PERCUBAAN PERTAMA AMBO!

  • 8:07 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments





Assalamualaikum!


Kali ni ambo nak bercerita mengenai kisah masak memasak. Dulu-dulu ambo merasa sangat kagum dan sering mengangkat tabik jika kawan-kawan bawa bekal ke sekolah. Bila ditanya "siapa yang masak?' Deme akan jawab 'aku le...sape lagi!' Wah! terpegun ambo.

Pandainya deme masak! itu yang selalu di fikiran ambo! Sungguh! ambo tak pandai masak!
Alasan ambo...mak ada, apa nak gaduh...! atau juga.'elehhhh! kakak ada, dema masak le!

Bila ambo kawin, ambo reti masak yang asas je! sambal tumis, kari dan bla..bla...bla...!
Tapi...bila dah ada anak yang semakin besar, ambo 'mencuba' sikit-sikit resepi yang ambo dapat dari buku2 dan majalah2.

Semakin anak membesar, ambo semakin ingin mencuba. Apa lagi anak-anak dan suami sangat rajin 'makan' masakan ambo! Anak-anak dah semakin padai 'meminta'. Kerana KASIH SAYANG
ambo yang melimpah ruah, ambo semakin rajin mencuba, Alhamdulillah 'menjadi'lah juga! heh..heh...heh...!

Setiap 'percubaan' ambo, akan ambo 'snap' untuk kenangan ambo! Lucu juga bila ambo kenangkan!...Tak apalah...semua ni kenangan ambo.. Ambo masak kadangkala ikut resepi, kadang kala 'bedal' saja....kah...kah..kah...!

Mike kena pahan, blog ambo ni bukan blog masakan, ini 'rojak punya blog, apa saja yang terlintas di fikiran, apa saja yang berlegar di ingatan akan ambo lakarkan menjadi kenangan ambo dan anak-anak!

Okey..ambo stop di sini, ambo letakkan gambar-gambar 'percubaan' pertama ambo! mike jangan ketawas yeee! Aduhai! terasa lucu le pulak!

Assalamualaikum! Salam sejahtera buat mike semua.


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...