Malam ni ambo nak berkongsi 'JADUAL PUASA SUNAT' yang dianjurkan untuk kita semua yang beragama Islam. Moh le kita mengumpul 'pahala' sunat' selain yang wajib. Semoga kita semua di berkati oleh ALLAH S.W.T. dan di permudahkan segala urusan.
Esok hari terakhir dalam tahun Masihi 2012, ambo mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2013 untuk semua saudara, sahabat dan kenalan!
Sesekali
ku rasa teringin
melewati hati mu yang dinginnnn!
Terdengar lagu ni, teringatlah wajah manis penyanyinya...Shima yang bersuara nyaring dan sangat merdu.
Lagu 'teringin'nya mendayu-dayu membuai hati ambo ni! Dalam hujan pulak! heheheh!
Hari ni ambo balik agak lewat....sampai ke rumah kurang lebih pukul 5.35 petang! Itu pun sebab dok
menuggu hujan ' seghek' ( 'seghek ' kalo mengikut Kamus Dewan adalah keadaan hujan yang dah berhenti )
kalo tak hujan, biasanya ambo akan sampai kurang lebih 5 minit perjalanan (naik motor Jah ooiiii)
Terkadang ambo rasa lagu-lagu dan masakan ambo berkait antara satu sama lain... Betul macam lagu 'teringin' ni..sebenonye ambo memang teringin nak makan sejenis kek ni...lama betul tak membuatnya.
Ngapa malas betul nak membuatnya? Tu lah 'KEK SPONGE a.k.a KEK GULA HANGUS!
Nantile, ambo kena siapkan tempahan orang dulu, nanti ambo akan buat kek ni...memang rasa sedapppp sangat! Dok telan air liur le dulu! Belek album gambo, dok nampak kek ni...hadoooiii mengancam habis Jah oooiiii!!!! Anak-anak dan encik suami pun suka, ambo apalagi...tentang 'makan' no hal lah!! hahahah!!
Tak mau banyak cakap, kita layan dolu gambo kek yang ambo buat taktau bila....tahun sudah kot?
Ni ambo kongsi resepi dolu..kalo mike nak buat..silakan..ooppppsss..anto pada ambo dalam mimpi ye!
nyumnyumnyummm!!!
Moh le kita berkongsi.
Bahan asas:
8 biji telor
2 cawan tepung gandum
1 camca besar soda
1 camca teh baking powder
2 cawan gula 2 cawan air
1/2 tin susu pekat manis
3 camca besar majerin
- Hanguskan gula dan biarkan sejuk
- Cairkan majerin
- Pukul telor hingga kembang
-Masukkan gula hangus, majerin yang di cairkan berserta susu - sebatikan
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda dan baking powder sedikit demi sedikit
- Kacau hingga sebati
- Bakar sehingga masak
Kalo mengikut sesetengan petua, deme akan perapkan adunan 1-2 jam, tapi selalunya ambo
buat tak pernah perap, nak cepat! Eeeerrmmm..tak sabo nak menuggu waktu, nak buat kek ni!
Mike layan le dolu gambo kek ambo ni yang kejadiannye di tahun lepas! hahahahh!!
Semoga kita semua di dalam rahmatNYA, ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA PENGASIH! Aminnnn!!
Malam ni ambo ada masa luang untuk bersembang-sembang dengan mike semua! Rindu pada mike toksah dok cakap le! ngehngehngeh! Terima kasih pada yang terus menyokong ambo ni!
Sekarang (loni kalo mengikut dialek kampung ambo) tak menentu cuacanya..kadang hujan, kadang panas terik! Kesian jugak pada calon pak mertua dan mak mertua kerana hati jadi tak keruan kalo di hari majlis berlangsung, turun hujan! Bukan 'menidakkan' rahmat ALLAh, tapi paham-paham le Jah, kalo udah hujan tu!
Kalo di kampung ambo, hadooiii Jah, tentu laman yang taada turapan tar akan lecah dan terus jadi leceh!
heheheh!!Apa-apapun majlis tetap berjalan lancar!
Berbalik kepada sembang kita malam nih, adalah minggu lepas kalo tak silap ambo, ada ambo buatkan satu jenis puding yang cukup sempoi, itu pun atas permntaan si Tecik Hajar, dia nak makan 'PUDING SUMI'
Adeessss....kesiannya! Tak dan berpeluh menyiapkannya..sangat sempoi Jah!
Moh le kita berkongsi mata dan berkongsi resepi yang sempoi ni ..kalo setuju!
Bahan asas:
37 gram agar-agar tali
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
secubit garam
6 gelas air
Beberapa biji sumi
- Masak agar-agar dan gula bersama 6 gelas air
- Masukkan susu dan garam (sekadar untuk melemakkan aja)
- Setelah mendidih, tutup api dan tuang agar-agar ke dalam loyang / acuan
- Biarkan sekejap (agak suam sikit) barulah masukkan sumi
(kalo masukkan semasa panas , sumi akan mencair)
- Simpan sekejap dalam esbok
- Siap untuk di hidang.
Puding ni anak ambo suka, dia kata mengembalikan nostalgia dia kecik-kecik dulu!
Ada-ada aja anak ambo ni! Apa-apapun semuanya begheh Jah!
Sekali lagi kita berjumpa! Mike tentu sihatkan?
Ambo ni dok terperuk lagi kat kampung ni! Tak pegi kemana-mana..taktau lagi nak kemana!
Nanti le kalo lepas result PMR si Tecik Hajar...baru boleh jalan-jalan kot! Itu pun rasanya tak jauh!
Apa-apapun tunggguuuuu!!!
Malam ni sekali lagi ambo nak berkongsi masakan yang sempoi!! Ini adalah hasil dari 'air tangan' anak dara ambo! Heheheh..belajo le sikit-sikit..kan...takpa bio le yang sempoi2 dulu...janji dia nak buat !!
Ini masakan ekspress aja...tu lah dia ROTI GULUNG ISI KETAM! Wah...nama kemain...buatnya secotek aja masa!
Bukan apa ambo masukkan di sini..sekadar 'menghargai' usaha si Tecik Hajar!
Semua orang boleh buatkan? Tapi ada jugak kawan sebaya anak ambo 'belum boleh' membikinnya!
Takpa kita berkongsi di sini !
Bahan-bahan asas:
Roti putih ( Tecik Hajar guna Gardenia)
Isi ketam atau sosej
Serbuk lada sulah (Tecik Hajar guna Ajishio)
Serbuk roti
Sedikit bancuhan pekat tepung gandum (untuk gam roti)
Kuning telur (di pukul sebati)
Minyak untuk menggoreng
- Roti di lenyek nipis
- Taburkan lada sulah di atas kepingan roti dan letak isi ketam / soseh (di rebus sekejap)
- Gulung kemaskan dan gamkan roti tadi
- Celup dalam kuning telur
- Golekkan dalam serbuk roti
- Goreng dalam api sederhana sehingga kekuningan
- Sedia untuk di hidang
Makan panas-panas memang enak! Apalagi kalo di makan dengan teh panas bersama keluarga!
Terima kasih Tecik Hajar..dah boleh sediakan makan petang untuk mak, abah dan abang! Buat lagi ye! heheheh!
Pekabo Yong? lama bebeno tak sembang-sembang kan? Cuti sekolah semakin sibuk le ambo!
Anak-anak semua ada di rumah (macamlah ramai sangat anak tu!) Aktiviti ambo...bangun pukul 5.00 pagi masak untuk makan tengahari, sarapan encik suami order dari kedai!
Lepas tu ke tempat kerja yang 'sejengkal' aja dari rumah. Tengahari balik rehat sekejap kemudian masuk balik kerja sampai pukul 5.00 petang! Wuaaa...usia yang dah 'tua' agak memenatkan dengan rutin begini.
Balik badan penat!
Apa-apapun, syukur kerana tempat kerja dekat! Ooooo...udah lama tak bersembang, ni sesi melua perasaan le chumah? Isy...dak aih...saja siot siot bercakap!
Takpa moh kita sembang aktivi ambo selain dari yang atas tu ye! Ambo ni 'memasak' setiap hari, tapi dalam cuti ni selalu rasa tak sempat nak 'meng update' heheheh! Malas betul makcik nih!
Worait...kerana dah lama tak 'meng up date' apa kata kalo hari ni ambo berkongsi yang paling sempoi dengan mike? Sebenonye, ambo cuma 'menukarkan' dari sukatan 'ml' kepada 'cawan' agar senang untuk anak ambo si Tecik Hajar menyediakannya nanti.!
Wolawoleh..puding ni menjadi 'feberet' en suami dan anak-anak!..sekejap aja ...dah langsai!
satu...satu...satu...deme bawak lari! Kerap bebeno ambo buat...!!
Mike nak tau apa pudingnye? tak lain tak bukan itulah 'pujaan hati ku' PUDING DADIH! hehehehh!
Ambo beli yang readymade...cepat, tangkas bila menyediakannya! Mike jangan gelak...sebab ini semua gara-gara nak menyenangkan si Tecik Hajar..hahhhhhh lepas ni, bio dia pulak yang menyediakan 'PUDING DADIH' ni! kan...kan...Jah!!!
Moh le kita!
360 gram serbuk dadih (pelbagai perisa tersedia)
7 gelas air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
- Didihkan air bersama gula dan susu
- Padam api - masukkan serbuk dadih
- Kacau sekejap kurang lebih 4 - 5 minit
- Masukkan gula buahan dan kacau rata
- Tuang ke dalam acuan
- Sejukkan dalam esbok
Senankan? Semua resepi tersedia...cuma ambo tukarkan sukatan jadikan 'sukatan cawan'
Senang anak ambo nak masak nanti! hahahah...heheheh..lapang dada sebab si Tacik Hajar janji nak buat nanti! Iye ke?????????
Puding Biskut Tembikai
-
[image: Puding Biskut Tembikai]
*Assalamualaikum semua.... Selamat menyambut bulan ramadhan bagi
seluruh umat islam di dunia ni. Macam mana hari pe...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!
-
Bismillah..Assalamualaikum.
Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak.
Saya cuba guide mana yang termampu, setakat penget...
POKOK SAMBUNG NYAWA BATIK
-
BIODATA SAMBUNG NYAWA BATIK
- Tarikh Beli : 29 September 2019
- Harga : RM10 (Asal RM15)
- Lokasi Beli : Pasar Stadium Seksyen 13 Shah Ala...
Fahami hukum melalui perintah dan larangan Allah
-
Ahmad Baei Jaafar Apabila kita membaca al-Quran, kita akan bertemu dengan
ayat perintah, ayat larangan dan ayat cerita. Setiap bentuk ayat itu
memberi mese...
Kelas Untuk Bulan February
-
Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream
Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh :...
-
As-Salam semua. Maaf kerana dah lama 'hilang' dalam dunia blogging. Rasanya
sejak FB dah menjadi perhatian umum dewasa ni, blog-blog dah mula mengambil
bac...
Rendang ayam pencen
-
Entry pertama untuk masak-masak dalam tahun nie.
Minggu lepas kami adik beradik balik kampong untuk melihat anak saudara
baru. Selamat datang Irdina Na...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
BEST CHOCOLATE WALNUT MUFFINS
-
Kejadian pada suatu senja bila Sang Arjuna balik dan terkocoh-kocoh terus
meluru seraya menerpa ke arah isterinya yang DDD ini yang sedang berdiri di
si...
Russian Black & White Chocolate Cake
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman
dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya.
n...