ShareThis

Rabu, 25 Januari 2012

BENGKANG OOOO BENGKANG !!




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semua !

Petang ni tak buat apa-apa, tu le cepat aja nak borak-borak manja dengan mike semua!
Tadi, baru balik dari nganto anak ke asrama, jadi selain nak melepas lelah , mengadap dulu
skrin ni, nengok apa patut kita borakkan! Tak gitu Jah ??

Semalam rasa tak sempat nak sembang dengan mike, maklumle ambo kan peminat drama.....
Semalam drama yang bagi ambo sungguh menghiburkan, keh...keh...keh..ambo gelak..
dari awal hingga ke akhirnya.....drama "VANILA COKLAT' betulke tajuknya?
Haddoooiii Jah! tak kisah le tajuk apa, tapi memang menghiburkan di sebalik mesej
yang cukup memberi pengajaran!

Aahhh! Panjang pulak makcik ni berceloteh ya! Wokeh..kita kongsi satu lagi masakan dari ambo.
Masakan orang kampung, sekali lagi ambo nak berkongsi 'BENGKANG UBI' dengan mike.
Ini versi lain, buatan sama tapi penampilan berbeza...hahahahhhh!

Seperti yang ambo buat sebelum ini, cuma bezanya ambo warnakan dengan warna kuning.
itu aja... Jah !!
Kita kongsi gambonye ye! Kalo mike orang kampung macam ambo, mesti terlior jugak!
Kuning diraja lagi! keh..keh...kehhh !!!

BBEEESSSTTTT !!

Selasa, 24 Januari 2012

AGAR-AGAR SANTAN




ASSALAMUALAIKUM!

Apa habaq!
Ambo ker? aluhai Jah.... ambo baru kebah dari demam. Semalam pegi makan kenduri
Aqiqah cucu sedara, awal lagi udah ambo balik.... tak tahan sakit kepala 'yang melampau'
Ingatkan sakit kepala aja, rupa-rupanya terus demam....!
Orang kata 'demam secupak' sebab kejap aja..yelah sape nak jaga kita,
melainkan kita sendirilah!

Beginilah Jah..... kalo kita rasa badan udah seram sejuk (orang kampung ambo kata' suwe')
cepat-cepatlah makan obat, jangan dok nak lengah-lengah lagi!
Usia udah melepasi setengah abad Jah.....!!! hahahahahhhh!!

Pppsssstttt!! kemarin ada ambo buatkan 'AGAR-AGAR SANTAN' kan?
eeiiisshhhh! macam yang ambo bagitaw semalam! Hahhh..! ni le baru ambo 'berkesempatan'
nak kongsi dengan mike.

Ambo ni baru lepas buat 'SOSEJ ROLL' untuk anak-anak ambo, deme sangat suka makan.
Buat untuk makan petang tadi.
Malazz le ambo nak tayang selalu dengan mike! Jemu pulak nanti!
Ngap-ngap-ngap kenyang....! Makan anak beranak memang sedap, apalagi makan
panas-panas gitu!

Worait kita kongsi ye 'AGAR-AGAR SANTAN' ambo tu!

Bahan asas:

1 peket agar-agar tali (ambo lebih suka guna agar-agar tali - senang nak agak airnye)
Gula ikut suka
Secubit garam
Air pandan
Sedikit pewarna hijo ( untuk me'nyantikkan' lagi )
Santan
Telur

Itu aja - senang, sempoi dan mure!(murah)
Agar-agar ni suami ambo sangat suka, dia kata hilang dahaga penat bekerja!

Apa-apapun.....BEGHEH SOKMOOO!!



Isnin, 23 Januari 2012

PUDING DANUNG @ PELANGI



ASSALAMUALAIKUM !

Semoga kita semua diberkati olehNYa - Penguasa sekelian alam....aminnnn!

Petang ni, di kampung ambo hujan....lebat..sangat lebat !
Udah hujan teduh (seghek kata orang kampung ambo) - terasa sejuk le pulak!
Tadi panas bukan main - sakit kepala ambo kerana panas yang menyengat !
Dek kerana panas tu le...ambo nak tayang satu lagi puding ambo! Puding ni ambo buat masa
hari lahir anak ambo - Aiman.... tempoh hari !
Udah 3-4 hari lah ye! Tak kisah le Jah ooiii, janji ambo boleh berkongsi dengan mike semua!

Puding ni ambo namakan dia 'PUDING DANUNG' sebenarnya orang kampung ambo
menyebut 'pelangi' sebagai 'danung' Itu sebab ambo rasa lebih selesa menamakan puding
ambo ni 'PUDING DANUNG' Keh..keh..kehhh !!

Tak kesah le mike nak namakan apapun, janji masakan yang samakan ?
Kita kongsikan ye!!

Bahan asas:

1 peket agar-agar
1 cawan tepung kastard
4 kuning telur
1 ketul better
1 1/2 cawan gula
6 gelas air
1 tin susu cair
Sedikit esen vanila
Pewarna (ikut suka)

- Masak agar-agar dengan air, sambil-sambil itu pukul telur dengan butter
- Udah agar-agar masak - masukkan susu dan telur + butter +esen vanila
- Masak hingga likat dan bahagikan kepada beberapa warna yang disukai.

Catatan:
Ikut suka mike nak buat macam ambo atau nak buat selapis-selapis
Puding ni sedap di makan kalo musim panas....nyamannn aje anak tekak !!

LLAAAYYYAAAANNNN!!


Ahad, 22 Januari 2012

KEK COKLAT



ASSALAMUALAIKUM !!
GONG XI FA CHAI untuk kawan-kawan yang menyambutnya.....!
Khusus buat teman lama Nai Sowat sekeluarga, Yeam sekeluarga, Leong Poh Choon sekeluarga, Tan Beng See sekeluarga dan ramai lagi rakan-rakanku semua.

Sementara dok menunggu 'BENGKANG UBI' ambo masak, ambo ada masa nak mengadap skrin nih, mengetuk keyboard yang rasanya dah kenal jari-jari ambo nih!
Pegi jenguk 'AGAR-AGAR SANTAN' yang ambo masak petang tadi....ooooo udah keras dah!
Semua ni untuk ambo bawak pegi kenduri aqiqah cucu sedara ambo esok, Tak tau nak buat apa!
Boleh juga menjamu orang buat kerja pagi esok. Tak gitu Jah ??
Sajaaaa...numpang kenduri...duduk di kampung macam ni le Jah oooiii !!!

PPppsssttt ! Kemarinkan ke ambo buat jamuan hari lahir anak ambo, tak sempat
nak masukkan semua, malam ni ada masa senggang, wokeh ambo masukkan ye!
Ambo ada buatkan 'KEK COKLAT'

Kita kongsi ye.... kalo mike ada masa boleh buat..sangat sempoi Dik Non....!
Melepasi piawaian ambo! keh..keh...kehhhh !!

Bahan asas:

4 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air masak panas
1 cawan serbuk koko
1 camca baking powder
1 camca teh soda bikarbonat

- Pukul telur dengan gula hingga kembang
- Masukkan minyak dan susu
- Masukkan tepung berselang seli dengan air panas
Catatan: Tepung lebih baik di ayak bersama serbuk koko, soda dan baking powder.

Untuk bahan topping:
(Ini cara ambo lah ye - )

1 tin susu pekat
1 camca teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung - ambo guna minyak masak biasa jer !
1/3 cawan serbuk koko
Semua bahan di atas masak di atas api sederhana sehingga pekat.

Tu aja Jah...sangat sempoi kan? tapi kek ni sangat sedap (pada ambo le)

Kita layyaaaannnn !!


KEREPEK POPIA GORENG PEDAS



ASSALAMUALAIKUM!

Jam menunjukkan pukul 12.09 pagi.
Wow! Udah pagi ke?
Baru selesai nonton drama 'WARIS WALID' di tv3. Pelakunnya sama seperti dalam drama
DINGIN LAVENDER' Agaknya buat drama 2 dalam 1 lah tu.... Jimat!
Ceritanya kurang lebih - berebutkan seorang lelaki cuma berbeza watak aja!
Ahhh ! ada ambo kisah...janji drama! keh..keh...kehhh!!

Tadi siang ambo ada buatkan 'KEREPEK POPIA GORENG PEDAS' Huh...panjangnye
nama resepi ambo tuh! Tak apa...tak apa....!
Cara memprosesnya sama seperti buat 'KEREPEK TAYAMUN' hari tu.... cumanya
kerepek popia ambo kali ni ambo salut dengan cili! Pedas gitu Jah! (orang kampung ambo
kata pedih)

Macam drama di atas, macam tulah juga dengan kerepek ambo nih! Keh..keh..keh...!
2 dalam 1......! Drama di atas tukar watak..kerepek ambo tukar salutannya! Betul kan Jahhh???

Aaahhhh ! Jangan melalut..cepat..cepat kita kongsi ini lesepi.

Bahan asas:

Kulit popia - gulung dan potongkan dia kemudian goreng

Bahan salut:
Cabai kering
Jintan manis
Kas-kas
Sedikit daun kari

Semua bahan diatas di blend kecuali daun kari.
Tumis dan letakkan gula.
Udah masak, gaul dengan gulungan popia tadi.

Worait.....udah boley makan....kkkreepppp--kkrreeeppp...rangup gitu!
Teruskan projek mike kalo rajin!

LLAAYYYAAANNNN !!!

Sabtu, 21 Januari 2012

MI KARI....... versi ambo!



ASSALAMUALAIKUM !

Petang tadi hujan lebat...mujur le kawasan teratak ambo tak dipenuhi air.
Kalo tidak...hemmmmm....malas le ambo nak keluar rumah. Becak beb!

Dek kerana, hari lahir anak teruna ambo jatuh pada hari Khamis, tak sempatle
ambo nak masak apa-apa...lagi pulak dia pun belum bercuti.
Jadik, hari ni baru le ambo masak untuk dia... 'MI KARI' versi ambo le.

Anak ambo sangat suka 'MI KARI' nih, apalagi ianya masakan yang sangat sempoi kan?
Sape-sape pun boleh masak apalagi bila buah hati menyukainya! Betul tak Jah ??

Tengok deme makan..fuhhh...semangat Dik Non!
Hilang segala penat, yang timbul dalam hati rasa bangga dan cukup 'gumbira' sebab
masakan kita disukai oleh keluarga kita. Alhamdulillah!!

Worait ambo kongsi ini 'lesepi' dengan mike ye, tapi...tapi.... ambo bedal aje!
Jadik mike agak-agak aje le ye kalo ter'hengen' nak memasaknye !

Bahan asas:

Mi kuning
Taugeh (ambo tak celurpun - baru sedap kalo di letak kuah panas-panas)
Sawi - yang ni ambo celur

Bahan kuah:

Rempah daging
Santan
Kerisik (kali ni ambo letak sebab ambo tak letak ubi keledak)
Kerang
Udang
Fish cake dan fish ball
Ayam
Buah keras
Bawang putih dan bawang besar
Sedikit minyak untuk menumis

Itu aje Jah! Senang kan ambo punya 'lesepi'
Makan panas-panas memang sedap...... Berpeluh-peluh Jah !!

YYEEEESSSSSZZZZ !!

Khamis, 19 Januari 2012

SELAMAT HARI LAHIR - AIMAN




ASSALAMUALAIKUM !!

anakku
jika suatu hari nanti
kau diberi pilihan
antara mawar merah yang mengharum
dan
selaras senapang buruk penuh bakti
mana satu pilihanmu?

19 JANUARI 1992 - 1.05 PAGI - DILAHIRKAN
19 JANUARI 2012 - BERUSIA 20 TAHUN

'SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU ABDULLAH AIMAN' - Semoga menjadi anak yang soleh, hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan dapat berbakti pada agama , bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Dia seorang anak yang baik, terlalu menyayangi keluarga dan sentiasa dalam keadaan 'cool'
Pesan mak dan keluarga - jadilah Aiman yang 'sekarang' danjika boleh 'lebih baik dari sekarang'
Sayangilah teman-teman, guru-guru dan saudara maramu.

Aiman pelindung keluarga. Semoga hidup sentiasa diberkati dunia dan akhirat. Doa dari mak
tak pernah putus agar Aiman sentiasa bahagia dan terus bahagia, teruskan belajar agar apa yang di cita-citakan dapat dicapai........!!!

'BUAT HABIS BAIK'

Rabu, 18 Januari 2012

KEK BIASA






ASSALAMUALAIKUM !

Jam di skrin udah menunjukkan pukul 11.23 malam.
Mata ambo 'sedikit' mengantuk, tapi tak apalah masih mau sembang-sembang lagi
dengan mike.

Hajat hati mau nunggu hingga jam 12.01 minit nak ucap 'SELAMAT HARI LAHIR' pada
anak teruma ambo yang sangat ambo kasihi!
Tak apa...tak apa.... ambo penuhkan N3 ambo ni dengan satu lagi masakan ambo!
Ni pun ambo buat semalam.....pujuk anak ambo yang tengah demam dan batuk-batuk.

Kek ni 'BIASA' aja, tapi sengaja ambo buatkan warni warna untuk 'ceriakan' anak dara
ambo tuh! Dia suka 'tengok' kek, tapi tak berapa gemo makan.
Tak apa...tadi ambo bekalkan dia kek ni....bawak balik asrama, kongsi dengan kawan-kawan
dia...worait le gitu kan?

Comot aje kek ambo nih! heh..heh..hehh!
Wokeh...jangan banyak songeh...kita kongsi ini 'lesepi'

Bahan asas:
2 1/2 cawan tepung kek
2 cawan planta
5 biji telur (gred A)
2 cawan gula halus

Itu aja bahannya. Cuma kalo mike rasa adunan agak keras, mike letakle susu pekat manis
kurang lebih 1/2 cawan.

Anak-anak yang baru nak try buat kek...cuba kek yang asas dolu ye!
Macam kek Chumah nih!


KACAU SUJI



ASSALAMUALAIKUM!

Semalam ambo kedapur, udah lama tak makan 'SUJI KACAU'
Issyyy..rasa 'terhengen' pulak nak makan!
Pegi belakang rumah, ambik daun pandan 7-8 helai.

Ehhhh..ada ke suji ni ? Kodek-kodek dalam esbok, aluhai Jah...'sonok' sebab lebihan suji raya
hari tu dok elok lagi! Iyelah, raya hari tu, ambo buat 'BISKUT SUJI BRUNEI' . Guna sikit aja!

Ambo buat 'SUJI KACAU' ni taada sukatan yang khusus.....main bedal aja!
Tapi..selalunye, tepung suji tu ambo goreng dulu, nanti kalo kita kacau ia di atas api,
tekstur tepung tu tak banyak berubah (maksud ambo biji2nya yang kasar)

Bahan asas:

Tepung suji
Santan pekat
Gula ikut manis yang disukai
Garam


Catatan:
Sesetengah orang akan letak sedikit minyak sapi untuk mewangikan adunan
Pada ambo pulak, setelah ia hampir masak, tambahkan pati santan dan kacau sehingga
'naik minyak'

Worait, kalo suka..teruskan 'projek' mike!
Kalo tak pun, Lllayyyaaaan ajaaa !!!

YYYEEEEESSSS !!!

TERIMA KASIHH...TERIMA KASIIHHHHH !!!

ASSALAMUALAIKUM !!
Buat teman-teman ambo semua.
Terima kasih kerana menyokong blog ambo yang tak seberapa ini!!

Sebenonye ambo sangat suka menulis....dari dulu......duluuuu....!
Juga paling suka membaca ....!
Memasak ni bagi ambo semacam 'terapi' lah!
Sangat suka memasak...tapi...ada tapinya Jah...yang sempoi-sempoi aja Jah!
Macam yang mike nampak !

Kalo ke bandar, tak lengkap kalo tak 'menyelinap' kedai bakery.........!
Huh..... kalo 'menyelinap' di situ, donia ni ambo punya !! kih..kih...kih...!!!

Memasak boleh menghilangkan kesunyian ambo, boleh menghilangkan kerunsingan
dan kepenatan di tempat kerja! Boleh melegakan rasa rindu ambo !!
Tu sebab 'memasak' ni sebagai 'terapi' pada ambo ! Tak gitu Jah ??

Sesetengah orang kata, 'masa memasak' deme 'udah berlalu' !! Iye ke Jah ??
Ambo nih udah lebih setengah abad pun masih dok 'siot giler' lagi !!
Aaahhhh tak kesah le, masing-masing punya pandangan, masing2 punya kesukaan !
kann...kannn ???

Sekali lagi ambo ucapkan 'TERIMA KASIH' pada mike semua.
Ambo dengan rasa rendah hati memohon teruslah menyokong ambo ye !!

Selasa, 17 Januari 2012

SAMBAL TAUFU...feveret anak teruna ambo.....!!


ASSALAMUALAIKUM !!

Isssyyyy...tadi lupa nak masukkan!!
Tak apa...ambo masukkan sekali lagi ye!

Ambo mengaku...semua masakan ambo..memang sempoi aja.... tak hebat dan
bahan-bahan pun 'sederhana' sangat sesuai dengan ambo yang 'sederhana' nih!
Sedey le pulak !

Sedih rasanya...
hati di dalammmmm
Mengenangkan peristiwa
masa yang telah silammmmm !!

Eehhhh !!! Lagu Allahyarham Dr Tan Sri P. Ramli pulak dok terdengar-dengar di telinga ambo!
Heh..hehh...hehhh !

Agaknye minggu lepas, ambo masak'SAMBAL TAUFU' ni.. (orang kampung ambo kata 'taufu'
tu 'takua') Tak apalah Jah, benda sama, sebutan dan gelaran aja lain-lain kan..kannn????
Anak teruna ambo memang suka ambo masak sambal nih.....Huuiiii...berpeluh-peluh dia makan
kalo ada sambal nih dan sebagai ibu tentu ambo sangat berpuas hati dan 'gumbira'
Heh..hehhhhh!!

Bahan asas:

Taufu
Bawang besar
sambal (readymade dari esbok ambo)
minyak untuk menumis
Sedikit gula
Garam

Catatan:
Biasanya ambo gorengkan dulu taufu tu.
Wokeh...selamat mencuba kalo yang ter'suka' masakan ambo!
Kalo tak gemo.....LLLAAAYYYAAANNNN ajelah !!

SUP SAYUR CARA AMBO !!


ASSALAMUALAIKUM.

Mike ape kabo? oooooo...sihat !
Ambo ? Huuiii...hari ni ambo pegi klinik....test darah..umur udah lebih setengah abad ni kena
le pegi bermesra-mesra dengan doktor. Tak gitu Jah.??
Kebetulaan pulak, anak bongsu ambo batuk-batuk, terusle ambil dia dari asrama - bawak sekali
jumpa doktor. Sekali harung orang tua-tua kata !!

Nih ambo nak kongsikan 'SUP SAYUR' stail ambo. Tiap orang ada cara masak yang tersendiri kan? Sup sayur ambo cukup sempoi Jah, tapi ambo mendapat pujian sampai 'ketaq lutut'
Heh..hehh...hehhh !! dari sape ?? Tentulah dari suami ambo !!

Eleh..... sape lagi yang dia nak puji kan? Walo apapun, sape tak besar hati bila di puji oleh sang suami? Betul tak Jah ??
Yyyeeeaaahhh !! Jangan buang masa, melalut yang bukan2 pulak minah nih!

Bahan asas:

Sawi
Fish cake & fish ball
Taufu
Bawang besar
Bawang putih - ketuk aja !
Lada hitam (tumbuk )
Sedikit halia
Garam

Itu aja...agak-agak le membuatnye...ambo tak reti sukat, kalo masak gini, ambo main bbbeeedaalll aja...!

Woraitt !!

Isnin, 16 Januari 2012

PUDING JAGUNG



ASSALAMUALAIKUM.

Heh..heh...hhehhh...!!
Ambo harap mike tak jemu dengan ambo ye!

Minggu lepas kalo tak silap ambo, ambo ada masak 'PUDING JAGUNG'
Isssyyyyy!! Sedap jugak Jah puding versi ambo tu !!
Ambo kan suka puding nih....tak kesah le apa puding pun, semua ambo 'hantam'

Nak resepi ?? Worait Jah ambo kongsi dengan mike ye !!
Ini resepi, sangat sempoi Jah, sebab tak payah nunggu nak 'cetak' macamana,
siap aja masak, terus tuang dalam loyang nunggu sejuk, potong aja.
Alhamdulillah....kalo mengikut 'piawaian' ambo, udah baguzzz dah puding nih!

Wokeh..kita kongsi ye!!

Bahan:

1 tin jagung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
6 cawan air
1 cawan santan pekat atau boleh juga kalo nak letak susu sejat
secubit garam

Campur semua bahan dan kacau diatas api perlahan sehingga berkilat.

Sempoi kan Jah resepi ambo....!!
Untuk orang yang masa siangnya pendek ! kh...keh..kehhh !!!

YESSSS !!

MASAK LEMAK CILI PADI - UBI KAYU



ASSALAMUALAIKUM !

Hai...hai...hai....apa kabo mike semua?
Sihat ? Alhamdulillah !!

Ambo nak tanyalah kat mike semua, pernah ke tidak mike makan MASAK LEMAK CILI PADI - UBI KAYU' ?? Tak pernah ?? Isyyy.!! Kasyiannya sebab tak pernah makan !!

Sebenonya, ambo sangat suka masakan ni! Zaman ambo kecik-kecik dulu arwah mak ambo selalu bikin ini masakan. Ini memang lauk orang kampung lah! Kalau musim hujan, arwah mak tak boleh pegi menoreh, inile yang mak masak untuk kami sekeluarga......!!
Sedap beb...sampai sekarang ambo tak jemu-jemu ...!!! Heh..heh..hehhh !!

Kita berkongsi ye..sebab bagi sesetengah orang dia suka 'mencuba' !!

Bahan asas:

Ubi kayu
Santan
Kunyit hidup
cili padi
Ikan bilis
Garam

Itu aja, tak perlu banyak modal tapi cukup menyelerakan!
Sebenonya, bukan menu mahal ke murah yang jadi persoalannya, janji 'selera' yang ALLAH
kurniakan, makan dengan kesyukuran - sudah worait le Jah oooiii!!

Catatan:

Untuk masakan ini, kita 'wajib' menyediakan kuah yang banyak
kerana masakan ni nanti akan menjadi pekat!


Ahad, 15 Januari 2012

PUDING ROTI ..........(Ppppssstttt... ulang tayang !!)




ASSALAMUALAIKUM dan Selamat malam semua!

Ambo janji ni N3 terakhir ambo untuk malam ni.......malam ni aja taw !!!
Sambil rilek-rilek mengetuk keyboard ni, telinga dok mendengar nyanyian Broery Marantika
Lagu 'Angin Malam' yang sungguh mendayu-dayu......membuai-buai perasaan ambo !
Citt ! sentimental lah pulak minah nih !!

Rasa ambo, 2 - 3 hari lepas ambo buat lagi 'PUDING ROTI' . Ini puding ambo bawak pegi
tempat 'kelija' mau kongsi sama kawan-kawan. Saja siot-siot Dik Non ooiii!
Alhamdulillah, deme makan dan mengucapkan 'telima kasey' pun udah ambo besar hati,
sebab...deme sudi makan masakan ambo !!

Memanga puding ni nyaman je bila melalui anak tekak..apalagi kalo musim panas.
Letak dalam esbok lagi le berganda-ganda keenakannya. Kalo tak percaya mike boleh coba ya !!
Senang Jah membuatnye...cukup sempoi..memang semua masakan ambo ni sempoi-sempoi
aja...janji sedap, mampu belanja dan nyantekkkkk gitu!

Apalagi ambo memang suka sangat kalo puding memuding nih....'Sonok' giler kalo nengok
bila udah masak.....kilatannya, warni warnanya dan paling penting sedapppp beb...!!!

Wokehhh..jangan buang masa Jah !

Bahan-bahannya:
1 tahil agar-agar
7 cawan air
6 keping roti
2 biji telur
4 cawan santan
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan gula
Pewarna merah, kuning dan hijo

- Masak agar-agar ngan gula
- Rendam roti ngan santan - kemudian blend bersama dengan telur dan susu
- Masukkan ke dalam agar-agar yang udah hancur tu biokan mendidih sekejap
- Bahagikan kepada 3 bahagian yang telah di warnakan dan tuang ke dalam loyang

Catatan:
Ikut suke mike le nak letak adunan tu macamana...
nak tuang selangseli ke atau kalo ambo ambo suka selapis-selapis..kiut-miut wajahnye!!!
Heh..heh...hehhhh !!
Try le...boley juga buat hantaran untuk pasangan yang nak bertunang ke kawin ker !!!

BEGHEEEHHHHH SOKMO !!!

KUEYTEAW BODO-BODO


ASSALAMUALAIKUM !!

Seronok ambo berganda-ganda hari nih.......why ????
Cakap oreng putey pulak dah makcik nih !!
Mungkin tadi baru balik dari berjumpa ngan anak bongsu......!!
Hilanglah rindu 'damdam' ambo... Yeeessss !!

Tadi..konon nak buat roti...'abah deme' kata rehatle......hari-hari cuti macam ni cuba dok
diam sikit... rehattt..!!.mak ooiiii udah pandai 'beleber' abah deme tu ?? keh...keh...kehhhh !!

Betul! ambo memang tak masak hari ni...oopppppssss !! lupa pulak.... adalah pagi tadi ambo goreng 'kueyteaw (betul ke akak ngeja ni?) Goreng bodo-bodo aje!
Tengahari pulak ambo masak sambal tauhu ngan sup sayur dan ikan pekasam!


Wokeh..ambo 'dan'(sempat) snap 'KUEYTEAW BODO' ambo tu
Kita kongsi eekkk??

Bahan asas:
Kueyteaw
Taugeh
Fishcake
Fishball
Isi ayam
Sambal segera (yang readymade dari esbok ambo)
Kucai (ambo suke)
Kicap masin
Itu aja ! Sempoikan ???

Sedap jugak, makan panas-panas nih !!

LLLAAAAYYAANNNN!!




SOSEJ GULUNG



ASSALAMUALAIKUM !

Kita berjumpa lagi........!
Pppsssttt !!! Tadi...pagi tadi...teknisyen streamix datang ke rumah ambo,
iyelah deme terima repot ambo, deme meh le ke rumah...kodek sana kodek sini...
last..last deme gi kat ibu sawat...aahhhh....lega ambo....baru ada 'tenet' !!

Apa nak kongsi dengan mike yer?
'Sonok' sangat dalam ambo punya hati....ya..kita kongsi ini masakan! 'SOSEJ GULUNG'
Ni ambo buat mungkin seminggu dua sudah...ahhhh! tak kesah le Jah, janji ambo boleh
kongsikan dengan mike.

Kalau makanan yang betul2, udah basi gamaknye!
Ini mujorle gambo yang ambo udah 'snap'

Bahan asas:

Roti (biasanya ambo guna roti Gardenia - betul ke ambo ngeja?)
Sosej
Lada sulah
Bancuhan pekat tepung gandum ( untuk gam ) - sikit aja tawww!
Serbuk roti (ikut suka mike le..tapi ambo guna yang putih)
Telur
Minyak untuk menggoreng.


Catatan:
Kalau mike nak serbuk roti yang tebal, mike kenalah celup telur tu 2X - worait!

Yesss...selamat mencuba anak-anak yang baru bermanja dengan kuali !!

Babaiii!

Sabtu, 14 Januari 2012

TALAM UBI




ASSALAMUALAIKUM !
Frust betoi! Dari siang tadi 'tenet' di rumah ambo 'down'! Apa pasai ?
Nak 'dating' dengan mike pun dok tertangguh-tangguh!
Nih udah tengah malam dikkkk...Mak Cik nunggu....lama taw.....!!
Selepas drama ' MRLABUCI' saja-saja gatai tangan nak bukak 'tenet'
Wow...woww....udah ade ! YYEEESSSS !!

Hadooiii ! Nampak gayenye, ambo 'tayang' satu aja masakan ambo untuk malam ni
khusus untuk mike yang sangat ambo hargai !
Worait!

'TALAM UBI' tu le masakan ambo. Udah ambo buatkan kemarin...tapi 'poblem' tenet
yang selalu buat kacau, itu le sebab dan musababnye baru malam nih...eh...ehhh.......
bukan malam lah..udah pagi Jah !! Baru ambo masukkan ini'lesepi' !!

Maaf 'yang', ambo buat taada sukatan, mike agak-agak ajele kalau
ter'hengen' nak membuatnya!

Bahan asas:
Parutan ubi kayu
gula
santan
pewarna (ikut suka....I buat kali ni kaler kuning Jah)

Panaskan loyang, sebelum tu sapukan minyak atau mejerin.
Kukuskan bahagian bawah (parutan ubi yang telah digaul sebati)

Bahagian atas:
Tepung gandum
santan pekat
sedikit garam untuk memberi rasa lemak

Blend semua bahan di atas, tunggu sehingga kukusan ubi udah masak, barulah
di tuang perlahan ke dalam loyang.

Itu aja...sempoi Jah...!
Sempoi-sempoi pun inilah makanan feberet 'orang kampung' macam ambo ni haaaa!

LLAAYAAANNNN !!

Jumaat, 13 Januari 2012

DULU DAN KINI....!!!




ASSALAMUALAIKUM!

Alhamdulillah..suko paksae ALLAH bagi yang terbaek pada kita sokmo!

Malam ni ambo ghasa nak kenang balik masa dolu-dolu ambo.
Zaman takdak letrik, zaman ambo masih dok guna ai telaga dengaeng sungei.
Seghenok kalu dok kenang-kenang kelek zaman tu,
suasana malam yang gelap gelemat dan hitam beletaek.
Masa dolu, kalu ghumah dok guna hatap (atap) zeng, huuiii...mewah lae napaknya
tuan ghumah tuh! heh..heh...hehhhh...!!

Loni, banyak dah beghubah.....kok kalu ambo dok ghoyat ke anak2 ambo pong,
deme napak gayanya tak beghapa nak pecaya, Beto kae?
Muka pong 'blur' jei !!

Hidok oghang dolu dengan hidok oghang loni jhouh sunggoh bezanya.
Kalu nak di kenang kelek, memang banyak......nak ceghita kesah dolu2 tak
habih kalu semingung dua, buleh jadi macam Hikayat seghibu satu malam.

Muma tengok gamba hat ambo 'snap' ni sudah lae. Dua2 alat ni dok ada lae
di ghumah ambo Satu hat dolu, satu lagi hat loni, dua2 buleh guna, Jangan lae
muma dok gelak bila tengok 'kehenseman' benda nih!

Pada ambo, ambo 'lebih' gheti guna benda antik nih. Dema buat SUKANEKA' dolu pong, maghi pinjam benda alah ni di ghumah ambo. Megah oooo !! Kighanya, di gumah ambo masih dok ada!
Susah nak caghi oooo loni !!!

Hat benda satu lagi ni, benda loni. Ambo tak beisa dok guna deh. Takok, seghiu, satgi tak cukok nyor, nye sagat isi tangan kita. Tu pada ambo, oghang lheing tak jadi penama pong!
Takok punya paksae, alasan macam-macam pulak dah!!

Loni pong ambo jaghang guna kuko nih.....'Abah dema' dok mising nyo ke ambo, sekali mising
dua tiga butei, cukok lae, tahan pat lima haghi! Beto dak ??

Heh..hehhhh....kita 'nikmati' barangan antik hat ambo ni....!
Kuko nyo a.k.a. mising nyo !!

BEGHEHHHH SOKMO !!


SERAWA DURIAN



ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT MALAM !

Meh kita rilek-rilek sat. Sambil lepak-lepak depan tv, sembang-sembang kosong ngan
'abah deme', tup...tup...ambo ingat ni musim apa? Musim apa ya ??

OOooooo ! Baru ambo ingat, ni musim buah....tapi di kampung ambo khususnya, musim
buah yang tak berapa nak menjadi. Jarangle ambo nengok orang kampung ambo mengangkut durian seperti musim-musim sudah. Manggis taada cuma rambutan jadi le sikit-sikit.

Ahhh! Taapa le Jah, nampaknya belum kempunan lagi 'abah deme' setakat hari nih!
Mak oooiiii ! Abah deme kata nak makan serawa durian. Takpa...takpa...'.no poblem'

Kodek2 esbok, ada lagi saki baki 2 tahun sudah.......yess!
Blend nyior teruslah ambo masak 'SERAWA DURIAN' yang abah deme nak makan tuh!
Psssstttt! ni citer 3 - 4 hari sudah Jah.....serawa ni pun ambo 'snap' 3-4 hari sudah! keh..kehhhhhh...kehhhh !

'SERAWA DURIAN' ni, abah deme paling suka makan dengan 'PULUT TANAK' atau paling
tidak pun dimakan dengan roti. Walopun aromanya sudah 'kureng' tapi tetap sedap hingga
menjilat sudu. Heh..hehhh...hehhhh...!!

Yesss...! SWemua orang rasanya taada problem nak masak ini 'silawa' sebab sangat senang Jah!
Worait....kita sama-sama 'merasai' keenakan 'SERAWA DURIAN' ambo nih!

LLAAYYAAAANNNNN!!!

Khamis, 12 Januari 2012

BENGKANG UBI VERSI AMBO !




Heh..heh..hehhh!!

Opocot ! Lupa ambo nak bagi salam.... ASSALAMUALAIKUM !!
Ni agaknye N3 ambo yang terakhir untuk malam ni.....tapi ambo harap mike jangan le 'jemu'
bertandang lagi ke blog ambo.!! Ye Jah...Janji ?

2 - 3 hari sudah, ambo tak tau nak masak apa. Udah 'abah deme' gali ubi....yessss !!
Gumbira ambo tak terkata...dah nampak apa yang ambo nak kerjakan dengan ubi tu!
Kodek-kodek stok barang...wah! ada lagi nih! Gula merah leJah ooiii!

Tentu mike tau apa ambo nak masak kan? Udah 'terang lagi bersuluh' nih!
Apa? BENGKANG UBI ? Beghehhhh! Sudah semestinya!

Sesudah ubi ambo bersihkan, terus ambo blend ubi tu. Ambo tak berani nak 'parut' ubi tu!
(orang kampung ambo kata 'sagat') 'TRAGEDI OKTOBER' menjadikan ambo seriau. Taknak ambo kejadian tu berulang lagi!
Ngilu beb !!

Bahan asas:
Ubi kayu (parut)
Gula merah dan gula pasir
sedikit garam
santan pekat

Setelah ubi di bled, ambo tapis ubi tu, agar ambo dapat asingkan air ubi yang agak pahit dengan sagunya.. Gula merah masak dengan santan dan daun pandan.
Setelah itu, gaul parutan ubi dan santan yang dimasak dengan gula merah dan 'sagu' ubi.
Masak diatas api sehingga sedikit pekat.
Kemudian barulah letak ke dalam loyang yang di sapu mentega dan bakar.

Itu aja Jah..sempoi kan cara ambo!
Try le mike buat, bengkang ubi ni baunya sangat wangi,lemak berkrim dan sangat lembut!
Melepasi piawaian ambo !! keh..kehhh...kehhh..!!!!



MASAK LEMAK CILI PADI .... TELUR


ASSALAMUALAIKUM !!

Ambo ambik peluang ni untuk sembang-sembang dengan mike sekali lagi.
Heh...hehh...hehhh....hati di dalam rasa'gumbira' maklumla 'tenet' berfungsi semula.
Fuhhhh......!! Lega Jah !!

Malam ni ambo nak penuhkan N3 ambo dengan 'MASAK LEMAK CILI PADI TELUR'
Huhhhh...panjangnyer...tajuk 'ambo punya 'lesepi'
Takpa le Jah..janji sedap kan..kannnn ???

Ini 'lesepi' ambo buat beberapa hari sudah... ! Oley kerana 'tenek' 'yilek' ambo perapkan le,
ni le baru ambo ada peluang untuk berkongsi keenakannya dengan mike!!

Masakan ni ambo 'bedal'aja...sowi jah..tak reti ambo nak sukat..jadi kalau mike nak masak,
jadiklah macam ambo...agak-agak aja !!

Bahan asas:
Telur ayam (boleh juga kalau telur itik)
kunyit
santan
ubi karot (kalau suka)
cili padi
serai

Itu aja.....
Cuba jah kalo mike suka.

YYYEEESSSSZZZZ !!

......DAN HASILNYAAA !!!


ASSALAMUALAIKUM...ASSALAMUALAIKUM...!!!!

Aluhaiiiii...Windu bebeno ambo nak buka blog ambo nih.....nak sembang2 dan bermanja-manja dengan mike semua..... tapi...tapi.....isk...isk,.....di teratak ambo takdak 'tenet' !!!
Sedey la sesangat !!

Udah beberapa hari 'tenet' di rumah ambo 'down' Cit! mati kutu ambo !!
Ye lah..kalau sebelum ni, habis aja 'kerja' dirumah, ambo terus 'klik' nih...aluhaiiii Jah !!
Sabo aje le!

Panjang le pulak mak cik ni melalut! Worait Jah, ambo nak kabokan perihal 'UBI KAYU'
Duduk di kampung nih...kalau tak ada pokok ubi kayu, rasa macam dok dalam 'ayak' (air)
jah Oiii!!

Almaklum aja...ubi kayu adalah tanaman yang sangat senang hidupnya. Cucuk aja.....
pegi le seminggu dua lepas tu, mike dah boleh tengok tunas2nya berselirat di batangnya.
Tak payah tarok baja, tak payah siram air, kalau tidak takkan lah sampai ada pepatah Melayu
'Diam-diam ubi berisi' Tak betul Jah ??

Jadi...kerana ambo orang kampung, pokok ubi kayu jugak adalah salah satu tanaman ambo.
Dulu murah Jah harganya...tapi 'sikalang....." udah mahal Jah!!
Pucuknya, ambo paling suka buat 'MASAK LEMAK CILI PADI'. Nak sedap lagi mike letakle
ikan pekasam...Fuhhhh...tangkap leleh Jah !! Buat ulam rebus pun terangkat jugak!

Ubinya pulak, mike boleh buat macam-macam, rebus makan dengan kelapa pun worait, goreng pun sodap Jah, bengkang apalagi, talam ubi juga. Atau buat 'kepok ubi' (yang ni ambo tak reti buat!) Cakar ayam pun boleh jugak atau paling malas buat kerepek.....Fuh......juling mata kalau kena caranyaaaa !!! Wa caya lu lah !! Heh...hehhh...hehh....!!!

Kita layannnn ubi kayu yang ambo tanam 'main-main' ajae nih!
Jangan jelezzzzz!

Isnin, 9 Januari 2012

KASWI PANDAN



ASSALAMUALAIKUM.

Ambo balik tadi, penat bukan main lagi. Penat sungguh!
Dah lama tak panas terik macam hari ni dan 2-3 hari yang lepas.
Yelah, jika duduk dalam daerah yang sentiasa hujan dan mendung aja, sekali-sekali panas
Fuhhhh...menyengat rasanya Jah!!

Banyak pulak mukadimah ambo ni ye? Okey, malam ni ambo nak penuhkan N3 ambo dengan
masakan ambo yang paling sempoi...yelah....rasa ambo, blog ambo ni adalah blog 'rojak'
yang sangat sempoi.....tak kisahle tentang masakannye, tentang keluh kesahnye atau juga tentang aktiviti hariannye! Betul tak jah??

Memang ambo pun sempoi aja orangnya! Heh...heh...heh.... tapi ada juga yang'mesti' ambo buat sesempurna mungkin! Bukan semua sempoi Jah!

Yuppp..malam ni ambo nak kongsi resepi 'KASWI PANDAN' yang enak dan ambo rasa insan 'sezaman' dengan ambo suka! Bagi anak-anak yang baru nak belajau masak pun boleh 'try' ini 'lesepi' Senang sesangat jah ooiii !!!

Bahan-banhannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
6 cawan air pandan (campur sedikit pewarna hijau untuk warna yang lebih menarik)
1 cawan gula
Sedikir air kapur

Kalau nak senang dan cepat macam ambo dok buat, semua bahan diatas blend aje!
Kemudian kacau sekejap atas api, barulah di kukus.
Itu aja....sempoi dan senang kan Jah?
Heh...hehhh...hehhh...!!!

Ahad, 8 Januari 2012

SAMBAL PETAI UDANG & ASAM PEDAS TEMPOYAK -kesukaanku !



ASSALAMUALAIKUM !

Sambil dok tunggu anak buat kerja, ambo penuhkan N3 ambo malam ni sekali lagi.
Ni N3 terakhir ambo malam nih ! heh..hehhh....!!!

Kita semestinya ada makanan kegemarankan? macam tu le juga dengan ambo nih!
Ambo kalau makan nasi tak sah le kalau taada sambal belacan! Atau paling leceh pun mesti ada lauk yang pedazzz-pedazz ( orang kampung ambo kata pedih) Tak kesah le Jah OOiiii!!

'SAMBAL UDANG DENGAN PETAI' nih ambo masak beberapa hari yang lepas, atau juga tahun lepas heh..hehhhh!
Ia adalah lauk yang menjadi kesukaan ambo...dulu...kini...dan selamanya...!!

Selain tu, kerana ambo orang Perak, apalagi tinggal pulak di Batu Kurau yang sangat terkenal dengan DURIANnya, ambo juga sangat suka kalau masak TEMPOYAk...tak kisah le MASAK LEMAK ke atau juga ASAM PEDAS TEMPOYAK. Huhhhh....selera beb! Itu bagi yang suka lah!

Sebenonye kita tak boleh nak paksa orang lain suka apa yang kita suka...masing2 kesukaan..
terserah le! Tak begitu Jah ?

Worait....ambo tayang 'kesukaan' ambo nih pada mike......kalo tak terlio pun, leleh mesti ada
kan???? heh..heh...hehhhh!!

YYYEEESSSSSS!!

TASIK BUKIT MERAH (YANG MENDAMAIKAN !!)






ASSALAMUALAIAKUM!

Selamat malam semua dan moga semua sihat.

Ambo nak penuhkan N3 ambo malam ni dengan cerita ambo sekeluarga. heh..heh..hehhh !!
Mike janganlah jemu ye..... selain mike semua, blog ambo adalah kenangan untuk anak-anak
ambo nanti, kok ambo udah taada, bolehle deme jenguk-jenguk ambo disini, semasa deme di ulit
rindu !! Issyyy ! Sedey le pulak !

Worait, tahun lepas, kiranya beberapa minggu lepas, kerana jemu, ambo bawakle anak2 pegi
ronda-ronda......terlepas lah ke BUKIT MERAH LAKE TOWN.kiranya tempat ni sangat dekat dengan kampung ambo tapi, jarang-jarang ambo ke sana !

Udah sampai, teringin le pulak nak ke PULAU ORANG UTAN! Beli tiket nunggu kejap terus naik bot melalui Tasik Bukit Merah yang tenang dan mendamaikan!
Ambo dan anak2 sangat terhibur melihat keletah Orang Utan tu. Yang masih baby dinamakan SARA bagi yang betina dan nama yang sangat gamour bagi yang si baby jantan..JIDIN!
Sara lembut perwatakannya berlainan dengan Jidin yang agak nakal dan lasak.
Memang sungguh terhibur!! Ada kira2 15 ekor semuanya, tapi dilepaskan bebas di tempatnya.

Kerana dah lewat perginya, ambo tak ronda habis, cuma sempat ke PULAU ORANG UTAN,
kemudian kami sekeluarga sholat Asar di situ.....udah sangat petang, meronda nengok landasan keretapi yang merentasi tasik kemudian balik.

Sempat sholat Maghrib di rumah. Kalau mike yang belum pernah datang menjengah, datanglah!
Mike tentu seronok bawak anak-anak jalan-jalan di sekeliling tasik ni. Kawasannya yang begitu luas dan indah boleh mendamaikan dan menenangkan jiwa!

Tak sangka ye....Tasik Bukit Merah yang suram dan kurang dikenali suatu ketika dulu, sekarang ni ketara berubah wajah! Menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara!

Nanti-nantilah, ambo akan datang lagi kesini...ke TASIK BUKIT MERAH yang tenang dan
damai!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...