ShareThis

Ahad, 4 April 2010

Keicong


Assalamualaikum.

Bejupa kita lagi di ujong mingung nih! Apa haba suma? Sehat lae dih!
Ambo kughang sehat, dok batok ngan selesema...kung kang ...kung kang kalu malam. Sejuk lae kok, paksae kan ke iklim pong dah betuka, daghi panaeh semedang loni kho dok ujan la pulak.
Buleh kata haghi-haghi lae kalu di tempat ambo di Batu Kugho nih! Kalu tak pagi, petang ujan tughong. Kalu tidak pong gelaek gelemaek jey cuaca.

Kali ni ambo nak ghoyat paksae keicong. Muma thu dak menatang penama ni. Oghang kapong ambo panggei Keicong, setengah oghang panggei cedik cenung, tapi bebudak loni panggei standek sikik....cengkadok!

Dulu, ambo ingat, Pak Teh ambo suka bela keicong nih, saiz menatang ni besar sikik. Pak penakan ambo keghat sepaghoh sayap dia, dia dah tak buleh gi kemana dah lae, maksud ambo dia dah tak leh teghebang dah lae.

Pak Teh ambo letak keicong ni di ghating kayu, maksud ambo dia akan ambik ghating kayu yang ada pucuk kayu, pacak dalam boto, letak lae keicong ni, keicong ni akan meghayap di ghating kayu tu la jey sambil dok makan pucuk kayu ni. Ghalik juga kalu kita tengok.

Dulu oghang-oghang tua kata, keicong ni pandey mengajok oghang, beto ke dak tak thu lae ambo. Ambo beysa gak tanya....keicong ooo keicong anu (sebok lae nama kengkawan kita yang mana kita nak thu) tido lagu mana? Si keicong ni pong mengelekok lae badan dia.....satgi meletik kok ni satgi mengerekot kok nung! Beto ke dak dia ajok tak thu lae pulak!

Loni, pa kita tanya lagu tu, keicong ni nya buat do no jey. Benak supa bani! Nak temberang kat anak pong tak buleh dah lae! heh....heh....heh.....!

Tu lae kesahnya si keicong ni! Loni sekali sekala tersesat masok ke ghumah ambo, Si Tam dan Yabu (kucing ambo) teghekong salah kena lae. Keicong pong jaghang-jaghang sekali kita jupa.

Ambo begheti di sini, taing (time) makan ubat batok!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...