ShareThis

Sabtu, 10 Oktober 2015

NASI DAGANG

Nasi Dagang yang sungguh menyelerakan!
Gulai Ikan Tongkol yang pekat dan pedas!
Acar Timun + karot yang masam-masam manis gitu!

ASSALAMUALAIKUM!!

Anak dagang di rantau orang
biar pandai membawa diri....!!

Pekabo mike semua? Wahahahaha...dah berbulan-bulan tak meng'up-date' dapur ambo nih.
Dah naik sawang dah. Hahahahh! Takpa...takpa...Hari nih kita sembang semula waktu tengahari pulak Jah oooiii, sempena dengan Hari Sukan Negara yang jatuh pada hari nih Sabtu 10.10.2015.

Semalam kalo tak silap ambo, Radio Klasik dok mainkan lagu 'Anak Dagang' yang dinyanyikan
oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Jadi tiba-tiba ambo teringatlah dengan NASI DAGANG ambo yang ambo masak semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.  Haissshhhh....lama bebeno tu Jah kan!

Ambo memang suka NASI DAGANG, cuma ambo buat sekali sekala aja..sebab ambo sorang je yang dok pulun makan, anak-anak dan en suami makan sikit-sikit aja...tu sebab ambo malas nak buat.
Anak-anak ambo kata susah dan penat kalo makan NASI DAGANG ni! Biar betul! Rupa-rupanya deme penat dok kutip buang segala biji halba yang ada dalam nasi tu!Hhadoooiii anak oooiii!!!

Apa-apapun alasan deme, kalo ambo teringin sangat nak makan, ambo buatkan juga. Moh kita kongsi resepi NASI DAGANG yang sangat sedap ni, yang ambo ngendap dari blog 'masakan turun temurun'
tu.


Bahan asas:

8 cawan beras
2 cawan pulut
6 cawan santan cair dicampur dengan sedikit gula dan garam
2-3 cawan santan pekat di campur dengan sedikit garam
2 camca halba
4 biji bawang merah
1 inci halia

- Beras dan pulut -rendam semalaman
- Kukus selama 20 minit
- Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas dan gaul dengan santan cair-biarkan sekejap-meresap
- Masukkan lagi santan hingga sekata dan meresap
- Kukus semula selama 20 minit
- Sementara itu - hiris bawang kecil dan halia halus-halus dan masukkan ke dalam kukusan
- Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan (gaul & sebatikan) dengan santan pekat.

Gulai Ikan Tongkol

- Bersihkan ikan dan rebus dengan asam keping
* Jangan buang air rebusan cuma buang asam keping

Bahan:
*3 camca teh ketumbar
*1 camca teh jintan manis
*1 camca teh jintan putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
6 camca besar cili mesin
santan mengikut keperluan
1 keping kulit kayu manis
2 camca besar kerisik
4 keping asam keping
1/2 keping gula melaka
10 biji cili padi
1/2 kg daging segar

- Masak santan hingga naik minyak bersama daging yang di potong halus-halus
- Masukkan semua bahan kisar yang bertanda *, cili mesin, kayu manis, asam, gula melaka
  dan kerisik
- Masak lama dan biar mendidih
- Masukkan ikan dan air rebusan ikan tadi tanpa asam yang di rebus bersama ikan
-

Acar Timun:

- Timun, Karot, cili merah dan bawang - di potong memanjang
- *1 camca gula
- *1 camca garam
- *1 camca cuka
Semua bahan yang bertanda * di gaul sebentar
Campurkan semua bahan bertanda * bersama timun, karot cili dan bawang.


Hahahahh...nanti kalo ada kelapangan dan teringin nak makan, ambo akan buat lagi.
Nampak gayanya kena tunggu kakak-kakak ambo balik le, makan sorang-sorang rasa tak berapa
sedap lah kan !

BUBYE....BUBYE.....!!! Jumpa lagi







 


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...