BISKUT BUAH PINGGANG

  • 1:48 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments




ASSALAMUALAIKUM!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!  Hahahahah....bukan nak sambut merdeka lagi. tapi Jah merdeka ku
kerana hari ni ambo 'menjadi' surirumah sepenuh masa! heheheh!Siot giler Jah!

Sementara nak menunggu Zohor masuk, ambo boleh le sembang-sembang manja dengan mike ye!
Almaklum aja....dah lama bebeno dok 'bersunyi-sunyian' maksud ambo dah lama tak bersembang dengan
mike semua!

Ambo baru aja selesaikan projek ambo hari ni. Buat Ko Loyang...dapatlah 200 keping lebih..tapi versi
pedas, nanti lepas syolat Zohor..sambung balik...buat versi manis pulak...kakak2 ambo suka yang manis!
Masa yang semakin suntuk, menjadikan ambo kena 'berhabis-habisan' menggunakan waktu luang yang ada!
Lusa...udah nak tinggalkan rumah pulak sehari suntuk samapi le ke hari Jumaat.

Lemang udah ambo tempah..biasa la di rumah ambo kalo taada lemang rasa macam tak lengkap raya!
Agaknya udah 'terbiasa' dengan lemang, itu sebab ambo kurang gemo dengan ketupat!!

Hari ni, ambo nak berkongsi satu lagi resepi dengan mike! Sempat lagi kalo nak mencuba...sebab resepi yang sempao dan senang sangat! Tu lah dia 'BISKUT BUAH PINGGANG' yang rangup! Kalo biskut yang
rangup memanglah menjadi feberet ambo!

Resepi ni ambo dapat dari kawan ambo..taktau le dia dapat dari mana pulak! Apapun terima kasih dan minta di halalkan resepi ni dari pencipta asal ye! Ambo sebarkan pulak resepi ni pada kengkawan dan anak-anak yang berminat dan 'suka' memasak! Kita kongsi-kongsi resepi kan Jah???

Bahan asas:

1 cawan cornflakes hancur
1 cawan biskut merie hancur
1 cawan butter
1 biji merah telur
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula icing
1 cawan tepung kek

- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kek
- Pukul butter,telur dan gula sehingga kembang
- Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang di ayak ke dalam butter - sebatikan
-Masukkan pula cornflakes dan biskut merie
- Terap bentuk buah pinggang dan sapu kuning teur dan taburkan sedikit cornflakes hancur
- Bakar selama 10 - 15 minit dengan suhu 170 C


Itu aja Jah...senangkan? kalo beminat bolei le teruskan projek mike malam nih!
Kita kongsi sama-sama...!

BUBYE Jah...ada waktu senggang kita jumpa lagi!

You Might Also Like

1 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...