ShareThis

Selasa, 3 Julai 2012

KUIH LOYANG VERSI PEDAS








ASSALAMUALAIKUM!

Salam penuh windu dari 'ambo yang bernama Chumah' untuk mike! Pekabo? Tentu sihatkan?
kalo kurang sihat, cepat-cepat 'berubat' moga cepat-cepat sembuh dan kita bolei sembang-sembang
manja gitu!

Udah lama beno ambo senyap....bukan senyap sebarang senyap, tapi ambo pun 'kureng sihat'
Aluhai Jah...sekali sekala  'remaja purba' macam ambo ni nak jugaklah di 'belai' dengan ubat! kehkehkeh!!
Oooooooo ....dah bolei gelak dah makcik nih...okey lah tu!!!

2-3 minggu lepas gamaknya...ada ambo buatkan 'KUIH LOYANG VERSI PEDAS' Kalo orang kampung
ambo akan sebut 'ko loyang pedih' (pedih adalah ganti nama pedas bagi orang kampung ambo!) Jangan gelak Jah...jangan gelak! tu la masing-masing loghat kan??

Nak ke mike berkongsi dengan ambo ini resepi....cukup sempoi tapi bolehlah ' tahan' kesedapannya
mengikut 'piawaian' ambo anak beranak! heheheh! Jom kita kongsi!

Bahan asas:

1/2 kilo tepung beras
3/4 cawan cili kering
1 cawan ikan bilis
1 camca teh jintan manis
2 camca teh garam
4 - 5 biji telur
4 - 5 gelas air
1/4 cawan gula (kalo suka)
Minyak untuk menggoreng

- Panaskan acuan didalam minyak
- Sementara itu, cili kering, ikan bilis dan jintan di kisar - jangan terlalu halus
- Campur semua bahan kisar di atas bersama telur, garam  dan air.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati.
- Uji kepekatannya - kalo agak pekat tambahkan sedikir air
-Sedia untuk menggoreng.

Sambil nonton drama, bolehlah kita mengunyak...sedap dan rangup..krruppp...kkrreepppp
kkrruupppp...kkrreeeepppp...habis sebalang!
Ambo minta diri dolu...dah nak Maghrib nih!


BUBYEEEEEE!!



1 ulasan:

Eyma Balkish berkata...

Saya nk cuba buat dgn menggunakan resipi ini :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...