PUDING SUMI

  • 10:22 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!

Semoga kita semua di dalam rahmatNYA, ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA PENGASIH! Aminnnn!!

Malam ni ambo ada masa luang untuk bersembang-sembang dengan mike semua! Rindu pada mike toksah dok cakap le! ngehngehngeh! Terima kasih pada yang terus menyokong ambo ni!

Sekarang (loni kalo mengikut dialek kampung ambo) tak menentu cuacanya..kadang hujan, kadang panas terik! Kesian jugak pada calon pak mertua dan mak mertua kerana hati jadi tak keruan kalo di hari majlis berlangsung, turun hujan! Bukan 'menidakkan' rahmat ALLAh, tapi paham-paham le Jah, kalo udah hujan tu!

Kalo di kampung ambo, hadooiii Jah, tentu laman yang taada turapan tar akan lecah dan terus jadi leceh!
heheheh!!Apa-apapun majlis tetap berjalan lancar!

Berbalik kepada sembang kita malam nih, adalah minggu lepas kalo tak silap ambo, ada ambo buatkan satu jenis puding yang cukup sempoi, itu pun atas permntaan si Tecik Hajar, dia nak makan 'PUDING SUMI'
Adeessss....kesiannya! Tak dan berpeluh menyiapkannya..sangat sempoi Jah!

Moh le kita berkongsi mata dan berkongsi resepi yang sempoi ni ..kalo setuju!

Bahan asas:

37 gram agar-agar tali
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
secubit garam
6 gelas air
Beberapa biji sumi

- Masak agar-agar dan gula bersama 6 gelas air
- Masukkan susu dan garam (sekadar untuk melemakkan aja)
- Setelah mendidih, tutup api dan tuang agar-agar ke dalam loyang / acuan
- Biarkan sekejap (agak suam sikit) barulah masukkan sumi
   (kalo masukkan semasa panas , sumi akan mencair)
- Simpan sekejap dalam esbok
- Siap untuk di hidang.

Puding ni anak ambo suka, dia kata mengembalikan nostalgia dia kecik-kecik dulu!
Ada-ada aja anak ambo ni! Apa-apapun semuanya begheh Jah!

BYBYE!!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...