ShareThis

Rabu, 4 Januari 2012

BUBUR ASYURA



ASSALAMUALAIKUM !

Baru le rasa ada kelapangan sikit! Sikit aje!
Tak apalah, sikit pun ada juga ruang untuk bersembang dengan mike!Betul tak Jah??
Heh...heh....heh.... !!

Malam ni ambo nak bercerita tentang 'BUBUR ASYURA' pulak. Nak dengo ke tak ??
Isyyy!! Baik le mike dengo sebab kita walaupun duduk dalma satu Malaysia, versi 'Bubur Asyura' kita lain-lain. Betul kan dik non??

Di Kampung ambo biasalah kalau lepas aja 10 Muharam, sibukle makcik2 kat kampung ambo nak kacau Bubur Asyura. Tapi ambo ngaku, tak pandai membuatnya! Makan? Biasalah sapepun panadai !! keh...keh...keh...!

Bubur Asyura di kampung ambo biasanya dibuat secara gotong royong atau juga berkumpul anak beranak. Bahannya kalau tak silap ambo....tepung beras (kalau di kisar sendiri lebih terasa enak sebab ianya sedikit kasar), santan, sedikit garam,kacang kuda ke,kacang tanah ke, jagung dan ubi keledek (bukan semua orang suka taruh ubi nih!)
Kalo mike nak manis, mike taruh aja gula, tapi di kampung ambo 2 versi le, satu manis dan satu lagi lemak gitu!

Ambo mengaku le, ambo lebih suka yang lemak tapi di cicah dengan gula pasir....pulakkkk !!
Sesudah masak, biasanya, deme tabur dulu tepung beras, baru letak bubur asyura dan tabur lagi tepung beras di permukaannya.

Itulah 'BUBUR ASYURA' versi kampung ambo!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...