ShareThis

Isnin, 28 Oktober 2013

DAGING BLACK PEPPER


ASSALAMUALAIKUM!!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1435. Semoga kita semua akan terus hidup bahagia dan aman. Moga ALLAH memayungi kita dan di permudahkan segala urusan-urusan kita. Amin.

Balik dari kerja petang tadi, ambo tak buat apa-apa. Tengok lauk tak ada selera. Ambo suka kalo makan nasi bersulam dengan ulam-ulaman dan sayur hijo. Rasa lancar melalui anak tekak ni!
Buka esbok, keluarkan sayuran hijo semalam. Apa nak buat ye...hadooiii tumis udah le! cik perut pun tengah galak meminta isi. Huh...potong kobis, potong sawi...tumis aja Jah! Habis jugak sepinggan nasi! Sayur koboi le katakan!

Udah kenyang, malam nih moh kita bersembang pulak! Rajin bebeno ambo minggu nih, bukan ke baru semalam kita bersembang-sembang. Tak apa kan Jah...janji mike tak jemu dengan ambo!
Apa kita nak kongsi malam ni?

Semalam ada ambo masakkan satu jenis lauk yang mendapat pujian dari en suami dan anak-anak!
Sempoi sangat masakan ambo nih. Itule sebenonya ambo hanya nak menghabiskan stok daging korban.
Itu pun masih berbaki lagi! Mana boleh makan daging hari-hari.....cukup seminggu sekali aja! Nanti kalo di makan selalu, darah yang dah 'steady' ni takut akan naik membuak-buak pulak! Kan kes berat tu?

Ambo pun udah jadi  'vengong' (bingung) sebab apa yang nak di buat dengan daging nih. Teringatlah
satu resepi yang di beri oleh sepupu ambo ....DAGING BLACK PEPPER tu lah yang ambo masak!
Tung tang tung tang...siap daging ambo....ambik sikit rasa...huuuaaaaahhh...sedap beb ...tak caya mike boleh trey!

Moh le kita berkongsi resepi sempoi yang lazat nih!

Bahan asas:

1 kg daging - potong dan toskan
1 camca besar serbuk lada hitam
5 camca besar soso lada hitam
1- 2 cawan air
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 batang karot
1 - 2 camca besar soso cili
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Untuk hiasan:
1 biji bawang besar - potong bulat
Cili hijau - potong memanjang
Daun bawang - ambo tak letak

- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau - layu
- Masukkan air, cili kisar, serbuk lada hitam, soso lada hitam dan sos cili dan garam
- Masukkan daging dan tutup kuali untuk empukkan daging
- Setelah daging empuk, masukkan karot
- Masukkan bawang dan cili hijo
- Perisakan dan bolehlah dihidang


DAGING BLACK PEPPER ni ambo tak suka letak kicap, sebab nanti tak rasa sos lada hitamnya.
Dah jadi daging masak kicap pulak!Tak gitu Jah? heheheheh!!!
Apa-apapun begheh sokmo!

BUBYEE Jah.....ada drama best tak malam nih??????


Ahad, 27 Oktober 2013

APAM BALIK



ASSALAMUALAIKUM!!

Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembuttttt........!

Itu lagu yang didendangkan oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad....penghibur yang begitu
berbakat suatu waktu dulu dan sampai bila-bila! Banyak lagu nyanyiannya yang ambo minati.
Kebetulan pulak, di luar rumah hujan turun dari sebelum Asar tadi. Belum berhenti (tak seghek lagi)
kata orang kampung ambo! Tidak lebat tapi hujan yang 'ghok ghek ghok ghek' begini membuatkan
ambo jadi malas.....cuma rajin nak makan aja! huhahuhe..!!

Menanti masuk waktu Maghrib, ada masa luang kita bersembang kan Jah! Sementara dok menunggu 'kuih tiram' ambo sejuk untuk di salut gula, ambo nak berehat dan bersantai sekejap! Dah berminggu rasanya tak bersembang dengan mike, tadi selepas masak tengahari, ambo teringin nak bersembang, tapi tiba-tiba hujan lebat turun, tak berani ambo nak mengadap benda alah ni!  Nak buat lagu (macam) mana, ambo ni penakut!

Apa kata kalo kali ni kita berkongsi resepi APAM BALIK pulak?  Kami di Batu Kurau nih tak panggil APAM BALIK tapi APOM BALIK! Ambo tak berapa gemo kuih nih, tapi perasaan nak buat tu berkobar-
kobar penuh semangat! Kejadian kuih ni pada hari Jumaat lepas, Acuannya kecik 'cenonet' aja...dapatlah
kurang lebih 20 biji apam balik.Si Tecik Hajar punyalah berulang makan! Dia kata sangat sedap! Si Aiman pulak kata boleh berniaga la! hahahahah!!!! En suami pulak...no komen! makan aja! Fullstop!!!!!

APAM BALIK nih kalo ambo tak suka yang gebu (oghang kampung ambo kata 'beghong' hahahahah)))
Itulah skodeng punya skodeng...intai punya intai berjumpalah dengan blog Azri_Zalin. Kebetulan beliau
punya resepi sangat sempoi dan menepati piawaian ambo! Balik aja dari kerja, selepas solat terus ambo besilat di dapur! Jadilah kan Jah... nak lepaskan ketagih...nak ke pekan jauh sangat!!!

Moh Jah kita kongsi resepi!

Bahan asas:

Bahan A
2 cawan tepung gndum
1/2 cawan gula
4 camca teh baking powder (ambo kurangkan kepada 3 camt + 1 camt soda)
1/2 camt garam

Bahan B
1 cawan susu sejat
1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan inti:
Sedikit gula pasir
Jagung tin
Kacang tanah - yang ditumbuk kasar

- Gaul semua bahan A
- Masukkan semua bahan B ke dalam pengisar dan kisar
- Masukkan Bahan A ke dalam pegisar dan kisar lagi
- Panaskan non stick - sendukkan adunan
- Tutp pan - biarkan 3/4 masak
-Taburkan gula pasir, jagung tin dan kacang
- Lipat dua, angkat dan bolehlah di hidangkan
- Ulang lagi dan boleh

Ambo makan bersulam dengan air teh panas. Dalam hujan pulak tu....iiissshhhhhh sedap jugak!
Jom le kita buat sendiri.....boleh makan banyak!!!! wakakawakaka!!!!

BUBYE!!!!


Isnin, 14 Oktober 2013

BISKUT MENTEGA KACANG







ASSALAMUALAIKUM!!!

di hari raya....
terkenang daku kepada si dia....!

Ambo suka dengar lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.....suaranya, lenggok bahasanya dan terutama bila dengungnya tu. heheheh! Itu kelebihan yang ALLAH anugerahkan kepada beliau.

Besok hari raya. Hari ni ambo masih lagi bekerja dan balik petang jugak! Di rumah jiran dekat kawasan sekolah, macam-macam bau yang begitu enak dapat di hidu semasa balik tadi. Adeehhh...... deme siap dah masak, ambo baru nak menapak balik.

Dalam hujan, ambo redah jugak. Niat di hati nak masak, tapi bila sampai ke rumah udah siap makan,
perut pun udah kenyang....tak apalah....satgi (sekejap lagi) masak le. Semua dah ada dalam rumah kecuali
lengkuas kena pegi korek di belakang rumah! Hahahah...apa rendang makcik nak masak belum tau lagi Jah oooiiii!!! Kata si Najwa Latif....' kosong...kosonggg...!'

Ambo tak ada lemang raya ni, rasa sentap sikit sebab semua adik beradik menghala ke rumah kakak ambo di Sungai Siput. Tinggal ambo anak beranak di sini...mesti meleleh ayaq mata makcik Jah ooooiii raya nanti!!
Kuatkan semangat....kuatkan semangat!!!!

Petang nih ambo nak berkongsi dengan mike, satu lagi jenis biskut raya yang enak (pada anak tekak ambo le). Bila bahan semua ada (penghabisan stok?) ambo main rembat aja mana resepi! hihihi!!
Sebenonya kakak ambo dolu-dolu paling suka buat biskut nih. Itu le bila nengok acuan dalam lemari (almari) yang dah lama tak berusik, kesian pulak pada cik acuan tu. Rasa macam dia kata ' khidmat aku tak diperlukan lagi ke??? wakakawakaka!!

Itu le bukak esbok, nampak le mentega kacang anak ambo ada lagi. Apa kata kalo buat  biskut tradisional nih? (tradisional sebab resepi dari kakak ambo!). Maka jadilah BISKUT MENTEGA KACANG  yang enak nih!

Nak kongsi? moh le kita!!!

250 g mentega
140 g gula perang
60 g mentega kacang
270 g tepung gandum
100 g tepung jagung
80 g serbuk kacang tanah
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
Sedikit kismis hitam

- Pukul mentega dengan gula hingga sebati ( ambo guna senduk kayu aja)
- Masukkan telur dan esen - pukul lagi
- Masukkan tepung, mentega kacang dan serbuk kacang tanah  dan sebatikan
- Tekan dalam acuan
- Bakarlah pada suhu 170 c selama 15 minit lebih kurang

Bau
mentega kacang bercampur pulak  dengan kacang tanah tu yang membuatkan ambo tak sabar-sabar nak merasa tuh! Ada lebihan kacang, boleh buat Jah!!!

BUBYEEE Jah, ambo nak ke dapur dah, hujan pun dah berhenti. Nak kebelakang rumah korek lengkuas!!

SELAMAT HARI RAYA!


Ahad, 13 Oktober 2013

REMPEYEK KACANG DAN IKAN BILIS

kacang ambo yang bersalut tepung tu taklah nampak sexy sangat kan??? hihihih!!

ASSALAMUALAIKUM  dan SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA!!

Selamat malam ambo ucapkan kepada rakan tolan dan semua tetamu ambo. Lusa kita akan menyambut
Hari Raya Korban dan apakata kalo esok mari kita ramai-ramai berpuasa sunat.

Alhamdulillah, petang tadi hujan lebat di kampung ambo nih, jadi malam ni udara sejuk..nyaman dan sungguh mendamaikan. Malam nih gamaknya tidur pun sedaplah tarik gebar. Ada sesape yang buat korban raya ni?
Ambo tak buat, tapi kakak ambo sekeluarga buat korban. Tak pegi le gamaknya, sebab hari tu (raya kedua)
SiTecik Hajar ada periksa dan Aiman pulak tak ada cuti....jadi kerana anak-anak ada komitmen masing-masing, ambo pun kerjalah jugak!

Ppppssstttt....sesekali udah bersembang, nak tanya mike le, dah banyak ke buat kuih raya? Tapi, seperti kita sedia tahu, raya korban kurenglah sikit 'keterujaan'nya...betul tak? Ambo pun cuma 5 jenis aja buat, lainnya
buat atas permintaan kawan-kawan aja!

Tak dan (sempat) berkongsi dengan mike, tak apa malam nih ambo nak kongsi satu jenis kerepek aja dengan mike. Mula-mula rasa tak sanggup nak buat, kerana terpaksa berdiri 2-3 jam, tapi kuatkan hati kerana hati nak makan, Buat sendiri puas hati kan Jah? heheheheh...!!

Cari kat cik Google merata alam, terbekenan le pulak dengan resepi dari majalah RASA. Mike nak tau
apa? Biasanya, kalo Raya Korban, ambo akan menggunakan keperluan yang siap ada dalam stok esbok ambo tu, iye lah Jah, baik menghabiskan stok yang ada kan, taklah membazir sangat!

Kali ni ambo nak kongsi resepi REMPEYEK KACANG IKAN BILIS yang pada ambo sangat sedap.
Anak-anak dan en suami tersangatlah suka....kkrruuppp...kkkrrreeeppp....kkkkrrruuuppp...kkkrreeppp...
deme makan. Huiisshhh...tak dan nak raya kalo macam ni punya sambutan!!! hahahahahh!!
Walo apapun, hati di dalam tersangatlah suka!!!

Moh le Jah kita kongsi, esok sempat lagi menggoreng!!!

Bahan asas:

500 g tepung beras
200 g ikan bilis
200 g kacang tanah
2 biji telur gred B
4 camca besar ketumbar (ambo tak letak)
3 camca besar udang geragau
2 camca besar jintan manis
1 camca besar garam
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar serbuk cili
1 camca teh serbuk perasa ( pilihan)
700 ml air
Minyak untuk menggoreng

- Bersihkan kacang dan ikan bilis - toskan
- Udang dan jintan dikisar halus ( kisar kering)
- Masukkan semua bahan dan sebatikan
- Panaskan minyak dan ambil sesudu adunan tepung, ratakan pada acuan
   tabur kacang dan ikan bilis
- Masukkan kedalam kuali dan adunan akan meluncur sendiri - Goreng sehingga kacang masak
- Angkat dan toskan
- Sejukkan dan simpan ke dalam bekas kedap udara

Catatan:
Gaul kacang dengan adunan tepung secukupnya sebelum di tabur di atas adunan rempeyek.


Ambo minta diri dolu, esok-esok kalo ada masa kita bersembang lagi. Rempeyek ambo udah tinggal suku bekas dah. SiTecik Hajar ajak buat lagi!!! Hihihihi!!!

BUBYEEEEE!!!!






Selasa, 8 Oktober 2013

BISKUT MAZOLA

kamera cap ayam ambo tak sihat ..tu yang jadi kaler jadi merah tuuu!! hihihi!!
Versi ni tak guna acuan Jah...orang kampung ambo kata 'gelitei' je! heheheh!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!


Mendung....si mega mendung.....
mendung datang dari utara........
termenung..janganlah adik termenung.....!

Mike nak tau Jah...ambo jugak paling suka lagu-lagu Melayu asli. Mendayu-dayu dan begitu mendamaikan!
Lagu di atas kalo tak salah dinyanyikan oleh penyanyi bukan Melayu yang cukup hebat..Andre Goh..seorang yang berbangsa Cina tapi tiap patah perkataan dan lenggok bahasanya cukup indah

Di kampung ambo, petang ni pun mendung aja!...Tadi bukan main panas terik, kalo puasa ni tentu tekak rasa kering kontangla! hihihi...tak kuat iman betui la makcik nih!!! Suasana pulak, sunyi aja, walopun rumah ambo di tepi jalan raya! OOoooohhh...kalo duduk di kampung pedalaman lagu ni (begini) lah keadaannya!!

Minggu depan dah nak raya. Ambo adalah plan sikit-sikit nak buat biskut...taktau lah apa biskutnya!
Gamaknya ..gunakanlah yang mana ada dalam stok esbok ambo tu! Jimat belanja...maklum aja barang-barang keperluan..........mak datukkkkk............punyalah mahal!...sekali sekala ke bandar Taiping..
terkezut makcik!!!

Petang ni rasanya nak berkongsi dengan mike, biskut peberet abang ambo, Dia kalo balik akan tanya mana
dia biskut yang ada kacang tu! Nak sebut nama biskut taktau! hahahah...orang lelaki macam tu le, bukan ambik tau pasal biskut (bukan semualah Jah..sorang berdua aja termasuk le abang ambo..hihihi!)

Tapi en suami pun 'agak' suka kalo biskut yang ada kacang..jadi tu lah kalo raya aja, udah menjadi kemestian, ambo akan buat 'BISKUT MAZOLA' ni atas permintaan dari en suami dan abang kesayangan ambo tu. Tapi abang ambo tak berkenan kalo yang di turap dengan acuan, cukup sekadar di gentel aja (orang kampung ambo kata 'gentel' tu 'gelitei' !!! hahahahh) En suami tak kisah...janji ada!!

Moh le Jah kita tengok biskut ambo ni! Taklah hensem pun, sekadar yang sedang-sedang saja...yang sedang-sedang sajaaaaa!!!

Bahan asas:

2 mangkuk kacang tanah (di kisar)
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung jagung
3/4 - 1 mankuk gula icing / castor
1 canca teh baking powder
1 camca teh garam halus
1 botol minyak mazola (mengikut keperluan)
1 - 2 biji kuning telur (untuk sapuan)
hirisan kacang untu hiasan

- Kacang di bakar dan di buang kulitnya dan dikisar (sekarang ambo guna yang readymade aja)
- Campurkan kedua tepung, kacang, gula garam baking powder kedalam bekas dan gau sebati
- Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan sebatikan- adunan jangan terlalu lembik
- Gentel dan bulatkan adunan atau terapkan adunan mengikut citarasa mike
- Letak hirisan kacang dan sapu kuning telur untuk hiasan
- Bakar masak mengikut tahap oven mike selama 10 - 15 minit (lebih kurang)


Wokey Jah...Maghrib pun dah nak dekat nih...ambo minta diri dolu...kalo ada kelapangan waktu malam nanti kita sembang-sembang lagi...tapi janji ambo tak pasti ye!

BUBYEEEEEEE!!!

Jumaat, 4 Oktober 2013

KUIH SIPUT SPESEL



ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat malam Sabtu yang indah! Pekabo mike Jah? Hari ni awal-awal lagi udah ambo masukkan kucing-kucing kesayangan ambo ke dalam reban deme! Nampak macam hari nak hujan, nanti nak keluo (keluar)
rumah malas, jadi sebelum hujan turun, baik simpan 4 beradik tu segera! Selamat!!!!

Tadi petang,  adalah kesempatan untuk ziarah sepupu ambo di kampung sebelah. Taklah jauh bebeno tapi nak pergi tu membilang hari...tak dan (sempat) pergi! Sibuknya makcik lebih dari pak menteri!!!
Ooooiiii Jah....sibuk ambo, sibuk orang tua....berjalan ke...bergerak ke...bekerja ke....semuanya slow....
macam siput!

OOoooopppssss....sebut cik siput, teringat ambo satu jenis kuih ni....memang sedap kalo sambil menonton tv...mengunyah dia.....kkruuup..kkrreeeppp...kkruuuppp...kkreeeppp...habis sebalang! Hahahahh!!!
Itule perangai buruk ambo....tak habis-habis mengunyah.....oopppsss...tu kan senaman untuk muka Jah...!
Kalo nak sentiasa tegang...nasihat ambo...mengunyahlah! ngengehngehhhh!!!


Itule...Jah.....selain ambo buat biskut famaous amos tu, KUIH SIPUT ni juga ambo buat! best Jah...walopun
pembuatannya sangat slow ....memang betul-betul siput!!! hahahah. Tapi walo apapun, KUIH SIPUT ni menjadi kegemaran anak-anak ambo! Ambo? Toksah cakap la...memang peberetlah!!!!

Mohle Jah kalo nak berkongsi....sedap Jah!

Bahan asas:

1 kg tepung gandum
2 biji telor ayam
2 camca besar ketumbar*
1 camca besar jintan manis*
2 bungkus serbuk rempah daging (kecil)
1 cawan udang kering*
6 tangkai daun kari (di hiris halus)
5 tangkai cili kering*(buang biji) - pilihan
Garam (ikut keperluan)
2 - 3 camca besar majerin
Air (ikut keperluan)
Minyak untuk menggoreng

- Bahan yang bertanda (*) di kisar halus
- Campur semua bahan kedalam tepung dan sebatikan
- Letak sedikit demi sedikit air - dan uli sehingga sebati
- Sedia untuk di tekan (tenyeh) di atas acuan
- Panaskan minyak dan gorenglah dengan api sederhana sehingga masak


Aidil Adha semakin hampir, jadi sehari dua ni kita akan berkongsi biskut ajalah kan Jah!!!


BUBYEE!!!! Selamat malam...apa drama malam ni ye!!!

Rabu, 2 Oktober 2013

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CIP COOKIES




ASSALAMAUALIKUM!!

Duhai kanda rayuan hati
rayuan kasih cinta abadi
bla....bla...blaaaaa....!

Ambo suka lagu ni..tapi tak tau apa tajuk cuma tahu ianya dinyanyikan oleh penyanyi dari Singapura yang manis.Itule Julie Remy yang bersuara halus dan sedikit sengau. Sengau-sengau pun sedap beb...Macam suara Nasir Wahab jugak yang bersuara sengau tapi sedap untuk dijadikan halwa telinga.

IIiissyyy...Chumah nih dah tua-tua pun masih suka dengar lagu. Hihihi...dengar lagu jangan sampai melalaikan
taapakan  Jah.....Ianya sebagai selingan tatkala jiwa rasa sunyi dan rindu! Hahahahah..jiwang betul makcik nih!

Malam nih ambo nak berkongsi dengan mike sejenis biskut yang sangat sedap....huhahuhe.....!!!
Mike tau Jah...ingatkan biskut ni boleh le tahan lama dalam balang tu...rupa-rupanya tak sampei seminggu
udah licin! Anak-anak sangat suka...tapi yang paling mengejutkan.....en.suami pun sangat suka......!!!!
Tak ke heran bin ajaib tu..en.suami suka! hahahahah...ambo menang kali nih!

Tapi ....first time ambo buat...biskut ambo ni tak hensem langsung! Bak kata Allahyarhan Tan Sri P. Ramli
'lawa tiada...manis ada!' Sesuai sangat Jah,  kata-kata tu pada biskut ambo nih! Atau jugak memang biskut nih semulajadinya memang tak hensem????? wakakawakaka!!!

Itule penangan biskut ambo kali nih....FAMOUS AMOS CHOCOLATE CIP COOKIES. Huh...ambik
ngko Jah...panjang berjela namanya! Biskut nih ambo buat minggu lepas, kan ke minggu lepas ambo tak kemana-mana...duduk le di dapur ambo tu! Selain biskut ni, ambo jugak buat kuih siput dengan simpul kasih! Semuanya dah tinggal balang kosong.....minggu ni apa pulak nak buat  kan Jah!!!

Biskut nih ambo skodeng dari Myresepi.....mintak aje dari cik Google...pemurahnye dia....!!! heheheh!!!
Jangan banyak mengayat makcik oooiii...moh le kita berkongsi dan ambo ubah-ubah le sikit sebanyak mengikut keperluan yang ada di dalam esbok ambo tu!

Bahan asas:

1cawan padat gula perang
1 cawan mentega
1 biji telor
1 camca besar susu segar
4 cawan tepung gandum
1 camca teh garam halus
1 camca teh cream of tartar
1 camca teh soda bikarbonat
1 cawan kacang badam cincang
1 cawan chocolste cip
1 camca teh vanila

- Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu dan esen hingga sebati
- Masukkan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat, kacang badan dan chocolate cip
- Sudukan satu sudu kecil di atas loyang...jarakkan kerana cookies ni akan mengembang
-Bakar pada suhu 175 c selama 10 - 15 minit
- Setelah kukis berwarna perang, angkat dan sejukkan

Krup...krruupp....kkkkrrrruuuuppppppp...memang rangup giler Jah. Patutlah ambo BW ke blog blog, sesetengah deme buat sampei 4 adunan...ambo pun raya nih kena lah buat lebih! huhah...huhahhhh!!!

BUBYEE !!!!!

Selasa, 1 Oktober 2013

KEK PISANG GEBU


ASSALAMUALAIKUM!!

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati

Indah sungguh pantun Melayu lama....punya maksud yang sungguh mendalam...betapa kita orang timur yang sangat mementingkan budi....mementingkan bahasa! Bahasa jiwa bangsa! Wahhhh...kemain lagi Jah, mukadimah ambo petang nih!!!

Petang nih di kampung ambo ' masam ' aja cuaca. Sejuk dan nyaman maklum le kampung ambo yang di kelilingi oleh bukit bukau yang menghijau! Tadi hujan sat (sekejap kalo di ikut Kamus Dewan). Segarlah sikit pokok-pokok bunga ambo yang tak berapa nak berbunga tu!

Panas gamaknya tangan ambo ni....agak susah nak subur....atau memang tanah yang tak subur kerana selalu
banjir! Keberangkalian tu boleh di percayai Jah!!!!

Balik kerja tadi, ambo pekena roti canai...beli kat gerai di kampung ambo....Panas-panas....tu yang berselera
mengunyah tuh! Perut pulak tengah lapo (lapar)...hui.....sedap sungguh!!!
Biasanya ambo kureng layan roti canai ni.....kalo en suami beli pun, susah ambo nak makan, tapi hari ni ambo betu-betul 'tibai' ! hahahahahah!

Lupakan tentang roti canai tu....moh le kita berkongsi resepi ambo pulak. 'KEK PISANG GEBU' ni dah lama ambo buat, tapi baru loni (sekarang) ambo berpeluang nak berkongsi dengan mike!
Resepi ambo kongsi dari Facebook Eyna Hanyna. Moh le Jah, memang gebu bu bum bummm Jah!
Sesuai dengan namanya!

Bahan asas:

250 gram tepung gandum ( ayak bersama soda )
1 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam (gaul rata & ayak
2 camca besar ovellate
150 gram gula halus
5 biji telor (gred A)
125 gram mentega (cairkan biarkan sejuk)
100 gram minyak jagung @ minyak masak biasa
225 gram pisang + 1 camca teh esen - di lecek

- Putar telur bersama gula hingga kembang
- Masukkan ovellate dan putar lagi
- Masukkan minyak jagung dan mentega yang telah dicairkan - putar lagi bersama garam
- Masukkan pisang dan akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
- Putar sehingga sebati .
- Alas loyang dengan kertas kek yang di sapu mentega
- Bakar pada suhu 170 C (api atas bawah) selama 40 - 45 minit bergantung pada oven mike


Catatan: Kek ni ambo letak coklat rice, bio nampak gelap sikit!


BUBYEE !!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...