Ahad, 12 Mei 2013
CHEDDAR CHEESECAKE
ASSALAMUALAIKUM!!!
12 MEI 'SELAMAT HARI IBU'!!
'Ibu.....ibu....engkaulah ratu hati ku...
Bila ku berduka....
Engkau hiburkan hati ku....!
Ya.....tiada tandingan kasih ibu. Tiada sempadan kasih sayangnya. Pada semua yang masih punya ibu, hargailah ibu, limpahkanlah kasih sayang untuk ibu yang melahirkan! Walau sebesar mana pun budi kita,
takkan sama dengan budi ibu!
Tak kiralah samada ibu kandung atau ibu angkat...jika bernama 'ibu' kasih sayang mereka tiada
tandingannya!Sayu dan sedih rasa di hati kerana ambo kini tiada ibu...tapi semangatnya dan kasih sayangnya,
tetap melimpah ruah di hati ambo! Al fatihah untuk ibu yang sangat ambo kasihi, semoga roh ibu tenang di 'sana' dan di tempatkan bersama roh orang-orang yang beriman!
Hari ni ambo tak kemana, rilek-rilek sambil menonton tv! Bersantai sorang diri! hahahah!
Suami ke kebun bersama anak teruna ambo yang baru selesai menjalani praktikal. Anak bongsu ambo pulak
ke ADTEC Taiping kerana Program Kepimpinan yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat.
Tinggallah ambo sorang di rumah!
Jadi dari tak buat apa-apa, lebih baik ambo 'buat apa-apa' tak gitu Jah???
Dek kerana hari ni 'Hari Ibu' ambo pun buatlah satu jenis kek 'syok sendiri' Jah oooooiiii!!
Itulah 'CHEEDAR CHEESECAKE' yang kejadiannya pada petang tadi!
Bertambah 'tepu' le gamaknya lemak di badan! Biasanya ambo makan kek sikit aja, kali ni ambo hentam
1 potong 'besau' Ambik ngko Jah...daripada makan sikit baik ngko makan banyak! puas ati!! kuangkuangkuang!!!
Kek ni ambo skodeng dari cik Google maka terjumpalah cara pembuatannya yang sangat sempoi.
Ambo suka yang mudah dan cepat, sebab blog ambo ni pun masakannya semua 'yang sedang-sedang saja'
Hahahahh! malas betul makcik ni!! Sumber resepi ambo ngendap dari blog 'Secubitgaram'
Moh Jah kita selak resepi kek sedap nih!
Untuk kek:
6 biji telur ( buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung kek
60g tepung jagung
50 ml air sejuk (air dari esbok)
1 sudu makan ovelet (ambo tak letak pun)
75g mentega (cairkan)
Untuk krim:
1 kotak creamcheese (philadelphia)
1 cawan susu pekat manis ( satukan kedua bahan ini dan putar sehingga sebati)
Untuk topping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese ( parutkan)
- Masukkan semua bahan kecuali mentega dan putar dgn kelajuan sederhana sehingga putih dan pekat.
- Masukkan mentega dan putar lagi sehingga betul-betul sebati
-Masukkan adunan kedalam loyang yang di alas dengan kertas minyak dan di sapu dengan sedikit mentega
- Bakar menggunakan api bawah dan atas selama kurang lebih 50 minit dengan suhu 150 C
- Bila sudah masak biarkan sejuk , barulah dipotong dua
- Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan separuh kek lagi di atasnya
- Sapukan lebihan creamcheese di seluluh kek tadi
- Parutkan cheese craft di atas permukaan kek dan taburkan keseluruh kek dengan cheese craft sebagai
toppingnya.
- Simpan dalam esbok selama 1 - 2 jam. barulah di potong.
Rasanya lembut, enak dan cukup lemak. YYEEEESSSSS!!!!
BUBYE dan Selamat malam!
Jumaat, 10 Mei 2013
BLUEBERRY CHEESECAKE
ASSALAMUALAIKUM!
Pekabo Jah??? Sihat??? Ambo? Alhamdulillah...syukur kerana ALLAH masih memberi peluang
pada ambo untuk bernafas di bumi Malaysia yang makmur ini! Semoga kemakmuran yang kita kecapi selama ini akan terus dinikmati oleh anak cucu cicit kita nanti! Amin!
Panjangnye mukadimah ambo kan Jah? Rindu? wahhhhhh memang le ambo rindu pada mike semua!
Kumpulan apa ye yang nyanyi lagu begini....???? 'rinduuuu.....rindu serindu-rindunyaaaaaaa.....,,'!!
Tak berapa nak hengat liriknya...maklumle udah lama (tua!) Ngehngehngeh!!
Berbulan-bulan rasanya tak menjenguk..dapurpun udah bersarang...berjelaga! hahahahah!!(gelak 'frust' tu!)
Sebenonya..ambo malaz nak mengadap skrin ni....tenet pun lembab almaklum ajalah...ambik yang murah gitu!
Tapi kan Jah...tahap 'keinginan yang melampau' tu yang membuatkan ambo di remang-remang senja ni
nak bersembang dengan mike!
Nantilah...dari hari ni ambo akan 'merajinkan' diri dan jari-jari keras ambo untuk terus berkongsi masakan
'yang sedang-sedang saja' ni dengan mike! Worait Jah!
Kali ni ambo akan berkongsi dengan mike satu jenis kek yang sangat sempoi tapi pada ambo 'enak giler'!
Kerana apa? Yeahhhh...kerana cheesenya yang mengkantoikan tahap kesabaran ambo nih!!!!! hahahah!!!
Moh le Jah kita semak resepinya!
4 bji telor (gred A)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
Lapisan cheese:
250 cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telor
- Ayak tepung bersama serbuk koko dan soda serta baking powder
- Pukul telor dengan gula hingga kembang
- Masukkan minyak dan susu
-Masukkan tepung yang di ayak tadi berselang seli dengan air panas
- Bakar lebih kurang 45 - 50 minit (bergantung kepada oven mike)
- Untuk lapisan cheese: Putar cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan telor
dan pukul lagi hingga sebati.
- Setelah masak keluarkan kek tadi dan tuang cream cheese tadi dan bakar lebih kurang
15 - 20 minit.
- Keluarkan kek dan biarkan sehingga sejuk, baru pipekan blueberrry di atas permukaan kek.
Pipe mengikut kreativiti mike lah Jah.
- Nakkan lebih enak, simpanlah dalam esbok.
Rasanya masam-masam siket, manis-manis siket, lemak-lemak siket....,.,pinjam kata Qi Razali JJCM!
kuangkuangkuangggg!!
BUBYEEE JAH!!! Muahhhh!!!
Selasa, 19 Mac 2013
ACAR IKAN
| ambik ngko Jah , Chumah 'snap' dalam periuk! hihihi!!! |
Pekabo Yong? Lama beno kita tak berjumpa. Naik bersawang dapur Chumah ni haaaa!!! Malaz betul la Chumah ni, jenguk-jenguk le sat dapur tu, jangan di biokan bersawang! Tak gitu Jah????
Ala ala ala...musyuk...jangan majuk ye! Sikalang wa mau celite-celite same lu olang! Chumah malaz bukan sebarang malaz Jah, malaz Chumah bersebab!!
Ini kaki silalu sakit maaa, tatak tahan, jadi wa punya 'mood' sikit jatuh llhhoooo!
Takpa Jah, hari ni kita kembali bersembang dengan Chumah ye! Apalah yang kita nak sembangkan? Kali ni Chumah nak berkongsi satu lagi resepi orang sakit! hehehehh....sakit sakit pun masak jugak....sebab kalo sendiri masak...puas hati dan sebenarnya puas makan! heheheh!!
Chumah pun dah lupa bila Chumah masak lauk ni.....la...tak luarbiasa pun, sekadar masak 'ACAR IKAN' aja, tapi nak jugak berkongsi dengan mike!
Takpa kan Jah...berkongsi pada yang sudi!
Moh le kita tengok resepinya, macam-macam cara orang buat, tapi kalo Chumah terpaksa ketepikan 'cuka' sebab nanti en suami tak tahan perut!!
Jadi dengan sukarela Chumah tukarkan kepada 'asam jawa' tak kisahle kan Jah kerana rempah ratusnya tetap sama!
Bahan asas:
2 ketul ikan isi (tak kisah ikan apapun) - di goreng 3/4 masak
1 bungkus halba campur (50 sen)- halba, biji sawi,jintan, kulit kayu manis
1 mangkuk air asam jawa
1/2 biji bawang besar - di hiris
2 biji bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
Minyak untuk menumis
2 biji bawang besar - di belah empat
1 labu bawang putih - biarkan seulas-seulas
Cili hijau dan merah - di belah jangan putus
1 biji timun - dibelah dan dibuang empulur (potong lebih kurang 1 inci)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
- Panaskan minyak dan tumislah bawang besar, bawang putih dan halia serta halba campur
- Sudah naik wangi, masukkan air asam jawa dan garam
- Masukkan ikan goreng, bawang besar, bawang putih dan cili serta timun
- Perisakan ia dan kalo mike suka tambahkan air untuk kuah
-Siap untuk di hidang
Chumah jarang menggunakan cuka, kerana en suami kureng gemo kerana tak tahan perut,
apapun kalo menggunakan asam jawa pun udah 'mengancam' jugak! Apa-apapun terpulang pada empunya diri mau yang macam mana!
PPppppppsssttttt....Hari ni 'Fahrin Ahmad dah balik Malaysia jumpa neneknya, udah mau senyum........'bersambung' pulak! cit!!!! Jangan esok hanya dalam mimpi neneknye udahle!
Itulah bahananya kalo peminat drama tegar! huahuahuaaa!!!
Nak tunggu esok, siksanya jiwa raga!!!!!
Apapun......BUBYEEEEEEEE!!!!!!
Rabu, 13 Mac 2013
SELAMAT HARI LAHIR - TECIK HAJAR
ASSALAMUALAIKUM!
Hari ni 13.03.2013 genap usia anak dara ambo 16 tahun. SELAMAT HARI LAHIR anak mak.
Semoga kalimah ALLAH sentiasa terpahat dalam hati.
Kekalkanlah sahsiah yang terpuji.
Semoga anak mak di dalam golongan hamba yang di redhai.
Doa mak tak pernah putus untuk anak-anak mak!
SELAMAT HARI LAHIR TECIK HAJAR!
Rabu, 30 Januari 2013
IKAN KUKUS SEMPOI
ASSALAMUALAIKUM!!
Selamat malam semua anak-anak Chumah! Pekabo Jah? Heheheh...2-3 hari ni panas membahang, alam pun nampak cerah dan ceria (ppssttt...! orang kampung ambo kata 'ceghah melahang'!!). Bila keluar rumah waktu tengahari...issyyy.....peritnya nak buka mata! caghak (silau) weeiii!!! wakakakakaka!!
Sikalang, wa punya idung sikit kitat lhooo! Itulah penyakit kalo berubah iklim (wah! macam duduk negara 4 musim aje chumah?) Selsema telah melanda diriku ini...Aduhai....selsema pulak dahhhh!! mike tau orang kampung ambo kalo 'selsema' kebanyakan warga emasnya menyebut 'ketat hidung' Jangan gelak ye Jah, ambo cuma 'menghidupkan semula' loghat kampung ambo agar tak hilang dalam percakapan seharian!
Kita tinggalkan segala dialek dan loghat kita, apa kata kalo malam nih kita berkongsi satu lagi resepi yang
sangat sempoi dari ambo! Ini resepi yang di masak oleh orang sakit! hahahah! Iyelah Jah..kalo nak berdiri lama-lama tak berapa nak boleh, kita masak aja yang senang dan sempoi! Habis perkara kan...kannnn???
'IKAN KUKUS' ambo ni sangat menepati piawaian kedua-dua anak ambo! Encik suami kompom tak suka!
Memang....ikan bukanlah makanan feberet en suami. Jadi hari 'IKAN KUKUS' tu, en suami makan sayur dan telur dadar aja! ambik ngko Jah!! Cuma kami tiga beranak yang 'pulun' ikan kukus yang sangat enak ni,
Tak caya? Issyyy...enak Jah, sungguh! kompom!!!
Moh le kita berkongsi pada yang sudi. Nanti ambo nak sidai baju pulak, udah senyap mesin basuh tu!
Hhhhhaaaaa..tu le Jah, orang macam ambo ni sidai baju pun waktu malam....janji begheh sokmo! Tak gitu Jah??? Jangan melalut banyak sangat chumah...moh le kita!
Bahan asas:
1 ekor ikan (tak kisah apa jenis pun)
2 inci halia
3 biji jeruk masin asam boi
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis (minimumkan)
-Tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih - sampai layu
- Letakkan ikan dan asam boi dan sedikit air
- Masukkan ikan
- Jika mike menggunakan kuali , tutuplah kuali agar ikan masak dengan sempurna',
atau lebih senang kalo mike menggunakan 'pemanggang ajaib' yang femes tuh!
- Mike tak payah menggunakan garam kerana jeruk masin asam boi sudah 'cukup rasa'.
- Masak sehingga isi ikan lembut atau kalo menggunakan pemanggang ajaib tu...kurang lebih 15 minit je!
Selamat mencuba resepi orang malas.....heheheh!!!
BUBYEE Jah..ambo nak sidai baju! Esok......? kelija woooooo!!!!
WWuuuuuaaaaaaa....!!!!
Isnin, 28 Januari 2013
SAMBAL PETAI UDANG TEMPOYAK
Haallluuuuuuuu!!!!
Oppsss..maaf ye...sebagai muslim memberi salam tu sunat, menjawab tu wajib!
ASSALAMAUALAIKUM!
Udang sama udang
masak gulai dalam kuali
jikalau masih bujang
carilah teman berhati-hati
Naik Bukit Bedera
Bukit Bendera di tempat kami
kalau dah sama suka
hantar pinangan ikatlah janji!
Amacam? Best jugak sekali sekala berpantun gini ye Jah! Apa-apapun nih adalah lagu yang dinyanyikan oleh
Allahyarhamah Datin Rafeah Buang di tahun-tahun 70an dolu..kalo tak silap ambo le!
Bukan apa ambo selitkan lagu ni, ianya sekadar hiburan dan nasihat jugak buat kita semua kan Jah!
Kita yang 'tua' ni pernah melalui 'zaman muda' yang penuh 'pancaroba'! Dan lagi ambo sekadar nak berkongsi satu lagi resepi yang menjadi peberet ambo dari dulu, kini dan selamanya! Insyaallah!
Resepi ni jugak menjadi 'pujaan' anak dara ambo Si Tecik Hajar!Lirik 'udang sama udang' tu yang membuat jiwa ambo kacau! Boleh percaya ka Amoooiii???
Mike tau apa resepinya tuh? Tak lain tak bukan ' SAMBAL PETAI UDANG TEMPOYAK' yang mengancam jiwa raga! heheheheeh!!! Banyak le mangancam ye Chumah! Ambo pun lupa bila ambo buat, mungkin minggu sudah, atau jugak minggu sudah-sudah! hahahahh!!
Pada ambo. kalo setakat SAMBAL PETAI UDANG TEMPOYAK' ni pun dah cukup membuatkan ambo makan bertambah-tambah nasinya! Oopppsss..Makan panazzz-panazzz..huiii...sedapnyeeee!!
Si Tecik hajr pulak tak suka petai, tapi dia suka baunya! Pulakkkk!!
Toksah (tak usah) mengayat banyak-banyak le Chumah..moh le kita berkongsi ini lisipi...!
Bahan asas:
16 biji cili kering
6 papan petai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1/2 kg udang basah
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit tempoyak
- Udang di bersihkan
- Cili kering di rendam bersama air panas
-Petai di kopek - ambo suka buat sebiji-sebiji
- cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan di kisar halus
- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak
- Masukkan petai
- Bila petai separuh masak, masukkan udang dan sedikit tempoyak
- Perisakan dan kalo mike suka bolehlah masukkan potongan bawang besar untuk hiasan
- Siap untuk di hidangkan bersama nasi panas-panas.
Resepi ni untuk orang-orang yang gemo (suka) tempoyak, kalo kureng suka tempoyak, mike boleh letakkan air asam jawa, terpulanglah kepada citarasa kita semua!
Makan SAMBAL PETAI UDANG TEMPOYAK ni memang sedap, wangi tempoyak tu
memang memikat kelebu (kalbu) (wangi ke tempoyak????)
Apa-apapun beghehhh Jah!!
BUBYE.....BUBYEEE JAH!
Mimpikan ambo ye!!
Ahad, 20 Januari 2013
AYAM BAKAR SERAI...UUUMMMPPPP
ASSALAMUALAIKUM !!!
Selamat petang Jah. Pekabo ???
Ambo? Uuiiiiihhhh....Sihat kecuali kaki ambo ni haaa....terpaksa berbalut kerana sakit sangat!
Berjalan pun terhegeh-hegeh! Kalo dolu-dolu bagai itik pulang petang memang 'mengancam habezzz'
sikalang nih ....lu pikei la sindili maaa!!
Udah lama bebeno tak masak-masak macam selalu yang ambo suka! Masak 'yang wajib' untuk anak-anak
dan en suami aja! itupun yang 'sedang-sedang saja'! Anak tekak nih teringin nak makan macam-macam....
dok plan nak buat koci labu le..nak buat cucur jawa le ..bla..bla..bla..! satu habuk pun ambo tak buat!
Apapun Jah, kita kongsi 'masakan yang wajib' aja lah ye Jah! Wajib-wajib ni le yang en suami kata 'tongkat tengah' Susah nak 'reban' (rebah) !!! heheheh..!!
'AYAM BAKAR SERAI' itulah menu ambo kali ni (bukan hari ni ye sebab menu ni dah berkurun dah ambo buat) Ekceli resepi ni ambo dapat semasa ambo 'tinggal' di Hospital Besar Ipoh lama dolu!
Deme buat secara 'goreng' tapi ambo ubahsuai, masukkan bahan yang ngikut selera dan kehendak 'anak tekak' ambo nih! Janji sedap dan menjadi 'pujaan hatiku' ! Tak gitu Jah??? Ngehngehngehhh!!!
Hari ni 'cincai' jugak ambo masak! Nanti bila-bila kita kongsi lagi ye Jah! Pencuci molut apalagi kalo bukan 'dadeh' peberet anak-anak dan en suami. Letak dalam esbok, sekejap aja hilangnya! Sonok tengok muka en suami, kalo balik dari kebun, bukak esbok dan menyudu makan dadeh ambo yang 'dingin' tuh! Ngko tak megah ke Jah ???
Melalut le pulak Chumah nih..moh le kita berkongsi lisipi (resepi) AYAM BAKAR SERAI ni, ambo bakar
dalam 'pemanggang ajaib' yang fofuler satu Malaya tuh!
Bahan asas:
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan (toskan)
5 batang serai
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 camca serbuk cili
Garam halus
serbuk kunyit
Sedikit madu
- Serai, bawang besar dan halia di kisar halus (guna pengisar kering)
- Kemudian sebatikan bersama garam, serbuk cili dan serbuk kunyit serta madu.
- Gaulkan pada ayam tadi - perap selama 1/2 jam (kalo suka)
- Bakar 1/2 jam atau sehingga masak
Ambo guna 'pemanggang ajaib are ikan' 1/2 jam adalah yang elok-elok gitu masaknye!
Sedap Jah...mangi serainya membuatkan hati ku tergoda!
BUBYEEEE JAH!!!
Langgan:
Catatan (Atom)





