ShareThis

Isnin, 24 Ogos 2015

COKLAT CIP ALA FAMOUS AMOS




ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat tengahari Jah.Pekabo mike? Hari nih ambo berkesempatan duduk bersembang dengan mike waktu begini. Hari nih hari Senin...tapi ambo bersantai di rumah! Kerana apa?.......oooo takdak sakit lain selain dari sakit kaki!

Kerana kaki yang sakit ambo takdak mood nak nyanyi, walopun nyanyi dalam hati! hahahahah!!!!!
Takpalah, kita santai-santai bersembang udahlah Jah kan?

Lauk tengahari ambo dah siapkan, tunggu anak-anak ambo balik aja. En. suami udah balik dari kebun.Di usia yang emas nih, kerja kena buat jugak tapi sikit-sikit berpadanan dengan tenaga yang ada! Betul tak Jah?

Tengahari nih ambo teringin nak berkongsi satu lagi jenis biskut dengan mike, selalu buat tapi kali nih ambo kongsikan resepi dari blog Noor Masri yang sedap-sedap tuh!
COKLAT CIP FAMOUS AMOS tu lah nama biskut ambo nih. Memang menjadi kesukaan anak-anak ambo dan en suami. Rangup-rangup gitu!

Tak mo cakap banyak-banyak moh le kita semak resepinya.

Bahan A:

1/2 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 buku butter
1 cawan minyak jagung
2 bji telor gred B
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar susu segar
1 camca teh esen vanila

Bahan B:

4 cawan tepung gandum
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar tepung jagung
1 camca teh cream of tartar
1 camca teh soda
1 cawan walnut cincang / almond nib
2 cawan coklat chips

- Campur semua bahan A ke dalam mangkuk - satukan sehingga sebati (gunakan whisk)
- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda dan cream of tartar
- Masukkan tepung sedikit sedikit ke dalam bahan A - kacau sebati menggunakan spatula
- Kemudian masukkan almond nib dan coklat cip
- Susukan ke dalam loyang
- Bakar 160 c selama 15 - 20 minit

Kerana anak-anak ambo suka, ambo akan gandakan adunan. Mike boleh aja menggunakan separuh aja bahan-bahan di atas. Worait Jah nampaknya Raya Qurban yang tak lama lagi nih ambo kena buat lagi biskut nih...selagi anak-anak tak jemu!


BAI.....BAIIIII!!

Rabu, 19 Ogos 2015

KUIH BADAK BERENDAM



ASSALAMUALAIKUM!!


Dimalam gelita wajahmu terbayang
air mata berlinang
ku renungi bulan ku seru namamu
kerna ku tak tahan merindu selalu!

Heheheh...pekabo Jah! Selalunya lagu nyanyian Dato' Ahmad Jais sentiasa menjadi pilihan ambo.
Ambo suka lagu nyanyian Allahyarham, kerana melodinya dan kerana suaranya!

Sebetulnya ambo nyanyi lagu nih sebab ambo sedang merindu! Bukan Jah...bukan rindu pada orang....hahahahh...tapi rindu ambo pada satu kuih nih.....kuih tok nenek yang sentiasa menjadi pujaan hatiku!
Ngehngehngehhhh!!!Nak tahu kuih apa Jah? Mestilah KUIH BADAK BERENDAM yang lemak-lemak gitu! Ambo akan menikmati kesedapan kuih ni sepenuh hati. Buat sendiri lagi puas hati Jah!

Moh Jah kita tengok resepinya! Sebenarnya kuih ni dah lama bebenor ambo buat, cuma tak berkesempatan nak berkongsi resepi dengan mike! Moh le Jah kita semak resepinya! Cakap banyak pun tak guna!

Bahan asas untuk doh:
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air perahan daun pandan
1/2 camca teh garam halus

- Campurkan garam dengan air pandan
- Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari dan boleh di bentuk

Bahan inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
Sedikit gula pasir (kalo kurang manis)
1 camca tepung gandum

- Masak gula merah dan gula pasir hingga larut
- Masukkan kelapa parut dan masak sehingga 3/4 kering.
- Masukkan 1 camca tepung gandum - gaul rata (fungsi tepung gandum dalam inti agar inti yang
  kita masak tidak seroi)
- Masak - sejukkan dan bulat-bulatkan inti

Bahan kuah:

2 1/2 cawan santan pekat
2 camca besar tepung beras
1/2 - 3/4 camca teh garam

- Campur semua bahan - kacau di atas api hingga agak pekat
- Tutup api dan pindahkan ke dalam loyang

Cara penyediaan:

- Ambil sedikit doh - leperkan untuk di isi inti tadi - kemudian kelim dan bulat-bulatkan
- Ulangi sehingga doh habis
- Didihkan 3/4 periuk air
- Masukkan doh tadi ke dalam didihan air - masak sehingga doh tadi timbul di permukaan air.
- Angkat tos dan terus masukkan ke dalam loyang berkuah tadi
- Buat sehingga habis.

Menikmati KUIH BADAK BERENDAM yang rasanya lemak-lemak manis nih tak hengat donia Jah oooiii!! Ambo suka kalo kuahnya sedikit masin! Moh le buat Jah...kalo makan sekeluarga sambil lepak-lepak di bernda rumah...fuhhhh..sedap sehingga tak terkata Jah!!


BUBYE ......BUBYE.....!!!



 



Rabu, 5 Ogos 2015

AYAM MASAK BALI




ASSALAMUALAIKUM!!!

Setitis embun menitik
seribu kuntuman kembang
sepatah aku berjanji
kau sebut kau ulang-ulang!

Selamat petang Jah! pekabo mike? Hari nih jiwa terbuai-buai dengan lagu nyanyian Allahyarham Datin Rafeah Buang. Mendayu-dayu sampai perasaan ambo menjadi sayu! Itulah nyanyian Allahyarham yang menyanyi dari jiwanya.

Sesayu mana pun perasaan, tak payahlah nak dilayan sangat! Moh kita sembang-sembang sementara
nak tunggu masuk waktu Maghrib. Sambil-sambil tu apakata kita berkongsi satu  resepi lauk pauk pulak yang dikongsikan oleh rakan ambo. Minta maaflah sebab hari tu dalam bulan puasa, kita masak
tak ingat nak letak bahan-bahan secara terperinci. Main tahok-tahok aja! (Kalo mengikut Kamus Dewan 'tahok-tahok' tu berarti 'campak-campak' lah! kihkihkih (sekali sekala ambo akan menggunakan dailek kampung ambo ye Jah!)

Resepi yang akan ambo kongsikan ini ialah 'AYAM MASAK BALI' yang sungguh sedap pada anak tekak ambo! Anak-anak dan en suami pun nampaknya 'laju' aja menyuap ke mulut! hihihi!!!
Jangan banyak sangat bersembang makcik oooiiii...sat lagi Maghrib dah dekat nih!

Moh kita kongsi resepinya!

Bahan asas:
1/2 ekor ayam (potong dan bersihkan)
1 camca besar ketumbar,
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
3 batang serai ( 2 batang di kisar 1 batang di ketuk)
Kicap manis (untuk perap ayam)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ranting daun kari
Kicap masin
Minyak untuk menggoreng ayam
Cili kering secukupnya
1 keping asam gelugur
Serbuk kunyit

- Kisar bawang  dan semua rempah serta serai besama cili kering
- Perap bahan kisar  bersama kicap manis dan serbuk kunyi pada ayam
- Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap (jangan goreng bahan perap)
- Bila ayam dah 3/4 masak, masukkan bahan perap tadi bersama asam keping
- Masak sehingga sedikit kering dan masukkan daun kari
- Sebatikan dan angkat.


Selasa, 4 Ogos 2015

BISKUT ALMOND LONDON

wajah selepas di make up
baru keluar sauna

ASSALAMUALAIKUM!!!

Bila aku sedang termenung seorang diri
terasa kesunyian melanda ruang hati
menjelma berbagai kenangan dimasa lalu
fikiranku pun mula terganggu!

Uhuhuhukkkkkk!!! Malam ni ambo dok nyanyi lagu sedei le pulak! Lagu aja sedei Jah...hati ambo terus berbunga-bunga.....Pppsssttt...dalam hati ada taman Jah ooooiiii!!! Ngengehngehhh!!!
Malam nih ambo nyanyi lagu dendangan Jatt..penyanyi Kumpulan Black Dog Bone dari negara jiran - Singapura. Di tahun-tahun 70an, kumpulan ni sangat popular..semua lagu-lagu yang deme nyanyi sedap-sedap belakadi telinga ambo!

Kita tinggalkan BDB ye! Uuiiii udah lama beno tenggelam dari blog kesayangan ambo nih!
Sempena bulan kemerdekaan nih, rasa nak update balik le..bersembang-sembang dengan mike semula! Semangat beb...semangat!!! hahahahh!!!

Awal bulan nih, kita kongsi resepi biskut raya dolu. Biskut ni salah satu biskut yang sangat disukai oleh Encik Suami ambo. Nak tau biskut apa???? tak lain tak bukan 'BISKUT ALMOND LONDON'
Jauh datangnye Jah. Ngehngehngeh.  Setiap raya ambo buat, tapi kerana resepi yang sama, ambo tak kongsilah.Tapi kali nih ambo kongsi resepi dari blog Noor Masri yang menggunakan nestum, sangat sedap dan rangup! Terima kasih pada blogger Noor Masri yang berkongsi resepi yang sedap nih dan
ambo panjang-panjangkan resepi ni pulak kepada mike!

Moh le kita tengok resepinya Jah!

Bahan asas:

250 mentega
100 gram gula kastor
50 gram nestum (kisar halus)
100 gram tepung jagung
200 gram tepung gandum
Kacang badam secukupnya (dipanggang sekejap lebih kurang 7-10 minit)
1 camca teh esen vanila
Almond nib secukupnya -(dipanggang sebentar < > 5 minit)
Coklat masakan
Paper cup

- Putar mentega dengan gula hingga sebati - masukkan esen vanila
- Masukkan nestum dan sebatikan
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit - gaul rata
- Rehatkan doh lebih kurang 15 minit (tutup dengan tuala bersih yang lembap)
- Ambil doh dan isikan badam secara bujur
- Setelah selesai - bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit
- Celupkan biskut ke dalam coklat masakan - letak dalam paper cup dan tabur almond nib
- Sejukkan dan bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara.

Salutan coklat:

- Cairkan coklat masakan secara double boiler bersama 2 camca minyak jagung


Biskut ni juga adalah menjadi biskut kesukaan ambo dan en suami. Kalo ambo buat sekejap aja habis! Apapun buat sendiri sangat berbaloi Jah!

BUBYE....BYBYE!!!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...