Sambutan Jubli Mas.......ambo lae tu!
- 11:46 PG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Dengan penuh rasa syukur pada Allah keghana ambo dok hidok lagi dengan kesihatan yang baik.
Dah 50 tahong dah omo ambo! Dan jugak ambo sambok jubli mas ambo. Bukan semua oghang ada peluang lagu tu! Beto dak?
Petua untok sehat senang jey... buang segala masalah ghemeh temeh, selalu muhasabah dighi dan selalu bersyukur di atas segala nikmat yang Allah anugerahkan.
Ya Allah! ambo bersyukur kerana Allah mengurniakan pada ambo keluarga yang bahagia.
Suami yang baik, anak-anak yang tak beysa mendatangkan masalah. Hidok ambo penuh dengan limpahan kasih sayang, tu lae oghang muda loni kata, dalam hati ambo ada taman!
Semua adik beghadik ambo sangat kasih pada ambo. Tima kasih Abang Nal, Abg Din, Abang Ya, Kak Mah, Kak Awa. Aruah Abg Khir dan Abg Li juga menyayangi ambo. Aruah mak apatah lagi.Hubungan kami sangat rapat dan mesra. Anak-anak penakan yang menyayangi ambo..... pupu papat yang saling menyayangi. Ambo beghutong paksei dok di kapong yang di kelilingi sanak saudara. Yang selalu mengambil berat. Itu semua nikmat yang Allah kurniakan pada ambo!
Hidok ambo sekeluarga sgt sederhana, tapi ambo bahagia! Bahagia bukan boleh di beli dengan
wang ghinggit. Duit banyak pong tak boleh menjamin kesihatan yang baik.
Syukur ya Allah di atas segala nikmat Mu!
Ambo sujud pada Mu dengan limpahan airmata!
0 comments