PAU BAGUS

  • 8:46 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM !!!


hahahahahah!
hehehehehehhhhhh!!!

Orang Penang tanya....'awat chumah hang gelak besaq ni?'
Orang KL tanya...........'kenapa Chumah ketawa berdekah-dekah ni?'
tapi kalo.....
orang kampung ambo akan tanya......'Ghokpa chumah mu gelak lagu nih?'
Ngehngehngeh....tu salah satu perbezaan loghat kita rakyat Malaysia kan?
Tak kesah le Jah.....apapun dialek...apapun loghat...yang penting kita faham!

Sebenonya...'kegembiraan'ambo ni berhubung rapat dengan masakan ambo kali ni!
Bukan masak hari ni ye...tapi 3-4 hari sudah.....benda pun udah habis kena 'rembat'
tapi, 'rasa besar hati' tetap terpahat di hati....isyyyyy....banggalah tu ( ek lah tu!)

Jah.....nak tanyalah, sapa tak rasa bangga kalo masakan disukai oleh anak-anak dan encik
suami? Apalagi masakan ni bukan 'feberet' encik suami? Kalo ambo masak kuih ni.....encik suami akan kata 'Iisssyyyy...makan sebiji pun udah kenyang Min!'
Tapi untuk kali ni, encik suami 'bantai' 2 biji sekali! Tak ke megah? Keh...keh...kehhhh!!!

Itulah rembatan 'PAU BAGUS' ni! Mike nak taw ambo skodeng dari mana? hahahah!
Jalan punya jalan, intai punya intai, ambo singgah ke dapur Puan Nor Masri, tengok le resepi 'PAU BAGUS' ni, nampak mengancam...nak mencuba lah! Itulah terus ambo 'cekup'! Terima kasih Puan Nor Masri kerana berkongsi pau yang enak dan lembut gebu nih!
Izinkan Chumah berkongsi di sini pulak!

Bahan asas:

Bahan A
250 gram tepung pau
20 gram gula kastor
11 gram yis kering
125 ml air

Bahan B
250 gram tepung pau
100 gram gula kastor
15 gram baking powder
5 gram garam
30 gram shortening
125 ml air
Inti secukupnya

- Bahan A: campurkan semua bahan kering di ikuti air dan uli sehingga sebati
dan perap selama 1 jam
- Bahan B: Dalam bekas lain campurkan bahan kering di ikuti shortening dan air.
Uli sehingga sebati dan rehatkan.
- Selepas 1 jam doh A di perap, campurkan dengan bahan B dan uli hingga licin
lebih kurang 7 - 10 minit
- Perap 1/2 jam, kemudian tumbukkan doh untuk keluarkan angin
- Timbang setiap satu kurang lebih 50gram. Masukkan inti dan bio naik selama
kurang lebih 20-30 minit.
- Jarakkan kedudukan pau yang nak dikukus kurang lebih 5-6 sm
- Kukus selama 7-10 minit dan pastikan tudung pengukus di balut dengan kain/tuala
supaya air wap tidak menitis ke atas kukusan pau.


Kali ni 'PAU BAGUS' ambo ni berinti daging! Memang sedap dan lazat.....biasanya ambo
buat pau berinti kacang merah ato sekaya ato jugak kelapa!

Mike trei pau ni...mesti menjadi dan enak di makan panaz-panazzz!!
Nyum......nyummmm....nyummmmmm! Bahagianya dapat makan! heheheh!!!!

BEGHEHHHHH!!!



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...