA GORENG AMBO




Berjumpa lagi kita!

Assalamualaikum! Semoga kita semua diberkati oleh Yang Maha Esa! Amin.

Ambo penuhkan N3 ambo hari ni dengan satu lagi makanan kegemaran anak ambo!
Ni makanan 'feveret' anak teruna ambo! Muah..muah....muah....!
Cuba teka apa dia? Yeah...tak lain tak bukan....jeng..jeng...jeng... popia goreng bersalut sambal!
Tudiaaaa!

Biasanya, ambo buat kuah mueh ni jika hujung minggu...kerana di hujung minggulah baru anak-anak berkumpul....samada anak teruna tunggal ambo atawa juga anak dara tunggal ambo tu!
Tapi..anak dara ambo, memang 'tak suka' kueh ni...sobabnyo dia tak suka sayur.
Macamana marahpun, dia tetap tak mau menjamah, jika dipaksa, dia akan makan 'kulit'nya aja!
Huiiii! bukan senang nak memujuk!

Kerana banyak sangat blog masak memasak ni...ambo tak tahu yang mana satu ambo kidnap resepi ni! Mintak halal ya blogger2 ye!

Kita lihat hasilnya...sodapppp! wakaka..wakakaa!

Rabu, 19 Oktober 2011

DONAT OOOOO DONAT!





Assalamualaikum!

Sekali lagi kita berjumpa!
Kali ni ambo nak bercerita mengenai kueh kegemaran anak ambo....D O N A T !
Bila ambo tanya kat orang dan teman-teman, deme kata ' eleeehhhh! sonang je buatnyer!'
Ambo bukan apa... takut donat yang ambo buat 'berat' macam ambo! kuang..kuang...kuang...!

Apapun, donat ni ambo buat dengan penuh ketekunan! untung juga ada internet! Sungguh! ambo mengaku tu! Internet mengajar ambo! Blog-blog masakan menjadi rujukan ambo! Untuk setanding dengan deme jauh le! Tapi sekureng-kurengnye ambo sudah 'boleh' masak! Hidup ambo! hah..hah...hahhhh!

Betul oreng kate dan ambo kate jugak! Masaklah dengan ikhlas! Masaklah dengan tekun! Menjadi beb...! Ambo udah 'tak berapa' malu nak bawak kueh2 ambo untuk kenduri kendara!
Betul beb! Ambo seronok dengan masakan ambo, seronok dengan resepi2 ambo. Blog masakan mana yang ambo tak layari.... terutamanya En. Mat Gebu dan Pn azlita....dan ramai lagi!
Untung sungguh zaman sekarang!

Ni donat pertama ambo, resepi ambo ambik dari blog sape pun ambo dah lupa! Gebu juga ye donat ambo! hah..hah..hah...Aluhai...sendili puji loh! Sebetulnya, kita mesti juga mengagumi diri kita sendiri! Itu anugerah ALLAH! Betul kan..kan...?kannnn?

Cukup sampai di sini, sama-sama kita lihat hasilnyer....!
Donat....ooooo...donatttt!

PERCUBAAN PERTAMA AMBO!





Assalamualaikum!

Kali ni ambo nak bercerita mengenai kisah masak memasak. Dulu-dulu ambo merasa sangat kagum dan sering mengangkat tabik jika kawan-kawan bawa bekal ke sekolah. Bila ditanya "siapa yang masak?' Deme akan jawab 'aku le...sape lagi!' Wah! terpegun ambo.

Pandainya deme masak! itu yang selalu di fikiran ambo! Sungguh! ambo tak pandai masak!
Alasan ambo...mak ada, apa nak gaduh...! atau juga.'elehhhh! kakak ada, dema masak le!

Bila ambo kawin, ambo reti masak yang asas je! sambal tumis, kari dan bla..bla...bla...!
Tapi...bila dah ada anak yang semakin besar, ambo 'mencuba' sikit-sikit resepi yang ambo dapat dari buku2 dan majalah2.

Semakin anak membesar, ambo semakin ingin mencuba. Apa lagi anak-anak dan suami sangat rajin 'makan' masakan ambo! Anak-anak dah semakin padai 'meminta'. Kerana KASIH SAYANG
ambo yang melimpah ruah, ambo semakin rajin mencuba, Alhamdulillah 'menjadi'lah juga! heh..heh...heh...!

Setiap 'percubaan' ambo, akan ambo 'snap' untuk kenangan ambo! Lucu juga bila ambo kenangkan!...Tak apalah...semua ni kenangan ambo.. Ambo masak kadangkala ikut resepi, kadang kala 'bedal' saja....kah...kah..kah...!

Mike kena pahan, blog ambo ni bukan blog masakan, ini 'rojak punya blog, apa saja yang terlintas di fikiran, apa saja yang berlegar di ingatan akan ambo lakarkan menjadi kenangan ambo dan anak-anak!

Okey..ambo stop di sini, ambo letakkan gambar-gambar 'percubaan' pertama ambo! mike jangan ketawas yeee! Aduhai! terasa lucu le pulak!

Assalamualaikum! Salam sejahtera buat mike semua.


Selasa, 18 Oktober 2011

RAHSIA KAABAH


RAHSIA KAABAH
IMEJ KAABAH DI MEKAH,di lihat dari satelit...kelihatan terang dan bercahaya.
Serba sedikit info berkaitan Kaabah.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermak na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu ada lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sejarah Binaan keliling Kaabah
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...