ShareThis

Jumaat, 17 Ogos 2012

CORNFLAKES MADU



ASSALAMUALAIKUM!

Sekali lagi kita berjumpa.
Di jalan depan rumah ambo menderu deram bunyi kenderaan. Motokar.....motosikal berselang seli tak putus-putus lalunya! Meriahnya tapi sedikit  'terganggu'  kerana sebelum ni senyap sunyi aja kalo malam!
Iyalah Jah, anak-anak perantauan sudah mula pulang ke kampung halaman.....yang masih ada ibu ayah
tentu sangat seronok dan inilah saat dan waktunya melerai rindu yang sarat!

Sembang-sembang jugak....inilah Jah ambo malam semalam...badan rasa 'tak ghok', tapi semangat tetap
membara! Lepas aja Magrib, terus buka silat kembali! Tu lah dia, kerana si Tecik Hajar 'suka' sangat
ambo kuatkan diri...lagipun 'CORNFLAKES MADU' ni sangat senang dan sangat relax membikinnya!

Tambahan pulak anak dara dan anak bujang ambo membantu...senang bebeno le kerja ambo!
Sekejap aja sudah siap! Selama ni ambo membuatnya sorang-sorang. Mana nak menggentel dan menurap,
mana nak membakar, mana nak menyusun...tapi .....jadilah juga biskut ambo tu! Heheheheh!

Nak resepi? Boleh aja menyelaknya pada yang lepas-lepas, tapi kalo ' kureng rajen' bolei saja kita berkongsi sekali lagi Jah!

Bahan asas:

1 kg kornflakes (syyyyyy!..ambo guna yang timbang aja!)
1 cawan gula icing
4 camca besar madu
1 ketul butter
Cawan kertas secukupnya
Ceri  (hijo dan merah) atau juga kismis


- Masak butter, gula icing dan madu  dalam kuali
- Setelah cair masukkan kornflakes dan gaul rata
- Setelah semua sebati, tutup api
- Sediakan cawan kertas dan letak cornflakes serta taburkan sedikit campuran ceri tadi
- Bakar semula selama kurang lebih 10 minit

Sempoikan Jah! Senang membuatnya dan senang menghabiskannya.
Rangup dan budak-budak memang suka!

Worait Jah.....ambo nak pegi ke dapur kejap.....Almond London ambo sampai sekarang belum bersalut lagi!
Hadoiiiii!!

BUBYYEEEEE!!!



1 ulasan:

humaira mokhtar berkata...

salam, beli kat mn ye cornflakes timbang tu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...