ShareThis

Ahad, 25 Oktober 2015

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Ni lah saki baki yang tinggal, mujo juge dan snap! hihihi!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Kau datang lagi
mengganggu fikiranku
membuat daku terharu
tiada dapat melupakannya
kau menjelma di hatiku....!

Malam ni mood 'ter'rajin meng'up-date' blog ambo. Sihat ke Jah mike hari ni?
Di kampung ambo baru lepas hujan. Hujan yang sangat lebat, kiranya air dalam parit di depan rumah ambo, sat (sekejap) aja udah nak penuh, kalo penuh air di parit tu, berarti melimpah le ke laman rumah ambo! banjirrrrr lagi!!!

Malam nih ambo nyanyi lagu di tahun 70an pulak, kalo tahun-tahun 70an, kiranya ambo waktu tu di awal-awal remaja le Jah. Loni (sekarang) ambo udah 50an.....! Tapi Alhamdulillah, ambo masih di beri kesihatan yang baik oleh ALLAH.

Sebetulnya ambo dok nyanyi lagu Hail Amir nih, sebab dok teringat kek-kek yang di buat menggunakan cheese. Tak baik untuk orang-orang yang 3G macam ambo, tapi permintaan anak tekak
nih tak boleh di kawal, apalagi di suntik semangat oleh anak-anak ambo! hahahahahh!!!

Udah masak aja, tak dan (sempat) sejuk terus di potong. Setengah loyang habis di 'baham' oleh kami tiga beranak. Hahahahh sekali lagi. Bukan gelak pasal apa...tapi gelak sebab sangat kecewa kerana
selera anak tekak yang sangat 'tinggi' .

Aluhai Jah...itulah penangan KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE nih. Sungguh lazat, Resepi ambo dapat dari Blog Hana . Tak ada nak derhaka-derhaka seperti setengah-setengah orang........
ambo ikut aja pesanan 'penaja' dengan cukup berhemah d an jujur. Hahahahahh!!!!!!

Moh Jah kita jenguk resepinya yang lazat tuh!

Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum,

- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati
- Masukkan telur dengan air serta tepung - Pukul lagi dan sebatikan

Bahan B (kek)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanila
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bikarbonat*
1/2 camca teh baking powder*
Bahan bertanda * di ayak terlebih dulu
Sedikit garam halus

- Pukul telur bersama gula sehingga kembang (dalam bekas lain)
- Masukkan vanila dan garam
- Masukkan air panas, susu dan minyak -pukul sebati
- Masukkan bahan * (tepung, soda, serbuk koko dan baking powder) dan gaul sebati
- Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian

Cara memasak:

- Panaskan kukusan menggunakan api sederhana
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alat dengan kertas minyak
- Tuang sebahagian adunan, tutu loyang dengan aluminium foil dan kukus selama
   20 - 25 minit
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup deng aluminium foil
  dan kukus lagi selama 15 - 20 minit
- Setelah itu, tuang lebihan satu bahagian adunan coklat tadi, tutup dengan alumium foil dan
  kukus lagi 25 - 30 jam atau sehingga kek masak
- Angkat biarkan sejuk..

Ambo menggunakan loyang 8"x8" seperti yang di sarankan. Memang sedap dan lazat.
Jom le Jah kita buat sendiri. Dapat makan banyak-banyak dan puas hati anak-anak dan en suami
dapat merasa hasil dari'air tangan' kita.

BUBYE....BUBYE!!!!

Sabtu, 24 Oktober 2015

MEE HAILAM



ASSALAMUALAIKUM!!!

Haiya cik siti
pulumpuan manyak mule
ana manyak susah
nyalan tutup mate
uwang dan linggit
ana tatak helan
ente tutup mate ana tak tuntu nyalan...!!!

hahahah...teringat ambo dengan satu filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Teringat seniwati cantik Sarimah terkodek-kodek nyanyi sambil memegang kain menarik tangan si Apek tukang jahit yang ditutup matanya.

Pekabo Jah? Malam nih ambo dok bergulung lidah menyanyi lagu Apek dan Marjuna. Nak tanya mike lah...tempat mike hujan dak? Oooooiiii...di kampung ambo ni dari semalam hujan lebat,
hari nih pun hujan lebat lagi. Dulu kalo hujan je, jerebu pun berkuranglah....nampaklah matahari menyinar di bumi tercenta nih. Tapi loni (sekarang) ujan lebat lagu mana pun, si matahari tetap tersembunyi di sebalik debu-debu yang sangat tebal. Udah rasa penglihatan tersekat.

Nak bersembang kisah jerebu ni pun tak akan selesaikan......jadi kita tukar topik kan Jah!
Moh le kita berkongsi resepi yang pada ambo sangat sedap nih! En. suami memuji, anak-anak apa lagi....mak dia senyum meleret le! ngehngehngeehhhhh!!!

Tu lah dia penangan MEE HAILAM ambo. Kejadian nih petang semalam. Maklumlah cuti-cuti jerebu kan Jah...jadi duduk di ceruk dapurlah ambo!
Moh le Jah kita jenguk resepinya!

Bahan asas:

1/2 kg daging - potong nipis dan rebus bersama sedikit garam sehingga empuk
1/4 kg udang sederhana besar
2 labu bawang besar - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar lada hitam di kisar
3 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap manis
2 camca besar tepung jagung - bancuh dengan air
Bunga kobos secukupnya
1 biji karot
1 bungkus putik jagung
3 mangkuk air
Minyak untuk menumis
1 kg mee kuning

- Tumis bawang hingga wangi
- Masukkan air bersama air rebusan daging
- Masukkan daging
- Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap
- Setelah mendidih masukkan sayuran dan tepung jagung
- Masukkan udang
- Bila sudah agak pekat, tutup api
- Hidangkan bersama bahan hiasan- daun bawang dan daun sup serta bawang goreng

MEE HAILAM ni sedap dimakan panas-panas, apalagi aroma lada hitamnya membuatkan
hati rasa tak sabar nak menikmati. Memang cepat menyediakan mee nih. Anak-anak dan en suami suka dan ambo pun suka hati. heheheeh!

Jumpa lagi di lain kali. Makcik malazzzzzz nak meng'up-date' sebab intenet slow sangat. Udah di 'naik taraf' pun, perkhidmatan macam apa-apa tah........!


BUBYE!!!!





 



Ahad, 11 Oktober 2015

DALCA DAGING



ASSALAMUALAIKUM!!!

kau datang lagi mengganggu fikiranku
membuat daku terharu
Tiada dapat melupakannya
kau menjelma dihatiku!

Tau tak sape yang nyanyi lagu tu Jah? malam nih ambo nyanyi lagu Hail Amir pulak! Teringat Hail Amir, teringatlah zaman dolu-dolu, suka sangat ambo tengok majalah URTV tu. Terpampang gambo Hail Amir dengan rambut ketak-ketaknya dan paling ambo ingat Hail Amir pakai rantai loket bentuk tanduk. Togel gitu tak pakai baju! hahahahh tu zaman popularnya di tahun 70an.

Kita tinggalkan kenangan ambo di tahun 70an. Nak bertanya juga keadaan di tempay mike, udah hilang ke jerebu yang melanda? Di kampung ambo di Amak Kurau nih, udah nampak bukit-bukit yang menghijau. Sebelum ni rasa penglihatan tersekat, macam ambo nih orang kampung, kalo bangun pagi tak nampak bukit, rasa tak lengkap hidup!hihihi!

Wokei Jah, kita tinggalkan jerebu yang semakin menipis, malam nih kita berkongsi resepi lauk pauk pulak! En suami kata sangat sedap lauk hari ni. Sebenonya sebelum masak, ambo dok terfikir lauk apa yang ambo nak masak hari ni, sebab dah lewat ke dapur. Malas tahap gaban le kalo lewat-lewat baru nak masa. Jadi ambo dok fikir kalo hari ni nak masak satu jenis aja macamana?

Pikio punya pikio, tu lah lauk hari ni 'DALCA DAGING' yang mendapat pujian meleleh dari en suami. Bangga wwooooiiiii Jah! kehkehkehhhh!!!

Moh kita tengok resepi ambo yang sempoi nih!

Bahan asas:

1/2 kg daging
6 urat kacang panjang
2 biji kentang
1/2 kacang dal
2 mangkuk santan
2 biji terung panjang
1 batang karot
6-7 biji cili akar
1 kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit gula, garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk di kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 camca serbuk rempah kari daging
1 camca serbuk cili (pilihan)

- Daging di potong nipis dan rebus bersama kacang dal
- Setelah empuk masukkan santan dan gula serta garam
- Sementara tu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis,
   bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi
- Setelah wangi, masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan kacau sebati
- Mendidih - Masukkan kentang dan karot
- Masukkan terung dan kacang panjang
- Masak, angkat dan bolehlah di hidangkan

Makan dengan nasi putih panas-panas, berpeluh beb, Udah 2 kali en suami berulang makan!
hihihi...mesti cukup dengan seleranya! Apa-apapun, semua beghehhhhh!!!

BUBYE Jah.....BYBYE!!!





Sabtu, 10 Oktober 2015

NASI DAGANG

Nasi Dagang yang sungguh menyelerakan!
Gulai Ikan Tongkol yang pekat dan pedas!
Acar Timun + karot yang masam-masam manis gitu!

ASSALAMUALAIKUM!!

Anak dagang di rantau orang
biar pandai membawa diri....!!

Pekabo mike semua? Wahahahaha...dah berbulan-bulan tak meng'up-date' dapur ambo nih.
Dah naik sawang dah. Hahahahh! Takpa...takpa...Hari nih kita sembang semula waktu tengahari pulak Jah oooiii, sempena dengan Hari Sukan Negara yang jatuh pada hari nih Sabtu 10.10.2015.

Semalam kalo tak silap ambo, Radio Klasik dok mainkan lagu 'Anak Dagang' yang dinyanyikan
oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Jadi tiba-tiba ambo teringatlah dengan NASI DAGANG ambo yang ambo masak semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.  Haissshhhh....lama bebeno tu Jah kan!

Ambo memang suka NASI DAGANG, cuma ambo buat sekali sekala aja..sebab ambo sorang je yang dok pulun makan, anak-anak dan en suami makan sikit-sikit aja...tu sebab ambo malas nak buat.
Anak-anak ambo kata susah dan penat kalo makan NASI DAGANG ni! Biar betul! Rupa-rupanya deme penat dok kutip buang segala biji halba yang ada dalam nasi tu!Hhadoooiii anak oooiii!!!

Apa-apapun alasan deme, kalo ambo teringin sangat nak makan, ambo buatkan juga. Moh kita kongsi resepi NASI DAGANG yang sangat sedap ni, yang ambo ngendap dari blog 'masakan turun temurun'
tu.


Bahan asas:

8 cawan beras
2 cawan pulut
6 cawan santan cair dicampur dengan sedikit gula dan garam
2-3 cawan santan pekat di campur dengan sedikit garam
2 camca halba
4 biji bawang merah
1 inci halia

- Beras dan pulut -rendam semalaman
- Kukus selama 20 minit
- Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas dan gaul dengan santan cair-biarkan sekejap-meresap
- Masukkan lagi santan hingga sekata dan meresap
- Kukus semula selama 20 minit
- Sementara itu - hiris bawang kecil dan halia halus-halus dan masukkan ke dalam kukusan
- Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan (gaul & sebatikan) dengan santan pekat.

Gulai Ikan Tongkol

- Bersihkan ikan dan rebus dengan asam keping
* Jangan buang air rebusan cuma buang asam keping

Bahan:
*3 camca teh ketumbar
*1 camca teh jintan manis
*1 camca teh jintan putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
6 camca besar cili mesin
santan mengikut keperluan
1 keping kulit kayu manis
2 camca besar kerisik
4 keping asam keping
1/2 keping gula melaka
10 biji cili padi
1/2 kg daging segar

- Masak santan hingga naik minyak bersama daging yang di potong halus-halus
- Masukkan semua bahan kisar yang bertanda *, cili mesin, kayu manis, asam, gula melaka
  dan kerisik
- Masak lama dan biar mendidih
- Masukkan ikan dan air rebusan ikan tadi tanpa asam yang di rebus bersama ikan
-

Acar Timun:

- Timun, Karot, cili merah dan bawang - di potong memanjang
- *1 camca gula
- *1 camca garam
- *1 camca cuka
Semua bahan yang bertanda * di gaul sebentar
Campurkan semua bahan bertanda * bersama timun, karot cili dan bawang.


Hahahahh...nanti kalo ada kelapangan dan teringin nak makan, ambo akan buat lagi.
Nampak gayanya kena tunggu kakak-kakak ambo balik le, makan sorang-sorang rasa tak berapa
sedap lah kan !

BUBYE....BUBYE.....!!! Jumpa lagi







 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...