ShareThis

Rabu, 6 April 2011

SATU PENERBANGAN........!

Bila kita akan berangkat dari alam ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara......

- Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
melalui Al-Quran dan Al-Hadith

- Di mana penerbangan bukannya melalui AirAsia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah......!

- Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,
tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian
PENCIPTA kita......!

- Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya, tetapi kain putih kotton....!

- Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana....!

- Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al Islam...!

- Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahailallah'.....!

- Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain...!

- Di mana layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang
diwangikan...!

- Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International,
tetapi tanah perkuburan....!

- Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki
gelita....!!

- Di mana pegawai Imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada
kita layak ke destinasi yang di idamkan...!

- Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan...!

- Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh....!

- Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau
Neraka Jahannam...!

- Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya....ianya apercuma, jadi simpanan (savings)
anda tidak akan dihabiskan...!

- Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang...!

- Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram
makanan...!

- Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba
tepat pada masanya...!

- Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangaqn, anda telah hilang selera bersuka ria...!

- Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di
dalam rahim ibu anda....!


Ya! Berita baik....!!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Ia umpama penerbangan kelas VVVIP
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini....!
Oleh itu bergembiralah selagi boleh!! dan sekiranya anda boleh.....!!

Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.....!


ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT........??????

Sabtu, 2 April 2011

Sambutan Jubli Mas.......ambo lae tu!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dengan penuh rasa syukur pada Allah keghana ambo dok hidok lagi dengan kesihatan yang baik.
Dah 50 tahong dah omo ambo! Dan jugak ambo sambok jubli mas ambo. Bukan semua oghang ada peluang lagu tu! Beto dak?

Petua untok sehat senang jey... buang segala masalah ghemeh temeh, selalu muhasabah dighi dan selalu bersyukur di atas segala nikmat yang Allah anugerahkan.

Ya Allah! ambo bersyukur kerana Allah mengurniakan pada ambo keluarga yang bahagia.
Suami yang baik, anak-anak yang tak beysa mendatangkan masalah. Hidok ambo penuh dengan limpahan kasih sayang, tu lae oghang muda loni kata, dalam hati ambo ada taman!

Semua adik beghadik ambo sangat kasih pada ambo. Tima kasih Abang Nal, Abg Din, Abang Ya, Kak Mah, Kak Awa. Aruah Abg Khir dan Abg Li juga menyayangi ambo. Aruah mak apatah lagi.Hubungan kami sangat rapat dan mesra. Anak-anak penakan yang menyayangi ambo..... pupu papat yang saling menyayangi. Ambo beghutong paksei dok di kapong yang di kelilingi sanak saudara. Yang selalu mengambil berat. Itu semua nikmat yang Allah kurniakan pada ambo!

Hidok ambo sekeluarga sgt sederhana, tapi ambo bahagia! Bahagia bukan boleh di beli dengan
wang ghinggit. Duit banyak pong tak boleh menjamin kesihatan yang baik.

Syukur ya Allah di atas segala nikmat Mu!
Ambo sujud pada Mu dengan limpahan airmata!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...