ShareThis

Ahad, 30 Jun 2013

BUBUR JAGUNG CACA


ASSALAMUALAIKUM !!
Selamat malam buat semua tetamu ambo! hihihi

Jam di skrin menunjukkan pukul 10.20 malam. Malam ni agak selesa, siang tadi ambo tidur - 'membetulkan'
pinggang yang tak ramping nih! Jadi malam ni mata dok 'membolat' lagi! Telinga dok mendengar Tilawah di TV1.

Ambo nih kalo besoknya hari Senin, pasti malam ni pukul 10.00 aja dah zzzzzzz! Tapi malam ni rasa nak sembang2 dolu le dengan mike, boleh le bawak ke dalam mimpi ambo satgi (nanti). Hari ni 30 Jun.....
cepatnya masa berlalu, udah semakin senja umur ambo!

Pagi tadi, buat 'agar-agar laici' - anak teruna dok mintak. Hari tu udah buat, katanya tak puas makan!
Musim-musim panas nih memanglah sedap kalo dilayan anak tekak dengan manisan2 lagu (macam) tu kan Jah? Jadi tadi pagi, buatkan lagi untuk dia. Petang tadi bakar pulak 'bengkang durian' Malaz ambo nak kongsi resepi sebab dok ulang tayang. Jadi kalo mike nak , selak-selak le resepi ambo yang dolu-dole ye Jah!

Malam ni, ambo nak kongsi satu resepi bubur pulak dengan mike. Bubur ni ambo buat minggu sudak gamaknye. Lupa pulak ambo, maklum aja udah tua bebeno! Dolu ada ambo buat 'bubur jagung' aja!
Tapi kali ni ambo masak 'BUBUR JAGUNG CACA' pulak. Kenapa ambo twinkan benda alah nih?
Sebab tepung bubur cacanya udah tinggal secotek, sayang pulak takut rosak, daripada membazir di tempat sampah, baikle membazir di tekak ambo nih! Tak gitu Jah? ngehngehngehhh!!

Tak payah le mengayat banyak-banyak ye Jah, moh le kita berkongsi resepi 'BUBUR JAGUNG CACA'
yang lemak berkerim nih! Dok makan lemak-lemak ni, nanti en. kolestrol bertandang balik nih!
Moh le Jah!

Bahan asas:

5 tongkol jagung (di racik / hiris)
1/2 cawan tepung bubur caca
4 gelas santan
1 tin susu cair
2 senduk gula (ikut manis mike suka)
secubit garam

- Mula-mula sekali mike rebuslah tepung bubur caca tu.
- Setelah tepung caca kembang (lembut), angkat dan toskan dia
- masukkan santan dan gula serta garam bersama isi jagung yang telah di racik
- Setelah sekali mendidih, masukkan susu cair
- Biarkan mendidih sambil kita mengaup balik kuahnya
- Jangan terlalu lama didihnya, angkat dan bolehlah di hidangkan untuk keluarga


Biasanya kalo ambo buat bubur, ambo banyak menggunakan susu cair kerana penggunaan
susu cair dapat melazatkan lagi rasa bubur yang kita masak. Cobalah Jah, mesti berdentum dentam
kelazatannya.heheheheh!!!!!

BUBYEEEE!!!





Khamis, 20 Jun 2013

ROTI JALA KUAH DURIAN



ASSALAMUALAIKUM!!!

.....andai dipisah....lagu dan irama..
lemah tiada berjiwa......................
hampaaaaa..................................!

Getaran jiwa.....
melanda hatiku.....
tersusun nada  irama dan lagu

Indahnya lirik lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee...seniman Malaysia yang sangat ambo kagumi.
Filem-filemnya ambo tonton tanpa rasa jemu...walaupun jalan ceritanya telah pun ambo tahu, tapi tetap tak jemu menonton. Itulah penangan filem dan lagu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Begitu jugak dengan kuih-kuih tradisional kita. Bagile kuih moden, tetap yang tradisional jugak menjadi 'pujaan hatiku' !! wakakakakaka. Udah merapu dah makcik nih! Itule malam-malam baru nak bersembang,
lagu (macam) ni le jadinya! Iyalah Jah, siang hari di lain tempat, malam baru nak bermanja-manja dengan mike! kan? kannnn???

Hari ni kita berkongsi satu lagi kuih tok nenek. Dolu di 'kirai-kirai' tapi loni (sekarang) di jala-jalakan!
hahahahah!!Ya....'ROTI JALA' itu le yang ambo maksudkan!
Dolu ambo buat resepi lain yang menggunakan santan Jah..kalo mike rajen menyelak resepi ambo, ada tu
di 'belakang-belakang aja'!

Sikalang wa buat  'loti nyala' sangat sempol maaa!! tatak gune santan...sibab mau makan same itu kuah
dolian llhoohhh! ngehngehngeh!
Kuah durian ni (orang kampung ambo sebut 'serawa deghian!) ambo buat agak pekat sebab nak cicah
dengan roti jala tu. Kalo cair rasa tak berapa selera pada ambo.

Pada ambo kalo nak cicah dengan kuah durian, ROTI JALAnya tak perlu di gunakan santan sebab kuah duriannya dah mewah dengan lemak! Jangan buang masa Jah, moh le Jah kita berkongsi keenakkan makanan tok nenek ni!
Mesti juling biji mata merasai kelazatannya! kuangkuangkuanggg!!!

Bahan asas:
Tepung gandum
Air sejuk
Secubit garam
pewarna

-Kisar semua bahan asas kecuali pewarna sehingga sebati
-Adunan lebih kurang membuat dadar ketayap
- Bahagikan kepada dua bahagian mengikut kaler yang mike suka
- Jalakan ia di dalam kuali

Biasanya ambo masak yang anak-anak dan en suami suka. Jadi ROTI JALA ni ambo buat ciput aja sebab
en suami tak berapa suka, anak-anak aja yang suka. Jadi en suami makan kuah dorian cicah dengan roti aja!
Tak kesah le Jah janji tatak komplen maaa!!

BUBYEE Jah...esok lagi sehari, Sabtu Ahad merdeka! yabedabeduuu!!


Rabu, 19 Jun 2013

KEK MARBLE



ASSALAMUALAIKUM!!!

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduannnn..!

Mukadimah ambo malam ni..kali ni..ambo nyanyi lagu yang di alunkan oleh Allahyarham  Nordin Ahmad. hero  'filim' Melayu yang sangat ensem di tahun 50-an dolu. Ambo sangat suka lagu ni tapi tak tau akhirannya! Pada ambo, lagu ini penuh dengan keindahannya. Apa kata mike Jah? Sesuai le kan dengan makcik yang berusia lingkungan 50-an macam ambo ni kan? heheheh!!!

Kita tinggalkan sementara 'hobi' ambo tu, mari kita sembang tajuk utama malam ni..! Udah lama bebeno tak
menulis ni apalagi nak sembang-sembang manja dengan mike! Rindu sesangat, tapi mood 'down' sebab tenet di rumah ambo 'menyiput' aja maklumlah pakej murah gitu! Hah! ambik ngko Jah! Bajet 'berjimat cermat'lah konon!

Malam ni ambo nak berkongsi satu lagi resepi kek! Alaaa Jah..'yang sedang-sedang' gitu! Ambo bukannya handal memasak, tapi suka 'menggodek' apa saja resepi yang sempoi-sempoi dan mengongsinya dengan mike. Ambo tak ingat bila ambo membuatnya, cuma tadi bila nak masukkan gambar 'bubur jagung caca' yang ambo masak petang tadi, ' ter ' jumpalah dengan gambar kek ni! OOuuu!! dah lenyap di telan oleh anak-anak dan anak tekak ambo weh! En. suami  tak berapa gemo (gemar) kek ni, tapi kalo kek sarang semut a.k.a kek gula hangus, dia suka.

Cakap banyak pun tak berapa guna, jadi moh le Jah kita berkongsi resepi  ' KEK MARBLE' ambo yang tak berapa nak jadi marblenya. 'Terlebih' coklat emulco gamaknya, tapi sedapp! Percayalahhhhhh!!
Ingat suara Dato'CT yang gemersik tu Jah!heheheheh!!!!

Bahan asas:
250 gm butter
200 gm gula halus
250 gm tepung kek
5 biji telur
1 camca teh esen vanila
coklat emulco
4 - 5 camca besar susu pekat manis

- Putar butter dengan gula hingga halus dan kembang
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam adunan. Putar lagi
- Masukkan tepung dan esen vanila. Putar hingga sebati
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  1 bahagian adunan asal dan 1 adunan lagi di letak coklat emulco dan sebatikan)
- Tuang adunan kedalam loyang secara berselang seli
- Bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sehingga kek masak

Kek ni sedap kalo minum bersam teh panas....sambil bersantai di beranda rumah, nengok orang lalu lalang, tak sedar licin piring! Hadoooiii!!!

Selamat malam Jah, udah pukul 9.15 malam, mata pun udah berat nih...ambo tido dolu, apa-apapun
senyum selalu kerana senyum itu jugak satu sedekah!

BUBYEEEE!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...