PULUT DURIAN ENAK

  • 7:40 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments







ASSALAMUALAIKUM !!!!

Salam petang Khamis yang sungguh damai! Moga-moga kita semua beroleh ketenangan dan hidup dalam ketaqwaan yang kekal kepada ALLAH yang Maha Berkuasa!
Alhamdulillah.....perjalanan ambo hari ni lancar dan sampai ke rumah dengan selamat, setelah sehari suntuk
menyelesaikan beberapa perkara 'peribadi' yang dok tertangguh-tangguh.

Balik dari Kuala Kangsar, terus ke JPJ Taiping berurusan tentang 'geran motokar' ambo yang 'hilang dalam simpanan' OOuuhhhh! Nyesal tak sudah...walaupun kena denda 50 hengget, tapi rasa 'ralat' jugak kerana tak sampai 1 minit dapat 'geran' kena denda 50 hengget.....itu kereta kalo moto 20 hengget. Ni semua takdak salah orang lain, salah ambo le juga.....LALAI!! Hadoiii Jah...apapun....kepala takdak dah nak pening dok mikio kereta yang takdak geran tu!

Tengahari, pekena nasi di LEMBAH, Kuala Kangsar..ambo apa lagi pilih lauknya.....masak tempoyak ikan patin le! tu memang telah menjadi 'pujaan hatiku!' hahahahah!
Selesai urusan, solat Zohor di Masjid Kampung Jambu yang sungguh selesa, sampai Kamunting, pekena pulak roti canai dengan teh ais! Huaaa....sakit kaki pun mau minum ais ke makcik? Takdak pantang punya woranggg!!! Dahaga Jah...dahaga...!! Apa nak kata!!

Inilah sampai petang, mandi, solat Asar baru boleh sembang dengan mike! Nak sembang apa ye?
OOoooooo...sikalang..musim durian! Di Batu Kurau, sana sini sinun...semuanya berbau durian!
Hadooiii pening kepala cek....dok bau durian! Ambo tak berani nak makan banyak..takut ' Encik Kolestrol'
yang telah meninggalkan ambo datang balik! Sabo Jah...sabo!!

Itulah...si Tecik Hajar nak makan pulut durian....ooooo kalo anak dara ambo sorang tu pandai aja makan
pulut durian....! Godek punya godek esbok adalah saki baki beras pulut. Kebanyakan orang pulut ni deme kukus kalo nak makan dengan santan mentah, tapi ambo ni tanak aja...cuma jangan letak air banyak semasa memasaknya....cukup tenggelam pulut tu aja..tapi kenala rajin 'mengacaunya'.

Puas hati ambo, anak-anak ambo dapat makan pulut durian! Di Batu Kurau, pulut durian adalah makanan
'rasmi' kalo musim durian.
Bahan-bahan asas cuma: pulut, santan, buah durian dan sedikit gula (kalo suka)
Sesetengah orang menggaulnya sebati, tapi kalo keluarga ambo cukup mencubit aja.....!

Sedap Jah! enak, lemak berkrim disukai ramai...tapi jangan makan banyak, takut-takut 'pengsan'
yelah durian tu penuh dengan kalori, lemak dan gas!
Yeahhh....'.Batu Kurau kapongku'.....memang terkenal dengan durian bukitnya! 


YES......YESS......YEEESSSSSS!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...