ShareThis

Ahad, 27 Mac 2011

KHASIAT DOA NURUN NUBUWWAH


Selasa, 15 Mac 2011

14 TAHUN..... ANAK MAK DAH REMAJA!

13 MAC 2011 bersamaan 8 RABIULAKHIR 1432H

Selamat Hari Lahir anak mak !

Tepat masuk 13 hb. ambo dah ucapkan selamat buat anak ambo yang sangat ambo kasihi!
Dia buah hati ambo, penghibur ambo sekeluarga.

13 Mac 1997.... lahirnya hanyalah seberat 900g, tapi bila melihatnya loni, ambo tak sangka
dia menjadi remaja yang sihat, periang, rajin dan bijak. Dia tetap comel di mata ambo! Di zaman kecilnya, dia penuh dengan kesakitan, airmata ambo tak pernah kering! itulah anak ambo!

Loni dia dah remaja....dah 14 tahun!
Aduhai anak mak! semoga anak mak akan terus menjadi anak yang baik, menjaga tatasusila dan menjaga agama Islam dengan sempurna! Kasih mak bagai air laut yang tak akan kering!

SELAMAT HARI LAHIR anak mak!

Selasa, 8 Mac 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Assamualaikum.

Daripada Ali bin Abi Talib Rodiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Apabila umatku membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka itu:-

1. Apabila harta negara beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7. Dan ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis di sanjung-sanjung
14. Muzik (bunyi-bunyian) banyak dimain-mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan generasi pertama (sahabat)

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan
dirubah menjadi makhluk lain.

Hadith Riwayat Tarmizi

Keterangan:

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.
Cuma masih belum sampai ke peringkat akhir.

Madrasah haji Lodin,
Changkat Jelutong, Changkat Perah,
34500 Batu Kurau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...