ShareThis

Ahad, 11 Oktober 2015

DALCA DAGING



ASSALAMUALAIKUM!!!

kau datang lagi mengganggu fikiranku
membuat daku terharu
Tiada dapat melupakannya
kau menjelma dihatiku!

Tau tak sape yang nyanyi lagu tu Jah? malam nih ambo nyanyi lagu Hail Amir pulak! Teringat Hail Amir, teringatlah zaman dolu-dolu, suka sangat ambo tengok majalah URTV tu. Terpampang gambo Hail Amir dengan rambut ketak-ketaknya dan paling ambo ingat Hail Amir pakai rantai loket bentuk tanduk. Togel gitu tak pakai baju! hahahahh tu zaman popularnya di tahun 70an.

Kita tinggalkan kenangan ambo di tahun 70an. Nak bertanya juga keadaan di tempay mike, udah hilang ke jerebu yang melanda? Di kampung ambo di Amak Kurau nih, udah nampak bukit-bukit yang menghijau. Sebelum ni rasa penglihatan tersekat, macam ambo nih orang kampung, kalo bangun pagi tak nampak bukit, rasa tak lengkap hidup!hihihi!

Wokei Jah, kita tinggalkan jerebu yang semakin menipis, malam nih kita berkongsi resepi lauk pauk pulak! En suami kata sangat sedap lauk hari ni. Sebenonya sebelum masak, ambo dok terfikir lauk apa yang ambo nak masak hari ni, sebab dah lewat ke dapur. Malas tahap gaban le kalo lewat-lewat baru nak masa. Jadi ambo dok fikir kalo hari ni nak masak satu jenis aja macamana?

Pikio punya pikio, tu lah lauk hari ni 'DALCA DAGING' yang mendapat pujian meleleh dari en suami. Bangga wwooooiiiii Jah! kehkehkehhhh!!!

Moh kita tengok resepi ambo yang sempoi nih!

Bahan asas:

1/2 kg daging
6 urat kacang panjang
2 biji kentang
1/2 kacang dal
2 mangkuk santan
2 biji terung panjang
1 batang karot
6-7 biji cili akar
1 kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit gula, garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk di kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 camca serbuk rempah kari daging
1 camca serbuk cili (pilihan)

- Daging di potong nipis dan rebus bersama kacang dal
- Setelah empuk masukkan santan dan gula serta garam
- Sementara tu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis,
   bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi
- Setelah wangi, masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan kacau sebati
- Mendidih - Masukkan kentang dan karot
- Masukkan terung dan kacang panjang
- Masak, angkat dan bolehlah di hidangkan

Makan dengan nasi putih panas-panas, berpeluh beb, Udah 2 kali en suami berulang makan!
hihihi...mesti cukup dengan seleranya! Apa-apapun, semua beghehhhhh!!!

BUBYE Jah.....BYBYE!!!





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...