JUADAH SELINGAN - KARIPAP PUSING

  • 11:30 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!!

Ambo baru sudah celup coklat pada Biskut Almond London ambo. Malam ni walopun cuaca  'agak' panas,
tapi ambo rasa sangat tenang mencelup coklat tu. Mungkin jugak malam nih, ambo di temani oleh kakak yang sangat ambo kasihi - Kak Awa yang setia menabur kacang untuk hiasan biskut.

Sambil bekerja, mulut kami tak henti-henti 'bersembang' kisah lama, kenangan bersama dengan mak dan
kenangan semasa kecil! Kesian dan rindu pada abang di Ulu Tiram, Johor kerana tak dapat balik bersama
beraya di kampung. Tak apalah, ambo masih ada 2 orang lagi abang yang akan beraya bersama!

Semakin hampir dengan Hari Bahagia ini, semakin kita rasa teruja untuk menyambutnya.Kuih muih rasanya
udah siap untuk di hidangkan. Tapi bagi ambo, bukan aja kuih muih yang akan ambo hidangkan, ambo
akan sediakan jugak makanan selingan kerana ambo dok mikio (memikir) tentu orang akan 'muak' asyik dengan biskut manis aja.

Jadi kerana itule, ambo udah menyediakan 'KARIPAP PUSING' kepada tetamu. Sekali sekala bertukar
selera pulak le! Si Tecik Hajar 'komfom' nak makan Bihun Tomyam. Tak apa sikit punya hal tu, biasalah kalo di rumah ambo, bukan 'kecik anak' periuk yang ambo gunakan, maklum aja segala adik beradik, anak penakan (saudara) dan cucu-cucu ramai!  Waktu-waktu beginilah meriah rumah ambo tu!heheheheh!!!

Ambo masih tetap menggunakan 'resepi dari wanitaniaga' kerana dohnya sangat ambo suka! Mike nak bolei le semak resepi 'karipap pusing' ambo yang terdahulu! Kali ni ambo membuat inti ayam yang ambo blender
supaya intinya 'bersalut mesra' !! Udah ambo rasa, udah juga di 'hadiahkan' pada sepupu-sepupu ambo!
Ambo buat ala-ala frozen gitu. Raya nanti, kalo ada yang rasa nak makan, hah.....goreng aja..atau juga
bolei bakar kan Jah???

Udah lewat dah ni, esok nak bangun awal, sebab selepas Subuh, Insyaallah akan ke pasar dengan en. suami. "BISKUT ALMOND LONDON' belum di simpan lagi. Worait Jah...ambo mintak diri dolu,
apa-apapun, ambo nak jugak mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI' kepada semua
pengunjung dapur ambo yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana sudi bertandang dan kunjungan mike
adalah pendorong dan pemberi semangat pada ambo.

Ambo mohon maaf jika 'dapur keci'l ambo ni 'tak lengkap' di mata mike.
BUBYYEEE Jah....

Kalo ada sumur (telaga) di ladang
bolei le kita menompang mandi
kalo ada umurku yang panjang
bolei le kite bertemu lagi.

SALAM HORMAT!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...