ShareThis

Isnin, 31 Ogos 2009

31 OGOS - Haghi Merdeka

Assalamualaikum.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tu lae kata-kata keghamaek yang ambo dok denga daghi dulu sapey la ni. Siaek gatong bendegha lagi! Bukaeng apa, cuma nak mengaja anak betapa bangganya dilahekaeng di Malaysia nan indah ni. Baley lae apapong, ambo tetaek kata kat anak-anak ambo bahawa ni lae negagha kita, apa-apa pong dan sejauh mana pong kita sapey, kita tetap anak Malaysia!

Bejupa lagi kita haghi ni dih! Lama ambo tak meghipuk, haghi ni ghasa ada masa sikik, ambo ghasa nak mengadaek benda alah ni. Bulaeng-bulaeng posa ni ghasa su'we (seram-seram sejuk) badaeng, sejak kebah daghi demaeng tu lae haek ambo dok ghasa selalu. Takpa lae di, ambo ni bila lama tak meghipuk pong ghindu jugak dalaeng hati nung!

Haghi ni kita ghoyaek hal medeka. Zaman ambo mengaji dulu, bila sapey je haghi medeka, cekgu suma dok loghaek buat petandingaeng, melukih, sapa-sapa haek pandey menyanyi dema menyanyi, baca rukunegara dan paling seghenok bila naik baeh gi pekan Tukogho , maknanya gi Sekolah Sunge Aka (SK Toh Sajak).

Ambo tak ingaek tahong bila, tapi haghi tu kami budak-budak cekgu sughoh pakey baju sekolah haek molek sikik paksal cekgu kata nak gi sekolah di pekaeng. Ambo mana ada baju molek, baju sekolah pong seley (sehelai) je. Balik sekolah je basuh sakaeng la baju, jemo cepaek2 paksal cekgu kata kalu baju koto bedamuh tak leh gi! Praeh (frust) ooo kalu tak leh gi!

Sebaek selalunya tak dak aktibiti apa kalu malaeng, ambo pong tido awae lae. Siaek pesan kat mak lagi sughoh geghak awae-awae takok telepaeh pulak. Kami ghame-ghame beghipong di sekolah Anak Kugho. Jenoh lae dok tungung, paksae gi awae sangat.

Baeh sapey puko tujoh lebih. Kalu ambo tak silaek , drebanya nama Wak oghang Ijok. Beghebok lae kami naik baeh paksal sumanya nak dok tepi tikaek. Peghak sunggoh!. Baeh tu kami gela dulu-dulu baeh israe (bas israel), mesti yang sewaktu dengan ambo, ingaek bas tu! Kala meghah dengaeng kuning ghasanya, ho lae Serekat Nothern Malaya punya! Heh...heh...heh.....!
Koseng keghaeh pong seghenok bukaeng maing!


Sapey je di Sekolah Sunge Aka, dah ghame budak-budak sekolah beghipong. Cekgu pong aghah kami masok barisaeng paksal dah nak belaghak. Tukang bawak bendegha Malaysia wake sekolah Anak Kugho masa tu, hat tinanya ambo dan hat jatannya Suhaimi, tua setahong daghi ambo, lani dia ni kegheja CC di Pejabat Tanah Dekghah Tepeng.

Ambo tak ingaek kami belaghak sapey kemana, tapi letih jugak lae dok usong bendegha tu. Yang ambo ingaek, ghame oghang dok bedighi di tepi jalaeng sambe pegang bendegha. Meghiah dan bersemangat sunggoh! Setengah tu dok bedighi kok kaki lima kedey. Kami pong ghasa seghenok dan megah lae! Tengahaghi kami pong balek. Daleng baeh ghiuh ghemang dok bukak temberang, ghoyat macaeng-macaeng, ho lae... klua pekaeng pong sekali sekala!

Kenangaeng tu ambo ingaek sapey lani. Sangat terpahat daleng ambo punya hati. Walopong ambo tak menang pertandingaeng melukih bendegha, tapi dapek lae gak hadiah saguhati. Jadilae di. Hadiahnya ambo dok ingaek lagi kala Luna haek ghega pat kupang lima duek tu! Megah ooo gi ambik hadiah. Kalu dapaek numbo satu, mengepak lagi lae ambo! heh...heh...heh.....!


Weiii.... dok ghalek mengipuk, tengok jaeng dah puko semilaeng lebih dah! Haghaek ka tak masak lae tengahaghi. Anak ambo pong sokghang dok study sokghang gi sekolah, ada kelaeh tambahan Matematik. Ghajeng cekgu dema ni. 8 haghibulaeng ni dia stat lae peksa UPSR. Abang dia pulak mula peksa percubaan, esok 1 September. Mujo lae gak anak-anak ambo ni ghajeng, tak loghaek nak sughoh baca buku. Alhamdulillah, paksal Allah anugerahkan kaek ambo anak-anak yang baik dan mendenga kata. Haghaek2 dema dapat yang terbaik lae, tu lae doa ambo selalu!

Ambo stok (stop) di sini lae wat kali ni, lhing kali ambo menghipuk balek di! assalamualaikum dan SELAMAT BERPUASA SERTA SELAMAT BERHARI RAYA' Moga Allah berkati hidup kita suma di dunia dan di akhirat jua. Daaaaa..........!

Ahad, 30 Ogos 2009

Madah-Madah Ramadhan

Assalamualaikum.

Ambo nak ucaekkang Selamat Berpuasa sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak.
Moga muma suma dalam sehat sejahtera dengan klorga dan dapat meneruskan ibadat puasa dengan penuh kesyukuran.
Ambo di sini cuma nak bekosi madah-madah SMS yang ambo teghima sempena bulan mulia ni daghi anak-anak penakaeng, sahabat tolan dan pupu-papat, abang kakak dan ipar duai yang ambo ghasa dema ni dok sayang kat ambo paksal dema ni lae yang mengingatkaeng ambo tentang kebesaran dan kemuliaan ramadhan ni dan memngingatkan pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Penyayang.
Kita kosi ghatek (sama-sama) dan sama-sama menghayatinya:

Masa kecik-kecik dulu, ustaz selalu pesan letak surah Yaasiin tepi bantal, baca doa sebelum tidur dan bangun solat Subuh tapi sekarang yang ramai buat, letak handphone tepi bantal baca mesej sebelum tidur dan bangun bila handphone berdering.
Sekadar nak pesan: Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Ilahi!
- SMS dari adik La SMK Khir johari (sepupu)

Selamat Berpuasa. Semoga mendapat rahmat Ilahi.
- SMS dari Rubiah, Pejabat Ukur, Ipoh (adik ipar)

Jika hati sejernih air, jangan biar ianya keruh.Jika hati seputih awan, jangan biar ianya mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN
- SMS dari Kak Rahimah, SK Klian Pauh, Taiping (teman).

Puasa itu ibarat pelampung ajaib di Akhirat nanti.... yang menyelamatkan kita setelah amalan lain telah di hitung. Oleh itu jangan biarkan pelampung bocor dan kita tenggelam hanyut. Banyakkan beramal di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
- SMS dari Abang Ya, Pejabat Polis daerah, Taiping (abang kesayangan)

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan.
-SMS dari Rozilina SK Krunai, Grik (teman)

Perkataan yang indah adalah'La ila haillallah, Muhammadur rasulullah'.Lagu yang merdu adalah azan. Media yang terbaik adalah Al Quran. Senaman yang sihat adalah Solat. Diet yang sempurna adalah puasa. Perjalanan yang menyenangkan adalah Haji. Khayalan yang baik adalah ingat Kematian, Dosa & taubat.
-SMS dari Rosnah, SK Sri Kurau (teman)

Jika harta itu racun, zakat penawarnya.Jika umur itu dosa, Taubat dan Taqwa ubatnya. Jika semua bulan itu noda, Ramadhan pemutihnya.
-SMS dari Ida, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong (anak penakan)

Kian jauh tirai Syaaban, kian dekat lambaian Ramadhan. Luhur iman ikhlas amalan,. Luhur ibadat di berkati Tuhan.
-SMS dari Kak Piah, Taman Klebang, Ipoh (kak ipar)

Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghrifah. Airmata taubat, dendangan tadarus, selimut terawih & bantal tahajud! Moga mewarisi jannah.
- SMS dari Adik La, SMK Khir Johari (sepupu)

Anak Ketam belajar berjalan,
Matanya tanggal di gigit lipan,
Selamat datang bulan Ramadhan,
Selamat tinggal hantu dan setan.
- SMS dari Nurul Aida, Ulu Tiram, Johor (anak penakan)

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda, ada dosa tercipta
Harap di maafkan segalanya.
-SMS dari Intan Zalwa, SK ChangkatLarut. Taiping

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillahawaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintaia dan di cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetakan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup rasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga.
SMS dari Intan Zalwaa, SK Changkat larut, Taiping.

Ni lae madah-madah yang ambo dapaek daghi dema. Pandey dema buat madah dih?Cukok takat ni, kita jupa lagi! Selamat posa dan Selamat Berhari raya. Moga kita semua di berkati oleh NYA.
AMIN!

Ahad, 2 Ogos 2009

Ambo yang bernama chu mah - Haghi Keteng

Assalamualaikum.

Haghi ni kita bejupa lagi. Ghindu pada muma suma toksah dok wat lagu mana lae, tapi paksal sebok yang banyak tu, ambo wat-wat lupa lae muma suma. Mingung ni ambo ghasa leteh bukaeng mheng
lagi, tapi keghana seghenok nak begebang dengan muma, ambo kuatkan hati lae. Mitak maaeh lae kalu gebang ambo ni tak beghapa semangat gitu. Letih sungguh ni, tak cakaek bahong deh!

Macaeng yang ambo dok ghoyat dalaeng porong Batu Kurau kapongku tu, pada 1 .8.2009 sekolah Sri Kurau ada wat Haghi Keteng/Usahawaeng, ambo pong masok daung lae gak dok juae kepok leko (keropok lekor) Tak banyak pong mak pak hat maghi, tapi paksal futsal dekghah ada, tu je lae yang dok napak meghiah sikik tuh. Hujaeng pulak daghi pagi, tapi kita kena lae bersyukur keghana hujan tu rahmat dan rezeki yang Allah s.w.t yang bagi kat kita. Kita patok teghima lae. Dak gitu?

Tungung lama gak, baghu dema hat kami oda kepok leko tu sapey. Dok talipong banyak kali gak, dia jawaek on the way....on the way... tapi jangaeng kaeng lubang idong, batang idong pong tak napak-napak lagi. Hat gerey(gerai) oghang lheng sumanyae dah kelibok bejuae beli.Peloh sapey keting bagu lae tokey kepok leko sapey. Mujo dia bagi lebeh dua, kalu tidak kae, ghasa nak maghah lae gak Heh...heh...heh... bila pikey balik ni pong salah satu rasuah gak di. Beto dak?

Haghi tu jupa lae ambo ngan cikgu Useri. Lepaeh tu ngan cikgu E. Cikgu E tu bukaeng nyae kenae ambo pong, saja lae ambo wat-wat tego, kok -kok dema nak singgah beli kepok leko ambo.Heh..heh..heh... tu promosi lae jugak di? Oghang kata, bila kita nak bejuae ni , mulok kena manih, kena ghamah, baghu lae laku. Beto dak? Betooooooo........!

Nak kata laku sangat tu daklae, takat balik modae je. Utong dua tiga puloh je, tapi geng ambo seghenok je, ghasa enjoy la. Oghang kata kegheja gruk (group) ni macaeng tu lae, tak buleh dok bekigha sangat dih? Puko 2.00 petang kami selesey(selesai) rehat sat, maning-maning teghuh semayang laho (zohor). Lepaeh tu beto pinggang sapey puko pat bakit gi pulak lae ghumah pak metua ambo, paksal dema pong buat kenoghi cuko pala.....oooppss... silaek bukaeng cuko pala, cuko ghambok (cukur rambut).

Saghi sutok tak makaeng nasik, gi-gi kae buat bulo lae. Ambo handaeh 2 pinggaeng, sedaek sunggoh makaeng macaeng oghang bulo jae. Ambo pagi tu dah hata dah agak-agak (agar2) sataeng dengaeng bekang deghian, tupang kenoghi deh.....!

Kalu nak makaeng bubo tahik ulat, oghang Kapong Anak Kugho kata peseng tu, (bubur anak lebah) masa oghang kenoghi cuko ghambok je lae bejupa, Kalu dak, takdak lae nak bejupa, Nak buaek tu ghasa ghenyah sangat. Hui... sedaek sunggoh ambo makaeng bubo tahik ulat tu, dema Ghepoh nye bacoh tepong dengaeng ai dhong pandaeng , tu yang buat sedaek tu. Ambo kalu bacoh dengan gula meghah tak beghapa bekenaeng.

Puko naeng (6.00) kelek ghumah, tengok kak ipa ada dah dok tungung. Dema maghi daghi Ipoh nung... tido lae di ghumah ambo dengan anak penakaeng ambo lae. Anak penakaeng ambo ni cekgu mengaja di Lenggong nu, sekolah menengah apa tak thu lae, lupa pulak ambo, Dah lama ni macaeng tu lae mudah lupa, mitak-mitak doa jangaeng nyae nyanyok dah lae tua-tua esok dih... susah anak-anak nak jaga!

Ambo ghasa lemah jae badaeng ambo ni, ghasa tido lama dah tadi, ambo begheti lae di sini dih! Malaeng satgi kalu ambo ghasa nak sambung gebang ambo ni kita jupa kelik lae di! Tapi malaeng satgi ada dema betandeng lagu klasik, ambo kena lae tengok gak, paksal ambo minaet lae gak lagu-lagu peseng ni, zamaeng ambo deh! Hat lagu-lagu loni ada jugak hat ambo minaet, tapi banyak nyae yang seghabuk peghok je lae. Ihhh...ambo begheti lae.wassallam. Jupa lagi bila-bila masa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...