SERI MUKA PANDAN

  • 9:16 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!

Dah lamaaaaa betul ambo tak bersembang dengan mike ye!
Mintak maaf le pada sesape yang tak jemu dok berkunjung ke dapur ambo, terima kasih banyak le
sebab selalu menziarahi ambo....cuma ambo le yang selalu tak dan menjenguk!
Takpa...takpa...malam nih ambo 'mencuri masa', sebab nak jugak bersembang-sembang manja dengan mike! heheheheheh!!!

Malam ni ambo nak kongsi satu lagi resepi tok nenek kita....'SERI MUKA PANDAN'   itu le resepinya!
Mungkin mike selalu buat...ato juga selalu makan kan?
Walo apapun, ambo tetap jugak nak berkongsi dengan mike..itu le benda ni udah 'lenyap' dah Jah,
maklumle udah lama ambo buat, tapi kerana kesuntukan masa ambo dok peram dalam album ambo aja!

Tak payah le kita bercakap banyak ye Jah, nanti ambo nak 'cerita' aktiviti baru ambo pulak!
Tentu lah mike tertanya-tanya apa aktiviti baru ambo ni? Iyalah...umur dah 'remang-remang senja' apa pulak
aktiviti makcik nih kannnn???? Betul tak Jah??? kuangkuangkuang!!

Moh le kita kongsi ini resepi dolu...nanti ambo nak tido pulak. Kena tidur cepat Jah, esok hari Senin...buatnya lena tak sedar diri...hadooiiiii!!!


Bahan asas:

Lapisan bawah:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 camca teh garam

Lapisan atas:
2 cawan santan pekat (bercampur dengan air daun pandan)
3 camca makan gula pasir
4 camca besar tepung gandum
2 camca besar tepung ubi
1 camca teh garam halus
1 biji telor
1 camca teh jintan manis
Sedikit kulit kayu manis

- Basuh beras pulut dan letak 2 cawan santan cair bercampur garam.
- Kukuskan beras pulut tadi di dalam loyang
- Setelah masak, padatkan (tekankan) pulut tadi
-Sambil itu, blend semua bahan untuk lapisan atas
- Setelah sebati tapiskan ia dan  tuang perlahan-lahan diatas pulut tadi dan kukuskan semula
- Lebih moleh kalo penutup pengukus di balut dengan tuala (kain) agar wap air tak jatuh
   ke dalam bahan kukusan.

SERI MUKA PANDAN ni sangat sedap dan pandan serta jintannya sangat menggoda sukma!
Tak caya Jah? Mike mesti cuba...kalo tak rogi le mike! Mkan kuih ni bersulam pulak dengan
Nescafe panas..uuiiiii...mengancam Jah!!! heheheh!!!


BUBYE...ambo nak gi ke dapur, nak kira kuih....nak tau? TUNGGUUUUUU!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...