ShareThis

Rabu, 5 Ogos 2015

AYAM MASAK BALI




ASSALAMUALAIKUM!!!

Setitis embun menitik
seribu kuntuman kembang
sepatah aku berjanji
kau sebut kau ulang-ulang!

Selamat petang Jah! pekabo mike? Hari nih jiwa terbuai-buai dengan lagu nyanyian Allahyarham Datin Rafeah Buang. Mendayu-dayu sampai perasaan ambo menjadi sayu! Itulah nyanyian Allahyarham yang menyanyi dari jiwanya.

Sesayu mana pun perasaan, tak payahlah nak dilayan sangat! Moh kita sembang-sembang sementara
nak tunggu masuk waktu Maghrib. Sambil-sambil tu apakata kita berkongsi satu  resepi lauk pauk pulak yang dikongsikan oleh rakan ambo. Minta maaflah sebab hari tu dalam bulan puasa, kita masak
tak ingat nak letak bahan-bahan secara terperinci. Main tahok-tahok aja! (Kalo mengikut Kamus Dewan 'tahok-tahok' tu berarti 'campak-campak' lah! kihkihkih (sekali sekala ambo akan menggunakan dailek kampung ambo ye Jah!)

Resepi yang akan ambo kongsikan ini ialah 'AYAM MASAK BALI' yang sungguh sedap pada anak tekak ambo! Anak-anak dan en suami pun nampaknya 'laju' aja menyuap ke mulut! hihihi!!!
Jangan banyak sangat bersembang makcik oooiiii...sat lagi Maghrib dah dekat nih!

Moh kita kongsi resepinya!

Bahan asas:
1/2 ekor ayam (potong dan bersihkan)
1 camca besar ketumbar,
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
3 batang serai ( 2 batang di kisar 1 batang di ketuk)
Kicap manis (untuk perap ayam)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ranting daun kari
Kicap masin
Minyak untuk menggoreng ayam
Cili kering secukupnya
1 keping asam gelugur
Serbuk kunyit

- Kisar bawang  dan semua rempah serta serai besama cili kering
- Perap bahan kisar  bersama kicap manis dan serbuk kunyi pada ayam
- Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap (jangan goreng bahan perap)
- Bila ayam dah 3/4 masak, masukkan bahan perap tadi bersama asam keping
- Masak sehingga sedikit kering dan masukkan daun kari
- Sebatikan dan angkat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...