ShareThis

Rabu, 18 Januari 2012

KEK BIASA






ASSALAMUALAIKUM !

Jam di skrin udah menunjukkan pukul 11.23 malam.
Mata ambo 'sedikit' mengantuk, tapi tak apalah masih mau sembang-sembang lagi
dengan mike.

Hajat hati mau nunggu hingga jam 12.01 minit nak ucap 'SELAMAT HARI LAHIR' pada
anak teruma ambo yang sangat ambo kasihi!
Tak apa...tak apa.... ambo penuhkan N3 ambo ni dengan satu lagi masakan ambo!
Ni pun ambo buat semalam.....pujuk anak ambo yang tengah demam dan batuk-batuk.

Kek ni 'BIASA' aja, tapi sengaja ambo buatkan warni warna untuk 'ceriakan' anak dara
ambo tuh! Dia suka 'tengok' kek, tapi tak berapa gemo makan.
Tak apa...tadi ambo bekalkan dia kek ni....bawak balik asrama, kongsi dengan kawan-kawan
dia...worait le gitu kan?

Comot aje kek ambo nih! heh..heh..hehh!
Wokeh...jangan banyak songeh...kita kongsi ini 'lesepi'

Bahan asas:
2 1/2 cawan tepung kek
2 cawan planta
5 biji telur (gred A)
2 cawan gula halus

Itu aja bahannya. Cuma kalo mike rasa adunan agak keras, mike letakle susu pekat manis
kurang lebih 1/2 cawan.

Anak-anak yang baru nak try buat kek...cuba kek yang asas dolu ye!
Macam kek Chumah nih!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...