Kek

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

  • 8:10 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Ni lah saki baki yang tinggal, mujo juge dan snap! hihihi!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Kau datang lagi
mengganggu fikiranku
membuat daku terharu
tiada dapat melupakannya
kau menjelma di hatiku....!

Malam ni mood 'ter'rajin meng'up-date' blog ambo. Sihat ke Jah mike hari ni?
Di kampung ambo baru lepas hujan. Hujan yang sangat lebat, kiranya air dalam parit di depan rumah ambo, sat (sekejap) aja udah nak penuh, kalo penuh air di parit tu, berarti melimpah le ke laman rumah ambo! banjirrrrr lagi!!!

Malam nih ambo nyanyi lagu di tahun 70an pulak, kalo tahun-tahun 70an, kiranya ambo waktu tu di awal-awal remaja le Jah. Loni (sekarang) ambo udah 50an.....! Tapi Alhamdulillah, ambo masih di beri kesihatan yang baik oleh ALLAH.

Sebetulnya ambo dok nyanyi lagu Hail Amir nih, sebab dok teringat kek-kek yang di buat menggunakan cheese. Tak baik untuk orang-orang yang 3G macam ambo, tapi permintaan anak tekak
nih tak boleh di kawal, apalagi di suntik semangat oleh anak-anak ambo! hahahahahh!!!

Udah masak aja, tak dan (sempat) sejuk terus di potong. Setengah loyang habis di 'baham' oleh kami tiga beranak. Hahahahh sekali lagi. Bukan gelak pasal apa...tapi gelak sebab sangat kecewa kerana
selera anak tekak yang sangat 'tinggi' .

Aluhai Jah...itulah penangan KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE nih. Sungguh lazat, Resepi ambo dapat dari Blog Hana . Tak ada nak derhaka-derhaka seperti setengah-setengah orang........
ambo ikut aja pesanan 'penaja' dengan cukup berhemah d an jujur. Hahahahahh!!!!!!

Moh Jah kita jenguk resepinya yang lazat tuh!

Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum,

- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati
- Masukkan telur dengan air serta tepung - Pukul lagi dan sebatikan

Bahan B (kek)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanila
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bikarbonat*
1/2 camca teh baking powder*
Bahan bertanda * di ayak terlebih dulu
Sedikit garam halus

- Pukul telur bersama gula sehingga kembang (dalam bekas lain)
- Masukkan vanila dan garam
- Masukkan air panas, susu dan minyak -pukul sebati
- Masukkan bahan * (tepung, soda, serbuk koko dan baking powder) dan gaul sebati
- Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian

Cara memasak:

- Panaskan kukusan menggunakan api sederhana
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alat dengan kertas minyak
- Tuang sebahagian adunan, tutu loyang dengan aluminium foil dan kukus selama
   20 - 25 minit
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup deng aluminium foil
  dan kukus lagi selama 15 - 20 minit
- Setelah itu, tuang lebihan satu bahagian adunan coklat tadi, tutup dengan alumium foil dan
  kukus lagi 25 - 30 jam atau sehingga kek masak
- Angkat biarkan sejuk..

Ambo menggunakan loyang 8"x8" seperti yang di sarankan. Memang sedap dan lazat.
Jom le Jah kita buat sendiri. Dapat makan banyak-banyak dan puas hati anak-anak dan en suami
dapat merasa hasil dari'air tangan' kita.

BUBYE....BUBYE!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...