ShareThis

Selasa, 15 Disember 2015

KEK PANDAN CHEESE LELEH


letak stoberi supaya tak muak sangat!

ASSALAMUALAIKUM!!!

Dari kerana mata
yang mempunyai kuasa
oooo aku terguda...aku terguda
terkeciwa......!!

Petang tadi ambo tidur lena Jah...lena sungguh! Bangun je rasa badan segar sikit sebab hari nih ambo buatkan dua jenis biskut.....saja-saja suka suki! Apapun ambo nyanyi dolu lagu Allahyarham Raja Azmi yang merdu tuh. Rasa nak kenyit-kenyit mata pulak! hihihi!!!

Sementara nak tunggu Maghrib, ambo sembang le sat (sekejap) dengan mike. Rajen la pulak ambo sehari dua nih mengadap keyboard nih. Dua hari nih memang ambo 'free' tak gi kemana-mana..rasa syok sungguh duduk di rumah...main masak-masak.... kemarin dolu ambo buat 'kuih loyang a.k.a kuih rama-rama' semalam buat 'karipap pusing' hari nih ambo buat biskut peberet ambo' tart nanas' dan 'biskut dahlia a.k.k ko semperit' kata orang kampung ambo! heheheheh!! Buat stok ujung tahun beb!!!!

Petang nih sekali lagi ambo nak berkongsi resepi yang ambo dapat dari FB kepunyaan Puan Azlina Ina yang top tuh! Nampak sedap dan ambo coba dan memang pun sedap...sedap sungguh. Gebu...mulus...semuanya lengkap!

'KEK PANDAN CHEESE LELEH' ni versi kukus. Biasa ambo buat versi bakar. Mike boleh coba sebab tuan punya pun tak kedekut ilmu dan resepi. Terima kasih bebanyak adik Azlina Ina kerana bermurah hati berkongsi dan ambo panjangkan ilmu nih untuk semua yang berminat!

Moh kita berkongsi resepi sedap nih.

Bahan asas:

Bahan A:
5 biji telur gred A
1 camca besar ovellate
3/4 cawan gula kastor
1 camca besar pes pandan
1 camca kecil pewarna hijo
semua bahan di atas putar dengan kelajuan tinggi selama 20 minit/warna jadi pudar)

Bahan B:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
1/2 camca kecil cream of tartar
(semua bahan dia atas ayak)
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak

- Masukkan bahan ayak sedikit sedikit ke dalam Bahan A - Putar lebih kurang 5 minit
- Masukkan minyak dan susu dan kaup balikkan aja (sebatikan)
- Sapukan loyang dengan minyak dan letak kertas kek
- Masukkan adunan
- Kukus guna api sederhana selama 40 - 45 minit atau sehingga kek masak

Bahan topping:
250 gram cheese
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 susu cair

- Putar hingga sebati (kalo ikut resepi asal simpan dalam esbok 10 minit)
- Curah atas kek dan parut cheedar tabur atas curahan krim tadi

Tekstur keknya sungguh ebu dan lembut. Aluhai Jahhh....untuk menikmati kesedapannya makan sambil pejam mata! hahahahah!!!!

BUBYE.....BUBYE....!!!
Jumpa lagi!




Isnin, 14 Disember 2015

SUP TELUR


ASSALAMUALAIKUM!

Ooooh dewi
mengapa senyum manis kau beri

Berjumpa sekali lagi malam ni Jah! Ada ruang waktu, ambo rembat je Jah. Sementara 'karipap fozen' ambo nak sejuk, ambo ambil peluang bersembang dengan mike sekali lagi. Sekali sekala jumpakan Jah!

Tadi semasa dok buat karipap, dengar lagu dendangan Allahyarham Datuk Ahmad Jais nyanyi lagu 'Oh Dewi' Sedap di telinga ambo, Tapi ambo tak ingat liriknya..setakat dua rangkap di atas aja. Betul Jah, semua lagu-lagu sebelum nih pun ingat sekerat-sekerat aja. hahahah!

Malam nih, selak-selak album gambo, 'tersua' lah dengan gambar' SUP TELUR' nih. Sebetulnya, ambo pun biasanya dah tak ingat masakan-masakan yang ambo masak. Biasanya ambo akan 'snap' gambar masakan dan simpang dalam album gambar....kemudian lupa! Hahah...begitulah rupanya kalo dah tua....!

Moh le Jah kita selak resepi yang sempoi nih... ambo rasa 'ringan' sangat 'SUP TELUR' nih, tapi kerana memenuhi permintaan anak teruna ambo Si Aiman tu, ambo buatkan juga. Suka beno dia makan sup telur nih!

Bahan asas:

1 bungkus putik jagung
1 batang ubi karot
Beberapa keping fucuk
Secekak suun
5-6 biji telur
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Minyak untuk menumis

- Potong fucuk dan rendam dengan air panas hingga lembut - toskan
- Suun rendam dengan air sejuk - toskan
- Bawang besar dan bawang putih dikisar kasar
- Lada hitam kisar halus
- Daun sup dan daun bawang di potong untuk hiasan

Untuk memasak:

- Panaskan minyak kemudian masukkan bawang kisar dan tumis hingga naik bau
- Masukkan air, lada hitam, garam dan kiub pati ayam
- Masukkan karot dan putik jagung
- Masukkan fucuk dan suun
- Matikan api
- Pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam periuk tetapi di tempat  yang berlainan
- Tunggu 5 minit sehingga telur keras bolehlah di hidupkan api dan masak seperti biasa
- Angkat - hiaskan dengan daun sup dan daun bawang, kalo suka boleh letak bawang goreng
- Tabur lada sulah


Makan dengan nasi putih panas-panas pun hokey jugak.
Hokey jah ambo nak ke dapur, dah sejuk kut karipap ambo!

BUBYE....BUBYE....!



NASI AYAM MARBELES





tak berseri kan sebab takdak tomato!
aluhai....sedapnya ayam goreng nih!
kuah sup yang sempoi tapi syedappp!!
Aduhhhh...yang nih buat ambo tak tahan...berpeluh-peluh ...berasap telinga! hkhikhik!!

ASSALAMUALAIKUM!

Sedih rasanya
hati didalam
mengenangkanperistiwa masa
yang telah silam....!!

Selamat petang Jah, pekabo mike hari nih? Petang nih di kampung ambo baru lepas hujan, lebat, tapi taklah sampai kawasan rumah ambo nih banjir! Kebetulan hari nih ambo tak kemana-mana, jadi adalah masa mengadap benda alah nih untuk bersembang dengan mike!

Ambo baru selesai buat 'karipap pusing'. Selesai,jugak menggoreng sat (sekejap) untuk di frozenkan dan goreng sikit untuk anak-anak dan en suami makan petang. Walaupun agar renyah (rumit) nak buat sebab 'step'nya yang 3-4 kali tapi ambo suka buat, teruja bila tengok kulit karipap berlapis-lapis!

Petang nih ambo nak kongsi dengan mike resepi 'NASI AYAM' yang sangat mabeles. hikhikhik.
Menyediakan bahan jugak tak susah mana, tangkas aja dah boleh makan. hahahahh....betul ke Jah?
Sebetulnya kalo 'en M' datang melanda, ambo akan menyediakan hidangan tengahari yang sangat
ringkas dan cepat, kiranya satu hidangan memenuhi' piramid makanan' !! Ye ke????

Apa-apapun moh kita selak resepinya, toksah melalut!

Bahan sup:

1 ekor ayam (mike boleh potong 8 bahagian)
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
(semua bahan di atas mike hiris ye)
Sup bunjut ADABI
kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun sup dan daun bawang
Garam secukupnya dan kalo mike suka serbuk perasa
Air secukupnya

Bahan untuk nasi:

Beras
Air sup yang dibuat tadi
Garam
(Berapa banyak pun mike masak nasi, sukatan airnya ialah 1 1/2 ruas jari dari atas prmukaan beras)

Bahan-bahan ayam goreng:
Ayam yang di rebus dengan sup tadi
Kicap manis
Sos tiram
(Perap lebih kurang 1 jam)

Bahan kicap:
Kicap perapan ayam
Sedikit kuah sup
sedikit kicap manis
cili padi

- Untuk sup:
   Panaskan minyak kemudian tumisla bawang kecil, bawang besar, bawang merah.
   Bila dah garing masukkan ayam, biar sampai ayam tu kering airnya (supaya tak rasa hanyir)
   Lepas tu baru masukkan sup bunjut, air dan garam
   Tunggu sehingga masak - keluarkan ayam dan toskan
   Selesai masak sup, hiaskan dengan daun sup dan daun bawang

- Untuk nasi:
   Masukkan beras yang telah di basuh dan masukkan air sup yang di masak tadi
   Kalo suka bolehlah letak daun pandan bagi wangi sikit dan masukkan garam
   Masak macam biasa ye...tak payah tumis-tumis!

- Untuk ayam goreng:
   Goreng seperti biasa

Untuk ulam-ulaman ambo gunakan daun salad, timun dan tomato, tapi kali nih tomato tak ada, duduk di kampung kalo dah tengahari baru nak pegi beli, alamat 'keciwa' lah Jah, kedai semua tutup!
Jadi hiaslah dengan apa yang ada!

PPppsssttt...tapi memang sedap Jah, en suami menambah-nambah makannya! hikhikhik!!!

Hokei Jah jumpa lahi selepas ini!

BUBYE....BUBYE!!






-

Selasa, 1 Disember 2015

APAM COKLAT EXPRESS



ASSALAMUALAIKUM!!!

Rasa rajen la pulak makcik malam nih! Selalunya 'agak' malas nak meng'up date' !
Okey le kan Jah....tua-tua nih kena rajen sikit...jangan dok ikut rasa malas yang melampau tu!
Tak baik kan Jah.....Segarkan jiwa.......heheheh.!!

Bila rasa rajen nak update....teruskan, kita bukan apa, cuma nak berkongsi resepi! Tak kesah le, pendapat orang, yang penting anak ambo nanti senang kalo nak masak dan nak merasa resepi-resepi ambo nih!

Malam nih sekali lagi ambo berkongsi resepi yang ambo dapat dari 'dinding' FB ambo! Lamanya resepi nih dan semuanya bermula dengan selak-menyelak album gambo masakan ambo le!
'APAM COKLAT EXPRESS' nih lebih kurang macam kek coklat je...bahan pun lebih kurang, tapi dia punya lembab tuh....memang 'fuuhhhh' lah!

nak coba...moh le kita selak resepinya!


1 biji telor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan suku pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1 cawan tepung
3 camca besar serbuk koko
1/2 camca teh soda bikarbonat
Sucubit baking powder

- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar - Kisar 2 - 3 minit
- panaskan pengukus
- Masukkan adunan 3/4 acuan
- Kukus selama 15-16 minit menggunakan api sederhana
- Setelah masak, buka tudung kukusan - tabur colourfull rice
  (Selesai tabur baru tutup api)


Coba Jah, memang express apam nih, anak-anak ambo pun suka!

SELAMAT MALAM Jah....jumpa lagi!

BUBYE.......!!!!!!

SAGU GULA MELAKA








ASSALAMUALAIKUM!!

Minggu nih banyak cerita sedih....macam-macam! Jadi malam nih ambo takdak 'mood' nak menyanyi! Pekabo jah? Udah lama bebeno ambo tak bersembang-sembang dengan mike ye!

Malam nih ambo timbul setelah, lama 'terendam' di dasar! hihihi! Nak jugak le ambil udara segar nih,
takkan asyik nak dok terperap aja kan Jah!

Tak mau cakap banyak malam nih, ambo tadi baru selesai buat 'kuah rojak' dan terus bersambung buat ' ibu sambal'. Iyalah Jah bagi ambo kalo ada ibu sambal nih rasa senang kerja ambo!
Dah masak tu, ni lah duduk mengetuk keyboard pulak! Sementara nak tunggu Isyak masuk, kita bersembang-sembang sat (sekejap) kan!

Moh le Jah kita semak resepi 'SAGU GULA MELAKA' ambo nih! kalo musim kemarau, memang enak Jah! Lemak berkrim dan sejuk aja melalui anak tekak nih. Tapi 'SAGU GULA MELAKA' ambo nih dah buat begitu lama, selak-selak album gambo ternampak lah. Itulah ambo masukkan ni, sekurang-kurangnya kalo anak ambo rasa nak makan, boleh jugak dia selak resepi ni nanti. Tak gitu Jah?

Bahan asas:

1 cawan sagu biji (putih)
1 liter air
pewarna (kalo suka)

- Rendam sagu lebih kurang 1 jam - toskan
- Didihkan air, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jadi jenih
- Kalo suka - toskan sagu di bawah air paip (perlahan)
- Tuang ke dalam loyang

Untuk manisan:

1 cawan gula melaka  / gula merah
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

- Masak semua bahan di atas sehingga gula larut dan pekat
- Tapiskan

Bahan lain:
Susu cair
Cendol
Ais tiub

Untuk hidangan:
- Potong sagu- curahkan susu cair dan letak air gula merah (manisan) dan cendol
- Letak ais tiub

Sedia untuk di nikmati.

Setakat ini, BUBYE.....BUBYEEEE.......!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...