KUIH BADAK BERENDAM

  • 9:09 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!


Dimalam gelita wajahmu terbayang
air mata berlinang
ku renungi bulan ku seru namamu
kerna ku tak tahan merindu selalu!

Heheheh...pekabo Jah! Selalunya lagu nyanyian Dato' Ahmad Jais sentiasa menjadi pilihan ambo.
Ambo suka lagu nyanyian Allahyarham, kerana melodinya dan kerana suaranya!

Sebetulnya ambo nyanyi lagu nih sebab ambo sedang merindu! Bukan Jah...bukan rindu pada orang....hahahahh...tapi rindu ambo pada satu kuih nih.....kuih tok nenek yang sentiasa menjadi pujaan hatiku!
Ngehngehngehhhh!!!Nak tahu kuih apa Jah? Mestilah KUIH BADAK BERENDAM yang lemak-lemak gitu! Ambo akan menikmati kesedapan kuih ni sepenuh hati. Buat sendiri lagi puas hati Jah!

Moh Jah kita tengok resepinya! Sebenarnya kuih ni dah lama bebenor ambo buat, cuma tak berkesempatan nak berkongsi resepi dengan mike! Moh le Jah kita semak resepinya! Cakap banyak pun tak guna!

Bahan asas untuk doh:
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air perahan daun pandan
1/2 camca teh garam halus

- Campurkan garam dengan air pandan
- Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari dan boleh di bentuk

Bahan inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
Sedikit gula pasir (kalo kurang manis)
1 camca tepung gandum

- Masak gula merah dan gula pasir hingga larut
- Masukkan kelapa parut dan masak sehingga 3/4 kering.
- Masukkan 1 camca tepung gandum - gaul rata (fungsi tepung gandum dalam inti agar inti yang
  kita masak tidak seroi)
- Masak - sejukkan dan bulat-bulatkan inti

Bahan kuah:

2 1/2 cawan santan pekat
2 camca besar tepung beras
1/2 - 3/4 camca teh garam

- Campur semua bahan - kacau di atas api hingga agak pekat
- Tutup api dan pindahkan ke dalam loyang

Cara penyediaan:

- Ambil sedikit doh - leperkan untuk di isi inti tadi - kemudian kelim dan bulat-bulatkan
- Ulangi sehingga doh habis
- Didihkan 3/4 periuk air
- Masukkan doh tadi ke dalam didihan air - masak sehingga doh tadi timbul di permukaan air.
- Angkat tos dan terus masukkan ke dalam loyang berkuah tadi
- Buat sehingga habis.

Menikmati KUIH BADAK BERENDAM yang rasanya lemak-lemak manis nih tak hengat donia Jah oooiii!! Ambo suka kalo kuahnya sedikit masin! Moh le buat Jah...kalo makan sekeluarga sambil lepak-lepak di bernda rumah...fuhhhh..sedap sehingga tak terkata Jah!!


BUBYE ......BUBYE.....!!!



 



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...