KEREPEK TAYAMUN

  • 8:41 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Malam !!


Hari ni permulaan sesi persekolahan 2012. Tentu sungguh seronok nengok telatah anak-anak kita yang baru melangkah ke alam persekolahan kan..kan...???

Pada ambo, zaman dah berlalu almaklum sajalah, usia dah semakin menuju senja!
Apapun Alhamdulillah, ambo diberi olehNYA kesihatan dan kebahagiaan hidup yang bukan
semua orang boleh kecapi. Terima kasih YA ALLAH!!!

Malam ni, di kampung ambo hujan turun, walaupun tak berapa lebat tapi tau-tau sajalah kawasan rumah ambo yang selalu lecah (becak). Memanglah kalau Daerah Taiping ni banyak hujan dari kemarau dan agaknya kerana begitu selalu, orang-orang Taiping dah mangli!
Betulkan Dik Non ??

Tadi, sambil-sambil dok dengar BERITA PERDANA, ambo rasa nak buat kerepek. Semalam udah ambo goreng tinggal nak salut aja Jah!
Di rumah ambo, kok mana pun mesti ada benda untuk dikunyah! Hissyyy..! Buruk betul perangai Jah...manalah tak bertambah 'lemak'

Kodek-kodek stor makan, nestum 'yilek', susu tepung berkrim pun udah habis (anak dah balik asrama, jadi ambo tak beli stok baru, tinggal susu yang ambo dok minum OMEGA PLUS)
Hah...susu tepung ari tu adalagi (susu yang ambo buat roti) kureng sodap le Dik Non !!
Nestum ambo gantikan dengan Cornflakes. Tu aja yang ada.....aahhhhh hantam sajalah
Dik Non oooiiii!

Nilah dia 'KEREPEK TAYAMUN' ambo, mike panggil kerepek ni apa tak tau le ambo! Heh....hehhhhh...hehhhhhhhh!
Mike nak tau buatnya macamana? Senang Jah !!

Bahannya:
Kulit popia (ikut suka nak gulung macam ambo buat atau juga nak lipat)
Susu tepung
Nestum
Gula halus
Gula dan nestum yang di kisar campur dengan susu tepung.
Selepas tu gaul dengan popia yang telah di goreng ( disejukkan terlebih dulu)

Worait ! YYYEEEESSSSS !!! Cobalah !!
SELAMAT MALAM

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...