ShareThis

Khamis, 3 Disember 2009

Tam


Assalamualaikum.

Apa haba suma? Keghana ghindu haek tak mboh hilang-hilang lagi, kita bejupa lagi loni. Ambo haghaek sangat muma suma dalam kesehataeng yang baik dih!Nih ambo nak ghoyaek kesah ambo baghu-baghu ni.....


Kemagheng, ambo bawak dia ni gi ke klenek di Tepeng. Haek dok mengiring dia ni tu lae soami ambo dengan dua anak ambo. Takok klenek tutuk, soami ambo pedeghaeh laju lae kegheta bughok ambo tu. Kesian dia ni, dah pat haghi tak makaeng. Asek dok tido jey. Minung pong kughang dah!Bila ambo tengok, tapak kaki dah pucat lesi, mulok pong dah kuning, ambo makeng bimbang, makeng ghiso!

Sapey jey teghuh ambo cepung 'dia' masok klenek. Lega paksae klenek tak tutok lagi. Pembantu di klenek tungung depaeng pitu, sokghang hinung, Walopong dah tua, tapi dengaeng senyung, dia panggey ambo masok. Ambo cepung "dia ni" masok kelenek.

Masok ke bilik rawatan, anak ambo tolong gi daftar di kaunter. Sokghang doktor maghi kat ambo. Hinung jugak! ambo bekata dalaeng ambo punya hati. Apa sakit? Doktor tanya ambo. Tak tahu lae dokto ooo! ambo jawaek. Agaknya sakit hati kok! Ambo jawaek lagi. Berapa umo? Dokto tu dok tanya lagi. Setahong 3 bulaeng. Ambo jawaek penuh yakeng. Napak "dia ni" kho dok pejaeng mata ghenik jey. Ghisonya ambo!

Dokto usaek badaeng dia ni. Apa nama? Dokto senyung tengok ambo. Laju ambo jawaek. Tam!
ambo senyung, dokto pong balaeh senyung ambo. Tak dak apa, dia mungkin silap makan, dia makan makanan beracun! Laju dokto kata. Dia punya hati sakit! Dokto meneghangkan lagi pada ambo.Ambo sedih. Ghasanya ambo cukok jaga makaeng dia. Apa warna dia punya kencing? Dokto tanya lagi. Ohhhh... saya tak sempat nak tengok la doktor! Ambo jawaeb malu. Malu paksae ambo tak ambik beghaek sakit 'dia ni'.

Saya kasi cucok sama dia. Lagi saya kasi ubat bagi minum satu hari tiga kali. Dia tak dak apa. Jangan risau. Nanti kalau tak baik juga bawak datang sama saya ok! Doktor ramah bercerita.
Ambo hanggok kepala.

Senang saja dokto tu cocok badan dia ni. Aku lega dia tak menggelepa. Nasik baik! Balik jey, dalaeng kegheta, dia dah buleh pangung kepala, bila ambo panggey jey, dah ada respong. Hui.... ghasi jugak dokto hinung ni. Balik ambo bagi ubat, jenis cecair. Petang dah nak makan, anak ambo bagi ikaeng seko. Ada prestasi tu. Kho dok lega dah tu. Ambo pong ghasa lega. Baley lae teghebang RM 30.00 pong janying Tam sehaek. Kad rawatan haek dokto bagi ambo sipaeng elok-elok.

Muma nak tahu dak sapa yang sangat istimewa dalam klorga ambo tu? Tu lae Tam, kucing kesayangan kami suma. Tam seeko kucing terbuang, kecik lagi dah di buang oghang, anak ambo kelek daghi pegheksa UPKK jupa di tengah jalaeng. Mujo tak tepoh dengan kegheta kae, mutu kae. Dengaeng reeki Tam, dan anugerah daghi Allah, anak ambo dapaek 8A dalaeng peperiksaan UPKK nya.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...