Madah-Madah Ramadhan

  • 8:48 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Assalamualaikum.

Ambo nak ucaekkang Selamat Berpuasa sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak.
Moga muma suma dalam sehat sejahtera dengan klorga dan dapat meneruskan ibadat puasa dengan penuh kesyukuran.
Ambo di sini cuma nak bekosi madah-madah SMS yang ambo teghima sempena bulan mulia ni daghi anak-anak penakaeng, sahabat tolan dan pupu-papat, abang kakak dan ipar duai yang ambo ghasa dema ni dok sayang kat ambo paksal dema ni lae yang mengingatkaeng ambo tentang kebesaran dan kemuliaan ramadhan ni dan memngingatkan pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Penyayang.
Kita kosi ghatek (sama-sama) dan sama-sama menghayatinya:

Masa kecik-kecik dulu, ustaz selalu pesan letak surah Yaasiin tepi bantal, baca doa sebelum tidur dan bangun solat Subuh tapi sekarang yang ramai buat, letak handphone tepi bantal baca mesej sebelum tidur dan bangun bila handphone berdering.
Sekadar nak pesan: Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Ilahi!
- SMS dari adik La SMK Khir johari (sepupu)

Selamat Berpuasa. Semoga mendapat rahmat Ilahi.
- SMS dari Rubiah, Pejabat Ukur, Ipoh (adik ipar)

Jika hati sejernih air, jangan biar ianya keruh.Jika hati seputih awan, jangan biar ianya mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN
- SMS dari Kak Rahimah, SK Klian Pauh, Taiping (teman).

Puasa itu ibarat pelampung ajaib di Akhirat nanti.... yang menyelamatkan kita setelah amalan lain telah di hitung. Oleh itu jangan biarkan pelampung bocor dan kita tenggelam hanyut. Banyakkan beramal di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
- SMS dari Abang Ya, Pejabat Polis daerah, Taiping (abang kesayangan)

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan.
-SMS dari Rozilina SK Krunai, Grik (teman)

Perkataan yang indah adalah'La ila haillallah, Muhammadur rasulullah'.Lagu yang merdu adalah azan. Media yang terbaik adalah Al Quran. Senaman yang sihat adalah Solat. Diet yang sempurna adalah puasa. Perjalanan yang menyenangkan adalah Haji. Khayalan yang baik adalah ingat Kematian, Dosa & taubat.
-SMS dari Rosnah, SK Sri Kurau (teman)

Jika harta itu racun, zakat penawarnya.Jika umur itu dosa, Taubat dan Taqwa ubatnya. Jika semua bulan itu noda, Ramadhan pemutihnya.
-SMS dari Ida, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong (anak penakan)

Kian jauh tirai Syaaban, kian dekat lambaian Ramadhan. Luhur iman ikhlas amalan,. Luhur ibadat di berkati Tuhan.
-SMS dari Kak Piah, Taman Klebang, Ipoh (kak ipar)

Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghrifah. Airmata taubat, dendangan tadarus, selimut terawih & bantal tahajud! Moga mewarisi jannah.
- SMS dari Adik La, SMK Khir Johari (sepupu)

Anak Ketam belajar berjalan,
Matanya tanggal di gigit lipan,
Selamat datang bulan Ramadhan,
Selamat tinggal hantu dan setan.
- SMS dari Nurul Aida, Ulu Tiram, Johor (anak penakan)

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda, ada dosa tercipta
Harap di maafkan segalanya.
-SMS dari Intan Zalwa, SK ChangkatLarut. Taiping

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillahawaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintaia dan di cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetakan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup rasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga.
SMS dari Intan Zalwaa, SK Changkat larut, Taiping.

Ni lae madah-madah yang ambo dapaek daghi dema. Pandey dema buat madah dih?Cukok takat ni, kita jupa lagi! Selamat posa dan Selamat Berhari raya. Moga kita semua di berkati oleh NYA.
AMIN!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...