ShareThis

Selasa, 29 Mei 2012

PUDING TAKO MARBLE



ASSALAMUALAIKUM.
Apa kabo mike? Sihat? Uhhhh..uhhhh...lamanya tak bersembang dengan mike semua.
hati didalam sungguh windu oooooo!! Mike windu tak pada ambo nih?
Hehehehehhhh!!

Lama tak menjenguk mike, bukan berarti ambo menjeruk rasa, merajuk bagai!
tapi masa 'pendek' betul! Betul ke makcik??? Jangan dok 'reka-reka' cerita!
Betul Jah....tatak tipu punnnyyeeee!! 'Bahong' adalah sikit-sikit!
('Bahong' adalah loghat orang kampung ambo yang kalo di lihat pada Kamus Dewan berarti 'bohong') Hahahahah! Itu sebab orang Batu Kurau tak pernah cakap 'bohong' tapi deme selalu cakap 'bahong' !!!!! Best juga loghat patani ni!! Ngehngehngehhhh!

Wal hasil balik asal! Kita tuko tajuk perbualan kita! Mike masak apa petang tadi? Atau tengahari tadi? Atau juga pagi tadi? Tentu mike masak sedap-sedap ye! Apalagi anak-anak sedang bercuti
kan Jah? Molut pun selalu nak makan...masak le apapun, mesti 'rembat' habis punya!!!

Oya! Hari tu, ambo janji nak berkongsi masakan 'ulang tayang' ambo kan? Jemu? Issyyy toksah
jemu le Jah...setakat nak berkongsi mata apa salahnya...tak luak kan?
Itu le, minggu lepas gamaknye, ambo masakkan ' PUDING TAKO ' ni.
Sesetengah orang letak dalam daun pandan, sesetengah orang pulak mencampurkan
'sengkuang cina' dan menggunakan tepung jagung.

Tapi pada ambo, ambo lebih suka menggunakan tepung 'kacang hijo' ni atau ''tepung hong kue'
(betul ke ambo ngeja ni? konfiusss le mak cik)
Dapat le satu loyang beso, takkan nak makan semua kan Jah, itu le ambo agihkan pada kawan dan jiran. Pakat-pakat rasa kan Jah? Ini puding encik suami tersangatlah suka!

Nak resepi? Issyyy...dulu udah ada ambo bagi..tapi takpa kalo mike rasa penat nak menyelak resepi ambo dulu, moh le kita berkongsi sekali lagi ye! Jangan majuk udah le....tak tomey le
ambo nengok!

Bahan asas:

Bahan A
1 cawan tepung kacang hijau
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan air pandan (ambo tambahkan kaler hijo untuk menambahkan 'kecantikan'nya)
Sedikit soda bikarbonat

Bahan B
1/2 cawan tepung kacang hijau
3/4 cawan gula pasir
6 cawan santan
sedikit soda bikarbonat
secubit garam

- Satukan semua bahan A di dalam periuk
- Satukan semua bahan B di dalam periuk lain
- Kacau serentak di atas api sederhana
- Setelah masak (pekat) angkat
- Letakkan 2 senduk adunan A dulu di tengah-tengah loyang
-Letakkan pula 1 senduk adunan B di atas adunan A
- Selang seli adunan sehingga habis
- Lorekkan dengan lidi (kalo mike suka)
- Sejukkan dan bolehlah di potong untuk di hidangkan!

Uuummmmmpppphhhh! Memang enak! memang lazaattt! Wangi pandannya membuat jiwa tergoda. Kalo tak percaya, mike cuba...sekali tak apa, dua kali apa-apa...tiga kali tak tentu hala!
Hahahahah!!

Bubye...bubye...cuti sekolah ni ambo semakin 'sibukk!' Kenapa ye??



3 ulasan:

cimaron61 berkata...

Assalamualaikum Min...semua nampak sedap, sayang saya belum ada masa nak buat sendiri... Awak memang berbakat la...

chumah berkata...

Waalaikumsalam Cima...
Ambo tak pandai mana pun....cuma boleh masak sikit' aja! Apa-apapun, terima kasih sbb support ambo!

Tanpa Nama berkata...

pekat tu lebih kurang cmne yek..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...