ShareThis

Selasa, 14 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah -3

Haghi ni kita bukak cita ghoyak pulak lagi di? Masa ambo derjah 3 la, Kementerian Pelajaran dok tuka ejaan. hat eja ayer jadi air, hat eja chuacha tuka jadi cuaca. La..... pening la kami budak kapong nak pahaeng. Mujola jugak ambo ni cikgu kata teghang hati, bulehla juga pahaeng. Bila dah pahaeng mula la ghasa seghenok.


Sebelong ambo panjangkan ceghita meghipuk ambo ni, ambo mitak maahla paksal kalu oghang baca macaeng ambo ni salah mengeja. Dak deh! ambo ghasa bila eja macaeng ni baghu ghasa seghenok sikit pembacaaengtu. Beto dak?

Masok tahong 71, ambo pong nheik derjah 4. Cikgu derjah masa tu Cikgu Osman. Oghang pangge Cikgu Osman Ceruk(cerut) Paksal apa muma nak tahu, beliau ni ghajeng isaek ceghuk. La.... pening kepala bila asaek bekelong-kelong. Ambo bekawan la dengan anak dia, nama Hasnah. Petang2 gi dok maing anak patong Hasnah ni anak cekgu de.... anak patong dia molek2 la.... ambo ka... duik tak dak nak beli, apalagi, lipat kertas buku la buat anak patong. Tu pong main sape mengarek, baghu dok ingak nak kelek ghumah.


Tahung 1972, ambo derjah 5. Tak banyak kenangan sangatla. Haghi2 budak kapong macaeng kami ka dok kigha meghayak je la. Habih sekolahpagi, petang gi pulak sekolah Arab. Nama je sekolah Arab, sepatah arab pong ambo tak tahu selain daghi ustad dok kata ainon... mata! kah....kah...kah. Ambo tak ingatla bulaeng beghapa, tapi masa derjah 5 ni la kami ada pegheksa besa, Penilaian Darjah 5. Ambik pegheksa nu.... di Sekolah Kapong Peghak. Gi naik kegheta, cikgu besa la dok hakok (angkut). Masa tu cikgu besa nama cikgu Saidin b Mansor. Baik oghangnya., Taing(time) kami ada muzik, beliaula yang dok aja. Dia ni pande maing biola. Sokmo pong dia akan penaik lagu Anak Lima. Kami satu kelaeh pong penaik sakaengla.Kiong....kiong menyanyi. Ghasa sedak tak dak dah la..... Rezat (result) pegheksa aku dapat 2A 3B.... tapi tak ghasa sedeh pong.... tak tahu sekolah asrama pong. Yang kami dok tahu sekolah Takyah je la.


Naik Derjah 6 pada tahong 1973. sekali lagi cikgu Mutalik jadi cikgu kelas kami. Kami pong ko dok besa dah. Tapi cikgu-cikgu tetap di hati kami. Masa ni la cikgu baghu dok tanya kami, cita-cita kami bila besa nak jadi apa? Ada hat nak jagi cikgu la, nak jadi dokto la, nak jagi aska paling ghame, poleh pong banyak jugak. Tapi yang ambo ingat sape loni ada sokghang kaweng nak dok ghumah oghang, maksudnya jadi oghang gaji. Hui...mujola dia menikah awael, kalu tidak dok jadi babu la dia.......


Dulu cuti sekolah ada 3 kali setahong, hat panjang tu la bulan 11 gi ka bulan 12 tu. Jadi dalaeng cuti ni ka kami memang banyak maing la.. Daghi kecik2 dulu, ambo suka sangat maing lesong.Mak ambo buat guna pelepah nyor. Gedegung2la ambo dok menumbok.
Molek ke dia lesong tu. Dulu takdak banyak mainan macaeng loni. Kalu nak kegheta ka, mak ambo ambik tudong ting , paku kat dahan kayu hat beto2 ka, ambo tolak la, buat-buatla mengaung sikit, uhh.... tu pong seghenok bukan maing!


Dalaeng cuti. ambo kadang2 gi juga tido ghumah mak penakan ambo, dok kapong ni la juga. Oghang dulu-dulu bukaeng gi kemana, dok sepulo je! Jadi bila masa makaeng, bukaengnya ada laok penama pong, takat ada gogheng pucok paku, buat gule sikit, pong ghasa mewah dah! mak penakan ambo selalu pesan'makan lauk sikik-sikik,cacing koghek peghok' ka.... ambo pong takok la. Budak dulu-dulu ka banyak penyacing! kah...kah...kah Dok tebayang budak dulu-dulu, bab pake ikot dan je la, peghok bore je!

Dulu-dulu pulak tu, bukaengnya ada makanan banyak macaeng la ni. Keghopok 2 pong bukaennye ada. Kalu asam paya tu (lani oghang pangge Rossalle, beto ka ejaan ambo ni)
kami makaeng cicah dengan gaghaeng (garam )ja. Hat bulu dughi di kelopak tu, kami tenyeh2 kat baju je. Tu pong sedaek!

Ihh...banyak jugak di ambo borak malaeng ni di. Ni ka kalu muma nak tahu bukan ceghita meghipuk, tapi memang sungguh. Oghang kata, oghang Batu Kugho mana besa cakat Bohong, cakat bahong memang banyak. Tapi hat ambo tulih ni memang riwayat hidok ambo.

Kita begheti di sini dulu la di. lain kali ambo sambung lagi. Banyak lagi hat ambo nak ghoyat ni.Maklong la dah tua ni kenangan banyak. oke la di ambo begheti dah ni. selamat malaeng, kita jupa laing kali di!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...