ShareThis

Jumaat, 14 Disember 2012

ROTI GULUNG ISI KETAM



ASSALAMUALAIKUM!

Sekali lagi kita berjumpa! Mike tentu sihatkan?
Ambo ni dok terperuk lagi kat kampung ni! Tak pegi kemana-mana..taktau lagi nak kemana!
Nanti le kalo lepas result PMR si Tecik Hajar...baru boleh jalan-jalan kot! Itu pun rasanya tak jauh!
Apa-apapun tunggguuuuu!!!

Malam ni sekali lagi ambo nak berkongsi masakan yang sempoi!! Ini adalah hasil dari 'air tangan' anak dara ambo! Heheheh..belajo le sikit-sikit..kan...takpa bio le yang sempoi2 dulu...janji dia nak buat !!
Ini masakan ekspress aja...tu lah dia ROTI GULUNG ISI KETAM! Wah...nama kemain...buatnya secotek aja masa!

Bukan apa ambo masukkan di sini..sekadar 'menghargai' usaha si Tecik Hajar!
Semua orang boleh buatkan? Tapi ada jugak kawan sebaya anak ambo 'belum boleh' membikinnya!
Takpa kita berkongsi di sini !

Bahan-bahan asas:

Roti putih ( Tecik Hajar guna Gardenia)
Isi ketam atau sosej
Serbuk lada sulah (Tecik Hajar guna Ajishio)
Serbuk roti
Sedikit bancuhan pekat tepung gandum (untuk gam roti)
Kuning telur (di pukul sebati)
Minyak untuk menggoreng

- Roti di lenyek nipis
- Taburkan lada sulah di atas kepingan roti dan letak isi ketam / soseh (di rebus sekejap)
- Gulung kemaskan dan gamkan roti tadi
- Celup dalam kuning telur
- Golekkan dalam serbuk roti
- Goreng dalam api sederhana sehingga kekuningan
- Sedia untuk di hidang

Makan panas-panas memang enak! Apalagi kalo di makan dengan teh panas bersama keluarga!
Terima kasih Tecik Hajar..dah  boleh sediakan makan petang untuk mak, abah dan abang! Buat lagi ye! heheheh!

BUBYE!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...