ShareThis

Isnin, 16 Julai 2012

BENGKANG DURIAN




ASSALAMUALAIKUM!!

Pekabo Jah? Mesti sihat...apalagi semangat nak menyambut Ramadhan yang di tunggu-tunggu oleh semua
muslimin di serata dunia.

Pagi yang senggang sebelum waktu makan.....sekarang ambo 'meng-oda' aja lauk pauk. Sakit kaki yang
agak berkurangan sehari dua ni...membuatkan ambo 'memanjakan' lagi kaki ambo nih! Takpa...takpa...
sihat nanti...ambo masak balik.....!

Apa-apapun, ambo nak juga bersembang dengan mike.....itu lah tak tau bila ambo buat kuih ni...tapi nak jugak le rasanya berkongsi dengan mike....'BENGKANG DURIAN' sekali lagi ambo nak berkongsi resepi.
Iya lah sekarang kan musimnya si'raja buah' ni berleluasa.... sana sini sinun...semua tempat ada aja wajahnya!

Jangan banyak cerita Jah...moh le kita berkongsi keenakkan 'BENGKANG DURIAN' ambo nih!

Memakannya adalah suatu 'kepuasan' kalo tak merasanya...huiiii nanti 'jiwa jadi kacau' ...heheheheh!!

Bahan asas:

2 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan gula ( kalo mike tak berapa gemo manis, boleh kurangkan ye!)
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit kaler kuning (kalo suka)


- Panaskan oven
- Campurkan semua bahan dan sebatikan
- Sediakan loyang dan griskan di sekelilingnya dengan minyak atau juga majerin
- Sedia untuk di bako
- Mike bako kurang lebih 1 jam dengan suhu 200 c
- Setelah adunan masak (permukaan bertukar kaler perang) keluarkan dan sapukan majerin
   pada  permukaannya  dan bako lagi kurang lebih 10 minit
- Masak - sejukkan -  siap untuk di hidangkan

Makanan lagu ni (macam ni)  'remaja purba' seperti ambo tentu gemo, oreng-oreng muda kurang
gemo le...walo apapun kita bolei mencubakan Jah!

Sedap Jah, tak caya mike trei.....gerenti mengancam!!

HEHEHEHHHHHH!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...