ShareThis

Khamis, 26 Februari 2015

POTATO WEDGES




ASSALAMUALAIKUM!!!

Hendak gugur gugurlah nagka
      jangan menimpa si dahan pauh
hendak tidur tidurlah mata
      jangan di kenang orang yang jauh.


Selamat malam Jah. Malam nih ambo berpantun le pulak! Cuaca loni (sekarang) panas betul!
kata orang kampung ambo 'panaeh berdaho' ! Sekali sekala ambo menggunakan dialek kampung
pulak! Hihihi!!!!

Di kejauhan, guruh berdentum dentam...tak tahu le hujan nak turun ke tidak! Balik petang tadi, tak tahan sangat kepala sampai berdenyut-denyut! Itulah ni baru sikit aja ALLAH bagi ujian, dah rasa
tak tentu hala, Astaghfirullah!

Jah! malam nih ambo nak berkongsi resepi ala-ala barat le pulak. Barat le sangat makcik!
'POTATO WEDGES' itulah nama masakan ambo kali ni. Udah buat banyak kali, tapi tak dan (sempat) nak berkongsi. Anak-anak ambo sangat suka. Iyelah Jah kalo beli tak puas makan, ciput sesangat!!! AAaaauuummmm!!!

Moh le Jah kita kongsi resepi nih, ambo minta kat cik google, dapat aja resepinya!

Bahan-bahan:

6 biji kentang
1/2 cawan tepung gandum
sedikit teh garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
Sedikit gula
sedikit serbuk kunyit

- Kupas kentang dan potong seperti belahan epal
- Kukus selama 10 minit (jangan terlalu lembut)
- Toskan

- Campurkan tepung gandum dan bahan-bahan  di atas dengan sedikit air
  (Bancuhan seperti kita nak buat bancuhan goreng pisang)
- Salutkan kentang tadi ke dalam bancuhan tepung
- Goreng dalm minyak panas hingga kekuningan

Sos Chezzy  Wedges


Bahan-bahan:

2  1/2 camca butter
2  1/2 camca tepung gandum
1 liter susu segar
4 camca teh garam
2 camca besar serbuk cili
2 camca teh serbuk lada putih
2 camca teh serbuk lada hitam
12 keping cheddar cheese (cheesedale)
Sedikit kaler kuning telur (untuk tambahkan seri chezzy)

- Cairkan butter dan masukkan tepung gandum - kacau jangan bagi berketul (gunakan api perlahan)
- Masukkan susu, serbuk cili, serbuk lada putih dan cheedar cheese
- Masak hingga agak pekat
- Letak pewarna kuning

catatan:

Sos cheeze wedges nih semasa panas memanglah ianya cair tapi kalo dah sejuk dia akan jadi kental
Sedap hingga menjilat jari....apalagi kalo sendiri masak.......boleh makan banyak-banyak!!!
hehehehehhhh!!!

BUBYE Jah!



Selasa, 10 Februari 2015

ROTI KENTANG

Lihatlah Jah Cream kastadnye yangsungguh  tak handsome!

ASSALAMUALAIKUM!!!


duhai kasih sanjungan kalbu
engkau pergi tanpa relaku

Hatiku kau guris kini
kau bawa pergi bersama.......!


Aiseh...Frust...frust menonggeng...kata orang dolu-dolu. itulah nyanyian merdu dari Allahyarham
Datuk Ahmad Jais. Ambo suka lagu-lagunya...suka sangat-sangat!

Frust? Keciwa (kecewa)!!! hahahahh..agaknya ianya berkait rapat dengan roti yang ambo buat
minggu lepas! Tekstur rotinya sungguh menjadi..tapi bahan kastadnya kureng.....terlebih masak le Jah oooiii!! Apa-apapun sedap sungguh! Iyolah Jah kalo sindili bikin, sidaplah!

Kejadian ni minggu lepas..Tak tahu nak buat apa, mencari En Mat Gebu yang famous seMalaya tu,
jumpalah resepi 'ROTI KENTANG' Nampak rotinya molek sungguh, itulah menerei (try) buat tu!

Ambo memang pengikut En Mat Gebu. Itulah semasa ambo ke Ulu Tiram, Johor tempoh bulan, nampak le anak panah ke Sedenak, teringin nak ziarah, tapi 'malu' menguasai diri! hehehehh!!!
Moh le Jah kita semak resepinya!

Bahan asas:

135 ml air sejuk (dari esbok)
3/4 camca teh garam halus
1/2 biji telur ( < > 30 gram)
60 gram ubi kentang (yang udah di rebus dan di lenyek halus)
300 gram tepung roti
3/4 camca besar susu tepung
50 gram gula halus
2 camca besar mentega
2 camca teh yis kering
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener

Bahan kastad:
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastad
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen

Untuk doh:
- Campurkan semua bahan - uli hingga lembut
- Bulatkan dan tutup dengan kain kasa (jarang) perap selama 45 minit
- Uli lagi lebih kurang 20 minit
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian (52 gram sebiji)
- Bulatkan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang di lenser dengan mentega
- Biarkan selama 45 minit

Cream Kastad:
- Campurkan semua bahan kecuali mentega  dan vanila
- Kacau perlahan untuk sebatikan
- Masak menggunakan api yang perlahan hingga pekat
- Tutup api dan masukkan mentega dan vanila - biarkan sedikit suam

Untuk Roti Kentang:

- Isikan cream kastad dalam plastik - gunting bucu dan picit atas doh tadi
- bakar 170 c selama 25 - 30 minit
- Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas
- Sejukkan dan bolehlah merasa keenakkan roti buatan sendiri.


BUBYE Jah....selamat malam....mimpikan ambo ye!







Isnin, 9 Februari 2015

SAMBAL TOK TOK

SAMBAL TOK TOK ...hitam bukan sebarang hitam tauuuuu!!!!

ASSALAMUALAIKUM!!

Jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang...!!

Sekali lagi kita berjumpa. Udah lepas Maghrib nih, kita sembang-sembang lagi.
Mike pernah dengar tak lagu 'Itulah Sayang' nyanyian duet suami isteri Allahyarham A.Ramli
dan Maria Bachok? Sedapkan lagu tu! Bila dengar lagu cintan cintun kedua-dua suami isteri nih,
tak sangka perkahwinan deme berdua berakhir dengan perceraian kan? Itulah jodoh namanya!
Memang jiwa rasa pedihkan Jah?

Kerana 'rasa pedih' lah membuatkan ambo masak satu jenis sambal yang sangat sedap nih!
Pedas! Pedas!. bagi yang tak tahan pedas, terasa 'berdengung' telinga! Berasap wehhh!!!
Tapi ambo kata 'gerenti' sedap! (Jah..kalo mike nak tau orang kampung ambo bhasakan 'pedas' sebagai 'pedih')

SiTecik Hajar kata sedap! Mintak buatkan lagi. Ingatkan tahan le 2 -3 minggu, rupanya tak sampai 2 minggu habis di bahamnya! 'SAMBAL TOK TOK' nih kalo betul cara masaknya tahan berbulan, apalagi kalo kita simpan dalam esbok!

Nak resepike Jah, moh le kita kongsi. Ambo suka yang sempoi-sempoi, apalagi sakit kaki ambo ni sekarang sangat kerap denyutnya!

Bahan asas:

1 mangkuk cili melaka
1 mangkuk bawang besar
1 mangkuk ikan bilis atau udang geragau
2 - 3 keping asam gelugur (asam keping)
Sedikit garam
Sedikit perisa

- Semua bahan di kisar
- Panaskan sedikit minyak
- Masukkan semua bahan dan goreng sehingga kering seperti serunding
- Sejukkan dan simpan dalam esbok


SAMBAL TOK TOK ni makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun udah menyelerakan!
Anak ambo Tecik Hajar gaul dengan nasi....itu yang tak tahan lama tu!


BUBYE Jah....ada masa terluang esok kita jumpa lagi!



KEK TIRAMISU KUKUS




ASSALAMUALAIKUM!

Ku pergi dengan harapan
cari teman seiring jalan
ku nanti saat gembira
bila tercapai tujuan!

Lembaran terakhir ku berikan
tandanya berpisah dua insan.....!

Pekabo Jah? Udah 9 hari dah kita berada dalam bulan Februari 2015! Dalam bulan ni ambo belum pernah tulis apa-apa lagi. Belum meng up-date N3 ambo nih! Itu le petang-petang nih lepas pekena nasi,t erasa pulak nak berkongsi resepi yang sempoi-sempoi dengan mike!

Petang nih jugak ambo dok nyanyi lagu Allahyarham Dato' Ahmad Jais. Sedap lagu tu...tak pernah jemu mendengarnya. Ambo sangat suka lagu-lagu nyanyian Allahyarham. Lemak-lemak merdu aja!


Bercakap tentang lemak nih, fuhhhhh...2 minggu sudah kalo tak silap ambo, ada ambo buatkan
'KEK TIRAMISU KUKUS' Si Tecik Hajar nak makan, sakit-sakit kaki pun buatkan jugak. Sedap jugak rasanya. Lemak-lemak...sikit-sikit pahit dan ada manisnya! Sesuailah dengan anak tekak ambo nih! Letak pulak dalam esbok......fulamak mengancam habisss le !!

Mike nak coba boleh saja! Ambo memang suka buat yang senang dan sempoi. Makcik kan dah tua, masakan yang sedang-sedang itulah yang menjadi pilihan makcik nih! hehehehehhhh!!!!

Jangan nak mengayat banyak-banyak Chumah oooiii...moh kita berkongsi resepi yang ambo cari dari En Google! Mintak le apa resepi, dia bagi punya!

Bahan asas:

4 biji telur (gred A)
150 gram gula halus
1/2 camca teh ovelatte
150 gram tepung gandum,
1/2 camca teh baking powder
100 ml minyak masak (ambo guna minyak jagung)
200 ml santan kotak

Bahan lapisan:

Capuccino (3 dalam 1) 1 sachet larut dalam 2 camca besar air panas -( ambo guna pes capuccino)
2 camca besar serbuk koko

- Ayak tepung gandum bersama baking powder
- Pukul telur, ovellate dan gula hingga kembang
- Masukkan tepung sedikit sedikit dan pukul lagi
- Masukkan minyak dan santan berselang seli
- Bahagikan kepada 3 bahagian

    - 1 bahagian biarkan kosong
    - 1 bahagian campur dengan capuccino
    - 1 bahagian lagi campurkan dengan serbuk koko
- Ambo guna loyang 6 x 6"
- Lenserkan loyang dengan mentega dan tabur dengan sedikit tepung
- Kukus lapisan satu selama lebih kurang 15 minit
- Kukus pula lapisan kedua selama 15 minit
- Lapisan ketiga kukus selama 25 - 30 minit

- Bila kek sejuk - hias dengan butter cream
- Simpan dalam esbok - untuk rasa yang lebih lazat....nyum...nyummmm...nyummmmm!!!

BUBYE Jah...mike cuba tau!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...