ShareThis

Khamis, 17 Disember 2009

Maal Hijrah

Assalamualaikum.

Esok 1Muharam 1431Hijrah. Tahong baghu bagi suma oghang Islam.
Ambo haghap sangat muma suma dalam sihat dan di berkati oleh Yang Berkuasadi dunia maupun di Akhirat nanti. Apa haba muma haghi nih?

Mengambil berkat sambutan tahong baghu ni, tetu muma masing2 ada azam tersendighi. Yeah...baleyla azam apa pong, harap yang baik2 jugak yang kita akan dapat.

Tetu yang bujang berazam nak menikah, yang dah menikah nak bagi dapat anak dan laing2 lagi la dih? Pada ambo pulak, khor ambo dok tua, khor dok besemangat hidok ambo. Tu...rezeki yang Allah anugerahkan pada ambo. Ambo sokmo dok seghenok, masalah sikik-sikik tu , kalu buleh kita bagi lupa jey. Satu lagi haek ambo nak pesan, kalu kita kegheja dengan oghang, kita kena lae pahaeng oghang, bukaengnya oghang kena pahaeng kita.

Selalu hidok kita nih ada telebih tekughang, dengan klorga kae, dengaeng adik kakak kae, dengaeng soami kita kae. Baley ke dema lae dih!Mak ambo selalu pesaeng kaek ambo, baley lae beghalah pong bukannya kalah! Beto lae kalu ambo pikey kelek!

Sempena tahong baghu kita ni, buang lae haek keghoh, ambik lae haek jegheneh! Adalae gak oghang kata kalu dah keghoh di kulu tetu keghor di kiley (hilir). Loni kan zaman IT, kita sekat, kita suling lae ai(air) haek di kulu (hulu) tu, tetu ai haek di kiley jeghenih. Beto dak?

Apa-apa pong, kita tutok buku lama, kita bukak buku baghu yang putih begheseh (bersih), kalu ada yang teghusek hati kae, kecik hati kae, luka hati kae, maaf-maaf la di!

Selamat Tahun Baru 1431 - harap kalian semua bahagia dan dimurahkan rezeki yang halal serta dijauhkan dari beban hutang.
okey jumpa lagi bila-bila masa. Assalamualaikum

Ahad, 13 Disember 2009

Makaeng Anging.....

Assalamualaikum.

Bejupa kita di haghi mingung ni. Pagi ni ambo tak gi motong, jadi ambo dok di ghumah jey lae. Anak ambo haek soghang dah bakik tido haek soghang dok mengheloh lae lagi. Coti sekolah deh, ambo bagi lae kebebasaeng sikik. Tu pong ambo pastikan dema bakik semayang suboh dulu!

Ambo bukak poghong Batu Kurau kapongku, senyaek sunying jey loni. Agaknya dema pakat bawak anak bini gi coti kok. Makaeng anging kae, gi balik kapong kae, gi makaeng kenoghi kae. Tu lae zamaeng loni, kalu coti sekolah, mak pak pong kena coti gak paksal sepanjang masa dok kegheja, anak-anak dok sebok gi sekolah, beduek pulak tu!

Ambo tak gi mana-mana pong. Dok lae bekulaek di kapong ni gak. Nak balik kapong pak metua pong, dekaek jey, Kapong Ghepoh! Dok gi maghi gi maghi selalu dah. Nak gi mana hae?


Ooooo..... haghi ni ambo ingaek nak bawak anak ambo gi kok Tepeng dah lae. Masok Muziung, masok zoo dah lae, patok padaeng lae dengaeng duek haek dok ada nih! Anak ambo tak banyak songeh sangaek, janying gi mana-mana, konong-konong makaeng anging lae gak.... heh...heh...heh....!

Haghi ni pulak adak dua kenoghi, satu di Teratak Afrina haek satu lagi di Kapong Ghepoh. Napak gaya nya kena gi dua-dua tu. Maklong lae Ya Qatzial Hajat, tak bheik kalu kita tak gi, makaeng tak beghapa sangat, yang utamanya, gi merai tuan ghumah, esok-esok kita pulak nak wat kenoghi. Beto dak?

Bab gi ke zoo tu petang sikik pong buleh. Ambo pong suka gi zoo, cumanya kho dok tua ni tak beghapa ghok nak bejalaeng kaki, luaeh sangat kawasaeng zoo tu. Kalu tak meronda habih, ghugi pulak ghasanya, paksae bukaeng selalu kita masok pong.

Tepaek haek paling ambo suka,muma nak tahu di mana? Tu lae ghumah bughong! Hui..... tenang dan sangat menghibokaeng hati ambo. Siulang bughong tu yang wat ambo kagong (kagum) tu. Ambo ghasa tu lae muzik haek paling hebaek di dunia ni. Tu ambo ghasa. Soami ambo pong suka tepaek tu. Anak-anak ambo batei jey kok mana pong, seghenok jey.... budak-budak!
Dema bukaengnya tahu mak pak sengkek kae dak!

Walo (walau) apapong, sebelong tu kena masuk muziung dulu, muziung tutuk puko 5, kalu tak silaek ambo, bukaeng thu sangat ambo ni, maklong lae gi Tepeng sekali sekala...heh...heh...heh..!
Anak ambo tegedik-gedik nak gi muziung, abah dia kata, nak gi wat pa la kaek muziung tu, bukaeng nya ada apa, takaek keghaka (kerangka) hidok adalae! Maghah lae anak ambo, haek dia suka abah dia pelece!

Tu lae dih, keghenah anak-anak! Tu baghu dua, kalu ghame lagu mana lae dih. Dua oghang pong ghioh ghemang ghumah, mujo ghumah ambo jaoh daghi ghumah oghang, ya lae, mana tanah mu, mu buaek lae ghumah....kapong deh!

Opps... ambo begheti di sini lae dulu dih, nak gi ke dapo, nak beseghok sat. Satgi kita bukak cong lagi dih! Assalamualaikum. Moga muma sehaek sokmo lae!



Khamis, 3 Disember 2009

Tam


Assalamualaikum.

Apa haba suma? Keghana ghindu haek tak mboh hilang-hilang lagi, kita bejupa lagi loni. Ambo haghaek sangat muma suma dalam kesehataeng yang baik dih!Nih ambo nak ghoyaek kesah ambo baghu-baghu ni.....


Kemagheng, ambo bawak dia ni gi ke klenek di Tepeng. Haek dok mengiring dia ni tu lae soami ambo dengan dua anak ambo. Takok klenek tutuk, soami ambo pedeghaeh laju lae kegheta bughok ambo tu. Kesian dia ni, dah pat haghi tak makaeng. Asek dok tido jey. Minung pong kughang dah!Bila ambo tengok, tapak kaki dah pucat lesi, mulok pong dah kuning, ambo makeng bimbang, makeng ghiso!

Sapey jey teghuh ambo cepung 'dia' masok klenek. Lega paksae klenek tak tutok lagi. Pembantu di klenek tungung depaeng pitu, sokghang hinung, Walopong dah tua, tapi dengaeng senyung, dia panggey ambo masok. Ambo cepung "dia ni" masok kelenek.

Masok ke bilik rawatan, anak ambo tolong gi daftar di kaunter. Sokghang doktor maghi kat ambo. Hinung jugak! ambo bekata dalaeng ambo punya hati. Apa sakit? Doktor tanya ambo. Tak tahu lae dokto ooo! ambo jawaek. Agaknya sakit hati kok! Ambo jawaek lagi. Berapa umo? Dokto tu dok tanya lagi. Setahong 3 bulaeng. Ambo jawaek penuh yakeng. Napak "dia ni" kho dok pejaeng mata ghenik jey. Ghisonya ambo!

Dokto usaek badaeng dia ni. Apa nama? Dokto senyung tengok ambo. Laju ambo jawaek. Tam!
ambo senyung, dokto pong balaeh senyung ambo. Tak dak apa, dia mungkin silap makan, dia makan makanan beracun! Laju dokto kata. Dia punya hati sakit! Dokto meneghangkan lagi pada ambo.Ambo sedih. Ghasanya ambo cukok jaga makaeng dia. Apa warna dia punya kencing? Dokto tanya lagi. Ohhhh... saya tak sempat nak tengok la doktor! Ambo jawaeb malu. Malu paksae ambo tak ambik beghaek sakit 'dia ni'.

Saya kasi cucok sama dia. Lagi saya kasi ubat bagi minum satu hari tiga kali. Dia tak dak apa. Jangan risau. Nanti kalau tak baik juga bawak datang sama saya ok! Doktor ramah bercerita.
Ambo hanggok kepala.

Senang saja dokto tu cocok badan dia ni. Aku lega dia tak menggelepa. Nasik baik! Balik jey, dalaeng kegheta, dia dah buleh pangung kepala, bila ambo panggey jey, dah ada respong. Hui.... ghasi jugak dokto hinung ni. Balik ambo bagi ubat, jenis cecair. Petang dah nak makan, anak ambo bagi ikaeng seko. Ada prestasi tu. Kho dok lega dah tu. Ambo pong ghasa lega. Baley lae teghebang RM 30.00 pong janying Tam sehaek. Kad rawatan haek dokto bagi ambo sipaeng elok-elok.

Muma nak tahu dak sapa yang sangat istimewa dalam klorga ambo tu? Tu lae Tam, kucing kesayangan kami suma. Tam seeko kucing terbuang, kecik lagi dah di buang oghang, anak ambo kelek daghi pegheksa UPKK jupa di tengah jalaeng. Mujo tak tepoh dengan kegheta kae, mutu kae. Dengaeng reeki Tam, dan anugerah daghi Allah, anak ambo dapaek 8A dalaeng peperiksaan UPKK nya.






Selasa, 1 Disember 2009

Tahniah Siti Hajar Nur

Assamualaikum.

Tanggae 19 November 2009 - Khamis - Haghi Anugerah Cemerlang SK Sri Kurau.

Tu lae haghi haek mana mak bapak yang anak-anak dema ambik UPSR dok tungung-tungung.
Ni lae haghi haek ambo dok tungung dengaen ghasa bedeba. Tu belong lagi anak nak ambik pegheksa besa.

Haghi ni lae juga anak ambo Abdullah Aiman dok tengah kyusuk jawaeb soalan Bahasa Inggerih dalam peperiksaan SPMnya.. Adoi..... Beghaeknya ambo tahong ni, paksae dua-dua anak menghadapi pepereksaan. Hanya doa, semangat daeng motivasi diri ambo teghaekkaeng (terapkan) pada anak ambo tuh. Alhamdulillah, Aiman seoghang anak yang baik, ghajeng dan sangat mendenga kata. Hagaek ambo peghange dia akan kekae sapey bila-bila.

Hagi ni ambo gi sekolayh, tungung keputusaeng anak ambo Siti Hajar Nur. Haghaek dia pong dapat keputusan macaeng abang dia dulu - 5A

Lebih kughang puko sepuloh lebih, Gughu Besa pong maghi lae ke sekolah, dengaeng keputusaeng di tangaeng. Hu..... meletok-letok lae ambo punya hati. Alhamdulillah! dah tahu lae aheynya.. anak ambo bejaya lulus dengaeng mendapat 5A. Alhamdulillah, syukur kepada Allah!


Selang semingung, ambo dapaek satu sapo sughaek daghi Kolej Tunku Kursiah, Seremban, panggey anak ambo sughoh gi nak buaek sesi pemilihan. Nak gi lagu mana, sughaek sapey pada 23.11.2009, sesi pemilihan pong pada tarikh yang sama. Mana nak keghobek duek, mana nak teghekong gi, bukaeng nya dekaek, tujoh lapaeng jaeng baghu kok nak sapey. Tak gi lae ambo jawaeknya, ambo pujok lae anak ambo, kok-kok dapaek haek sekolah laing pulak.

Ambo talipong jugak, cakaek dengaeng Pengetua senighi, belio (beliau) kata ni baghu sesi pemilihan, ghamey lae tak gi, ya lae, ghamey haek dok jauh, bukaeng nak buleh gi. Ambo haek bodo ni tanya lae buleh dak tuka sekolah, Pengetua tu kata nama anak ambo dah dok dalaeng senarai kat Kolej Tunku Kursiah. Loni ambo dok tungung jey la. Mitak gak lae MRSM, Dapaek kok dekaek, seghenok lae gak.

Anak ambo kae, tegedik-gedik lae nak masuk asrama, ambo loni tak kesah sangat lae paksae dia selalu juga beghenggang dengaeng ambo. Insyaallah! moga rezeki akan menyebelahi anak-anak kesayangaeng ambo. Tahniah! buah hati mak. Lepaeh ni mak tungung pulak result abang Aiman dengaeng debaraeng yang makeng memucak.

Ambo susuk deba ambo dengaeng senyung! heh....heh....heh!
Assalamualaikum......!


Ghindunya ambo.....!

Alhamdulillah.
Bejupa lagi kita dih! Lama sunggoh lae kita tak bejupa. Ambo punya benda alah ni ada masalah, ambo pong dok sebok manjang, sapey tak daeng nak jengok-jengok muma dih!

Apa haba muma loni. Ambo haghaek muma sehat sokmo lae. Macaeng mana sambutaeng haghi ghaya tahong ni? Selalu pong kalu ghaya haji , tagha kita di sini, maksok ambo di kapong kita di Batu Kugho tak beghapa meghiah sangat lae. Cumanya kalu kita buat korban kae ada lae meghiah sikik, Tapi kok mana pong, di ghumah ambo tetaek lae meghiah, paksae anak-anak penakan buleh kata banyak haek kelek ke sini, ke ghumah ambo.

Mingung-mingung loni, dok kaluk makaeng kenoghi lae. Oghang tu madah kenoghi, oghang ni dok madah kenoghi. Kadang tu satu haghi bedeghek kenoghi. Kalu kuat kae, ghajeng sikik kae, muma jenoh hato kenoghi, ambo paling kuat takat tiga buah buleh lae. Lebih pada tu, pakey leteh hat-hat lae!

Adek beghadek ambo kelek kapong, dema tak loghat mana deh, ambo sedia jey beghaeh banyak-banyak. Caghi ikaeng maseng buat stok di ghumah, cabey mesti ada, ulaeng-ulaeng mesti ada, semua tu lae lauk kami sekelorga. Sedaek nak mapoh kalu dapaek makaeng lagu tu! Ghame-ghame pulak. Hui.... nekmatnya hanya Tuhan yang tahu!

Nih dah sunying kelek lae ghumah ambo. Abang ambo haek dok Joho pong dah kelek Joho lae. Anak dia haek baghu nak masok sekolah derjah satu , katanya ada tuisyeng.... Hui..... juling lae gak butey mata ambo, paksael budak kecik lagu tu pong cuti sekolah di isi dengaeng kelaeh tambahan. Oghang loni dih! masa tu mesti di isi dengan yang berpekdah (berfaedah) jey!

Ambo pong ghasa kagong (kagum) gak, anak dia baghu tadika dah buleh cakaek oghang putih. Membaca pong dah lajak jey. Hui, abang ambo tu jaga sunggoh lae anak dema. Ya lae dih.... sapa tak mboh bagi anak pandey kaeng? anak tu kaeng ke amanah daghi Allah. Beto dak?

Weeei! hujaeng pulak dah. Ambo kalu hujaeng jey mula lae pobia, takok nak ghetok benda alah
nih. Ambo begheti lae dulu dih. Satgi kita bejupa kelek dih. Lama tak begebang, banyak ni haek ambo nak ghoyaek! kih...kih...kih...! Daaaa......

Assalamualaikum


Isnin, 19 Oktober 2009

Kenoghi loni.......

Assalamualaikum.

Petang-petang lagu ni ambo tak thu nak wat apa. nak jighuh pokok bunga, hujaeng tughong selalu dah, sapey ghumah ambo banjey sokmo. Nak bagi ayaeng ambo makaeng, anak-anak ambo dah ambik aleh tugaeh tuh! Apa ambo nak wat nih? Tu lae.... bila anak-anak kho dok besa, dengan senighi nya ambo pong jadi besa gak! heh...heh...heh....!

Jong kita denga ghoyaek ceghita kenoghi nak? Haek sebelong-senelong ni ambo ghoyaek kenoghi dulu-dulu. Haghi ni ambo nak begebang haek kenoghi loni pula. Haek kenoghi zamaeng modeng lae.Kenoghi haek senang tapi modael pong buleh tahaeng gak! Walo apapong, esok-esok nung, ambo ghasa, kalu anak-anak ambo sapey jodo pong, ambo kena ikok buat kenoghi lagu loni lae jugak. Beghapa keghaek sangat haek nak maghi begotong ghoyong? Beto dak?

Kenoghi haek loni ada lagi haek begotong ghoyong, teghutamanya haek nak menyiang seghe lekuaeh, koyak ubi gatang (kentang) kae, ghichih bawang kae daeng haek laing-laing lae.Bab masak memasak ni seghah lae kat tukang masak-tukang masakdan oghang-oghang dia.Yang heghannya, oghang dok highih daging, dema dah tomih bawang ghepah, buleh masak pa!

Di kapong ambo kawasan batu Kugho nih, oghang semeleh lemung keghebo pagi-pagi, lebih kughang puko tujoh gitu. Tapi, puko 11 dah buleh makaeng dah, Tu wat ambo tabek stei tuh!
Oghang kapong ambo kata kalu lagu tu, kecang (ganti kata pada perbuatan yang cepat dan tangkas)

Tapi loni ni, tak beghakek beghidang dah, memang lae payah dah nak bejupa. Sokmo pong kalu tanya oghang kata 'dema buat kenoghi bufe (layan diri lae) !' Dikapong ambo, bila mula-mula buat cagha tu, ghame lae gak dok komeng, malu lae nak makaeng, maghi haek bawak anak ghame payah nak ambik makaeng lae, macaeng mitak sedekah lae! Tu dulu ! loni dak dah, semuanya dah buleh teghima, ya lae apapong kalu ada perubahaeng mesti lae ada komeng-komeng dan kritik. Haek dema dok komeng dulu pong, tengok loni buat kenoghi cagha tu lae gak!


Memang lae senang sunggoh cagha bufe ni. Gi ambik pinggaeng, ambik lauk haek kita nak, gi makaeng. Dok di jukey pong buleh lagi makaeng. tak payah nak melanguk lama-lama nak tungung oghang dok beghakik. Beto dak? Tapi yang lecenya kalu ada oghang haek dok tungung buboh lauk, haek tu memang lae sekali sekala, ghasa macaeng mitak sedekah.
heh...heh...heh...sekali sekala jey, tapi oghang semua macaeng tu jugak kaeng?

Pengateng loni pong, kalu dok besandeng, tak dak dah haek nak pejaeng mata (heh..heh...heh.. ingat dulu-dulu!) Siaek dema ni balaeh-balaeh senyung lagi! Tu lae oghang loni, kata oghang dema dah kenae lama, dah kenae sebelong mak pak kenae lagi. Kadang tu dema yang meghacang semuanya, daghi hantaraeng beghapa puloh ghibu, nak bawak beghapa bekaeh, pakaeyan lagu mana, tu semua dema dok ghacang, mak pak tahu teghima saja!

Jaghang nak ada silaek gayong macaeng dulu-dulu, apalagi ghazal pati pong dah bekubo, di kapong ambo loni dok ada lagi lae kumpulan ghazal, cumanyae dema nyanyi lagu-lagu nasik (nasyid) dan main alat-alat muzik yang sederhana. Tak dak dah haek nak menaghi begecok macaeng dulu-dulu.

Ho lae! dulu dengaeng loni banyak sunggoh bezanya. Ambo haek lahey pada zaman 60an memangla ghasa beghutong paksae buleh napak daeng meghasai 2 zaman daeng 2 fasa yang berbeza ni. Kadang tu ambo suka gak dok ghoyaek kat anak-anak ambo. Dema denga sapey tenganga daeng macaeng tak beghapa pecaya.

Dah dekaek mengarek dah ni, ambo begheti lae dulu dih! laing kali kita berborak ceghita haek laing pulak dih! Assalamualaikum. Moga kita semua dilindungi oleh Allah dalam keadaan selamat dan sihat. Ambo tengok tv ,di negagha laing, macaeng2 belaku. Kesian dan sedeh lae pulak.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kenoghi Dulu-dulu (bahagian 2)

Assalamualaikum.

Ambo bakik daghi tido tengahaghi. Badaeng lengoh-lengoh. Sakik pinggang lae pulak maklong saja omo pong dok semaking menikaet. Ingat dalaeng ambo punya hati, apa lae ambo nak buat haghi nih? Oooooo! Baghu ambo ingaek, dah lama ambo tak begebang dengaeng muma. Muma sehaek kae!

Nih! ambo nak sambong ambo punya ceghita haek dulu tuh! Dulu-dulu oghang besanding petang-petang. Kighanyae puko pat ke ataeh lae. Kighanyae lepaeh Asar lae. Oghang loni ni panggey Mak Andam kan? Tapi oghang kapong ambo dulu panggey Tok Tukang. Tok Tukang nih selalunya omo dah tua gak! Tapi dema ni lae, ilmu penoh di dada. Haek dok nak penaik seghi, dema ni lae, tapi sunggoh lae pong, pengateng dulu-dulu haek ambo peghasaeng memang beseghi, kadang tu sapey sebulaeng dok molek lagi!

Ambo ingaek, dulu kalu masa nak besandeng, haek jatang maghi, besandeng di laman ghumah lae. Pengateng tina pong tughong sekali dok sandeng. Besilaek begayong sakaeng lae dulu, di depaeng pengateng dema boh talaeng ada ko ghaya tutok dengaeng tudong, Bila oghang buka jey, beghebok lae bebudak gi ambik ko tu. Meghiah lae.

Lepaeh tu wak naik ataeh ghumah....ha..kalu muma nak tahu, pengateng tina ni wajik kena pakey spek mata. Satu haghi tu, ambo ingaek lagi, paksae tak dak spek mata hitaeng, Tok tukang tu pakeykan spek mata dia kaek pengateng tina tuh, tepisat-pisat lae ambo tengok pengateng tu, maklong saja, pakey spek Tok Tukang haek beli di Pekan Lasa, pawa (power) tebae gitu. Kalu ambo ingaek sapey lani ambo gelak. Tu belong lagi haek kena asah gigi! hi..... ghasa seghiu (seriau) bila ambo ingaek!

Kalu menyambok metah, esok ni kenoghi belah jatan pulak. Tapi kalu menyambok masak tungung lae semingung pulak. Kalu belah oghang jatan, tak beysa denga kenoghi besa. Ala-ala kada jey la. Tak macaeng anak tina. Gitu pulak dih? Tapi tu lae kenoghi dulu-dulu dan takdak proteh (protes) daghi anak jatan pong. Dah peseng tu dih!

Ambo begheti lae dulu dih, asar dah masok, ambo gi semayang dulu. Kita jupa lae bila-bila masa daghi loni. Daaa....! Assalamualaikum.

Khamis, 8 Oktober 2009

Kenoghi Dulu-Dulu (bahagian 1)

Assalamualaikum.

Bejupa kita malaeng ni. Ghasa-ghasa ambo tak dak keja malaeng ni, ambo ghasa nak ceghita ghoyaek kat muma lae kesah dulu-dulu. Nostalgia dulu-dulu sokmo dok tebayang di mata dan dok maing-maing dalaeng ambo punya hati. Anak-anak pong dok selalu mitak ambo ghoyaek, ni lae ambo nak ghoyaek ni.......!

Bila lepaeh ghaya, oghang dok maghi madah (oghang kapong ambo kata peseng tu untuk gati kata menjemput!) kenoghi selang semingung, ambo ingaek lae kelik kenoghi dulu-dulu.....!
Muma haek muda2 tetu tak beghapa caya, macaeng anak2 ambo, dema kata kaek ambo..' weeiii.. beto kae mak ?' Uhh...oghang tua 40an macaeng ambo ni memang banyak lae memori peseng2 tu! Ambo kaeng kae lahey zamaeng pop yeh yeh!


Ambo ingaek lagi, dulu kalu nak wat kenoghi kae, dalaeng masa sebulaeng tu dok sebok dah dok begotong ghoyong. Belong-belong tu, adek beghadek haek dekaek, maghi dah tulong menumbok padi. Haek oghang senang sikik bawa padi gi kelang, kelang padi masa tu, di Kapong Peghak ada sebutey, di Kapong Titi Kasey ada sebutey. Lepaeh tu, pakaek2 lae dok maghi pilih hatah(antah) padi. Semingung sebelong kenoghi, kami panggey menyipaeng, maghi lae ghame-ghame adek beghadek kompuak suma dok begotong ghoyong gi tebang buluh, habuan nak buat tangga dengaeng jemoghaeng. Bukaeng ada kemah macaeng loni. Makaeng dalaeng ghumah kae, kok ataeh baley kae.Tu jey lae!


Ambo ingaek masa Kak Mah ambo menikah dulu, dema oghang kapong maghi malaeng2 tulong jahik hataek ghembia, kami bukaeng dok bejamung apapong, takat buat bubo kacang jey.Tapi, tu lae oghang dulu-dulu, sikaek gotong ghoyong sangaet tebael. Bedegho jey oghang dulu-dulu!


Kenoghi dulu, semeleh lemung seko pong ghasa hebaek dah, kalu semeleh keghebo kae, tu nama nya oghang kaya lae. Kalu dalaeng ghumah ada laepulak sokghang oghang tina jaga tey kae, susu kae.Kita buat macaeng loteng ataeh halang ghumah, dema jaga di situ lae, muma haek muda2 nih tetu tak beghapa tahu atopong tak beysa denga dan tengok, ni kesah tahong2 60an dan 70an dulu.... Kalu tak cukok tey kae, kopi kae, susu kae,ghokok sekerek kae, suma nye mitak kaek penjaga ni lae...heh...heh...heh..

Dulu-dulu, masak suma gotong ghoyong. Bab pinggaeng makok, kutek kutek hipong daghi oghang2 kapong, tapi kena lae tulih jumlahnye, takok tak cukok masa nak bagi kelik esok nuh..
Yang selalu basoh pinggaeng tetu lae Cha. Ada ke dak lagi Cha ni, lama dah ambo tak tengok dia!

Tetamu pulak tu, tak bagi duek, tapi dema bawak sia(mangkok atau bekas selalunya di beli daghi Mekah) Dalam sia tu lae dema boh gula kae beghaeh kae. Tu lae oghang dulu-dulu! Di sia tu pula tuaeng2 punya ni ikaek lae dengan kahing(kain) warni warna haek dema caeng(cam) paksae masa kelik satgi adalae habuan dema. Selalunya ada sokghang dok di bawah ghumah tukang boh nasik dengan guley dalaeng sia tuh! Sokmo pong guley tu sudah tetu guley kambing capo dengaeng kacang panjang. Tu pong, kalu ambo tak gi kenoghi, sia tu lae haek ambo dok tungung-tungung.

Panjang bejela dah ambo ghoyaek, ambo begheti di sini dulu lae dih, ni baghu part 1, part 2 nati ambo ghoyaek lagi, Nih ambo begheti nak tengok derama pulak. Lhing kali kita gebang lagi dih! Assalamualaikum.

Khamis, 1 Oktober 2009

Kesah Lepaeh Ghaya

Assalamualaikum.

Lama sunggoh kita tak bejupa. Apa haba suma? Ambo haraek suma muma dok dalaeng sehaek dan bahagia dengan klorga suma. Baley gi lae kalu duek takdak pong, asae hati di dalaeng seghenok sokmo dih!

Ghaya dah nak masok dua mingung gi dah, kita haek dok ada ni, segheba maklong lae ada haek dok posa lagi, tak kigha lae haek wajik kae haek sunat kae, suma pakaek2 caghi pahala dih! Jangaeng dok posa makaeng minung je sudahlae dih? Haek lhing2 pong kita kena dok ambik kigha gak dih!

Ambo pecaya, ko ghaya kita dah tinggae seghedak dah, haek sipaeng ko dalaeng ting, tetu dok hakok ting, seghedak pong seghedak lae, janying ada ghasa ko ghaya. Kalu sebelong2 ni kita pakaek dok milih ko, haek ko tak beghapa sedaek kita tolak tepi, loni tak kigha apa dah, janying ko, sumanya kita ghadak belaka. Beto dak haek ambo dok kata ni?

Budak-budak pong, kalu dulu ko baka paling dema tak mboh, loni dema pandey lae dok keghutih makaeng ko tu. Buah hulu haek dah keghaeh keghejong pong, kho dok laku lae. Pakat suma dok kemaghok dah. Tu lae bahana lepaeh ghaya dih.

Haek tagha-tagha ambo kae atau yang sewaktu ngan ambo atau gak haek muda-muda sikik daghi ambo, loni kalu tak beghingaek waktu sambot ghaya, kho pakaek dok melengung lae gak.
Ya lae.... modae banyak yang habih! Tapi ambo ghasa, loni, ghame dah haek dok beghingaek haghi lepaeh ghaya dih! bagoh...bagoh.... macaeng tu lae kita, jangaeng ikok napsu sangaek.

Lepaeh ghaya, ambo ghasa nak makaeng lemang pulak dah. Gi tanya kaek Pak Da kok-kok dia nak buat, muma tahu dia kata apa? Weiii.... baka lemang haghi tu pong demaeng tak kebah lagi, chu nak makaeng pulak? Ambo sengeh jey lae. Ho lae tak kata ke dia lae, haghi megang ghaya tu, hujaeng tughong lebaek sunggoh, ghumah ambo haek tanah ghendah ni, banjey (banjir), hua....hua.... ambo ghasa nak teghiak paksae menyapuh pagi , petang sapah penoh di lamaeng!
tapi, Alhamdulillah, ambo seda tu kaeng suma daghi Allah, ada lae tu kelebihaengnya. Ihh..ihh...ihhh... mujo lae lemang haek ambo tepah tu tak metah, masak molek jey!

Ghumah ambo pong, lepaeh ghaya, sunying kelik lae, ho lae, suma dema pakaek kelik ghumah dema lae. Cuma kalu lepaeh ghaya, ghamey lae oghang buaek kenoghi, tak kigha lae kenoghi apa pong. Kenoghi kekah (aqiqah) kae, kenoghi menikah kae, betunang, naik ndo (naik buai) daeng macaeng2 kenoghi. Bukaeng apa , dema ambik peluang, adek beghadek ghamey haek kelik kapong, tua lae dema buat kenoghi, jadi adek beghadek buleh makaeng kenoghi.

Loni, di kapong ambo, ada gak haek buaek ghumah tebukak, tu pong sebutey dua ghumah gitu jey lae. Kigha oghang kapong ambo dah tak mboh ketinggalaeng dah lae! Ambo, dema panggey ambo gi, tak ghok nak makaeng deh, makanaeng banyak, sapey tebuang2. makmurnya Malaysiaku...heh...heh...heh!

Oppss.... dah lama ambo dok beghoyaek dengaeng muma, Haghi Saektu ni ada kenogi lagi, selang semingung kenoghi lagi. Tak beghapa beghani ambo nak makaeng banyak daging, takok naik daghah pulak. Tak dak lae ambo ni sakik lagi... takok...takok... oghang kata baley lae cegah dulu daghi mengubati kan?

Sekian, daghi ambo haghi ni, kalu ambo ghajeng, lusa kita gebang lagi. Assalamualaikum.

Ahad, 13 September 2009

Ghumah Tebukak

Assalamualaikum.

Apa haba suma? ambo haghaek sehat sokmo dih! Ghaya nak kho dekaek, muma tak ghacang nak wat ghumah tebukak kae tekatok kae? heh....heh...heh...!

Kengkawaeng dok tanya kat ambo:

Mu tak wat ghumah tebukak kae?

Kak Min tak wat ghumah tebukak kae, kami ghasa nak gi?

Chu! wat lae ghumah tebukak, macaeng oghang lani!

Dek Mah! Oghang dok wat ghumah tebukak, mu tak ghasa nak wat kae?

Tu lae soalaeng2 haek dema dok tanya ambo, bila ghaya kho dok dekaek. Pening gak pala hotak dok pikey soalaeng haek lagu tu. Laeh-Laeh (last-last) ambo kata lagu ni:

Ambo ni kaeng ke oghang kapong, dok di kapong, ghumah ambo siang malaeng tebukak, muma maghi jey bila pong, ambo tungung dan sambot dengaeng penoh mesegha dan gumbira!
Kita oghang kapong, tetamu haek dok maghi bila pong kita layaeng, dema sapey pagi, kita bejamung cagha pagi, dema sapey tengahaghi, kita bejamung nasik, dema sapey petang kita bejamung lae cagha makaeng petang. Dak gitu?

Ghaya di kapong, kita semawa dema macaeng tu jey, tak payah nak madah yok ya yok ya, adek beghadek suma, kompuak tu belaka, nye mangi dengan iklaeh hati. Beto dak? Muma haek asae daghi kapong tetu ghasa macaeng tu kaeng?

Ambo tiggae muma la dih! Ambo nak gi ke dapo, ghasa nak gogheng kacang, kok-kok nak mula wat ko. Jadi kae dak tak thu lae lagi. Ambo ni kalu tak ghok pakey tak jadi la ko ambo tu haghi nih!
'SELAMAT HAGHI GHAYA' Kok kalu sudi, maghi lae ghumah ambo.....heh....heh...heh........
Wasallam. Daaaaa......!

Jumaat, 11 September 2009

Ghaya oooo ghaya (bahagian kedua)

Assalamualaikum.

'SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN' kepada semua muslimin muslimat dimana juga berada.

22 Ramadhan 1430. Dah 22 haghi dah kita dok posa, bermakna lagi lapaeng haghi lagi lae kita nak ghaya. Pikey bab ghaya ambo seghenok ada paksae kita akan meraikan kemenangan kita, tapi susah hati pong ada paksae muma thu lae kalu nak ghaya tu, pesiapaeng haek nak ghaya tu lebih lagi daghi amalaeng.....!Temasok lae juga ambo!

Kigha dok kigha, pikey dok pikey, apa pong ambo tak buat lagi. Ghaya dah nak dekaek, ko sebutey haraeng pong tak dak lagi. Haghu sunggoh! Oghang tina macaeng tu lae. Awae-awae posa ambo sokmo pong dah gi cuci kubo mak ayah ambo. Kadang gi sokghang, somo ambo gi ngan anak ambo lae. Tu pekagha wajik pada ambo!

Ambo baek nak tuka kheing lasey (kain langsir) ka(oghang kapong ambo panggey kaheng tutok tikaek) tak gadoh. Pakey haek mana ada jey. Sokmo pong ambo tak beysa deh nak tuka kheing lasey tiaek tahong. Sokmo pong ambo basoh jey, molek supa tu lae. Macaeng tu la gak dengaeng bunga haek dok hiaeh kok ataeh lemari kae ataeh meja kae., ambo celok dengaeng kelorok, ummmm... molek kelik lae. Jimaek deh!

Ghaya loni, kalu nak tepah baju, 3 bulaeng belong posa tu kita kena dok gi caghi tela (tailor) dah. Jangan dok mukat nak gi tepah dekaek nak ghaya, jangaeng dok sekeleng buaek macaeng tuh! Naya jey! Dema tak mboh layaeng deh, haraeng cabok tak nye nak ambik deh!

Di semejek pong, oghang tina kho dok luak lae, saf kho dok gheda lae. paksae dema pakat nak buat ko ghaya. Ambo kalu buah hulu kae, ko baka kae, tepah jey. Tak gheti deh nak buat. Ambo buat haek senang-senang jey, ko seperek ka, taek nanaeh (tart nanas) ka, macaeng-macaeng ko modeng lae, paksae haek tu senang sikik. Dodo lani pong payah dah nak bejupa. Halua maskat ka lama dah ambo tak napak. Ambo tak beghapa suka ko-ko ni, paksae manih sangat! Nyah Tong ambo pandey la buat ko-ko nih!

Anak ambo haek tina, dok loghaek dah, bila nak buaek ko....bila nak buaek ko? Nati lae dulu! ambo kata. Pekakaeh nak buaek ko pong tak dak lagi. Bila nak gi beli tak thu lae ambo. Duek pong tak dak lagi. Haghu bighu jugak nih!

Sokmo pong ambo buaek senighi jey ko-ko tu. Nak beli mahae gak ghasa. Paksae modae tak beghapa nak cukok deh. Kalu duek banyak haghoh oda jey! heh...heh....heh....! Adek beghadek ambo ghame, dema nak kelik kemana lagi, kalu tak kelik ke ghumah ambo. Seghenok oooo bila ghaya, paksae taing-taing (time) ni lae kita dok bekupo (berkumpul) adek beghadek. Meghiah oooo! Tu lae ko kena buaek gak!

Bila dok jadi lagu ni, ghasa nak jadi budak kelik lae. Tak loghaek nak pikey buat ko kae, nak tepah baju ghaya kae! Tu belong lagi nak tepah lemang, baek lemang ambo memang tak gheti buaek. Makaeng numbo satu! Lemang ni ambo sokmo tepah kaek Pak Da (laki Mah Dokbek)
ka, Mak Lang Munah ka (bini arwah Pak Long Li Cheduh)

Tu belong masok baek cuci ghumah lagi. Ambo ni kae dok di kapong. Keliling ghumah penoh pokok, tu kae daong penoh kok lamaeng ghumah. Mana nak buaek haek dalaeng ghumah, mana nak hambaek kok lua ghumah. Mujo lae jugak hasban ambo ngan anak jatan ambo ghajeng, buleh lae juga tulong menyapuh sapah. Sumanya ghasa nak bagi molek!Heh....heh...heh.....

Satu peghange ambo, dalaeng ghumah ambo suka sangat bunga hidok. Tu ka...salah kena usong pokok bunga tu, nak letak ceghok mana, sokmo tok laki maghah paksae dia kata...ha...buaek la saghang nyamok! Tapi ambo buat telinga tebae lae paksae suka deh!

Malaeng ghaya, daghi dulu sapey lani ambo suka pasang pelita, huii...indahnya suasana!Tu yang buat ambo kenang zamaeng budak-budak yang tak beysa ada masalah! Sokmo pong malaeng ghaya ambo dah rilek dah, paksae sumanya ambo dah sedia daghi siang lagi. Esok ni konong-konong nak bakik tido awae paksae nak gi semejek! Tu yang bahagia tuh! Taing-taing ni lae buleh dok bejupa dengaeng suma oghang kapong, paksae sebelong ni kae pakaek dok sebok belaka!Lepaeh semayang ghaya, kami pakaek gi kubo lae pulak.

Budak-budak lani, kalu maghi pong bukaeng nak makaeng sangat, dema lebeh ke nak duek ghaya, tapi ambo kata, kalu nak duek ghaya kena masok makaeng dulu. Uguk la konong!
Budak2 ni pulak demand sikik, dua tiga kupang macaeng dulu-dulu tak mboh deh, paling koman pong duek singgek. Tu lae zamaeng dah banyak sangaek beghubah! Macaeng ambo, dulu muda lani kho dok tua, mata pong kho dok ghabong, sakik lutuk sakik kaki.....heh...heh...heh...kesian ambo di...mulok jey dok kuat lagi!!!

Paksae apa pedeh mata ni? weiii....dah puko11.05 menek dah. Patok lae ambo ghasa mengatok. Ihh...ambo begheti di sini lae dih..lheing kali kita gebang lagi. Esok nak bakik awae, nak besao deh!
Daa... ambo begheti! Ahey kalam...Assalamualaikum. Maaf jika terkasar bahasa dan moga Ramadhan ini memberi ketenangan pada kita semua. Wasallam.

Sabtu, 5 September 2009

Ghaya ooooo ghaya (bahagian 1)

Assalamaualaikum.

Bejupa kita haghi ni. Ambo haghaek muma-muma suma dok sehat sokmo dalaeng bulaeng posa ni.Jaga kesehataeng muma, jaga peghange muma, jaga mulok lidah. kighanyae jaga sumalae haek Allah tak bagi buaek dih!

Haghi ni dah lima belaeh haghi dah kita dok posa. Kighanyae masa kho dok cepaek je. Arwah mak ambo kata kho dok tughong bukik lae. Lepaeh jey lima belaeh haghibulaeng memang kita ghasa kho dok dekaek, kho dok cepaek. Ghaya kho dok maghi lae!

Haghi ni kita gebang baek haghi ghaya di! Betuah badaeng dah sambok ghaya dekaek 49 tahong dah! Dulu dengaeng lani memang banyak sangat bezanyae. Heh...heh...heh.....!

Ambo ingaek lagi kalu dulu, semingung nak ghaya baghu lae mak ambo sebok nak buaek ko ghaya (kuih raya) Awae-awae lagi dok hipong telo ayaeng haek nak buaek ko tu! Dulu ghasa ambo tak dak dehdokbejuae telo macaeng lani. Tapi telo itek mak ambo beli jey, paksae kami tak bela itek.

Dulu tak dak ko banyak macaeng lani. Yang dok selalu ambo tengok dan mak ambo dok buaek, tu lae ko baka, buah hulu, putu kacang, ko loyang, ko cabe haek mak ambo selalu buaek lae. Ko cabe tu lebeh kughang macaeng ko tighaeng lani (kuih tiram), tapi boh penyelok (pencelup) kala meghah. Pagi-pagi lagi, lepaeh bakit besao(bersahur) tak tido dah kami. Mak ambo gogheng tepong, nak buaek ko baka, punya lae huli (uli) sape lenguh tangaeng paksae satgi tak puteh tak gebu... tu haek mak ambo dok ghoyaek.


Asaek bekelong penoh ghumah pong belong tetu jadi lagi. Ghumah ambo dulu ataek ghembia jey!
Bukaengnya ada oven macaeng lani. Baka pong dalaeng peghiok je. Ataeh tudung peghiok tu lae boh api daghi sabok nyo tu yang buaek asaek bekelong tuh! Baka pelengaek haek kali petama dengaeng kedua tu, habuaeng ambo je lae, paksae hangik, api tak beghapa buleh kontro lagi. Sedaek ke ambo lae! he...heh...heh!

Esok ni, mak ambo tak gi motong lagi, paksae nak wat ko buah hulu pulak. Pagi-pagi lagi mak keghah ambo sugho puko telo. Mak ambo wat buah hulu dengaeng telo itek. Mak ambo bagi pasu sebutey dengan tepaek timbok telo tu. Sape lani ambo dok sipaeng lagi dawey begelong-gelong
tu, ghasa macaeng baghang antik lae! Timbok telo kena tengah panaeh, paksal kalu dok tepaek tedoh, telo tak beghapa nak nheik. Tu kata mak ambo! bagey nak tecabuk tangaeng ambo dok timbok telo tu. Baka dua tiga pelengaek hangit jey. rezeki ambo deh!

Dua-dua ko haek ambo dok sebuk di atas tu, beghaek lae sikik buatan dia, kalu ko loyang kae, ko cabe kae, senang sikik mak ambo kata, tu selalu mak tak mitak tulong ambo, dia buat kenighi jey!

Haghi megang ghaya (oghang kapong Anak Kugho sebuk peseng tu) lagi lae sebok dan meghiah. Sebelong tu mak dah mitak tulong oghang ambik buloh lemang. Dulu buloh lemang tak kena dok beli, di Bukik Wang kae, dekaek kubo pong belambak, ambik jey, tak dak sapa nak maghah.

Tang nak besiaek buaek lemang tu yang cukok haghu tu. Ghumah dulu-dulu sumanya tinging-tinging, kighanyae gajah pong buleh masok tido bawah ghumah! Mak ambo selalu baka lemang bawah ghumah, paksae kalu di luar ghumah, takok hujaeng! Pagi-pagi lagi dah kena kuko nyo
(kukur kelapa) Kuko nyo kalu nak seghenok bayangkan nheik kuda! kah......kah....kah!
Masa mak ambo dok isi beghaeh pulok tu, jangaeng sapadia dok jalaeng meghejaeng kaki(hentak kaki) Suma persediaaeng buaek lemang tu mak ambo sedia di ataeh jemoghang! Senang mak ambo kata!

Siaek suma, hakok lae bawak tughung, letak pelaeng-pelaeng di galang tepaek haek nak baka tuh!Sapadia pong tak dok ataeh ghumah paksae asaek penoh!. Tapi... asaek-asaek pong, ada kebaikaengnya jugak. Nyamok takdak, nyamok pong takok pedih mata kok?

Kok kaki lima kedey, kok jalaeng, oghang dok bejuae beli daging. Ayaeng payah nak ada, selalu pong kalu ayaeng, haek bela senighi lae jadi korbaeng. Selalu dema dok semeleh lemung dengan
keghebo jey! Daging masa tu dok ada sekati 3.60 jey. Tapi kae dok ghasa mahae tak kigha dah. Masa tu duek pong susah nak dapaek.

Malaeng ghaya kae, ada haek dok maing meghieng buloh lae selalu pong. Kalu nak buaek pelita ghaya pula, mak ambo selalu gi tebang buloh aur panjang-panjang sedepa, mak koghek3 ke 4 lubang di buloh tu, ambik tali guni (dulu oghang pangge peseng tu, lani tak beysa ambo tengok) tepek seluk habuaeng nak boh sumung (sumbu) deh, gi beli minyak gaeh sekati dok ada sekupang tak silaek ambo, bila malaeng molek aeehhh plita ambo tu. Tak dak lae, lapu kelik-kelik macaeng lani!

Pagi ghaya, mak masak nasik dengaeng gogheng ikaeng kedegha maseng je. Makaeng nasik dulu baghu buleh makaeng benda lheing. Mak ambo kata 'satgi takok sakik peghok!' Lepaeh tu baghu lae makaeng benda lheing. Mak ambo selalu masak ghendang pedaeh keghang je! Nak beli daging tak beghapa cukok modae.Keghang baghu dok ada sekati sekupang, kalu beli 2 kati baghu dok ada lima belaeh duek. Nak makaeng daging gi ghumah oghang lae. Tapi mak ambo pesaeng makaeng sikik-sikik, kalu oghang bejamung (berjamu). Sape lani ambo dok ingaek pesan keghamat mak ambo tu! Ai mata jatoh dalaeng hati oooo!

Kita begheti di sini dulu lae di! Esok-esok kita begebang lagi. Haghi ni tak thu nak masak apa, anak ambo nak makaeng ko cagha (kuih cara) ambo ghasa nak makaeng badak beghendaeng, tak thu haek mana nak buaek, ghasa-ghasa undian jatoh kat anak ambo lae! heh...he...heh.....Tu lae sapa pong, anak mesti di dulukaeng, dema kaeng amanah daghi Allah, kena lae kita jaga molek-molek dih!

Pada anak comey kesayangaeng ambo dan pada anak-anak ghakaeng(rakan) tolan, Selasa ni, dema nak menghadapi UPSR, mak ucaekkaeng SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009' buat sehabis baik dan jangan lupa berdoa kepada Allah, moga semuanya dapat menjawab dengan penuh ketenangan dan mendapat keputusanYang CEMERLANG. Amin!

Isnin, 31 Ogos 2009

31 OGOS - Haghi Merdeka

Assalamualaikum.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tu lae kata-kata keghamaek yang ambo dok denga daghi dulu sapey la ni. Siaek gatong bendegha lagi! Bukaeng apa, cuma nak mengaja anak betapa bangganya dilahekaeng di Malaysia nan indah ni. Baley lae apapong, ambo tetaek kata kat anak-anak ambo bahawa ni lae negagha kita, apa-apa pong dan sejauh mana pong kita sapey, kita tetap anak Malaysia!

Bejupa lagi kita haghi ni dih! Lama ambo tak meghipuk, haghi ni ghasa ada masa sikik, ambo ghasa nak mengadaek benda alah ni. Bulaeng-bulaeng posa ni ghasa su'we (seram-seram sejuk) badaeng, sejak kebah daghi demaeng tu lae haek ambo dok ghasa selalu. Takpa lae di, ambo ni bila lama tak meghipuk pong ghindu jugak dalaeng hati nung!

Haghi ni kita ghoyaek hal medeka. Zaman ambo mengaji dulu, bila sapey je haghi medeka, cekgu suma dok loghaek buat petandingaeng, melukih, sapa-sapa haek pandey menyanyi dema menyanyi, baca rukunegara dan paling seghenok bila naik baeh gi pekan Tukogho , maknanya gi Sekolah Sunge Aka (SK Toh Sajak).

Ambo tak ingaek tahong bila, tapi haghi tu kami budak-budak cekgu sughoh pakey baju sekolah haek molek sikik paksal cekgu kata nak gi sekolah di pekaeng. Ambo mana ada baju molek, baju sekolah pong seley (sehelai) je. Balik sekolah je basuh sakaeng la baju, jemo cepaek2 paksal cekgu kata kalu baju koto bedamuh tak leh gi! Praeh (frust) ooo kalu tak leh gi!

Sebaek selalunya tak dak aktibiti apa kalu malaeng, ambo pong tido awae lae. Siaek pesan kat mak lagi sughoh geghak awae-awae takok telepaeh pulak. Kami ghame-ghame beghipong di sekolah Anak Kugho. Jenoh lae dok tungung, paksae gi awae sangat.

Baeh sapey puko tujoh lebih. Kalu ambo tak silaek , drebanya nama Wak oghang Ijok. Beghebok lae kami naik baeh paksal sumanya nak dok tepi tikaek. Peghak sunggoh!. Baeh tu kami gela dulu-dulu baeh israe (bas israel), mesti yang sewaktu dengan ambo, ingaek bas tu! Kala meghah dengaeng kuning ghasanya, ho lae Serekat Nothern Malaya punya! Heh...heh...heh.....!
Koseng keghaeh pong seghenok bukaeng maing!


Sapey je di Sekolah Sunge Aka, dah ghame budak-budak sekolah beghipong. Cekgu pong aghah kami masok barisaeng paksal dah nak belaghak. Tukang bawak bendegha Malaysia wake sekolah Anak Kugho masa tu, hat tinanya ambo dan hat jatannya Suhaimi, tua setahong daghi ambo, lani dia ni kegheja CC di Pejabat Tanah Dekghah Tepeng.

Ambo tak ingaek kami belaghak sapey kemana, tapi letih jugak lae dok usong bendegha tu. Yang ambo ingaek, ghame oghang dok bedighi di tepi jalaeng sambe pegang bendegha. Meghiah dan bersemangat sunggoh! Setengah tu dok bedighi kok kaki lima kedey. Kami pong ghasa seghenok dan megah lae! Tengahaghi kami pong balek. Daleng baeh ghiuh ghemang dok bukak temberang, ghoyat macaeng-macaeng, ho lae... klua pekaeng pong sekali sekala!

Kenangaeng tu ambo ingaek sapey lani. Sangat terpahat daleng ambo punya hati. Walopong ambo tak menang pertandingaeng melukih bendegha, tapi dapek lae gak hadiah saguhati. Jadilae di. Hadiahnya ambo dok ingaek lagi kala Luna haek ghega pat kupang lima duek tu! Megah ooo gi ambik hadiah. Kalu dapaek numbo satu, mengepak lagi lae ambo! heh...heh...heh.....!


Weiii.... dok ghalek mengipuk, tengok jaeng dah puko semilaeng lebih dah! Haghaek ka tak masak lae tengahaghi. Anak ambo pong sokghang dok study sokghang gi sekolah, ada kelaeh tambahan Matematik. Ghajeng cekgu dema ni. 8 haghibulaeng ni dia stat lae peksa UPSR. Abang dia pulak mula peksa percubaan, esok 1 September. Mujo lae gak anak-anak ambo ni ghajeng, tak loghaek nak sughoh baca buku. Alhamdulillah, paksal Allah anugerahkan kaek ambo anak-anak yang baik dan mendenga kata. Haghaek2 dema dapat yang terbaik lae, tu lae doa ambo selalu!

Ambo stok (stop) di sini lae wat kali ni, lhing kali ambo menghipuk balek di! assalamualaikum dan SELAMAT BERPUASA SERTA SELAMAT BERHARI RAYA' Moga Allah berkati hidup kita suma di dunia dan di akhirat jua. Daaaaa..........!

Ahad, 30 Ogos 2009

Madah-Madah Ramadhan

Assalamualaikum.

Ambo nak ucaekkang Selamat Berpuasa sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak.
Moga muma suma dalam sehat sejahtera dengan klorga dan dapat meneruskan ibadat puasa dengan penuh kesyukuran.
Ambo di sini cuma nak bekosi madah-madah SMS yang ambo teghima sempena bulan mulia ni daghi anak-anak penakaeng, sahabat tolan dan pupu-papat, abang kakak dan ipar duai yang ambo ghasa dema ni dok sayang kat ambo paksal dema ni lae yang mengingatkaeng ambo tentang kebesaran dan kemuliaan ramadhan ni dan memngingatkan pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Penyayang.
Kita kosi ghatek (sama-sama) dan sama-sama menghayatinya:

Masa kecik-kecik dulu, ustaz selalu pesan letak surah Yaasiin tepi bantal, baca doa sebelum tidur dan bangun solat Subuh tapi sekarang yang ramai buat, letak handphone tepi bantal baca mesej sebelum tidur dan bangun bila handphone berdering.
Sekadar nak pesan: Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Ilahi!
- SMS dari adik La SMK Khir johari (sepupu)

Selamat Berpuasa. Semoga mendapat rahmat Ilahi.
- SMS dari Rubiah, Pejabat Ukur, Ipoh (adik ipar)

Jika hati sejernih air, jangan biar ianya keruh.Jika hati seputih awan, jangan biar ianya mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN
- SMS dari Kak Rahimah, SK Klian Pauh, Taiping (teman).

Puasa itu ibarat pelampung ajaib di Akhirat nanti.... yang menyelamatkan kita setelah amalan lain telah di hitung. Oleh itu jangan biarkan pelampung bocor dan kita tenggelam hanyut. Banyakkan beramal di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
- SMS dari Abang Ya, Pejabat Polis daerah, Taiping (abang kesayangan)

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan.
-SMS dari Rozilina SK Krunai, Grik (teman)

Perkataan yang indah adalah'La ila haillallah, Muhammadur rasulullah'.Lagu yang merdu adalah azan. Media yang terbaik adalah Al Quran. Senaman yang sihat adalah Solat. Diet yang sempurna adalah puasa. Perjalanan yang menyenangkan adalah Haji. Khayalan yang baik adalah ingat Kematian, Dosa & taubat.
-SMS dari Rosnah, SK Sri Kurau (teman)

Jika harta itu racun, zakat penawarnya.Jika umur itu dosa, Taubat dan Taqwa ubatnya. Jika semua bulan itu noda, Ramadhan pemutihnya.
-SMS dari Ida, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong (anak penakan)

Kian jauh tirai Syaaban, kian dekat lambaian Ramadhan. Luhur iman ikhlas amalan,. Luhur ibadat di berkati Tuhan.
-SMS dari Kak Piah, Taman Klebang, Ipoh (kak ipar)

Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghrifah. Airmata taubat, dendangan tadarus, selimut terawih & bantal tahajud! Moga mewarisi jannah.
- SMS dari Adik La, SMK Khir Johari (sepupu)

Anak Ketam belajar berjalan,
Matanya tanggal di gigit lipan,
Selamat datang bulan Ramadhan,
Selamat tinggal hantu dan setan.
- SMS dari Nurul Aida, Ulu Tiram, Johor (anak penakan)

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda, ada dosa tercipta
Harap di maafkan segalanya.
-SMS dari Intan Zalwa, SK ChangkatLarut. Taiping

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillahawaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintaia dan di cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetakan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup rasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga.
SMS dari Intan Zalwaa, SK Changkat larut, Taiping.

Ni lae madah-madah yang ambo dapaek daghi dema. Pandey dema buat madah dih?Cukok takat ni, kita jupa lagi! Selamat posa dan Selamat Berhari raya. Moga kita semua di berkati oleh NYA.
AMIN!

Ahad, 2 Ogos 2009

Ambo yang bernama chu mah - Haghi Keteng

Assalamualaikum.

Haghi ni kita bejupa lagi. Ghindu pada muma suma toksah dok wat lagu mana lae, tapi paksal sebok yang banyak tu, ambo wat-wat lupa lae muma suma. Mingung ni ambo ghasa leteh bukaeng mheng
lagi, tapi keghana seghenok nak begebang dengan muma, ambo kuatkan hati lae. Mitak maaeh lae kalu gebang ambo ni tak beghapa semangat gitu. Letih sungguh ni, tak cakaek bahong deh!

Macaeng yang ambo dok ghoyat dalaeng porong Batu Kurau kapongku tu, pada 1 .8.2009 sekolah Sri Kurau ada wat Haghi Keteng/Usahawaeng, ambo pong masok daung lae gak dok juae kepok leko (keropok lekor) Tak banyak pong mak pak hat maghi, tapi paksal futsal dekghah ada, tu je lae yang dok napak meghiah sikik tuh. Hujaeng pulak daghi pagi, tapi kita kena lae bersyukur keghana hujan tu rahmat dan rezeki yang Allah s.w.t yang bagi kat kita. Kita patok teghima lae. Dak gitu?

Tungung lama gak, baghu dema hat kami oda kepok leko tu sapey. Dok talipong banyak kali gak, dia jawaek on the way....on the way... tapi jangaeng kaeng lubang idong, batang idong pong tak napak-napak lagi. Hat gerey(gerai) oghang lheng sumanyae dah kelibok bejuae beli.Peloh sapey keting bagu lae tokey kepok leko sapey. Mujo dia bagi lebeh dua, kalu tidak kae, ghasa nak maghah lae gak Heh...heh...heh... bila pikey balik ni pong salah satu rasuah gak di. Beto dak?

Haghi tu jupa lae ambo ngan cikgu Useri. Lepaeh tu ngan cikgu E. Cikgu E tu bukaeng nyae kenae ambo pong, saja lae ambo wat-wat tego, kok -kok dema nak singgah beli kepok leko ambo.Heh..heh..heh... tu promosi lae jugak di? Oghang kata, bila kita nak bejuae ni , mulok kena manih, kena ghamah, baghu lae laku. Beto dak? Betooooooo........!

Nak kata laku sangat tu daklae, takat balik modae je. Utong dua tiga puloh je, tapi geng ambo seghenok je, ghasa enjoy la. Oghang kata kegheja gruk (group) ni macaeng tu lae, tak buleh dok bekigha sangat dih? Puko 2.00 petang kami selesey(selesai) rehat sat, maning-maning teghuh semayang laho (zohor). Lepaeh tu beto pinggang sapey puko pat bakit gi pulak lae ghumah pak metua ambo, paksal dema pong buat kenoghi cuko pala.....oooppss... silaek bukaeng cuko pala, cuko ghambok (cukur rambut).

Saghi sutok tak makaeng nasik, gi-gi kae buat bulo lae. Ambo handaeh 2 pinggaeng, sedaek sunggoh makaeng macaeng oghang bulo jae. Ambo pagi tu dah hata dah agak-agak (agar2) sataeng dengaeng bekang deghian, tupang kenoghi deh.....!

Kalu nak makaeng bubo tahik ulat, oghang Kapong Anak Kugho kata peseng tu, (bubur anak lebah) masa oghang kenoghi cuko ghambok je lae bejupa, Kalu dak, takdak lae nak bejupa, Nak buaek tu ghasa ghenyah sangat. Hui... sedaek sunggoh ambo makaeng bubo tahik ulat tu, dema Ghepoh nye bacoh tepong dengaeng ai dhong pandaeng , tu yang buat sedaek tu. Ambo kalu bacoh dengan gula meghah tak beghapa bekenaeng.

Puko naeng (6.00) kelek ghumah, tengok kak ipa ada dah dok tungung. Dema maghi daghi Ipoh nung... tido lae di ghumah ambo dengan anak penakaeng ambo lae. Anak penakaeng ambo ni cekgu mengaja di Lenggong nu, sekolah menengah apa tak thu lae, lupa pulak ambo, Dah lama ni macaeng tu lae mudah lupa, mitak-mitak doa jangaeng nyae nyanyok dah lae tua-tua esok dih... susah anak-anak nak jaga!

Ambo ghasa lemah jae badaeng ambo ni, ghasa tido lama dah tadi, ambo begheti lae di sini dih! Malaeng satgi kalu ambo ghasa nak sambung gebang ambo ni kita jupa kelik lae di! Tapi malaeng satgi ada dema betandeng lagu klasik, ambo kena lae tengok gak, paksal ambo minaet lae gak lagu-lagu peseng ni, zamaeng ambo deh! Hat lagu-lagu loni ada jugak hat ambo minaet, tapi banyak nyae yang seghabuk peghok je lae. Ihhh...ambo begheti lae.wassallam. Jupa lagi bila-bila masa!

Ahad, 26 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah - Bulaeng Posa

Assalamualaikum.

Bejupa lagi kita. Banyak sunggoh kegheja ambo lani. Tambah-tambah kalu dah jadi suri rumah, kalu cukok bulaeng nyae dapat jawatan sementagha lae. Muma nak tahu jawataeng apa? Tak lhing tak bukaeng jawatan Akauntan la kata oghang lani....heh...heh...heh.... Takpa lae kok di? Mengaji tak tinging macaeng ambo pong buleh pegang jawataeng tu, akauntan rumah tangga!

Tu belong lagi jawataeng Guru Besar. Kalu anak-anak dok wat kegheja sekolah kae, ambo pong sama nheik selak buku dema, bukaeng nyae gheti haraeng cabok pong, tapi cek tetaek kena cek, budak lani, kena dok tengok sokmo, kok lae mana thu ada buah jeghing keduak kae dalaeng beg sekolah dema, kita kena tengok dih. Bukaeng nyae tak pecaya tapi kena dok peghati lae sokmo.

Haghi ni ambo tak thu nak begebang apa dengan muma, ambo ingat lani kaeng bulaeng Syaaban, jadi ambo nak kelik zaman dulu-dulu, zamaeng ambo kecik-kecik dulu, bulaeng posa.
Seghenok ooo..... kalu ingat dulu-dulu! Pulak tu haghi ni ceghah jae, oghang hat dok lalu kok jalaeng depaeng ghumah ambo, ambo ghasa dah macaeng bulan posa dah!


Dulu, kalu nak posa jae, oghang kapong Anak Kugho kata, megang posa, oghang kapong ambo pong semeleh lemung keghebo lae gak. Habuan nak bakit besao (bersahur) deh! Ikaeng2 maseng dah tak lalu dah. Oghang kedey pong dekaek2 bulaeng posa dema tak oda (order) dah hat hat makanaeng macaeng tu. Tak laku. Hat dok ada dalaeng kedey dema, selalu pong ikan temenung lengat, ghoti menggali selaing ikan idok (ikan basah). Ghoti keghing pong kalu dok ada baki, ummmh... pakey hapak gitu lae.

Haghi petama posa, kapong ambo, kalu pagi, sunying jae sapey lae ke tengahghi. Kho ke petang kae, khor dok meghiah dah lae. Lapaeh tu pulak kho petang lagi ada lae budak-budak kapong kayoh besika (basikal) juae ai batu. Dema ambik nu.... pekaeng Batu Kugho nu! Jhoh lae juga, budak-budak ni pakat dok kayoh besika ni ambil keto aih ni jual seketo sekupang jae. Tapi kae, dema ni ghajeng sunggoh, nak caghi duek ghaya la e sama tu. Keto aih ni pulah kalu hat kecik lima duek. Tu pong buleh kosi makaeng satu klorga.


' ... Aih......aih.....!. Dok denga lagi sogha dema. Hat selalu dok juae ni muma nak tahu dak sapa. Mat Ribi dengan Mat Kulat lae. Dema ni letak keto aih dalam kota kayu belakang besika , oghang kata di plata (pelantar). Dema nheik besika jatan, kalu besika tina plata dia kecik. Muma nak thu besika jatan ni macaeng mana, tu lae.... hat ada sik galang tu! Oghang lani kata basikal tua..heh..heh..heh..... Ingat pulak ambo kat Sudirman!(Al-Fatihah buat beliau)

Keto aih ni pulak, dema gaji (gergaji) bagi jadi keto2 hat kecik, lepaeh tu dema seghibe2 lae pulak dengan habok kayu. Kalu tak buat macaeng tu, keto aih ni cepat cair. Kalu ambo beli, mak ambo sughoh cako (cangkul) tanah, buaek lubang nak taghoh keto aih ni! Tahaeng lae sikik. Tengok! oghang dulu, idea sikik panya bagoh kae!

Dekaek mengarek kae, pakaek dok keliling talaeng lae, tak saba nak tungung masa nak bukak posa. Bukaeng nye ada makanan mewah macaeng lani, tapi dulu kalu ada guley sikik pong ek tak kigha dah! Aih jangaeng nak lupa pulak, mak ambo kata ' bacoh (bancuh) air serbat (sirap).Huiii! lazatnyae tak tekata lae! Bunying je kalok di semejek, tu kae salah kena tonggang aih, kadang tu, bejalan pong ghasa bekocah peghok paksae minung aih banyak sangat. 'Ikok lae napsu sangat!' Mak ambo maghah.

Lepaeh mengarek, mak ambo pong keghah sughoh besiap nak gi semejek pulak dah. Hui...dah lae mengah tak habih lagi, maghah juga dalaeng hati nu....! Gi semejek semayang sunah tarawih satu bab lae pulak. Lani moreh di buat ikok gruk (group) dulu tiap malaeng ada moreh, tapi kalu oghang tanya makaeng apa malaeng ni, dema jawaek lae, ghumah batu...kah...kah...kah!
Muma thu ghumah batu tu apa? Tetu lae ghoti menggali cicah dengaeng ai gula meghah.....
Hat tukang dok ghoyat tetang makaeng ni, sapa lagi kalu bukaeng mat ribi, kaengkae ghumah dia dekat semejek!

Selalu lae pong, dulu-dulu bulaeng posa ni tekena masa cuti sekolah. Jadi budak-budak kapong pong dah nak makaeng tak buleh, dok kigha meghiok (merayau) lae. Ada yang gi betimbok sapey meghah bute mata, ada hat maing goli kae, maing gasing kae maing aci kae. Bab maing aci ni, ambo paling seghenok kalu maing aci menusuk (menyorok). Seghenok sapey tak thu nak ceghita lae!

Nak bakit besao (bersahur) satu masalah juga. Punya lae sayang tido, ghasa baley lae kalu tak bakit pong. Mak ambo selalu pujuk bakit lae, nak pahala lebih kena bakit makaeng sikik..tu yang mak ambo kata. Sedeh bila ingat mak ambo. beliau dah meninggalkan ambo semasa beliau beromo 86 tahun (Al Fatihah buat mak yang sangat ambo kasihi) Loni ambo pulak lae gati mak ambo dok geghak anak ambo hat tak mboh bakit tido!

Dulu besao, oghang katok kalok. Lani tak dak dah. Maing bunying jaeng loceng jae lae. Kring...kring loceng dok bunying,tak bakik bakik juga. Ohhhh.... lupa ambo, bukaeng jaeng loceng lagi, handphone pulak dah!


Sebulaeng posa, ghasa tak ghok jae. Tengok oghang pong ghasa nak makaeng. Dulu tak dak dok bejuae macaeng lani. Dok kena masak kedighi lae. Petang jae, asaek bekelong jae tiaek(tiap) ghumah. Kalu tengahaghi asaek bekelong...haa... tu jaga tu... mesti ada hat tak kena tuh !
Petang ambo tukang gi hata (hantar) makanan ke ghumah adik beghadek. hAt dekaek2 je lae.
Mak ambo ghajeng masak. Kadang tu mak ambo buaek buah melaka, cuco kodok, bubo kae, atau paling tidak pong hat ambo paling tak bekenaeng, piza! Muma thu dak piza mak ambo macaeng mana? Tu lae resepi dia kalu tak dak modae. Pokok getah basah de, tak leh nak motong! mak ambo buat resepi tu lae. Piza tu mak ambo buaek macaeng ni. Mula-mula mak ambo kuko (kukor) nyo, lepaeh tu capo dengaeng tepong gandong, gula sikik, tepek lae dalaeng koli. ha... tu lae piza dulu-dulu heh...heh...heh...!

Uiih! Dah puko tujoh dah kae, weei... ambo dok meghipuk tak seda dih! Ambo begeti di sini lae, ada masa mingung depaeng ambo sambung kelek di! Nih... bukaeng apa nak setereka baju sekolah anak lagi.... tu yang ambo kena begheti tu, kalu ikot hati..nak lagi ceghita gyoyat dengan muma. Ambo begheti dih. Assalamualaikum. Jupa kita mingung depaeng!

Ahad, 19 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah - Ghazal pati Nurul Sallam


Assalamualaikum.

Ambo bakit daghi tido, saja lae haghi Ahad macaeng ni nak beto pinggang la sat sebaek tua-tua ni kena dok jaga tido lae. Tido bagi ambo mustahak paksal petang ni bermula untuk esok...kah...kah...kah.

Ambo tak tahu nak mula ceghita apa. Ambo ghasa kalu ambo ceghita bab ghazal pati Anak Kugho muma nak denga dak? Ambo ghasa kho lama kho seghenok pulak dok mengadaek benda alah ni.Muking(mugkin) muma hat muda-muda ni tak beghapa tahu sabik ghazal pati ni, tapi kalu hat lama-lama sikik mesti ingat punya. Punya glamar (glamour) la masa tu,zamaeng ambo deh, hebat lae ghasa!

Dulu2 kalu ada kae kenoghi menikah, kalu tak sambot ghazae ni tak beghapa meghiah lae. Ho lae buakengnya apa, tuaeng ghumah kadang tu kena lae jugak ambik hati oghang muda hat dok tulong kenoghi setengah mati. Ya lae... kalu peloh sapey keting, nak lae jugak hiboran dih!
Tu lae sambot juga tu.. kadang tu pakat hipong ghame2 duek kalu tuan ghumah tak beghapa nak cukok. Kalu kenoghi tu, ghokok sekerek kena jaga, te (teh) susu kena tak putuh, nu.... de.... nak jaga hat dok beghaket talaeng nu, oghang pangge bentagha di? Kalu tak jaga dema cabuk laghi kan paghah tuan ghumah. He...heh...heh.... kok macaeng mana pong ambo tabek stei lae oghang dulu-dulu paksae dema pande begotong ghoyong, tolong menulong lae....oghang kata bedegho. Muma beysa denga dak pekataaeng tu?

Ghazae pati ni, bukaengnya nak kena ada pentaeh (pentas) hat lawa-lawa pong, takat ada baley hat oghang dok jamung makaeng masa kenoghi je....! Hat baley ni lae dema hakik bagi jadi tinging sikik paksal ahli ghazal nak main satgi, oghang tak napak pulak!

Sewa ghazae pati, tak mahae mana pong, ambo ingat lagi masa Kak Mah ambo nak menikah dulu, lebih kughang tujoh puluh lima ghinggit jae. makaeng tuan ghumah tanggong lae, alah! jamu hat guley siang jae...bukan dema demand sangat... janying (janji) buleh maing.........

Mula jae lepaeh mengarek, oghang kho dok ghame dah, nu...bukaeng puak anak kugho jae maghi, daghi kapong hat dekat-dekat pong dema maghi gak..tu lae Kapong Peghak, Kapong Jabi, Sepeneh, Bukik Beghetaeng, Titi Kasei dak pong nu... sapei Batu Kugho pong nye beghakok maghi.. Meghiah lae, paksae masa tu bukan nya ada letrek, hiboraeng tu la dia. Dema letih, siang haghi dema kegheja tukuh lumuh , bila malaeng je ka nak la jugak cuci mata. Oghang kapong nak kegheja apa sangat masa tu. Hat banyak pong dok motong getah, keghabat bukik, buat bendang, tu lae dia kegheja dema.

Geng ghazae pati ni, kalu maghi mesti 2 ke 3 buah kegheta. hat selalu bawak dema mesti lae kegheta Pak Su Jeng, Pak Cik Joki dengan Pak Ngah Jenong (dema ni dah arwah, Al Fatihah kita sedekah dema di!). geng ni kae mengepak lae selalu pong, maklong lae hat di tungung-tungung dah tiba...kah...kah...kah! Oghang kae toksah dok heghanlae, tekok panjang je, tecangak-cangak sebaek hat nak tengok sangat pong tu la dia pondan-pondan hat gebu tu....

Mula-mula sekali, Li Pak Cik Abas pembuka tighe. Denga jae lagu hinustaeng, hat muda-muda ni pong bekocak kaki.Sedaek de... ! MC nya sapa lagi kalu bukaeng Sahak Awang Jusoh. Dia pong ambik mekropong (pembesar suara) teghuh uar-uarkan..' sekarang ..kita perdengarkan lagu hindustan yang dinyanyikaeng oleh saudara Ramli!.' Li pak Ji Abas pong ke depan lae taghik biola dia nyanyi lagu 'zendegi Ekzafar.. he...he...he... Kalu lagu Arab pulak mesti Ustad Din nyanyi lagu apa muma nak tahu? Tak lheing tak bukaeng lagu' Wang Ya Wang Kafa' la..... Kalu ambo ingaet balik ghasa nak pecah peghok, tapi tu lae meghiah nya.

Pemaing dram pulak, Pak Teh Johan, dulu ingat dak hat dok kegheja etenden ataeh bukik tu. Tu la dia. Tapi bila dia letak jawatan, tu lae kalu tak silap ambo, oghang Jelei, abangnya Mail Nosi (Telekom)tu. Penyanyi tinanya pulak tu lae Sariah Ahmad dengan Hasnah Hashim, huii.... sogha dema dua oghang ni sebijik macaeng Ziana Zain la ni. Hat ambo dok ingaek sekali dema suka nyanyi lagu duek (duet) Dua orang pemuda. Hui.... teghakik habih!

Pak lawak pulak masa tu, tu lae Seleman India dengan Din Laksa ( PakChik Deng laksa ni dah arwah-Al-fatihah buat beliau) Huiii.. payah oooo nak bagi oghang gelak. Punyala dema peghah otak nak buaek lawak. Yang ambo ingat dema selalu bepatong (berpantun) cam ni...
'Kepada Mak Teh Mak Teh Mak Ngah Mak Ngah, hat mana leteh hat mana mengah' kae...hat nama gelaraeng macang tu kae seghenok lae dema... Hat Man Bujang tu, lapih kedian dah... tapi bukaeng nak kata la (hat dok kata tu apa di!) Man Bujang ni dulu hansome lae... banyak lae oghang dok sot (syok) kat dia ni.... La ni Pak Cik Man Bujang ni sedang sakit, kena stroke, dah lama dah... ambo gi la jugak tengok kadang-kadang lae, paksae dia tu beysa gak menghibokan kita.


Pondan-pondan pulak kelua masa penyanyi tengah dok menyanyi. Weee... begecok (menari) sakaeng la dema. Bukaeng nak puji lae pondan2 ni memang molek sunggoh pong. Gebu-gebu je. zamaeng tu mana ada botox lagi di!kah...kah...kah.Dema ni begolek sakaeng la. Pandey sunggoh menaghi, buleh kalah golek Mas Idayu ka... M. daud Kilau ka....
Ambo ingaet lagi nama pondan-pondan tu soghang dua, nama Bakri, Che Deng. Mezah Halang ni tak beghapa laku sangat, dema tak beghapa nak sambot!

Ambo lupa ghazae pati tu nama apa.. nati sat nae ambo gi tanya hasban ambo....
ha..... tu dia nama Nurul Sallam. Hua.... GlaMER TU...uiihhhh... dah dekaet puko tujoh dah... ambo begheti la di... mingung depaeng ambo ceghita hat lheng pulak di. Muma ... T U N G U N G...... he...heh...heh...

Sabtu, 18 Julai 2009

ambo yang bernama chu mah - Museng deghian

Assalamualaikum.
Sebelong ambo nak meghipuk ni, ambo nak ucat tima kaseh la pada sapa-sapa yang dok hitey blog ambo nih! Kalu ikot hati, ambo nak tulih banyak2 riwayat hidok ambo ni tapi paksal ambo ni pakei ilmu pendinding (yang ambo kata ilmu pendinding tu la anak2 ambo dengan hasban ambo la) tu kena la gak brek-brek paksal dema kadang tu nak makaeng minung di! Jadi ambo kena lae tulih sikik sikik lae. Patok padaeng la kata oghang.

Haghi ni kita gebang bab museng deghian plak. Ni... ambo dok pikey museng pong dah ujong-ujong, jadi kita kosi ghame-ghame lae di kenangaeng dan kesah! Di Batu Kugho khasnya kapong ambo Anak Kugho (ambo ghoyak di Anak Kugho paksae ambo dok di sini) kesah deghian ni tak habih-habih. Kalu maghi je museng ni meghiah lae.

Sokmo pong kalu pokok macang bebunga, tu kae hat ada kebong ka, dusong ka pakat gi la languk2 pokok deghian. Mula-mula kigha bunga, kalu musing hujaeng ka, seghenok lae jugak paksal, bunga deghian kembang lae, tapi kalu kemagho kae, kecuk ghipuk lae bunga, napak gaya tak beghapa nak jadi lae deghian dema.

Tang menebaeh ni, kalu tuan tanah tu dah tua, dema upah lae oghang gi menebaeh, tapi kalu hat muda lagi tu, dema pulong senighi je. Oghang kita ni kalu hat ada dusong lae, bila deghian dah nak lughoh, pakat dok besembang lae kata ' weii.... deghian pong dah buang bughok dah!'Pa kita tanya, masa dok tengah jujuh kae, dema jawat hat tu lae. Kalu kita tanya lae lagi sekali selang semingung dua, dema kata pulak 'Weiii.... habih dah! masa dok jujuh dulu ghokpa tak kelik, ni ka buah dah hujong kae dah tak molek dah lae, buah pong makao (maksudnya yang keghaeh2 tu!)

Lani ni buah deghian memang mughah. Dulu ambo ingat, kalu mueng deghian je pagi-pagi lagi lori cina masok kapong. Lani dak dah. Kesian gak kat tuan deghian tu, muka pong moyok lae sikik. Satu lagi hat ambo nak cita, aghang kapong ambo tanaeng deghian bukaengnya di tanah2 pamah gitu, dema gi dok tanaeng di bukik. Bukit tinging-tinging pulak tu. Kata dema, kalu keghabat bukit tu, dagu dema tu dok belaga dengan pala lutuk la, Kesian dema.

Hakok-hakok tughung, tokey deghian beli mughah je. Tu belong lagi buah kapoh. Paghah lae kalu macaeng ni. Peloh sapey keting, duek tak dapat banyak mana pong! Tapi ambo memang puji dema ni, ghajeng,tak patah semangat gi jugak caghi deghian, nak sagha anak bini!

Dulu laing lae, dema dok ceghita, not lima ghinggit pong buat coh ghokok, beto kae saja nak tokok tambah tak thu lae pulak ambo. Kalu gi pekaeng Lasa (pekan Selasa) anak bini dema boghong sakaeng la. Ghasa nak beli apa, semua nya beli. duek banyak! Tapi ambo besa lae terjeghomoh dengan oghang banyak deghian nih. Sama-sama balek daghi pekan Lasa, sama2 pulak naik keta prebet sapuh, masa tu ghega tambang lima kupang, dia hulo duek singgit, tak ambik balek dah.
Kata budak2 lani keep the change. Bedoghong lae jugak ambo tengok dema duek bekepo-kepo!

Masa ambo tungung SPM dulu, ambo gi lae keja sat di KIB, keja kelang. Kawaeng2 dok mitak nak buah macang, di tepi ghumah ambo dulu ada pokok macang gelok, buah dia kae besa-besa.
Kalu nak bawak, bau dia satgi satu bas busuk, ambo pong bukuh dua tiga lapeh ngan sughat haba(surat khabar) wak gi kelang, tapi ambo kata lae gak kat dema ' wei... muma ni kae...di kapong ambo buat hataeng lemung (lembu) je!' Maghah dema kat ambo paksal dok pelece dema. Maghah kawaeng2 melawak dih!

Ambo ni suka gak sakat oghang. Pak Long ambo (Tok Imam Yahya) memang lae luaeh (luas) dusong dia (oghang kapong ambo kat bukik) Bila dia balek je daghi bukik, ambo pong tanya dia,gokpa buah deghian banyak lugho waktu malaeng, dia pong dengan sukacitanya jawaet kata, kalu maleng kaen sejok, tu lae buah deghian lughoh tu. Ambo pong bebatah lae dengan dia. ambo kata ' Dak lae.... buah deghian lughoh malaeng paksal dia gayat kalu siang dia napak tinging sangat, tapi kalu malaeng dia tak napak apa dah, tu lae dia lughoh malaeng tu!' Maghah Pak Long Yahya kat ambo. Dok napak lagi muka dia sapey la ni. kha...kah...kah....! Oghang bahgu balik bukik, ambo gi sakat macaeng tu. Tapi Pak long tak dak apa, ambo memang manja dengaeng dia.

Cakat bab museng buah ni, banyak sangat. Ambo ghasa sengae pinggang lae pulak. Dok lama sikik kae , betereng (veteran... beto kae ambo eja nih!) macaeng ambo ka ni lae akibatnye.
Nak buat maghak pinggang sat dih, satgi kita sambong le balik. Ambo nak gi ke dapo sat, nak tengok lae mana patok ambo buat, dema nak makaeng cuco ka, nak minung ai kopi kae?
Ambo begheti lae di sini, kita mengipuk satgi dih!!!!!

Jumaat, 17 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah - 4

Assalamualaikum. Kita begebang lagi lae malaeng ni dih! Ghasa dah lama tak gebang, ghindu pulak ghasa dalaeng hati. Kita nak mula daghi mana hae! Haaa..... nih nak ghoyak sikik, kapong ambo letrek masuk lebih kurang ahey (akhir) tahong 1978 masa ambo dok tungung SPM. Malaeng petama ada letrek ghasa caghak (silau) pulak. he...he...heh... peghak deh....! Belong-belong tu kae gelaek gelemaek tak napak apa pong. Masa dulu bukaenya ada oghang pake tudung macaeng oghang la ni. kalu pake tudung kae...oghang loghaek dok tanya... wey... mu masok dakwah pa? Jadi masa tu ambo pong dok yengki lagi.Tocang dua tu lae trademark ambo. Sao ada letrek ka, ikat tocang salah kena lae. Hat heghok pong beto balik lae!

Paksae tak dak letrek lae, oghang kapong hat ada modal sikik tu beli TV pake generator. Ambo ingat lagi, lepaeh mengarek kae. ghame2 lae kami gi tengok ceghita Melayu, stat puko 8.00 malaeng, tu kae salah kena je semayang mengarek. Nu.. de... nak gi tengok TV nu... Ghumah sapa lagi kalu bukan ghumah Pak long Kria Awang Mehat( lani ni hat dok bawak van betapong tu, dia hakok budak sekolah) Gi ghumah dia kae, macaeng panggong wayang lae, paksal oghang ghame sungguh. Tang tu saja ada TV. Ambo masa tu omo 13 ke 14 macaeng tu lae.


Masok je, dema kutek duit soghang sekupang. Tengah dok sedaek tengok, kadang2 tu enjeng (generator) mapoh, weei.... ghiuh ghemang sogha dok besembang. Selalunya tengah dok sedaek tengok, berita pulak dah! Tu kae kigha dok caghi dinding lae nak menyanda. Tang berita ni, bukaenya nak tengok pong, tapi tungung habih je nak sambung ceghita Melayu balik.


Esok ni kae, geng kami buat ulasaeng la pulak hat kami dok tengok semalaeng tu. Bab buat ulasaeng memang semuanya ada bakat!

Ambo ingat dulu bukaengnya selalu ada kenoghi. Paling2 pong mak penakan ambo buat kenoghi maulud. Hat tu mak penakan ambo (Mak Long Minah bini Tok Imam Yahaya. Al-Fatihah buat dema) yang dok kontrek tiap tahong. Daghi petang dah kami gi ghumah dia. Bila malaeng je kae, plita gosleng kae dok begatong kat halang ghumah dua tiga butey, nak bagi ceghah de. Ada lae pulak tu tukang dok paeng(pam) anging bila pita gosleng tu napak malaek. Huh... meghiah sunggoh pong!

Kapong ambo dulu, kedey makaeng pong satu je. Tula kedey usok(lani ni tu la Kedai anak Usop tu) Mi dia memang sedaek, sepinggang baghu pat kupang. Aih (ais) pula beli aih kepae. Boh ai gula meghah capo ai sighaek (sirap) Dema sgat2 kae, jadi bulat macaeng bola, lepaeh tu kalu kami nak kae, kena gi caghi dong (daun) keladi tadah. Hui... sedaeknya ghasa. Ghega (harga) dia satu lima duek.

Uihh... dah mengatok dah ambo ni. Esok haghi Saektu (sabtu) tapi ambo kok mana pong kena bakit awael. Nak meghipuk banyak pong tak leh lae., kok esok tak sedar, kata oghang tido mapoh. Jadi ambo begheti di sini lae dulu, paksae esok ambo kena bakit nak buat cuco deghian, anak ambo nak beseghok esok. Ambo begheti di.... kalu nak denga lagi ceghita meghipuk ambo, muma kena lae ghajeng dok hitey blog ambo ni.. he...he...heh...

Selasa, 14 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah -3

Haghi ni kita bukak cita ghoyak pulak lagi di? Masa ambo derjah 3 la, Kementerian Pelajaran dok tuka ejaan. hat eja ayer jadi air, hat eja chuacha tuka jadi cuaca. La..... pening la kami budak kapong nak pahaeng. Mujola jugak ambo ni cikgu kata teghang hati, bulehla juga pahaeng. Bila dah pahaeng mula la ghasa seghenok.


Sebelong ambo panjangkan ceghita meghipuk ambo ni, ambo mitak maahla paksal kalu oghang baca macaeng ambo ni salah mengeja. Dak deh! ambo ghasa bila eja macaeng ni baghu ghasa seghenok sikit pembacaaengtu. Beto dak?

Masok tahong 71, ambo pong nheik derjah 4. Cikgu derjah masa tu Cikgu Osman. Oghang pangge Cikgu Osman Ceruk(cerut) Paksal apa muma nak tahu, beliau ni ghajeng isaek ceghuk. La.... pening kepala bila asaek bekelong-kelong. Ambo bekawan la dengan anak dia, nama Hasnah. Petang2 gi dok maing anak patong Hasnah ni anak cekgu de.... anak patong dia molek2 la.... ambo ka... duik tak dak nak beli, apalagi, lipat kertas buku la buat anak patong. Tu pong main sape mengarek, baghu dok ingak nak kelek ghumah.


Tahung 1972, ambo derjah 5. Tak banyak kenangan sangatla. Haghi2 budak kapong macaeng kami ka dok kigha meghayak je la. Habih sekolahpagi, petang gi pulak sekolah Arab. Nama je sekolah Arab, sepatah arab pong ambo tak tahu selain daghi ustad dok kata ainon... mata! kah....kah...kah. Ambo tak ingatla bulaeng beghapa, tapi masa derjah 5 ni la kami ada pegheksa besa, Penilaian Darjah 5. Ambik pegheksa nu.... di Sekolah Kapong Peghak. Gi naik kegheta, cikgu besa la dok hakok (angkut). Masa tu cikgu besa nama cikgu Saidin b Mansor. Baik oghangnya., Taing(time) kami ada muzik, beliaula yang dok aja. Dia ni pande maing biola. Sokmo pong dia akan penaik lagu Anak Lima. Kami satu kelaeh pong penaik sakaengla.Kiong....kiong menyanyi. Ghasa sedak tak dak dah la..... Rezat (result) pegheksa aku dapat 2A 3B.... tapi tak ghasa sedeh pong.... tak tahu sekolah asrama pong. Yang kami dok tahu sekolah Takyah je la.


Naik Derjah 6 pada tahong 1973. sekali lagi cikgu Mutalik jadi cikgu kelas kami. Kami pong ko dok besa dah. Tapi cikgu-cikgu tetap di hati kami. Masa ni la cikgu baghu dok tanya kami, cita-cita kami bila besa nak jadi apa? Ada hat nak jagi cikgu la, nak jadi dokto la, nak jagi aska paling ghame, poleh pong banyak jugak. Tapi yang ambo ingat sape loni ada sokghang kaweng nak dok ghumah oghang, maksudnya jadi oghang gaji. Hui...mujola dia menikah awael, kalu tidak dok jadi babu la dia.......


Dulu cuti sekolah ada 3 kali setahong, hat panjang tu la bulan 11 gi ka bulan 12 tu. Jadi dalaeng cuti ni ka kami memang banyak maing la.. Daghi kecik2 dulu, ambo suka sangat maing lesong.Mak ambo buat guna pelepah nyor. Gedegung2la ambo dok menumbok.
Molek ke dia lesong tu. Dulu takdak banyak mainan macaeng loni. Kalu nak kegheta ka, mak ambo ambik tudong ting , paku kat dahan kayu hat beto2 ka, ambo tolak la, buat-buatla mengaung sikit, uhh.... tu pong seghenok bukan maing!


Dalaeng cuti. ambo kadang2 gi juga tido ghumah mak penakan ambo, dok kapong ni la juga. Oghang dulu-dulu bukaeng gi kemana, dok sepulo je! Jadi bila masa makaeng, bukaengnya ada laok penama pong, takat ada gogheng pucok paku, buat gule sikit, pong ghasa mewah dah! mak penakan ambo selalu pesan'makan lauk sikik-sikik,cacing koghek peghok' ka.... ambo pong takok la. Budak dulu-dulu ka banyak penyacing! kah...kah...kah Dok tebayang budak dulu-dulu, bab pake ikot dan je la, peghok bore je!

Dulu-dulu pulak tu, bukaengnya ada makanan banyak macaeng la ni. Keghopok 2 pong bukaennye ada. Kalu asam paya tu (lani oghang pangge Rossalle, beto ka ejaan ambo ni)
kami makaeng cicah dengan gaghaeng (garam )ja. Hat bulu dughi di kelopak tu, kami tenyeh2 kat baju je. Tu pong sedaek!

Ihh...banyak jugak di ambo borak malaeng ni di. Ni ka kalu muma nak tahu bukan ceghita meghipuk, tapi memang sungguh. Oghang kata, oghang Batu Kugho mana besa cakat Bohong, cakat bahong memang banyak. Tapi hat ambo tulih ni memang riwayat hidok ambo.

Kita begheti di sini dulu la di. lain kali ambo sambung lagi. Banyak lagi hat ambo nak ghoyat ni.Maklong la dah tua ni kenangan banyak. oke la di ambo begheti dah ni. selamat malaeng, kita jupa laing kali di!

Ambo yang bernama chu mah -2

BAHAGIAN KEDUA

Ghasa ghajeng pula ambo haghi ni. Sambong pulak la di! Ambo ingak tahong 1969 masa tu ambo derjah 2. Sekolah mana muma nak tahu? SK Anak Kurau la. lani ni je tuka boh nama SK Sri Kurau. Masa tu Cikgu Haling (Halim) dah Arwah dah. Al Fatihah buat Allahyarham yang berjasa. Cikgu Halim ni masa tu dok menyewa ghumah kede Pak Teh Ali (pak penakan ambo la)
Beliau cukup pande Kira-kira (masa tu oghang suma pangge kigha-kigha, lani ni Matematik kan?) Malaeng2 arwah pangge budak-budak sughoh gi ghhumah dia, buat latihan kigha2.
Jamu minung lagi, masa tu kami ghame2 gi ghumah dia bukaen nak belajar sangat, budak kapong, bukannye pike masa depaeng sangat masa tu, tapi kami gi paksal nak minung air melo
(milo) yang Kak Yah (isteri arwah) jamu. Punyala peghak masa tu. Bab minung air melo ni semingung bersembang tak habih lagi lazatnya ghasa.

Derjah tiga ambo mengaji, cikgu kelah ambo Cikgu Abdul Mutalib b Haji Abdul Wahab. Oghang Batu 14 je. Masa tu Cikgu Mutalik ni pake kegheta jenih Volkswagon. Nak tahu dak Cikgu Mutalik ni sapa? Ayahnya Cikgu Mazli hat mengaja di SMK Dato Kamaruding tu. Tu la dia.
Kami cukok sayang kat cikgu ni. Pande sikit de. Dah besa. Cikgu ni ghajeng. Ghajeng sunggoh pong. Cikgu Mutalik ni bila tengahaghi, napak je kami mengatok, dia mula bukak ceghita. Ceghita ghoyak dulu-dulu. Ceghita hatu la selalu pong! Meleleh air lio kami dok denga. Terimakasih cikgu. Sape la ni ambo dok jupa lagi cikgu Mutalik ni, paksal dok setepat, tapi beliau dah tak ghok dah lani, bejalan pong dah tak beghapa kuat dah. Ambo kenang budi cikgu sape bila-bila sepanjang hayat ambo di!


Tahong-tahong 60an kapong ambo tak dak lagi letrek. Aktiviti kami(maksud ambo) jiran tetangga ambo hat dok dekat, malam-malam kami gi takat lelalang(belalang kunyik) dalam bendang. Bendang dulu buat setahong 2 kali je. Jadi masa hat panjang tu, neghong tumboh, jadi belalang banyak sunggoh la. Yang heghannya, pakat beghani belaka, tak takok dok pike ula nak patok ka, lipan ka. Tu suma tak besa dok pike, yang tahu lepah mengarik (maghrib) je masuk bendang takat belalang nak buat lauk. Kami ni pulak bukangnya ada pita selek (Torchlight) harak ka plita ayan je. Bedudu je gi takat belalang, kalu dapat, mak ambo gogheng, sedak tu!
Ihh....Mengatok pula la ambo ni, maklongla kalu dah jadi oghang lama ni, teghahaghi selalunya ambo beto pinggang sat, jadi napak gayanya ambo begheti di sini la sat di ada masa bila-bila ambo ghoyak lagi. Bab begebang ka, ambo memang tera. kah...kah...kah......
Wasallam.

Sabtu, 11 Julai 2009

ambo yang bernama chu mah-1

Assalamualaikum suma.

Pada sapa-sapa yang kenae ambo ni, tak sei la ambo nak kenaekan lagi dighi ambo ni. Ambo bukae apo, saja nak boghak-boghak manja gitu. alkisahnya lah.......

Pada kawae-kawae hat ingak kat ambo ni, ambo ghasa besa hati la. Hat tak kenae ambo kita pakat-pakat kenae la di?

Ambo ni anak jati kapong Anak Kugho, pekan hat ambo selalu gi masa kecik-kecik dulu pekan Batu Kugho, 5 batu kalu kigha dulu-dulu, tapi kalu lani oghang kata 9 kelo. Kecik-kecik dulu ka ambo ni memang oghang susah la. Dok ngan mak je, mak pulak tu janda. Tu yang buat lagi payah tu.

Mak ambo kata,dia beghanak kat ambo ni lepaeh balik daghi mengherak padi, di jemoghang je. Tu la senang je oghang dulu beghanak. Tak dak dok beghusong gi hospita macaeng oghang la ni. Tak pa la di masing-masing rezeki di? Nak kata apa!

Masa ambo mengaji dulu, tak dak lagi Tadika, jadi bila nak mengaji teghuh masuk derjah satu. Masa ambo derjah satu, cikgunya Cikgu Nordin. Cikgu pangge ambo nama Aming (bukan Aming Spring di!) tapi ambo dok handah adik juga la, mak ambo pangge kat ambo peseng tu de. Tak ghok cikgu Nordin nak kata apa, last-last dia pong handah pangge adik juga la. Batah sangat!

Kawaeng-kawaeng masa tu dok ingat lagi la, tapi ambo sebut satu dua oghang je la. Nama dema Saidin lani ni jadi cikgu,zaaba (pertanian) Maznah(cikgu kemas dia ni) Bedah ustazah KAFA dll.

Masa Derjah satu, sapa nak balik awal sikit daghi kawaeng2 laing kena menyanyi, masa tu lagu pop yeh-yeh la yang hebat. Di ghumah ambo, abang ambo, abang Deng beli rekod, jadi ambo pong pandela menyanyi, woi hebat la ghasa, paksal oghang laeng tak pande nyanyi. Tiap2 haghi ambo penaik lagu A. Ramli, Jefridin, Salim I, L Ramli (sekadar menyebok satu dua penyanyi saja la di!)
Tapi yang cikgu gelak keghah peghok bila ambo penaik lagu Haling Yating (Halim Yatim) lagu apa muma nak tahu? Lagu Jandaku! Gelak cikgu Noding sape teghebik air mata. Ambo masa tu tahu apa. Ingat ka janda tu apa? Bila la ni ambo pulak gelak macaeng nak pecah peghok!

Sape sini dulu la di gebang ambo. kok kalu satgi gebang lama-lama oghang lani kata boring pulak.
esok lusa kalu ambo ghasa ghajeng ka nak menulih ambo tulih lagi la di! Bukaeng apa ghasa seghenok pulak kalu ambo ni dapat kosi baca di, oghang kata macaeng tlih dalaeng deri! kah..kah..kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...