ShareThis

Sabtu, 11 Julai 2009

ambo yang bernama chu mah-1

Assalamualaikum suma.

Pada sapa-sapa yang kenae ambo ni, tak sei la ambo nak kenaekan lagi dighi ambo ni. Ambo bukae apo, saja nak boghak-boghak manja gitu. alkisahnya lah.......

Pada kawae-kawae hat ingak kat ambo ni, ambo ghasa besa hati la. Hat tak kenae ambo kita pakat-pakat kenae la di?

Ambo ni anak jati kapong Anak Kugho, pekan hat ambo selalu gi masa kecik-kecik dulu pekan Batu Kugho, 5 batu kalu kigha dulu-dulu, tapi kalu lani oghang kata 9 kelo. Kecik-kecik dulu ka ambo ni memang oghang susah la. Dok ngan mak je, mak pulak tu janda. Tu yang buat lagi payah tu.

Mak ambo kata,dia beghanak kat ambo ni lepaeh balik daghi mengherak padi, di jemoghang je. Tu la senang je oghang dulu beghanak. Tak dak dok beghusong gi hospita macaeng oghang la ni. Tak pa la di masing-masing rezeki di? Nak kata apa!

Masa ambo mengaji dulu, tak dak lagi Tadika, jadi bila nak mengaji teghuh masuk derjah satu. Masa ambo derjah satu, cikgunya Cikgu Nordin. Cikgu pangge ambo nama Aming (bukan Aming Spring di!) tapi ambo dok handah adik juga la, mak ambo pangge kat ambo peseng tu de. Tak ghok cikgu Nordin nak kata apa, last-last dia pong handah pangge adik juga la. Batah sangat!

Kawaeng-kawaeng masa tu dok ingat lagi la, tapi ambo sebut satu dua oghang je la. Nama dema Saidin lani ni jadi cikgu,zaaba (pertanian) Maznah(cikgu kemas dia ni) Bedah ustazah KAFA dll.

Masa Derjah satu, sapa nak balik awal sikit daghi kawaeng2 laing kena menyanyi, masa tu lagu pop yeh-yeh la yang hebat. Di ghumah ambo, abang ambo, abang Deng beli rekod, jadi ambo pong pandela menyanyi, woi hebat la ghasa, paksal oghang laeng tak pande nyanyi. Tiap2 haghi ambo penaik lagu A. Ramli, Jefridin, Salim I, L Ramli (sekadar menyebok satu dua penyanyi saja la di!)
Tapi yang cikgu gelak keghah peghok bila ambo penaik lagu Haling Yating (Halim Yatim) lagu apa muma nak tahu? Lagu Jandaku! Gelak cikgu Noding sape teghebik air mata. Ambo masa tu tahu apa. Ingat ka janda tu apa? Bila la ni ambo pulak gelak macaeng nak pecah peghok!

Sape sini dulu la di gebang ambo. kok kalu satgi gebang lama-lama oghang lani kata boring pulak.
esok lusa kalu ambo ghasa ghajeng ka nak menulih ambo tulih lagi la di! Bukaeng apa ghasa seghenok pulak kalu ambo ni dapat kosi baca di, oghang kata macaeng tlih dalaeng deri! kah..kah..kah!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...