ShareThis

Selasa, 14 Julai 2009

Ambo yang bernama chu mah -2

BAHAGIAN KEDUA

Ghasa ghajeng pula ambo haghi ni. Sambong pulak la di! Ambo ingak tahong 1969 masa tu ambo derjah 2. Sekolah mana muma nak tahu? SK Anak Kurau la. lani ni je tuka boh nama SK Sri Kurau. Masa tu Cikgu Haling (Halim) dah Arwah dah. Al Fatihah buat Allahyarham yang berjasa. Cikgu Halim ni masa tu dok menyewa ghumah kede Pak Teh Ali (pak penakan ambo la)
Beliau cukup pande Kira-kira (masa tu oghang suma pangge kigha-kigha, lani ni Matematik kan?) Malaeng2 arwah pangge budak-budak sughoh gi ghhumah dia, buat latihan kigha2.
Jamu minung lagi, masa tu kami ghame2 gi ghumah dia bukaen nak belajar sangat, budak kapong, bukannye pike masa depaeng sangat masa tu, tapi kami gi paksal nak minung air melo
(milo) yang Kak Yah (isteri arwah) jamu. Punyala peghak masa tu. Bab minung air melo ni semingung bersembang tak habih lagi lazatnya ghasa.

Derjah tiga ambo mengaji, cikgu kelah ambo Cikgu Abdul Mutalib b Haji Abdul Wahab. Oghang Batu 14 je. Masa tu Cikgu Mutalik ni pake kegheta jenih Volkswagon. Nak tahu dak Cikgu Mutalik ni sapa? Ayahnya Cikgu Mazli hat mengaja di SMK Dato Kamaruding tu. Tu la dia.
Kami cukok sayang kat cikgu ni. Pande sikit de. Dah besa. Cikgu ni ghajeng. Ghajeng sunggoh pong. Cikgu Mutalik ni bila tengahaghi, napak je kami mengatok, dia mula bukak ceghita. Ceghita ghoyak dulu-dulu. Ceghita hatu la selalu pong! Meleleh air lio kami dok denga. Terimakasih cikgu. Sape la ni ambo dok jupa lagi cikgu Mutalik ni, paksal dok setepat, tapi beliau dah tak ghok dah lani, bejalan pong dah tak beghapa kuat dah. Ambo kenang budi cikgu sape bila-bila sepanjang hayat ambo di!


Tahong-tahong 60an kapong ambo tak dak lagi letrek. Aktiviti kami(maksud ambo) jiran tetangga ambo hat dok dekat, malam-malam kami gi takat lelalang(belalang kunyik) dalam bendang. Bendang dulu buat setahong 2 kali je. Jadi masa hat panjang tu, neghong tumboh, jadi belalang banyak sunggoh la. Yang heghannya, pakat beghani belaka, tak takok dok pike ula nak patok ka, lipan ka. Tu suma tak besa dok pike, yang tahu lepah mengarik (maghrib) je masuk bendang takat belalang nak buat lauk. Kami ni pulak bukangnya ada pita selek (Torchlight) harak ka plita ayan je. Bedudu je gi takat belalang, kalu dapat, mak ambo gogheng, sedak tu!
Ihh....Mengatok pula la ambo ni, maklongla kalu dah jadi oghang lama ni, teghahaghi selalunya ambo beto pinggang sat, jadi napak gayanya ambo begheti di sini la sat di ada masa bila-bila ambo ghoyak lagi. Bab begebang ka, ambo memang tera. kah...kah...kah......
Wasallam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aduh pekat sgtla loghat tukugho ni...den raso loghat noghori den lg sonang kut...hehe

Tanpa Nama berkata...

ambomorang batu kuro pun payah nak baca... selalu dok denga orang cakap. bila baca seleng batu kuro payah sunggoh.

Muhammad Aliff Bin Azhar berkata...

Haha.... Slang batu kuro nih mcm slang kelate skit2... Nama pun slang pattani... Nasib la kawe bleh kecek skit2.... Hehe

cucu chey manah berkata...

Huh...aku oghang jok(kapong mesjid Ijok)po payah nak baca..peka' memang la peka' tapi nak tulih nak bagi seghupa bunying hak dok becekak nya jadi bahasa tagalog.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...