ShareThis

Selasa, 17 Julai 2012

INTI KARIPAP




ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam yang indah buat semua pengunjung dapur ambo! Semoga kita semua di dalam keberkatan
YANG MAHA ESA. Ambo semakin sihat....langkahan kaki pun dah tak 'berat' jalan pun udah kureng 'sengetnya' Alhamdulillah!!

Lagi 2 hari kita semua umat Islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan - RAMADHAN! Semoga di bulan ini 'kesihatan' kita akan terjaga dengan sempurna dan dapat melipatgandakan amalan-amalan dengan jaya dan sempurna!

Seperti yang ambo janjikan 3-4 hari sudah, ambo akan berkongsi 'resepi' INTI KARIPAP dengan mike!
Ingat tak Dik Non? Ni lah 'ketua dayang' datang mengadap sebab nak selesaikan 'hikayat seribu satu malam'
yang di janjikan! wakakakakaka!!!!

Jangan dok 'mengayat' banyak sangat makcik, Isyak dah nak masuk nun! Okey lah Jah ambo kasi itu lesepi. Oya...semalam ada ambo buatkan lagi 'karipap pusing' untuk stok di bulan puasa nanti......!!
Konon-konon, bangun sahur kalo nak kuih panaz-panaz, boleh le terus menggoreng!! Tapi Jahh......
angan-anganku musnah belaka! Konon buat karipap ala-ala frozen gitu....sekali buat dapat le 56 biji karipap
yang besar-besar gedabak! Huiii...hati di dalam manyak sinang maa! Ttttaaappiii Jah...dok 'gatai' nak bisnes pulak....tinggal 3 biji karipap ku...habis semua terjual! Hadooiii Jah...kena buat balik Jahhh untuk stok klorga!!huhuhu!!

Sudah...sudahhhh...udah jual udah le....salah sape weiii??? Takpa le walo apapun moh le kita berkongsi
keseronokan ambo membikin ini 'KARIPAP PUSING' dan 'INTINYA' Kita kongsi Jah!!

Bahan untuk dok karipap:
Doh berminyak:
150g (majerin + shortening)
300g tepung gandum

Doh biasa:
700g tepung gandum
1camca teh garam halus
2 cawan air (kurang lebih)

(mike boleh selak cara buatannya pada resepi ambo yang lepas....!)

INTI KARIPAP:
2 cawan daging atau isi ayam yang di racik halus-halus
1 biji bawang besar (di potong dadu)
1 ulas bawang putih (kalo suka)
1 kg kentang (dikupas dan di potong dadu)
2 tangkai daun kari
1 bungkus kecil rempah kari daging/ayam
1/4 bungkus rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 pokok daun sup (kalo suka)

- Semua bahan di masukkan ke dalam kuali bersama air.
  (ambo tak tumis ye rempah )
- Rebuslah sampai rempah masak dan daging serta ubi empuk
- Taburkan daunsup yang di potong halus
- Perisakan inti dan kalo dah masak angkat dan sejukkan.

Beghehkan Jah?? Tu le cara ambo masak inti yang paling 'sempoi' dan senang!
Ambo 'kureng suka' menumis inti, sebab nanti berminyak!
Kalo mike suka, bolei ikut cara ambo!

BUBYE Jah...ambo minta diri dolu......esok....ambo punya 'hari' sangat penuh! 
Nampaknya ambo kena 'tangguhkan' dolu perancangan nak buat karipap 'ala-ala frozen' ambo tuh!
Mike buatle dolu ye....nanti kongsi dengan ambo!
HEHEHERHEHHHHHHH!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...